Showing posts with label Rambut Gugur. Show all posts
Showing posts with label Rambut Gugur. Show all posts

Monday, August 15, 2016

Atasi Masalah Rambut Beruban di Usia Muda

   

Uban di usia emas adalah perkara biasa. Namun, bila masalah rambut beruban di kalangan orang muda ia menjadi pekara luar biasa. Rambut beruban boleh mempengaruhi penampilan serta kurang keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan orang ramai.

Bagaimana Uban Terjadi?

Uban terjadi bila terdapat gangguan pada proses sintesis protein di bahagian kulit kepala. Di bawah epidermis kulit kita terdapat 4 lapisan sel yang akan terus mengelupas dan diperbaharui dan salah satunya adalah “melanosit”. “Melanosit” menghasilkan melanin, pigmen yang memberikan warna kulit/ rambut kepada warna asal. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Mereka yang mempunyai kulit dan rambut yang hitam dikatakan mempunyai pigmen melanin yang tinggi.

Faktor-faktor menyebabkan rambut berubat adalah:

1. Keturunan/ genetik 

Merupakan punca utama tumbuhnya uban. Bermakna jika salah seorang ibu atau ayah memang mempunyai masalah uban di usia muda, maka kebarangkalian ia akan terjadi kepada anak-anak juga adalah tinggi

2. Kekurangan nutrisi tertentu

Gaya hidup seseorang yang tidak/kurang mengamalkan pemakanan yang seimbang turut mempengaruhi tumbuhnya uban. Terlalu kerap mengambil makanan aasegera, merokok dan minum alkohol yang boleh membantutkan penghasilan melanin.

3. Stress

Stress atau tertekan akan menyumbang kepada pengurangan vitamin B dalam tubuh manusia seterusnya menyebabkan terjadinya pigmentasi pada rambut. Keadaan ini boleh dikawal dan akan menjadi normal jika anda bijak mengawal stress.

4. Bahan Kimia

Bahan kimia yang terkandung dalam produk-produk penjagaan rambut seperti syampu dan pewarna rambut juga boleh mendorong kepada tumbuhnya uban. Anda dinasihatkan agar tidak terus membeli sesuatu produk jika tidak yakin atau tidak tahu bahan-bahan yang digunakan.

5. Penyakit

Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan fungsi melanin berkurang dan tumbuh uban seperti penyakit kulit: vitiligo, tuberous sclerosis, waardenburg syndrome dan neurifibromatosis serta thyroid seperti grave ‘s disease

6. Kerap terdedah kepada radiasi

7. Umur

Semakin usia meningkat semakin merosot fungsi melanin dan juga kulit mengalami proses penuaan. Ini perkara biasa!

Bagi mereka yang sedang alami masalah ini pasti runsing mencari penyelesaian. Terutama yang kerjanya memerlukan berdepan dengan orang ramai.

Jangan risau, Vivix ada penyelesaiannya.


“Vivix bertindak memulihkan struktur DNA yang telah rosak dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang baru yang lebih sihat” Jadi tidak hairanlah kenapa rambut yang baru tumbuh berwarna hitam kan.

1) Nampak muda 3 tahun!


2) Uban dah kurang. muka nampak pinkish dan cantik. Masalah keintiman suami isteri pun tiada lagi. Vivix memang power!!!


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 

Share:

Sunday, December 27, 2015

Cara Merawat Rambut Berbuah

Rambut berbuah sering dikaitkan dengan wanita yang bertudung. Apakah yang dimaksudkan dengan rambut berbuah? 
Rambut berbuah adalah suatu keadaan di mana hujung rambut terdapat benda asing yang berwarna putih ataupun hitam yang melekat serta sukar untuk ditanggalkan. Kebanyakan rambut berbuah yang berlaku ini adalah disebabkan oleh bakteria yang tumbuh dan melekat pada rambut. Tentunya anda akan berasa geli disebabkan terdapatnya bakteria yang tumbuh serta melekat pada rambut anda. Oleh itu anda perlulah menjaga rambut dengan sebaiknya.Tidak bermakna jika rambut yang berselindung di sebalik tudung, tidak perlu diberikan penjagaan yang khusus. Wanita yang bertudung juga perlu menjaga rambut supaya sentiasa sihat dan menawan. 

Faktor Masalah Rambut Berbuah 
  • Kurang Tidur. 
  • Tidak mengeringkan rambut dengan betul.
  • Pengambilan makanan yang kurang nutrisi.
  • Penggunaan produk rambut yang berlebihan.
  • Menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut. 
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bagi Merawat Rambut Berbuah Ialah:
  1. Cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai berserta air untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih.
  2. Biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum mengikatnya atau memakai tudung. Disebabkan anda tidak sempat untuk mengeringkan rambut sebelum memakai tudung, jadi anda perlulah bangun awal untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu ataupun anda tidak perlu mencuci rambut pada pagi hari. Jika anda ingin mengeringkan rambut, gunalah pengering rambut ataupun kipas. Tetapi penggunaan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan rambut disebabkan oleh haba yang terlalu panas. 
  3. Anda boleh memakai perapi rambut pada hujung rambut dan bukan pada kulit kepala anda.
Ciri-Ciri Produk Rambut Yang Sesuai Bagi Rambut Berbuah
  1.  Revitalizing – Syampu yang dapat melicinkan kutikel rambut serta melebatkan rambut. – Di samping itu, ia memiliki sistem pembersih yang lembut. – Mempunyai ejen yang menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembabkan atau kering. 
  2. Purifying– Syampu jenis ini mampu membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan tercemar dari persekitaran lain. – Mengekalkan keseimbangan ‘lipid’ dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut jika anda mewarnakan rambut – Ia adalah sangat sesuai untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berbuah.
  3. Replenishing – Ia merupakan sejenis perapi dan pelembab yang pekat bagi memiliki rambut yang berkilat dan lembut – Ia dapat memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang berbuah – Menguatkan rambut dengan protein yang sesuai bagi rambut berbuah.
Tahukah anda terdapat Set Penjagaan Rambut Yang sangat Lembut secara semulajadi dan sesuai untuk semua peringkat terutama mereka yang mempunyai masalah rambut dan kulit kepala yang sangat sensitif. Nak tahu anda boleh baca di SINI.

Tidak sempurna jika anda hanya menggunakan produk rambut, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Antaranya ialah: 
  1. Air – Minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut dan mengelakkan dari berlaku ‘dehidration’. – Dapat menjadikan rambut lebih lembut dan berkilau tanpa kehadiran rambut berbuah. 
  2. Protein – Ia juga dikenali sebagai keratin yang berfungsi bagi pertumbuhan rambut yang lebih kuat – Menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cepat dan lebat – Dapat mengelakkan rambut berbuah dan bercabang 
  3. Vitamin dan mineral – Vitamin A digunakan untuk menjaga kulit rambut – Vitamin B dan C berguna untuk peredaran darah dan pertumbuhan rambut 
  4. Ikan salmon – Untuk mengelakkan rambut menjadi kering dan berbuah 
  5. Sayur-sayuran hijau – Untuk menghasilkan sebum serta berfungsi sebagai pelembab rambut semulajadi 
  6. Buah-buahan segar – Memberikan nutrisi yang baik dan mengurangkan keguguran rambut 
  7. Makanan laut – Kandungan zink dapat membantu mencegah rambut berbuah dan rambut gugur. 
    Tips Tradisional Merawat Rambut Berbuah:

    Petua 1 : 
    Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali. 

    Petua 2 : 
    Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas. 

    Petua 3 : 
    Gunakan daun bunga raya campur dengan sedikit air. Ramas atau tumbuk. Kemudian letakkan di atas rambut dan gosokkan bahagian hujung rambut yang berbuah dan biar kan beberapa minit dan bilas.

    Selamat Mencuba. Rambut Mahkota Wanita.

    Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
    SMS/whatapps: 013-4505852  
    Share:

    Tuesday, March 3, 2015

    Kepentingan Zinc Complex Kepada Lelaki

    Zinc merupakan antara mineral penting yang diperlukan oleh tubuh untuk aktiviti enzim dan sistem badan. Secara umum, zinc membantu baik pulih luka, membantu masalah keguguran rambut dan masalah kulit, dan lain-lain lagi.
     
    Namun, terdapat beberapa khasiat Zinc yang menjadikan ia mineral penting bagi LELAKI:

    1. MENINGKATKAN KESIHATAN SEKSUAL DAN TESTOSTERON LEVEL

                                    
    Digelar ‘the ultimate sex mineral’ oleh majalah Men’s Health, zinc mempengaruhi kesuburan, dan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa panjang. Ia perlu untuk penghasilan sperma, kekurangan zinc boleh menyebabkan semen yang kurang pekat dan kekurangan level testosterone. Untuk setiap ejakulasi, 5mg zinc dikeluarkan (separuh daripada keperluan harian badan). Oleh itu bagi anda yang ingin memulakan keluarga, zinc supplement boleh membantu.

    2. MENINGKATKAN MOTILITI SPERMA 
    Kandungan sperma yang cukup sahaja tidak memadai untuk persenyawaan. Sperma perlu cukup kuat untuk disenyawakan oleh ovum. Jadi, tambahan zinc dalam diet sangat membantu meningkatkan kekuatan sperma anda.

    3. MENGURANGKAN RISIKO KANSER PROSTATE
    Zinc penting untuk kesihatan prostate. Kajian menunjukkan sel prostate pesakit kanser mengandungi kurang zinc berbanding sel prostate yang sihat. Kurang zinc juga menyebabkan pembesaran prostate mengakibatkan prostitis atau benign prostatic hyperplasia.
    Jadi, jangan lupa tambahkan kekacang dalam diet anda untuk sumber zinc yang cukup.

    4. MENGURANGKAN SIMPTOM BATUK DAN SELSEMA
    Kajian menunjukkan zinc membantu mengurangkan simptom batuk selsema dengan bertindak pada bahagian badan yang menyebabkan batuk selsema, seterusnya mengurangkan simptom tersebut.

    5. MERAWAT JERAWAT
    Zinc berkesan mengurangkan jerawat, sama ada diambil dalam bentuk tablet atau disapu pada kulit.
    Ia juga membantu merawat psoriasis, eczema, kudis dan kelemumur

    6. MENGELAKKAN ATAU MERAWAT BOTAK
    Tanda Alopecia (botak) mungkin terlihat dengan penipisan rambut atau kehilangan rambut yang drastik. Zinc membantu pertumbuhan semula rambut.
    Kajian menunjukkan lelaki yang makan daging tanpa lemak lebih jarang menjadi botak berbanding lelaki yang makan daging berlemak kerana daging tanpa lemak merupakan sumber zinc yang tinggi.
    Dos supplement zinc yang diperlukan untuk menghalang botak adalah 50-100mg/sehari.

    7. ALKOHOL DAN ZINC
    Kajian menunjukkan kekurangan zinc boleh mempercepat proses kerosakan hati disebabkan oleh alkohol. Zinc membantu kebolehan antioksidan hati untuk berfungsi dan meningkatkan methallotheinein,
    sejenis kompaun yang membantu menyingkirkan logam bahaya dari hati.

    8. MENINGKATKAN IMUNITI
    Zinc bertindak sebagai anti oksidan untuk menyingkirkan radikal bebas dari badan seterusnya membaiki sel dan meningkatkan sistem imun badan.

    9. MEMBANTU FUNGSI THYROID
    Zinc membantu penghasilan thyroid releasing hormon, untuk penghasilan thyroxine. Jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah hypothyroidism.

    10. ZINC DAN BAIKPULIH
    Sukan boleh menyebabkan tekanan pada sistem otot dan tulang. Tekanan ini menyebabkan kekurangan zinc yang banyak disimpan di dalam otot tubuh. Oleh kerana zinc penting untuk pembinaan semula sel, adalah penting bagi lelaki yang aktif untuk memastikan kandungan zinc yang cukup untuk pembentukan semula sel yang sihat dalam badan.
     
    Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
    Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
    Atau    
    Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
    Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
    SMS/whatapps: 013-4505852

     
    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

    Share:

    Sunday, February 23, 2014

    Keguguran Rambut Selepas Bersalin.

    Rambut gugur???!!!
    Masalah rambut bukan sekadar dialami oleh orang yang tua, tetapi juga turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita berstatus ibu. Bagi wanita lepas bersalin masalah keguguran rambut kerap dialami. Berikut adalah punca  keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:
    •  Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur
    • Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
    • Kurang vitamin seperti zinc dan protein. 
    • Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur. 
    Apa kata anda cuba tips semula jadi di bawah pula:
     1.Jus daripada bahan semula jadi
    Kisarkan bawang putih, bawang merah atau halia. Kemudian lumurkan pada rambut anda dan biarkan semalaman. Cuci dengan bersih pada keesokan paginya. Tip ini mungkin dilihat agak pelik, tetapi ia berhasil.
    2.Mengurut kepala
    Mengurut kepala boleh membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh kepala. Peredaran darah yang lancer membolehkan folikel rambut menjadi aktif. Jadi, jangan berkira untuk pergi berurut.

    3.Antioksida
    Antioksida boleh didapati daripada teh, buah epal atau kopi. Sapukan rendaman salah satu bahan tersebut dan lumurkan ke kulit kepala selama satu jam sebelum dibilas. Antioksida meghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat.

    4.Rawatan minyak panas
    Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan. Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di kepala. Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam. Kemudian bilas menggunakan syampu dan air suam.

    5.Rehat secukupnya
    Salah satu punca rambut gugur adalah daripada tekanan dan ketegangan yang di hadapi oleh anda. Amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat dikurangkan. Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.


    Tapi kalau masih tak berhasil jugak, kita cuba cara dalaman pulak.. senang je.. amalkan 2 biji Zinc complex setiap hari.. mungkin cara yang terakhir ni paling serasi dengan masalah korang.. mana kita tahu kan.. tak salah mencuba.. lagi pun Zinc Complex ni murah je..

    TESTIMONI
     
    Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee ini dengan harga istimewa:-
    SMS: 013-4505852 ;  E-mel: soffiah_ms@yahoo.com
    Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
    Shaklee ID: 1027990


    Share:

    Tuesday, October 1, 2013

    Zinc Complex

    Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi  enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.
     
    11 Kebaikan Zinc Complex Shaklee

    1. Mengaktifkan 200 jenis enzim  
    Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja. 

    2. Membentuk Kolagen
    Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

    3. Memperbaiki Diabeties 
    Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.

    4. Bintik Putih di Kuku
    Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

    5. Mempertingkatkan Sistem Imun
    Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

    6. Mempercepatkan Pemulihan Luka 
    Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

    7. Memperbaiki masalah Prostat
    Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

    8. Kemampuan Seks Lelaki 
    Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

    9. Ovulasi Wanita 
    Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

    10. Memperbaiki Radang Kulit 
    Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

    11. Mengekalkan Deria Bau
     Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).

    Keistimewaan Zinc Complex Shaklee  
    Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadminum dan plumbum dari tubuh.

    Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

    Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
    Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
    Atau    
    Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
    Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
    SMS/whatapps: 013-4505852

    Share:

    Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

      Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

    Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

    VIVIX The Best Antiaging

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Followers

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Free Auto Malaysia Backlinks
    My Ping in TotalPing.com

    Labels