Showing posts with label susu merudum. Show all posts
Showing posts with label susu merudum. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Tambah Susu Badan Dengan Teknik POWER PUMPING

Walaupun majoriti ibu-ibu mempunyai keinginan yang meluak-luak untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun, namun hakikatnya ramai yang tidak berjaya. Salah satu teknik yang ala-ala gerila yang boleh anda cuba untuk ‘memaksa’ badan anda menghasilkan susu yang banyak adalah melalui teknik yang dinamakan teknik Power Pumping. 

APAKAH ITU TEKNIK POWER PUMPING ? 
Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak.

Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Jika bayi anda lebih kerap dan lebih lama menyusu maka secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

SIAPA YANG PERLU BUAT POWER PUMPING INI?

  • Ibu yang kekurangan susu badan - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
  • Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
  • Ibu yang ingin relaktasimenyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.
BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN TEKNIK POWER PUMPING YANG BETUL?

1.Menggunakan Single Pum


Power Pumping Single Pump

Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam. 

2.MENGGUNAKAN DOUBLE PUMP
 
Power Pumping Double Pump

Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10 minit dan sambung semula pam kedua-dua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam. 

BILA SAYA PERLU LAKUKAN POWER PUMPING INI? 
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi. Disarankan power pumping ini dilakukan sehari sekali.

BERAPA LAMA SAYA BOLEH NAMPAK KESAN PADA PENGELUARAN SUSU?
Perlu diingat bahawa tiada magik dalam apa jua tips yang anda buat untuk menambah susu badan. Semuanya memerlukan masa. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping ini. Sekurang-kurangnya dalam masa 1-2minggu anda akan dapat hasil yang superb!! =) 

Walaupun pada hari pertama mencuba power pumping ini anda hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Apabila semakin banyak demand susu pun akan semakin banyak. 

5. Tips Untuk Menjayakan Teknik Power Pumping
Buat yang pertama kali nak cuba teknik nih, saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba supaya sesi Power Pumping anda lebih berjaya.
  1. Jangan stress dan sedih kalau masa anda mula-mula pam, anda hanya pam angin. Anda perlu konsisten dan teruskan usaha. Never give up!
  2. Elakkan melihat jumlah susu yang terkumpul semasa anda pam. Ingat, tujuan teknik ini adalah untuk merangsang badan menghasilkan lebih banyak susu.
  3. Gunakan breastpump yang berkualiti (kalau handsfree lagi bagus) seperti Medela atau Spectra. Kalau anda gabungkan dengan nursing bra yang handsfree, lagilah memudahkan Power Pumping anda.
  4. Pastikan emosi anda sewaktu melakukan Power Pumping adalah ceria dan stress free supaya hormon prolactin mudah terhasil. Boleh cuba dengar lagu-lagu yang mendamaikan ataupun tengok gambar / video anak anda.
  5. Lakukan teknik Power Pumping di tempat yang selesa sebab anda memerlukan masa selama 1 jam. Boleh sediakan bahan bacaan supaya anda tak kebosanan dan juga air untuk memastikan anda tak haus.
Dan kunci utama banyakkan berdoa. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan rezeki susu ibu itu kepada anak kita. Antara zikir yang boleh diamalkan Ya Wahhab, Ya Razaq dan Ya Mattin semasa mengepam. 
Selamat mencuba, yang penting jangan putus asa k!!

Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda. 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Wednesday, January 29, 2014

Atasi Masalah Duktus/Liang Susu Tersumbat

Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan "duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus "mengundur" disebabkan penghasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit. 

Cara Mengatasinya.

  • Pastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. 
  • Jangan memberi makanan dan minuman kepada bayi berumur kurang dari 6 bulan ini kerana ia membuatkan bayi anda kenyang dan mengurangkan permintaan keatas susu badan anda.
  • kosongkan payudara anda secara kerap dan teratur samada 
    • beri bayi menyusu secara terus
    • memerah susu dengan tangan atau pump untuk dibuat simpanan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:
  • Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
  • Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
  • Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
  • Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  • Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
  • Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda. 

Produk Lecithin Shaklee Membantu Memulihkan Bengkak Susu
                                                                   
Ramai tahu, makan lecithin Shaklee elok untuk kuruskan badan. Sebab lecithin akan pecahkan lemak dalam badan kepada titisan kecil. Apa yang anda mungkin tak tahu, Lecithin ni bagus untuk membantu kurangkan bengkak susu.

Kenapa? Kan susu ibu tu ada kandungan lemak dalamnya, tambahan pula lecithin ni dibuat dari kacang soya yang bagus untuk perkembangan otak. Apabila anda makan lecithin, khasiatnya juga akan diperolehi anak secara tak langsung. Bagus untuk perkembangan minda anak dan saraf.

Bila ibu makan alfafa untuk banyakkan susu badan, tambah pula lecithin untuk kurangkan bengkak susu, bonusnya anda juga sedang makan set slimming shaklee. Lecithin pecahkan lemak, alfafa buang lemak dan toksin dari badan.

Jika anda berminat untuk dapatkan produk ini sms 013-4505852 (soffiah). Saya akan memberikan konsultansi percuma berkaitan penyusuan dan slimming programe bersama Shaklee.


Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels