Showing posts with label diet bulan puasa. Show all posts
Showing posts with label diet bulan puasa. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Diet Pantas Turun 5kg Di Bulan Ramadhan!


Pengamalan diet yang seimbang semasa bulan Ramadhan adalah mencukupi untuk memastikan seseorang itu sihat dan aktif. Jika seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan, Ramadhan adalah bulan yang sesuai untuk menurunkan berat badan.
Memandangkan kita berpuasa untuk jangka masa yang lama, kita seharusnya mengambil makanan yang lambat hadam seperti barli atau gandum berbanding dengan makanan yang cepat hadam seperti
karbohidrat ringkas atau terproses. Makanan yang lambat hadam bertahan sehingga lapan jam berbanding dengan makanan cepat hadam yang hanya bertahan selama hanya tiga hingga empat jam.

MAKAN
  • Karbohidrat kompleks pada waktu sahur supaya makanan bertahan lebih lama dan membuat anda kurang lapar.
  • Soya merupakan sumber protein yang penting dan merupakan makanan yang lambat terbakar.
  • Kurma adalah sumber gula, serat, karbohidrat, kalium dan magnesium yang baik. 
  • Badam pula kaya dengan protein dan serat serta kandungan lemak yang rendah.
  • Pisang merupakan sumber kalium, magnesium dan karbohidrat yang baik.
  • Adalah lebih baik anda makan kurma dan menikmati bubur oat dan sup sayur.
MINUM
  • Minum air atau jus secukupnya di antara waktu iftar dengan waktu tidur supaya badan anda dapat mengimbangkan aras bendalir dalam badan.
ELAKKAN
  • Makanan goreng dan berlemak. 
  • Makanan bergula
  • Makanan bergaram tinggi ketika sahur kerana ianya akan menyebabkan badan dehidrasi lebih cepat. .
  • Makan berlebihan terutamanya pada waktu sahur.
  • Makanan yang pedas.
  • Terlalu banyak minum teh/kopi semasa sahur. Teh membuat anda membuang lebih banyak air kecil, yang membawa bersamanya garam galian yang badan anda perlukan sewaktu siang.
  • Meminum minuman sejuk semasa berbuka.
  •  Merokok. Adalah baik jika dapat berhenti merokok mulai bulan Ramadhan, seperti yang telah diketahui umum, merokok membahayakan kesihatan.
SENAMAN
Disarankan setiap orang melakukan beberapa jenis senaman ringan seperti aktiviti regangan otot atau berjalan cepat/laju.
 

Ini antara pilihan menu yang saya sarankan untuk turun 5kg dalam masa sebulan berpuasa
- Oat
- Ikan
- Kurma
- Sayuran
- Buahan
- Tempe (soya)
- ESP/Cinch Shake mix/Susu/atau minuman Yogurt

Kenapa saya tak senaraikan nasi dalam pilihan menu di atas? 
Ini kerana, nasi mengandungi kanji yang lebih. Ia membekal lebih lemak. Tukarkan nasi kepada oat. Ia lebih mudah dihadam dan berkhasiat. Lagipun, oat membantu menyerap kolesterol dalam badan. 

Kenapa tiada menu ayam atau daging? 
Heyyy~ kan nak turun 5kg dengan pantas! Jadi, elakkan mengambil protein yang sukar dihadam. Gantikan dengan soya(tempe) atau ikan dah cukup. Lagipun, hari raya nanti pasti pelbagai juadah daging dan ayam akan terhidang. Jadi, anggap saja anda juga berpuasa dari memakan ayam dan daging untuk sebulan ini. 

Nak lagi mantap, ambilah supplement Set slimming Shaklee yang Semulajadi, Selamat dan insyaallah Berkesan. Hasinya pasti lebih marvelous! 

*Senarai menu di atas juga sangat bagus untuk golongan ibu-ibu yang menyusukan anak dan juga yang sedang mengandung. Tapi perempuan mengandung yang mengidam macam-macam tu, tunaikan aje lah apa yang nak di makan. 
 
SET LANGSING RAMADHAN


CINCH Shake Mix.
Cinch memang dibuat untuk membantu kita mendapatkan berat badan yang sesuai. Jadi hasil kajian telah dibuat dan Cinch memang terbukti dapat membantu mengatasi masalah paling ditakuti oleh kita, iaitu YOYO EFFECT !! Kiranya kesan YOYO antara benda yang paling tak bagus sebab berat badan kita akan turun naik , macam yoyo. Kenapa begitu ? kerana semasa kita diet, jisim lemak tidak berkurangan, apa yang berlaku hanyalah jisim otot yang berkurangan. Sebab itu kita rasa macam dah turun, tapi tetiba naik balik. Jadi Cinch yang diperkaya dengan formula khas LEUCINE untuk mengatasi YOYO EFFECT ni.

Lecithin 
Berfungsi untuk mengemulsi lemak..jadi apabila kita makan makanan berminyak, berlemak, lecithin akan bertindak menguraikan minyak tu supaya mudah disingkirkan, kiranya lemak2 tu tak sempat diserap kedalam badan dan tersimpan sebagai lemak lah.

Herblax  

Untuk mereka yang mengalami masalah tak lawas ni, bagus untuk lawas dan cuci usus, buang segala toksin yang tersimpan dalam tubuh badan. 

Untuk mendapatkan Set Kurus Bulan Ramadhan ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee! 
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Tips Kuruskan Badan Di Bulan Ramadhan

 
Bagi yang ingin berdiet semasa bulan puasa, tentu tercari-cari apakah corak pemakanan yang perlu diambil kan. Jangan fikir seharian berpuasa di siang hari , maka sewaktu berbuka anda boleh makan apa sahaja dan sebanyak mungkin untuk "cover" zat yang tidak dimakan semasa di siang hari. Nak tahu diet yang betul? Jom kita kongsikan bersama. 
  1. Kenal pasti kadar metabolisme tubuh badan anda. Jika anda mempunyai kadar metabolisme tinggi, maka tidak menjadi masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka. 
  2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah,elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.
  3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi. 
  4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya. 
  5. Makan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu. 
  6. Elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. 
  7. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa. 
  8. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan. 
  9. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat. 
  10. Pastikan anda minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa. 
  11. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. 
  12. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat. 
  13. Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.
  14. Nak lagi mantap, ambilah supplement Set slimming  Shaklee yang Semulajadi, Selamat dan insyaallah Berkesan. Hasinya pasti lebih marvelous! 
ps : sesambil beramal, apasalahnya kita jadikan puasa sebangai cara nak turunkan berat badan secara sihat kan..
Hubungi saya untuk mendapatkan  Set Kurus Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/    Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels