Showing posts with label Maksud Non GMO. Show all posts
Showing posts with label Maksud Non GMO. Show all posts

Saturday, November 5, 2016

Cinta Ku Tak Pernah Berubah Kepada SOYA



Saya ngan adik yang no.2 kami memang sangat rapat. Zaman kecik2 kami sungguh berwarna warni bukan sahaja dalam bab bermain malah dalam semua perkara kami banyak lakukan bersama. Bila di ingat balik memang melucukan, dan kesan yang kekal hingga kini ialah keadaan ibu jari saya hihihi, akibat terkena renjatan elektrik...hahaha...awatlah aku ni nakal sangat kecik2 dulu. Tak dikira parut disimbah air panas dan bermalam sebulan di hospital, sabor jerlah bonda ngan ayah ngan saya ni.

Saya dan adik peminat air soya sejak dari kecil2 lagi.Kalo pi pasar malam jer, memang air soya lah yang jadi pilihan hati. Sampaikan satu ketika saya dan adik buat air soya sendiri kat umah. Lagi best tau sebab rasa dan baunya mengikut selera kita kan. Aroma daun pandan yang dimasukan utk hilangkan bau soya tu, makin2 buat saya boleh meroyan punyer lah harum dan menaikkan nafsu nak minum hihihi.

Itu dulu, tapi sekarang ni kalo ditanya kepada saya adakah saya masih sukakan air soya?

Jawapan saya tak pernah berubah, setia sungguh saya ni bertuah somi den kawin ngan den ni...hahaha. Yer saya sangat sukakan air soya Cuma apa yang berubahnya pemilihan soya yang saya ambil sekarang bukan macam dulu lagi.

Kenapa, apa yang berbeza sangat tu?

Bila saya mengetahui tentang istilah GMO dan Non GMO ni, segala2nya berubah tentang air soya. Malah air soya dan Protein soya juga membawa makna yang jauh berbeza, dari segi NUTRISI nya.

Anda tau tak apa beza GMO dan NO-GMO ni. Suka saya nak kongsikan ilmu baru ni yang mungkin ramai yang belum tahu tapi penting untuk kesihatan kita terutama bagi mereka yang ada keturunan KANSER ni.

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud haiwan mahupun tumbuhan yang kandungan genetiknya sudah diubah oleh manusia.

Tau tak boleh dikatakan semua makanan yang kita ambil termasuk benih kacang soya pada hari ini adalah GMO,bermaksud ia bukan sesuatu yang natural. So, kalau kita ambik product yang tak natural, walau pun ditanam secara organik (kalau tak organik apatah lagi kan) kebaikannya takkan sama dengan yang kita makan produk yang Allah sediakan benihnya. Keburukannya juga mungkin tak dapat dijangka. Jadi bila makan tu kena lah berpada2.

Dah tau ada kesan buruk kenapa mesti buat produk GMO?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.

Boleh dikatakan semua produk soya yang kita ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’. Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Faham ke idak ni Non GMO dan GMO ni, tak faham ulang baca satu kali lagi k...ahaks!!!

Apa pulak beza air soya dan protein soya...huhuhu...jenuh hangpa penat nak baca kalo nak ceqita lagi...kita sambung edisi lain pulak noo.

Pendek citernya saya sukakan protein soya non GMO. Dan produk yang ada semua tu hanyalah dalam ESP Shaklee. Sapa yang suka suka minum air soya boleh iku jejak langkah saya noo. Yang pasti, rasanya bukan jer sodap, tapi nutrisi 9 asid amino perlu yang tak dapek dihasilkan dalam badan kita ada dalam ESP Shaklee ni.

Yang paling best tetiba kulit saya yang berparut sana sini akibat kenakalan di masa kecil berubah menjadi lebih Cun....perasan sekejap...tapi kesan renjatan elektrik dijari tak dapek diubah melainkan melalui plastic surgical...hihihi.


Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsaltansi secara percuma:-  
 

SMS/whatapps: 013-4505852(Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook:Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       

#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#shakleeeffect
#liveamazing
Share:

Sunday, September 20, 2015

Definisi GMO dan Bahayakah Ia?

Pernahkah anda melihat label “non-gmo” atau mendengar istilah GMO's? Jika anda tidak pernah melihat label ini biar saya tunjukan kepada anda.

Bagi saya dan mereka yang mengamalkan pemakanan kesihatan makanan tambahan SHAKLEE pasti pernah mendengarnya. 

Apa itu GMO? 
GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki. 

Apakah Tujuan Teknologi GMO's? 
Tujuannya adalah supaya spesis yang terhasil melalui sains kejuruteraan makanan ini baik, kukuh, kuat dan tahan rintangan penyakit juga untuk mendapatkan hasil pulangan yang tinggi dari segi kuantiti dan kualiti. 

Bagaimana Sains Kejuruteraan Makanan ini Berfungsi?

Pengubahsuaian organisma secara genetik ini adalah satu kaedah yang mana mengambil atau mengeluarkan satu atau lebih gen dari organisma hidup yang lain dan digabungkan ke pada gen DNA organisma yang ingin diubahsuai. 

Contohnya, Ahli sains dari Mosanto melalui kejuruteraan genetik memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Thuringiensis atau singkatannya Bt ke dalam DNA jagung yang ingin diubahsuai, maka terbentuklah satu variasi gen jagung yang baharu kuat dan tahan serangan penyakit. 
Apabila pokok ini ditanam di ladang atau kebun. Gen Bt sebagai satu novel protein dengan cepat bertindak membunuh serangga yang memakan buah jagung tersebut dengan membebaskan kimia racun sendiri pada dirinya. Dengan itu, pokok jagung sihat tanpa gangguan makhluk perosak. Bukan itu sahaja, serangga pendebunga seperti lebah juga terkesan sama.

Satu masalah besar mengenai pengubahsuaian genetik ini adalah dalam proses memasukkan gen ke dalam DNA tanaman secara rawak, para saintis tidak mengetahui ke mana gen-gen itu pergi atau tidak diketahui jejaknya. Ini boleh menjejaskan fungsi kepada gen yang lain dan mencipta novel protein yang tidak wujud sebelum ini dalam tanaman. Ia juga menghasilkan toksik penyebab alergik dalam makanan.

Kita juga sangat mustahil mengetahui apakah item-item atau bahan-bahan yang digabungkan ke dalam gen tumbuhan yang ingin diubahsuai. Tidak ada spesifikasi jelas yang boleh dijadikan ukuran tentang penggabungan gen-gen yang berbeza ini.  

Apakah Tumbuhan atau Tanaman Yang Sering Diwujudkan Melalui GMO's?
Antara tanaman yang diwujudkan melalui kejuruteraan genetik ini ialah:
  • Kacang soya
  • Jagung manis
  • Alfalfa
  • Canola 
  • Kapas
  • tomato
  • squash
  • Kentang
  • pokok padi (Filipina)
  • Terung
  • Dan sebagainya 
Apakah Kesan produk GMO ini?
Berdasarkan kajian, sifat produk GMO yang tidak stabil dan melanggar fitrah berpotensi mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang. 
  • Meningkatkan risiko kanser dengan meningkatkan potensi pertumbuhan sel pra-kanser
  • Sistem imun yang rendah
  • Otak, hati dan organ reproduksi yang lebih kecil
  • Sel nukleus yang tidak normal
  • Kadar kematian yang lebih tinggi
  • Pencemaran herbisid yang lebih tinggi kerana kebanyakan tanaman GMO lebih tahan kepada racun serangga, oleh itu lebih banyak racun perosak yang digunakan. Kadar penggunaan racun serangga yang lebih tinggi mencemarkan persekitaran
  • Meningkatkan kes alahan, autism, masalah penghadaman kerana sebahagian produk ini boleh berada di dalam tubuh kita sepanjang hayat dan mengakibatkan kesan buruk dalam jangkamasa panjang.
Kanak-kanak paling terdedah kepada bahaya jika mereka mengambil produk GMO kerana:
  • Tubuh mereka yang muda dan cepat membesar
  • Mereka paling mudah menghadapi masalah dengan susu
  • Mereka paling mudah terdedah kepada masalah nutrisi 
  • Mereka paling mudah terdedah kepada bahaya akibat rintangan antibiotik
Tiada kajian jangkamasa panjang terhadap manusia dilakukan, kerana adanya kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang tamak untuk mengaut  keuntungan. Paling menakutkan, kesan terhadap manusia jika telah berlaku tidak dapat ditarik balik kerana ianya telah ada dalam tubuh manusia.

Percaya atau tidak terlalu banyak makanan di pasaran yang GMO. Produk GMO berleluasa di pasaraya sehingga kita sendiri sudah lali dengannya. Adalah penting untuk kita mengetahui bahawa kuasa membeli di tangan kita, Jika permintaan terhadap produk GMO adalah rendah, kita boleh elakkan produk ini daripada berleluasa di pasaraya kita. Secara tidak langsung, jika kita membeli produk organik atau non-GMO, kita dapat membantu mereka meningkatkan produksi, mengurangkan kos operasi dan seterusnya mengurangkan harga makanan organik. 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Wednesday, February 12, 2014

Benarkah Soya Penyebab kanser Dan Bahaya Untuk Kesihatan?

Isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun dilabel sebagai berbahaya juga. Semoga artikel ini dapat memberi pencerahan kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk mengambil produk ESP Shaklee. 

Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, Cuma saya hairan hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya . Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini. 

Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. 
Tahukah anda hampir semua makanan yang ambil kita termasuk benih kacang soya pada hari ini adalah GMO,bermaksud ia bukan sesuatu yang natural. So, kalau kita ambik product yang tak natural, walau pun ditanam secara organik (kalau tak organik apatah lagi kan) kebaikannya takkan sama dengan yang kita makan produk yang Allah sediakan benihnya. Keburukannya juga mungkin tak dapat dijangka. So still kena ambik dengan berhati-hati. 

Kenapa mesti GMO jika berbahaya?
Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal  dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika:
  1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya 
  2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari 
Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di GeneticallyModified Soybean

Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.  Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut.Tetapi ia sebenarnya bergantung kepada kuantiti yang diambil.

Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.

Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya50-50 (ada betul dan ada salah).

Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens 

Soya menyebabkan kanser?
Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. 

Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros andCons of Phytoestrogen 

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?
Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia. 

Soya bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu
dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan.

Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros andCons of Phytoestrogens.Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.

Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya.  Pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?
Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?

Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya.Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?
Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.

Tapi tidak dengan  ESP Shaklee.

Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air*untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari
Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan.
Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang terlalu banyak. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. 

Jadi  sebagai produk yang sudah lebih 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya. 

Untuk mendapatkan ESP, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels