Showing posts with label radikal bebas. Show all posts
Showing posts with label radikal bebas. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

Bagaimana Kanser Terjadi?



Siapa yang tak gerun bila dengar perkataan kanser. Memang tak dinafikan ada yang berjaya sembuh… tapi ramai juga yang menghembuskan nafas terakhir disebabkan kanser.

Kalau melihatkan statistik WHO, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di dunia (sekitar 13% pada tahun 2008 dan terus meningkat). Merokok merupakan antara punca utama kanser yang menyumbang kepada 22% kes kanser di seluruh dunia dan 71% kematian daripada kanser paru-paru.
Kalau anda, suami anda, atau kaum keluarga anda merokok… Silalah nasihatkan mereka untuk berhenti merokok!
Walaupun merokok merupakan punca utama kanser, semua orang ada kemungkinan boleh terkena kanser. Tak kiralah anda muda atau dah berusia, lelaki ataupun wanita.

Bagaimana Sel Boleh Rosak

Punca kanser dipanggil ‘Carcinogen‘. Antara jenis-jenis karsinogen:
  • Rokok
  • Radikal bebas
  • Cahaya matahari
  • Diet yang tidak seimbang
  • Gaya hidup yang tak sihat
  • Genetik
  • Dan banyak lagi…
Jadi, sebenarnya setiap hari sama ada sedar atau tidak, suka atau tidak, kita sentiasa terdedah kepada bahan yang dipanggil karsinogen dan serangan radikal bebas ini lebih tinggi berbanding generasi terdahulu yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Adalah hampir mustahil untuk anda elak daripada radikal bebas. Sebab itulah anda perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan Anti Oksida ataupun suplemen seperti Vitamin C, Vitamin E dan juga Vivix.

Bermula Daripada Sel Yang Rosak Menjadi Ketumbuhan

Setiap sistem dalam tubuh kita terdiri daripada binaan sel-sel yang kecil. Selepas 21 hari, setiap sel tersebut akan mati (proses ini dipanggil Apoptosis) dan diganti dengan sel yang baru. Kanser terjadi apabila ada sel yang sepatutnya mati, tapi tak mati. Sel ini dipanggil sel yang rosak.

Pada asalnya sel yang rosak ni tak merbahaya. Tapi oleh kerana ianya rosak, kadang-kadang ada sel ini yang akan menduplikasikan diri tanpa henti. Lepas 21 hari pun takde yang mati.

Semakin lama, sel yang rosak semakin membesar dan menjadi ketumbuhan ataupun dalam bahasa medic, tumor.  Ketumbuhan masih tak dikategorikan sebagai merbahaya kerana ianya localize dan boleh dibuang melalui pembedahan.

Permulaan Kanser Yang Merbahaya

Keadaan akan mula bahaya apabila sel yang rosak ini berkembang dan mengganggu susunan tisu di dalam badan. Apabila semakin membesar, kumpulan sel yang rosak ini juga akan memerlukan oksigen lalu menarik salur darah baru untuk terbentuk.

Dengan adanya salur darah yang bersambung dengan kumpulan sel rosak tersebut, maka bermulalah fasa yang berbahaya. Sel-sel yang rosak tersebut akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke kawasan-kawasan lain di dalam badan dan menyebabkan kanser. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Untuk memudahkan anda faham, saya kongsikan gambar di bawah (credit – Cancer Research UK).

Sel-sel yang rosak bergabung membentuk tumor
Tumor akan 'menarik' salur darah untuk mendapatkan oksigen dan zat lantas menyebabkan ianya semakin membesar
Apabila tumor telah bersambung dengan salur darah, sel-sel yang rosak akan memasuki salur darah dan bergerak ke seluruh badan

Cara Rawat Kanser

Antara cara rawatan kanser yang paling popular ialah kemoterapi. Objektif utama kemoterapi adalah untuk membunuh sel kanser. Tapi oleh kerana ianya dibuat ke atas satu badan, sel badan yang sihat juga akan terkena tempias.

Sebab itulah pesakit yang telah menjalani kemoterapi akan kehilangan rambut yang banyak, susut berat badan dan muka nampak seperti hilang seri. Ubat yang dimakan selepas rawatan kemoterapi juga mempunyai pelbagai side effect.


Alhamdulillah dengan ilmu pengetahuan dan kajian klinikal yang semakin canggih, kini kanser boleh dirawat dengan beberapa kaedah alternatif dan juga pengambilan suplemen seperti Vivix Shaklee.

Berminat Nak Cuba Vivix?


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Friday, July 3, 2015

Rahsia Kandungan "Tonik Ajaib" Vivix Di Bongkar

Apa Itu VIVIX ?


VIVIX™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan anti-penuaan semulajadi.

4 MEKANISME VIVIX SHAKLEE

1. Membantu melindungi dan membaiki DNA

Kandungan Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA. Setiap hari, sel-sel tubuh badan kita diserang oleh hampir sejuta agen yang mampu merosakkan DNA kita. Ia mampu merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan ‘typo’ (kesilapan susunan DNA dari yang asal) yang mana ini boleh mengganggu fungsi sel. Vivix mengandungi resveratrol iaitu sejenis anti-oksidan yang sangat hebat dan terbukti membantu melindungi DNA dari terus rosak. Pada masa yang sama membetulkan sel-sel yang telah rosak.

2. Pengawalaturan gen 

Kerosakan dan kecacatan DNA boleh menyebabkan kemerosotan umur pada tahap sel. Dalam satu penemuan utama ramuannya,Vivix membantu mengaktifkan satu sistem pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan terus pada tahap sel.

3. Biogenesis Mitokondria

Mitokondria sangat penting dalam penghasilan tenaga yang diperlukan oleh sel. Mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh. Apabila jumlah mitokondria berkurangan, kecekapan sel badan dalam menghasilkan tenaga juga berkurangan. Salah satu kelebihanVivix adalah ia menggalakkan biogenesis (penghasilan baru) bagi memastikan penghasilan tenaga sentiasa mencukupi seperti yang diperlukan oleh sel.

4. Melambatkan pembentukan protein AGE 

Pembentukan dan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sel yang mengganggu kekuatan dan jangka hayat sel. Ramuan Vivix yang mengandungi 10x ganda resveratoral (kandungan unik dalam Anggur Muscadine) sangat membantu melambatkan pembentukan protein AGE itu tadi.

Vivix Kaya Dengan Resveratrol

Resveratrol merupakan sejenis Anti-Oksida yang terdapat dalam buah anggur. Anti-Oksida sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada ‘berkarat’.

Mengikut kajial klinikal, Resveratral sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.

Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

4 Kandungan Utama Dalam Vivix


1. MUSCADINE GRAPE

Anggur yang terhebat ini adalah satu-satunya anggur semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom. iaitu 20 kromoson dan kerana inilah ianya mempunyai lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh.

Vivix shaklee ni juga mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Anggur muscadine dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti radang.

2. ELDERBERRY ATAU SAMBUCUS NIGRA

Elderberry juga dikenali sebagai Sambucus Nigra. Buahnya bulat kecil berwarna purple gelap. Warna dia lebih kurang macam anggur. Buah ni banyak tumbuh di Eropa, Amerika Utara, Asia dan Inggeris. Elderberry merupakan jamu popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.
  • Telah terbukti sangat efektif dalam perubatan dan penyembuhan flu dan juga digunakan untuk mengubati penderita flu selsema epidemi di Panama pada tahun 1995.
  • Kandungan vitamin C yang tinggi membuatkan jus elderberry sangat bermanfaat dalam perubatan penyakit yang disebabkan kerana jangkitan virus dan bakteria.
  • Kemampuannya untuk mencegah dan mengubati kanser, fakta dikaitkan dengan antioksidan dalam kandungannya.
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta sangat membantu dalam mengubati penyakit AIDS dan kanser.
  • Menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan kolestrol jahat. Hal ini sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung.

3. PURPLE CARROT

Ia adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua carrot dan ia bertanggungjawab mengurangkan diabetes.

4. POLYGONUM CUSPIDATUM

Polygonum cuspidatum (knotweed jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia, yang juga banyak ditemui di amerika utara dan eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol. Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti penuaan.

Jadi, itulah dia rahsia kandungan vivix shaklee yang selama ni ramai tertanya-tanya. Memang hebat sangat kan. Sebab tu la ia dapat membantu ramai orang yang memerlukan. Alhamdulillah.

Cara Mudah & Murah Untuk Dapatkan Khasiat Resveratrol

Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan Vivix. Vivix berbentuk cecair dan boleh diminum.

Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum.

Kajian Saintifik terhadap khasiat RESVERATROL:

Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. Alhamdulillah, kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, alzheimer.

Resveratrol juga sangat digalakkan untuk mereka yang ingin awet muda. Malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan Vivix Shaklee boleh membantu anda rasa muda 25 tahun!


Resveratrol dapat perhatian lebih bila melibatkan anti-penuaan. Pelbagai ujikaji makmal dan penelitian awal jelas menunjukkan bahawa Resveratrol mampu melindungi badan dari beberapa penyakit termasuklah:

1. ANTI-RADANG

2. KANSER PARU-PARU

3. KANSER PROSTAT

4. KANSER PAYUDARA

sel kanser,kanser,resveratrol,kanser payudara,kanser payudara,vivix shaklee,

5. KANSER KOLON

6. DIABETES

7. JANTUNG



Jadi tidak hairanlah kenapa harga vivix dikatakan mahal kerana kandungannya terdiri dari bahan yang premiun dan manfaatnya juga sangat banyak dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Namun jika dibandingkan dengan nilai kesihatan yang tidak terbayar ternyata vivix adalah lebih murah nilainya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Setiap testimoni adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Share:

Tuesday, January 27, 2015

Bagaimana Kita Menjadi Tua?

SETIAP benda yang hidup, khususnya kita manusia yang lanjut usia, sudah pasti akan menempuh zaman tua sebelum ajal mendatang.Tapi bagaimana proses penuaan itu berlaku?

Badan manusia ini boleh diibaratkan seperti sebuah kenderaan. Kian lama kenderaan itu diguna pakai, maka sudah tentu ada bahagian-bahagian alatnya yang akan mengalami kerosakan, kehausan dan mungkin juga berkarat yang perlu dibaiki, diperbetul malah juga ada yang perlu kita ditukar ganti kerana tidak mampu dipergunakan lagi. Katakanlah sebuah skru pada enjinnya atau tali kipasnya yang kendur. Kalau alat-alat ini tidak diperbaiki sudah tentu ia akan menganggu perjalanan kenderaan itu ataupun menyebabkan enjinnya tidak dapat dihidupkan ataupun tidak dapat digerakkan walaupun enjinnya telah hidup.

Demikian juga dengan jasmani manusia, kian lama dipakai, tegasnya kian lanjut usia seseorang, maka segala tisu-tisu dan sel-sel badannya akan mengalami proses penuaan dan lusuh seperti kenderaan tadi juga. Kehausan atau kesusutan yang berlaku dalam badan manusia, sehingga ini dijangka kerana “radikal bebas” [free radical] yang dihasilkan oleh anggota-anggota dan tisu-tisu badan itu sendiri.

Mengikut Prof.Raj Sohal dari Southern Mehodist University Dallas, Amerika Syarikat, proses penuaan pada manusia itu telah bermula sejak kita berusia 25 tahun lagi. Proses penuaan ini kian pantas berlaku bila usia kita kian meningkat. Justeru waktu kita meningkat usia 40 tahun tanda-tanda penuaan itu akan mulai menonjol dan menjadi bertambah jelas ketika manusia berusia 55 tahun. Ini adalah fitrah kejadian manusia.

Sepanjang masa tersebut berbagai-bagai proses kesusutan atau degenerasi berlangsung, dan fungsi-fungsi anggota-anggota mulai menurun. Pada sesebuah kenderaan ada bahagian-bahagian tertentu lebih cepat mengalami kerosakan dari yang lain dan dengan kadar yang berbeza-beza. Minyak petrol jauh lebih cepat habis daripada minyak hitam atau minyak selender. Tayar kendaraan lebih cepat rosak daripada cermin tingkap. Begitulah juga keadaan jasmani manusia, ada organ yang cepat rosak dan ada pula organ yang lambat rosak.

Dalam hal ini, mana-mana sel organ badan kita yang tidak mempunyai kemampuan untuk membahagikan dirinya akan lebih cepat terganggu daripada sel-sel yang boleh membahagikan dirinya, seperti sel-sel otak, sel buah pinggang, sel-sel jantung dan juga sel-sel otot-otot.

Walau pun oksigen itu berguna kepada kita untuk pernafasan. Tapi dalam keadaan tertentu, molekul oksigen boleh menjadi tidak stabil dan mengancam keselamatan tubuh badan kita. Molekul oksigen yang tidak stabil ini dipanggil Radikal Bebas.

Radikal bebas ini terhasil bila badan kita mengendalikan oksigen dengan cara yang salah dan memudaratkan badan kita. Radikal bebas ini mampu menimpakan kerosakan pada sel-sel dalam badan kita. Kian lanjut usia kita, kian banyak radikal bebas itu dihasilkan, dan pada waktu itu kemampuan kita untuk berlindung daripadanya bertambah merosot.

Radikal bebas ini kalau tidak dikawal akan merosakkan anggota-anggota badan kita sebagaimana karat merosakkan besi-besi. Ia akan menjelajah di antara sel-sel dalam badan kita dan menimpakan gangguan kepada protein-protein, lemak dan juga bahan-bahan genetik atau baka kita [DNA] yang menyebabkannya tidak stabil atau rosak, dan dengan itu menghasilkan lebih banyak Radikal Bebas yang akan lebih banyak lagi melakukan kerosakan yang akan melahirkan berbagai-bagai jenis penyakit kronik.

Radikal bebas ini akan menimpakan berbagai-bagai kesan yang buruk terhadap tubuh badan kita. Kalau radikal bebas ini menyerang kulit, nescaya ia akan merosakkan tisu-tisu di bawah kulit yang menyebabkan kita kelihatan tua, kalau ia menyerang mata boleh menyebabkan tumbuh selaput putih dalam kanta mata kita yang menyebabkan pengelihatan mata kita menjadi tidak jelas, dan radikal bebas ini juga menghalang pembaikan pulih sel, menyebabkan prosesnya berlaku lebih sukar dan lambat, boleh meningkatkan risiko serangan penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit-penyakit kronik yang lain.

Setakat yang diketahui sumber antioksidan terdapat dalam Vitamin dan bahan-bahan galian beta karotene dan lycopene. Vitamin yang mengandungi antioksidan ialah Vitamin E dan Vitamin C. Vitamin E banyak terdapat dalam kekacang, ikan, minyak, buah avocado dan tauge, sementara Vitamin C pula terdapat dalam buah limau dan sayur-sayuran hijau. Beta karotene pula banyak terdapat dalam lobak merah, keladi dan kiju, dan lycopene pula banyak terdapat dalam tomato yang merupakan antioksidan yang baik.

Bahan-bahan yang dipercayai banyak mengandungi bahan-bahan antioksidan ialah zat zink, maganese dan selenium. Zat zink banyak terdapat dalam kekacang, dan telur , zat maganese banyak terdapat dalam kekacang dan selenium pula banyak terdapat dalam daging, ayam, makanan-makanan laut dan susu tanpa lemak.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai risiko yang rendah untuk diserang penyakit kanser usus.
Justeru, para penyiasat membuat kesimpulan, bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran adalah merupakan antioksidan yang paling baik dan berkesan untuk tubuh badan kita.

Kerosakan-kerosakan yang lebih teruk akibat radikal bebas dapat dikurang dengan mengelak daripada melakukan senaman-senaman yang berlebih-lebihan atau kerja kuat yang berlebihan, pendedahan kepada pencemaran, racun serangga, asap rokok dan berbagai-bagai faktor pencemaran alam sekitar, dadah, alkohol dan pengawet makanan.

Ingatlah, walaupun proses penuaan dari segi klinikal itu tidak dapat dicegah, tapi dipercayai proses penuaan itu dapat diperlahankan dengan amalan-amalan yang tertentu. Itulah rahsia awet muda. Apa yang penting dijaga ialahlah, jangalah wajah anda kelihatan lebih tua daripda usia anda yang sebenarnya. Janganlah wajah anda baru 25 tahun, tapi kelihatan seperti orang berusia 45 tahun, janganlah umur anda baru berusia 35 tahun, tapi kelihatan seperti orang berusia 65 tahun. Biarlah wajah anda bersesuaian dengan usia anda.

Memanglah benar tidak ada ubat tua. Proses penuaan tetap berlaku kepada manusia. Walaupun tanda-tanda penuaan pada wajah, khususnya kaum wanita mungkin dapat disorokkan dengan cara-cara yang tertentu, tapi proses penuaan pada bahagian dalaman tidak boleh ditahan-tahan dan tetap terus berlaku dan terus berlaku sehingga kita dijemput Allah ke sisiNya.

Berdoalah kepada Allah sebagaimana terkandung dalam sebuah Hadis Baginda saw. yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada dukacita dan kesedihan. Aku berindung kepadaMu daripada kelemahan dan malas. Aku berlindung kepadaMu daripada takut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari hutang dan penindasan”.HR:Al-Bukhari, al-Tirmizi & Abu Daud.

Hiduplah dengan beriman, bertaqwa, mahabah dan harmoni untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Set Vitamin A,C,E merupakan antioksidan yang dapat melawan Radikal Bebas
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Sunday, March 23, 2014

Kebaikan Anti Oksidan Shaklee dan Radikal Bebas

Para penyelidik menggangarkan bahawa 80-90% daripada semua penyakit yang merosot,melibatkan RADIKAL BEBAS.  Manakala ANTIOKSIDAN mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Sebelum kita kenali apa itu ANTIOKSIDAN, jom kita kenali RADIKAL BEBAS dulu..

Radikal Bebas Radikal Bebas ialah molekul-molekul yang tidak lengkap dan tidak mantap. Molekul merupakan batu asas pembinaan dalam alam semulajadi seperti oksigen,asid lemak dan asid amino. Kerosakan akibat radikal bebas dikenali sebagai oksidasi dan ianya akan menggangu fungsi dan pembiakan sel yang sihat.
Tetapi tidak semua Radikal Bebas ini jahat,adakala badan kita memerlukan untuk mengoksidasikan glukosa dan lemak.  Manakala sistem imun akan menggunakan Radikal Bebas untuk menentang virus dan bakteria.

Asal Radikal Bebas Banyak punca Radikal Bebas boleh terperangkap dalam badan. Diantara faktor sekeliling seperti asap rokok,dadah,alkohol dan sinaran matahari. Dalam pada itu, apabila badan memerlukan lebih banyak oksigen, maka lebih banyak radikal bebas akan dikeluarkan.
Racun juga memainkan peranan seperti racun serangga,racun rumpai,baja-baja kimia dan kimia-kimia industri semuanya dihancurkan didalam badan.

Penyakit Berkaitan Radikal Bebas
1. Sakit jantung 2. Kanser 3. Penurunan sistem imun 4. Penuaan 5. Katarak 6. Masalah otak dan saraf

SHAKLEE ada menawarkan beberapa suplemen untuk ANTIOKSIDAN :-

1. Vitamic C

Ia adalah satu-satunya Antioksidan yang berkuasa,mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang T Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan Radikal Bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

2. Vitamin E Merupakam Antioksidan yang kuat. Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk Antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imin, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor,mengurangkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki oksidasi iaitu katarak dan masalah penglihatan.

3. Caratomax (Vitamin A)
Pengambilan kerap Beta Karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia juga mengurangkan Radikal Bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

4. Vivix
Salah satu ramuan utama dalam vivix ialah Anggur Muscadine. Anggur ni adalah anggur yang mempunyai kuasa antioksidan tertinggi di kalangan anggur-anggur didunia. (kuasa antioksidan 40kali ganda dari anggur biasa).
Ianya Mengandungi Resvestrol dan 15 Polifenol adalah 10kali ganda lebih hebat dari Resvestrol itu sahaja. Resvestrol merupakan agen anti penuaan yang paling kuat dari alam semulajadi. Kesan anti-inflamasi nya juga adalah 60kali lebih tinggi daripada Aspirin.

Tahukah anda, Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE( BETA KAROTENA,VITAMIN C DAN VITAMIN E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidan dalam melawan radikal bebas.
 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 

 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels