Showing posts with label petua susu banyak. Show all posts
Showing posts with label petua susu banyak. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

Bolehkah anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?


Puting yang tenggelam bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Sebenarnya terdapat antara 28-35% dari wanita yang hamil kali pertama mempunyai puting yang tidak timbul dengan sempurna (Hyttch & Baird, 1958; Blaikeley, 1953; Waller, 1946). 

Kehamilan merupakan tempoh penting perkembangan dan tumbesaran payu dara. Bakal-bakal ibu yang dahulunya memiliki puting tenggelam atau mendatar kini mungkin mendapati puting mereka mula menonjol apabila menghampiri masa untuk bersalin. Penonjolan dan pembentukan puting akan bertambah baik setiap kali kehamilan dan setiap kali anda melalui pengalaman menyusu anak.
 
Apabila anda berada dalam trimester terakhir kehamilan, anda bolehlah memeriksa puting anda. Tekan areola di bahagian pangkal puting. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, tekankannya ke dalam dada. Jika puting kekal pada kedudukan yang sama dan tidak terjojol, ini bermakna anda memiliki puting yang leper. Tetapi jika tekanan ini menyebabkan puting anda masuk ke dalam, ini menandakan puting anda tenggelam. Sebenarnya , kes puting yang benar-benar tenggelam jarang berlaku.
 
Anda boleh terus menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam. Tidak semestinya anda mesti mempunyai puting yang terjojol baru boleh berjaya menyusukan anak. Bentuk puting ketika rehat tidak menunjukkan setakat mana ia akan menonjol ketika bayi menghisapnya.

Kedudukan Yang Betul Ketika Menyusu.
~Sentuhkan bibir bayi dengan puting anda berkali-kali dan tunggu sehingga bayi membuka mulutnya dengan luas seperti menguap. 
~Tarik sedikit payu dara anda ke belakang dengan memastikan ibu jari dan jari-jari anda jauh dari areola apabila mulut bayi mula melekap pada payu dara anda. Ini memberi ruang kepada bayi memasukkan seberapa banyak yang boleh bahagian areola ke dalam mulutnya.
~Apabila bayi diletakkan pada kedudukan yang betul, tisu payu dara dapat dihisap dengan sempurna seolah-olah seperti puting.

Menyusu bayi dengan puting yang tenggelam kadangkala merupakan satu cabaran. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai puting yang tenggelam atau leper lebih mudah terkeliru apabila menghisap. Keadaan ini berlaku apabila ia diberi puting tiruan di awal-awal minggu penyusuannya. Kenapa ini terjadi, penjelasannya adalah mudah. Meletakkan bayi ke payu dara anda selepas sahaja ia dilahirkan adalah sangat penting untuk 'mengingatkannya' bentuk puting ibunya. Bayi akan menjadi biasa dengan bentuk puting dan payu dara anda. Dalam kebanyakan kes, bayi boleh diletakkan terus ke atas dada anda. Biarkan ia menjilat dan menghisap puting anda. Bayi yang dibiarkan berbuat demikian sejurus selepas dilahirkan lebih berjaya menghisap susu dari ibunya, walaupun ibu tersebut mempunyai puting susu yang tidak terjojol. 

Perkara yang Perlu dilakukan.
~Elakkan dari mengguna puting tiruan sehingga penyusuan dengan susu ibu telah benar-benar mantap. 
~Jika terpaksa memberi tambahan susu formula, picagari atau cawan boleh digunakan dari awal sementara berusaha membina hubungan penyusuan antara anda dan bayi. 
~Pastikan anda mendapat bantuan dan sokongan dari pihak hospital atau kaunselor penyusuan berkaitan dengan teknik dan kedudukan semasa menyusu sejak dari mula lagi. Dapatkan latihan yang cukup sehingga anda benar-benar mahir tentang teknik penyusuan ini ketika payu dara anda masih lembut dan mudah dipegang. 
~Amatlah berguna jika anda dapat memerah atau mengepam susu untuk beberapa minit sebelum memasukkan puting anda ke dalam mulut bayi. Ini akan membantu pengaliran susu yang baik. Memerah susu ke bibir bayi juga dapat menarik minat bayi anda.

Baca sini Ingin Ketahui Rahsia susu Melimpah Ruah .

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
 
Share:

Thursday, January 23, 2014

Rahsia Susu Ibu Melimpah Ruah

Semua ibu inginkan yang terbaik untuk bayi mereka. Susu ibu adalah yang terbaik buat bayi kesayangan kita. Namun ramai juga yang merungut apabila susu yang ingin diberikan kepada bayi tidak mencukupi, susu makin berkurang jadi untuk membanyakan susu ibu pelbagai petua, supplement milk booster dicuba oleh para ibu demi bayi kesayangan.

Tetapi hakikat sebenarnya pengambilan supplement/milk booster/ ini sebenarnya perlu seiring dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) ibu kerana ia sangat perlu/penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan? 

Analogi kisah Masak dan Penyusuan.
Secara logiknya la sebagai contoh, kalau hari ini kita memasak, dan kemudian anak dan hubby makan hanya sedikit aje. Kemudian kita masak lagi, masak sikit jer sebab lauk semalam ada lagi. Kemudian hal ni berlarutan selama seminggu,.Hubby dan anak hanya makan sikit setiap kali kita masak dan panaskan balance lauk semalam. Kemudian cukup seminggu kita pun dah malas nak masak lagi sebab lauk semalam banyak lagi. Kita hanya panaskan lauk balance semalam dan hubby/anak dah tak nak makan-makan lagi dah sebab kita hanya hidangkan lauk yang dipanaskan tu. Akhirnya kita dah completely malas nak masak dan hanya beli la makanan kat restoran makanan segera sebagai ganti.Buat apa nak masak ek kalau dah tak de orang nak makan? Nampak tak kesannya? 

Begitu jugalah badan kita berfungsi.Jika susu tu dikeluarkan sepenuhnya, maka breast kita akan produce susu lain. Tapi kalau tak dikeluarkan sepenuhnya, buat apa nak hasilkan susu yang lain sebab balance susu masih ada dalam breast, kan? Lagipun no space untuk simpan susu dalam breast sebab susu balance ada. Penyudahnya, breast kita dah bagi signal kat otak, tak payah la susah payah nak hasilkan susu sebab keperluan dan permintaan tak banyak( dalam breast masih ada susu). Akhirnya susu kurang/ kering dan kita kena la beli susu segera dalam tin atau kotak kat pasaraya. Nampak tak persamaan dengan contoh diatas tadi?

Satu lagi kesan akibat kurangnya pengosongan breast (samada menyusu bayi atau pam), air susu badan ibu akan lebih cair kerana mengandungi lebihan air dalam kandungan susu tadi.Ramai yang mengeluh kerana susu cair dan anak cepat lapar bila diberi susu ibu. Ramai yang tidak perasan dan sedar akan kesan yang satu ini. Petuanya senang saja, kalau nak susu nampak pekat, kerapkan pengosongan payudara tadi. Anak pun kenyang dapat susu pekat. 

Berikut adalah RAHSIA untuk membina/me-maintain bekalan susu if you ended up with pumping: 
1. Breastpump

Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. Saya petik kata-kata yang pernah saya dengar 'a pump should never hurts!' 

2. Ketetapan waktu mengepam

Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. Kerana saya juga begitu :) oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang awal sangat penting. Saya juga mengepam pada waktu tengah malam. Boleh dikatakan tanpa henti!. Apabila pengeluaran tenusu saya sudah stabil, saya mula mengadjust sedikit waktu pengepaman dimana saya tidak lagi mengepam di waktu tengah2 malam dan tidak lagi mengepam setiap 2 jam sekali tetapi selang 2.5 jam atau 3 jam. 

3. Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi

Sebenarnya kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam. Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sebanyak 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well! jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita PERLU untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan.

PERINGATAN! 
1 hari = 24jam untuk semua ibu yang menyusu. Tiada ibu yang dapat 25jam dalam sehari. Jadi kalau ibu lain boleh, beritahu diri kita, SAYA BOLEH!. Tak sempat, letih mahupun, tak cukup tidur bukan alasan untuk kita tidak pam susu. Ibu lain juga rasa apa yang anda rasa. Ibu lain boleh bangun malam untuk pam, saya juga boleh! 


UNTUK ANAK SAYA, SAYA SANGGUP!


 
Anda juga boleh mencuba SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE ini dengan harga yang berpatutan. Ia lengkap dengan sumber protein dan nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia sebagai supplement semulajadi dalam membantu anda banyakkan susu untuk anak bertuah anda! Kenyang anak bertuah anda... memang bertuah! 

Jom tengok testimoni pengguna yang sangat berpuashati dengan set penyusuan Shaklee ini.

 Testimoni 1: Set Bajet ESP dan Alfalfa

 Testimoni 2: Set Berpantang 3M

Testimoni 3: Set Berpantang 3M
 
Untuk mendapatkan Set 3M ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 

Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels