Showing posts with label Kesan UV kepada kulit. Show all posts
Showing posts with label Kesan UV kepada kulit. Show all posts

Sunday, November 22, 2015

Psoriasis Penyakit Berjangkit Ke?

Masa saya belajar kat universiti dulu, saya ada seorang roomate yang menghidap sejenis penyakit kulit. Dia selalu menyikat rambutnya sebab gatal dan berkuping-kuping kelemumur yang keluar bersama dengan rambut. Saya yang tak tahu apa-apa pun tanya dia naper kelemumur dia lain macam sangat berkuping-kuping macam kulit yang mengelupas. Dia pun bagitau saya, yang ni bukan kelemumur tapi psoriasis. Terngaga saya apa tu???

Psoriasis sebenarnya adalah keadaan di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja. Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

psoriasis1

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. 

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Pesakit yang mengalami Psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu malahan mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Selain faktor genetik terdapat beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan:
  • Stress atau tekanan 
  • Jangkitan 
  • Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan 
  • Kecederaan pada kulit 
  • Cuaca 
  • Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol
Tips bagi pesakit psoriasis:
  1. Ubah tabiat pemakanan iaitu lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yang mengandungi carotenoid seperti tomato, mangga, lobak merah, dan sayuran hijau. 
  2. Tambah aktiviti senaman ke dalam jadual harian atau mingguan anda. 
  3. Elakkan tekanan. Tambahkan aaktiviti yang meningkatkan amalan kerohanian dan juga meningkatkan ketenangan diri. 
  4. Akupuntur. 
  5. Pengambilan suplemen yang bersesuaian.
Shaklee menyediakan suplemen kepada pesakit psoriasis, ianya ia bukanlah ubat, tetapi hanya suplemen yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Apakah set yang sesuai untuk penghidap psoriasis? Ini adalah sebagaimana cadangan Dr Weil dalam artikelnya Psoriasis:
 
1. Nutriferon untuk meningkatkan pertahanan badan seseorang.
2. Omega Guard bertindak sebagai terapi kepada penyakit autoimmune seperti SLE, psoriasis dan lain-lain.
3. GLA untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit. GLA juga terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah pada pesakit ekzema, psoriasis dan chronic inflammation. Ia juga dapat membantu memberikan kesihatan kepada kulit dan rambut.
4. Vita E untuk menentang radikal bebas yang merosakkan sel badan. Membantu memudarkan parut akibat psoriasis.
5. B Complex untuk anti stress
6. Vivix untuk memperbaiki sehingga ke tahap DNA badan yang telah rosak akibat daripada radikal bebas. 

Testimoni psoriasis – tiada lagi gatal dan kurang kulit kemerahan 

Testimoni psoriasis tiada lagi kulit bersisik
Saya nak kongsikan pengalaman seorang pesakit psoriasis iaitu Pn. Yusrinata. Bagaimana beliau mengawal psoriasis dan menghadapinya. Untuk Ketahuinya boleh baca di SINI. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

Wednesday, November 6, 2013

Berhati-Hati di Bawah Sinaran Matahari

Aktiviti luar seperti bersukan, berenang, meredah hutan, mendaki gunung dan berkayak menyebabkan pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang panjang
Kesan pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama tanpa penggunaan pelindung kulit, boleh menyebabkan kanser kulit.
 
Langkah perlindungan dari sunburn
Risiko
Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan:
  • Kulit terbakar (Sunburn) - menyebabkan kerosakan kulit yang kekal
  • Penuaan pra-matang - kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok-tompok
  • Kanser kulit - kesan daripada pendedahan cahaya matahari yang lama
  • Kerosakan mata akibat sinaran ultra violet (UV)
Tiga jenis cahaya ultra violet (UV) boleh merosakkan kulit:
  • Cahaya UVA, menyerap jauh ke dalam kulit. Ia boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat dan kosmetik menyebabkan kulit terbakar teruk
  • Cahaya UVB, akan sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan agen primer yang menyebabkan kulit terbakar
  • Cahaya UVC, kebanyakannya akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan ini tidak menyebabkan kerosakan kulit
Tanda dan gejala
Gejala sunburn
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:
  • Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
  • Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:
  • Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
  • Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
  • Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera
Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

Langkah pencegahan
  • Elakkan dari terdedah kepada sinaran matahari antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran matahari amat terik
  • Gunakan krim pelindung sinaran matahari yang melindungi daripada pancaran UVA dan UVB, serta mempunyai sekurang-kurangnya SPF 15 walaupun pada waktu mendung
  • Gunakan topi atau pelindung untuk mengelakkan dari terkena matahari pada bahagian tengkuk, kepala dan mata
  • Pakai pakaian yang sesuai dan gunakan cermin mata hitam untuk mengelakkan terkena kesan cahaya ultra violet
Langkah berjaga-jaga
Sesetengah ubat, kosmetik dan ubat kimia bertindak balas dengan cahaya matahari menyebabkan kulit merah atau terbakar:
  • Ubat alahan dan ubat gatal
  • Antibiotik
  • Ubat penenang
  • Ubat kencing manis
  • Ubat jerawat
  • Pil perancang keluarga
  • Racun serangga
  • Sesetengah bahan antibakteria yang terdapat dalam sabun atau pencuci muka
  • Bahan pewangi dalam sabun atau minyak wangi
  • Sesetengah produk herba terutamanya yang berasaskan limau, seleri, dan herba dari kumpulan St. John's Wort
Adakah anda tahu bahawa terdapat bahan pelindung cahaya matahari secara semula jadi di kulit yang dipanggil melanin?
Melanin pelindung kulit semulajadi
  • Melanin merupakan pigmen semula jadi yang menyerap sinaran ultra violet dan menyebabkan kulit berubah dari cerah ke kuning ke perangan
  • Melanin melindungi kulit daripada kerosakan pancaran sinar ultra violet oleh matahari
  • Secara umumnya, orang yang berkulit cerah mempunyai kandungan melanin yang kurang dan ini menjadikan ia lebih sensitif kepada sinaran ultra violet
Sesiapa sahaja boleh mengalami kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari terutama kepada:-
  • Berkulit sensitif dan cerah serta mempunyai kandungan melanin yang kurang
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kanser kulit
  • Mempunyai banyak jeragat atau tahi lalat
  • Mengalami rawatan kanser kulit
  • Memiliki rambut berwarna merah atau coklat
Kalau anda mempunyai kulit yang sensitif dan mengalami sunburn anda boleh cuba atasinya dengan set kecantikan kulit Shaklee yang terdiri daripada:
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/sihatcantik-dan-awet-muda-bersama.html
Ingin dapatkanya boleh hubungi/sms saya soffiah :0134505852


  
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels