Showing posts with label Punca anemia. Show all posts
Showing posts with label Punca anemia. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Risiko Hamil Dan Bersalin Bagi Ibu Rendah HB.



80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah. Kandungan hemoglobin yg rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu.
 
Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Mengapa ianya terjadi?

  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda.
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah.
  • Kurangnya pengambilan zat besi dan vitamin B12.
  • Penurunan kadar hemoglobin normal.  
  • Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik.

Apakah Risiko Hb Rendah?

Kesan kepada ibu

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kepentingan HB Ketika Hamil Dan Kesan Pada Bayi Jika Hb Rendah:

1. Kandungan Kurang Dari 5 Bulan

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 Bulan ke 7 Bulan

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

3. Kandungan 7 Bulan Ke Atas

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Apakah Cara Terbaik Untuk Tingkatkan Hb?

  • Mengambil makanan yang kaya zat besi seperti daging lembu,roti gandum,bijirin,telur dan buah-buahan kering. 
  • Mengambil makanan yg tinggi asid folic seperti bijirin gandum,kekacang,mentega kacang,oatmeal, cendawan, sawi,brokoli dan asparagus. 
  • Makan makanan yg tinggi vitamin c,seperti buah-buahan citrus oren dan sayur2an. vitamin C membantu penyerapan zat besi yg lebih cekap. 
  • Walaupon hati haiwan (lembu,ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai retinol.kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yg mengambil retinol berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi yg cacat seperti kelainan wajah,kepala,jantung dan sistem saraf. 
  •  Di bawah ni dikongsikan bersama senarai makanan mengikut kumpulan makanan.

Selain itu Shaklee dapat membantu anda dengan pengambilan suplement yang dikenali sebagai multivitamin iaitu VITA-LEA WITH IRON FORMULA.Ia mengandungi Vitamin B12 yang dapat membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.Pengambilan Vita-Lea sebanyak 2 biji sehari mampu untuk menambah paras hemoglobin anda.

Testimoni 1: Seminggu Hb Dah naik!!!

Testimoni 2: Hb tetap Maintain walaupun makin sarat!!!


Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  

SMS/whatapps: 013-4505852    (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Share:

Sunday, November 24, 2013

Punca Anemia Dan Tanda-Tanda Anemia Semasa Mengandung

Hb rendah semasa mengandung menjadi punca terjadinya anemia yang boleh memberikan risiko kepada kehamilan. Untuk memastikan proses kehamilan berjalan dengan selamat, adalah penting untuk kita ambil tahu serba sedikit cara naikkan bacaan Hb, punca low hemoglobin, risiko kepada pregnancy dan lain-lain.

Kalau pernah mengandung mesti ingat lagi kan ada buat pemeriksaan darah masa pregnancy check up. Nurse akan periksa paras hemoglobin. Daripada situ boleh tau Hb tinggi, normal ataupun rendah. Kalau bacaan tak cantik haa siaplah bertanda dalam buku merah (pink) rekod kehamilan tu. Low Hb masa hamil boleh bahayakan ibu dan baby dalam kandungan.

Punca Anemia Terjadi

Ibu mengandung ada kebarangkalian tinggi nak kena anemia. Anemia disebabkan darah tidak mengandungi sel darah merah sihat yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke seluruh tisu badan termasuklah kepada baby dalam kandungan.

Semasa mengandung badan hasilkan lebih banyak darah untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Kalau ibu tak dapat secukupnya iron (zat besi) ataupun nutrien-nutrien tertentu yang lain, badan ibu mungkin tak mampu menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk menghasilkan darah tambahan.

Adalah normal kalau terkena anemia yang ringan (mild) semasa hamil. Tapi kekurangan zat besi ataupun vitamin tertentu atas pelbagai faktor, boleh menyebabkan anemia yang teruk. Ini boleh memudaratkan kesihatan ibu dan kandungan kalau dibiarkan. Ibu dalam video ni, kena marah lagi dengan kakak dia. Nak tau sebab apa?


Jenis-Jenis Anemia Semasa Kehamilan

Terdapat beberapa jenis anemia yang boleh berlaku semasa kehamilan. Antaranya:

1. Anemia Disebabkan Kekurangan Iron
Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil. 

2. Anemia Disebabkan Kekurangan Asid Folik
Folate ataupun Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Masa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir B. 

3. Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12 
Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.

Kehilangan darah yang banyak semasa dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan anemia.

Faktor Yang Menyumbang Kepada Risiko Anemia

Semua wanita hamil berisiko terkena anemia. Sebab itulah ibu hamil perlukan zat besi dan Asid Folik lebih daripada biasa. Tapi risiko terkena anemia lebih tinggi sekiranya:
  • Mengandung anak kembar
  • Jarak kehamilan yang rapat dengan sebelumnya
  • Banyak muntah akibat morning sickness
  • Mengandung diusia remaja
  • Tidak makan secukupnya makanan yang kaya zat besi
  • Mengalami anemia semenjak sebelum mengandung

Simptom-Simptom Anemia Semasa Kehamilan

Tanda-tanda seorang ibu mengalami anemia semasa hamil ialah:
  • Kulit, bibir dan kuku pucat
  • Rasa letih dan lemah
  • Rasa pening
  • Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
  • Denyutan jantung laju
  • Sukar untuk fokus

Risiko Akibat Anemia Terhadap Kehamilan

Anemia yang teruk dan tak dirawat semasa mengandung boleh meningkatkan risiko:
  • Kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir
  • Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Bayi menghidapi anemia
  • Bayi yang menghidapi lewat perkembangan
  • Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak

Ujian Pemeriksaan Darah Mengenalpasti Anemia

Semasa diawal kehamilan, doktor akan lakukan ujian darah untuk pastikan ibu menghidapi anemia atau tak. Ujian darah termasuklah:
  • Ujian Hemoglobin – Mengira jumlah hemoglobin
  • Ujian Hematocrit – Mengira peratusan sel darah merah dalam sampel darah
Paras Hb normal adalah diantara 11-12g/dl. Sekiranya paras hemoglobin atau hematokrit rendah, itu tandanya anda mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Doktor akan buat ujian darah lain untuk pemeriksaan yang lebih detail.

Ujian darah akan diulang ditrimester ke 2 dan trimester ke 3 kehamilan.

Hemoglobin berbentuk ceper bulat dan lekuk di tengah.

Naikkan Bacaan Hb Dengan Cara Merawat Dan Mengatasi Anemia

Bagi ibu yang Hb rendah, selalunya doktor akan bagi supplement zat besi ataupun supplement Asid Folik disamping vitamin kehamilan. Selalunya kalau jalani check up di hospital ataupun klinik kerajaan, ibu hamil akan diberi supplement Asid Folik yang berwarna pink.

Dalam masa sama untuk naikkan Hb, dinasihatkan untuk makan:
  • Daging
  • Kerang
  • Produk tenusu
  • Sayur bayam dan sayuran berdaun hijau
  • Telur
  • Kekacang
  • Jus buah-buahan
  • Bijirin yang diperkaya dengan zat besi
  • Makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti – buah-buahan sitrus, strawberry, buah kiwi, tomato dan lain-lain

Rahsia Macam Mana Saya Kekalkan Paras Hb Cantik Masa Mengandung

Sebelum saya mengenali produk Shaklee, Sepanjang 3 kali mengandung bacaan Hb  sangat teruk. Doktor dah bagi ubat untuk naikan Hb saya namun Hb saya hanya cukup2 atas pagar jer. Paling saya ingat masa mengandung anak pertama lepas jer bersalin saya tidar sedarkan diri rupanya saya tumpah darah, dan terpaksa dimasukan darah sebanyak 2 bag.

Pengalaman paling manis kalo bab Hb cantik ni apabila mengandung anak ke-4. Pada masa ni saya baru mengenali Shaklee. Kerana Set Hb Cun ini jugalah saya terus jatuh hati dan mencuba semua produk Shaklee.

Saya ingat lagi nurse cakap, “Amboi cantiknyaa Hb awak. Saya yang blur pun tanya lah balik kenapa ada masalah ke sebab saya ingat nurse tu perli. Rupanya tak. Memang Hb saya tu macam perfect sangat katanya

Ok macam mana saya buat? 
Rahsianya ialah saya konsisten ambil Set vitamin kehamilan Shaklee sepanjang pregnancy. Kalau perasan, anemia tu sendiri terjadi akibat kekurangan nutrien penting iaitu zat besi, Asid Folik ataupun Vitamin B12. Sebab tu lah sangat penting sebenarnya mengambil vitamin sepanjang kehamilan. Ada banyak vitamin dipasaran. Tapi saya hanya pilih vitamin yang terbukti selamat tanpa bahan kimia bahaya. Masa mengandung memang saya berhat-hati lebih sebab nak pastikan anak dalam kandungan berkembang dengan baik.

Set Anemia Shaklee

Ok ini adalah vitamin-vitamin yang saya amalkan masa mengandung dulu untuk tingkatkan HB saya:

1. Multivitamin Vita-Lea With Iron
  • Vitamin paling utama saya amalkan. Sebab dalamnya lengkap 28 vitamin dan mineral termasuklah diperkaya dengan zat besi yang sangat diperlukan masa hamil.
  • Vitamin ni dah menjalani 340 ujian kualiti maknanya memang selamat.
  • Direka dengan sistem penyerapan Bio-Aktif untuk meningkatkan penyerapan Asid Folik yang juga sangat diperlukan ibu hamil.
  • Sangat cepat dan mudah terlarut dalam air untuk penyerapan berkesan dalam tisu-tisu badan.
  • Dengan formula nutrien lengkap untuk mengisi kelompongan vitamin dalam diet harian. Maklumlah kadang-kadang tak lalu makan segala sebab moring sickness. Jadi badan dan baby tersayang dalam perut masih boleh dapat zat-zat penting yang diperlukan
  • Cara makan Vita-Lea ni ialah saya ambil masa awal pagi lepas breakfast. Tapi elakkan ambil dengan susu kalau tak nanti penyerapan kurang berkesan.
2. B-Complex 
  • Mengandungi kumpulan lengkap Vitamin B termasuklah Asid Folic dan Vitamin B12 yang sangat diperlukan ibu hamil.
  • Tingkatkan fungsi saraf, elakkan risiko neural tube defects pada bayi, elakkan risiko kelahiran pra-matang.
  • Baik untuk ketenangan emosi dan elakkan kemurungan kepada ibu.
3. Vitamin C
  • Merangsang penyerapan zat besi dan Asid Folik.
  • Galakkan penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan.
  • Meningkatkan sistem imun.
Semua ibu mengandung impikan proses kehamilan dan kelahiran yang lancar tanpa sebarang masalah. Seterusnya yang paling diharapkan ialah bayi yang dilahirkan sihat dan sempurna sifat. Walau bagaimanapun, sangat penting itu ibu bertindak ambil langkah penjagaan extra terhadap diri sendiri masa pregnant.

Salah satunya ialah penjagaan pemakanan dan amalan mengambil nutrien penting yang mencukupi. Pemakanan harian biasa mungkin zatnya tak cukup dan tak seimbang. Sebab proses memasak tu sendiri dah memusnahkan sebahagian vitamin penting akibat suhu panas.

Jadi pengambilan vitamin kehamilan seperti Multivitamin Vita-Lea Iron Formula adalah sangat baik sebagai langkah pencegahan untuk elakkan masalah kehamilan seperti anemia dan lain-lain yang boleh memudaratkan.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels