Showing posts with label makanan untuk otak. Show all posts
Showing posts with label makanan untuk otak. Show all posts

Tuesday, April 18, 2017

Kurang Tidur Punca Otak Rosak




STOCKHOLM 2 Jan. - Satu kajian yang dijalankan sebuah universiti Sweden mendapati, individu yang tidak tidur semalaman boleh berdepan kerosakan otak, sama seperti kesan dipukul di bahagian kepala.

Menurut penyelidik, kajian yang dijalankan ke atas belia lelaki yang tidak tidur menunjukkan peningkatan dalam jumlah kimia yang sama seperti kerosakan otak.

Pensyarah Universiti Uppsala, Profesor Christian Benedict berkata, bahan kimia NSE dan S-100B di dalam kepala merupakan petunjuk bagi kerosakan otak contohnya yang mengalami gegaran.

"Menurut penemuan kajian, jumlah dua bahan kimia itu yang berada dalam darah responden, meningkat jika mereka tidak tidur semalaman.

"Semasa tidur, otak menjalankan tugas pembersihan daripada bahan toksik, manakala bahan kimia NSE serta S-100B meningkat sebagai tindak balas kepada bahan-bahan tersebut,'' katanya.

Benedict berkata, penemuannya itu menyokong penyelidikan sebelum ini yang menyatakan bagaimana otak menggunakan waktu tidur untuk melakukan tugas pembersihan.

Selain itu katanya, penemuan tersebut turut menyokong kajian sebelum ini yang mengaitkan kurang tidur dengan risiko mendapat penyakit nyanyuk, Parkinson dan penyakit sclerosis.

Sebagai rumusan tambahnya, penemuan kajian itu menunjukkan tidur yang cukup pada waktu malam amat penting untuk mengekalkan kesihatan otak. - AGENSI

Berminat untuk mendapatkan supplemen Shaklee? Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Thursday, April 21, 2016

Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa


Kadang-kadang kita sering terlupa dengan sesuatu perkara walaupun ianya masih baru namun kita sudah terlupa.Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku antara salah satu darinya ialah faktor permakanan. 

Perkara ini perlu diberi perhatian terutamanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaaan. 
Mari kita tengok senarai di bawah ini apakah makanan yang perlu dielakkan:
 
  1. Banyak makan epal yang sudah masam 
  2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan 
  3. Banyak makan bawang besar.
  4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering 
  5. Memakan kepala ikan dipercayai kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam) 
  6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan. 
  7. Makan sehingga terlalu kenyang. 
  8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus. 
  9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
  10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Masalah pelupa atau kurangnya daya ingatan ini juga boleh dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan Alzheimer dan Dimensia. Terdapat supplement yang dapat membantu masalah ini. Antara supplement yang disarankan ialah:
  • Vivix 


Satu ciri penyakit Alzheimer ialah pengumpulan plak di dalam otak. Plak ini terjadi disebabkan oleh apa yang dikenali sebagai “amyloid-beta peptides.” 
Satu kajian makmal menunjukkan dengan memasukkan Resveratrol ke dalam sel-sel akan mengurangkan perembesannya dan juga menurunkan jumlah amyloid-beta peptides di peringkat sel. 
Resveratrol tidak menyekat pengeluaran amyloid-beta, tetapi sebaliknya menggalakkan kehancurannya dalam sel-sel. Penemuan ini menyarankan wujud peranan potensi bagi Resveratrol untuk menentang pengumpulan plak amyloid-beta dalam otak para penghidap penyakit Alzheimer.
  • Omega Guard


Sebahagian besar daripada otak terbina dari lemak 'baik' yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan Omega-3boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. 
Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap positif dan membantu menigkatkan daya ingatan ketika mereka tua kelak. Bagi ibu yang sedang hamil trimester II & III sangat di galakkan mengamalkan Omega bagi perkembangan awal otak bayi dalam kandungan. 
  • Lecithin 

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . 

Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang:
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapss: 013-4505852 

Share:

Sunday, January 10, 2016

Makanan Untuk Otak Bijak dan Minda Cerdas.


PERKEMBANGAN kanak-kanak berbeza mengikut tahap kecerdasan mereka. Ada kanak-kanak pada usia setahun sudah boleh bercakap dan berjalan malah ada juga belum menunjukkan sebarang petanda. Ramai pakar kanak-kanak berpendapat kecergasan kanak-kanak bergantung kepada perkembangan otak mereka. Dalam erti kata lain, perkembangan otak pula bergantung kepada zat makanan yang diambil oleh ibu mengandung serta dalam tempoh tumbesaran mereka.

Kanak-kanak yang kekurangan zat makanan dalam tempoh tumbesaran akan menunjukkan kadar atau tahap pembelajaran yang lebih lambat, lambat bertutur serta lemah perkembangan motor. Justeru, ibu bapa harus memastikan anak mereka dibekalkan dengan zat makanan penting agar perkembangan otak anak mereka berada dalam keadaan yang aktif.
anak2
Berikut adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak:
  • Zat besi 
  • Zink  
  • Asid folik  
  • DHA 
  • Protein
Menurut Ketua Jaminan Kualiti dan Pensyarah, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Norimah A Karim, asid docosahexaenoic atau DHA adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3 yang secara semula jadi boleh didapati dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola. 

DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata.
 

“Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA):
  • keperluan DHA kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun ialah 100 miligram manakala
  • mereka yang berumur dua tahun hingga 18 tahun memerlukan 250 miligram asid eicosapentaenoic (EPA) dan DHA untuk perkembangan otak mereka,” katanya.
Wujud perkaitan antara jumlah DHA yang diambil oleh ibu mengandung terutama ketika tiga bulan terakhir sehingga anak berusia dua tahun. Pada dasarnya, jumlah DHA yang diambil ibu akan mempengaruhi perkembangan otak anak.
 
“DHA adalah ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.“Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar,”  Dr Norimah.

Tambahnya, pemakanan yang kaya dengan DHA akan memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran mereka. Dalam erti kata lain kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar.

 

Secara umum DHA adalah kunci untuk perkembangan otak. Pengambilan optimum DHA pada awal usia kanak-kanak akan memberikan faedah pada fungsi kognitif untuk jangka masa yang panjang.
 

“Fungsi kognitif mempunyai hubung kait yang sangat jelas dengan pengambilan DHA. DHA bersama AA akan melengkapi fungsi otak serta sistem saraf kanak-kanak,” jelasnya.
 

Menurut Dr Norimah, DHA diperlukan untuk perkembangan otak. DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.
 

Kanak-kanak boleh memperoleh DHA daripada makanan seperti telur, ayam dan terutamanya ikan. Tetapi kebiasaannya, kebanyakan kanak-kanak menolak untuk makan ikan kerana bau yang hanyir.  Bagaimanapun, sekiranya cara penyediaan makanan ikan dilakukan dengan betul, anak-anak pasti akan gemar memakan ikan.
 

Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak.
 

Kajian daripada Perbadanan Keselamatan Makanan Eropah juga mengesyorkan kanak-kanak untuk mengambil 100 miligram DHA setiap hari. 

Ketahui Set Anak Sihat Dan Pintar Di Sini 

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
 

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels