Showing posts with label ostematrix dan sakit tumit kaki. Show all posts
Showing posts with label ostematrix dan sakit tumit kaki. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Tips Pemilihan Suplemen Kalsium Untuk Tubuh

Terdapat pelbagai jenis jenama suplemen kalsium ada di dalam pasaran sehinggakan kita keliru yang mana satu kah yang harus kita pilih dan beli?Jadi untuk memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik, anda boleh ikuti tips ini:
  1. Pilihlah sumber garam kalsium yang berasal dari bahan semulajadi. Kalsium karbonat lebih baik diambil bersama makanan agar mudah dicerna dan diserap. 
  2. Pertimbangan memilah jenis sediaan yang ada, umumnya bentuk suplemen berupa sirap atau suspensi mudah diserap oleh saluran pencernaan.
  3. Pilih produk yang mempunyai vitamin D dan magnesium
  4. Elakan produk yang dibuat dari tulang dan dolominate untuk mengelak keracunan plumbum
  5. Elakan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Dr Bruce Miller juga mengatakan Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna. Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.

Kenapa harus ada Vitamin D pada suplemen kalsium? 
Kerana Vitamin D sangat penting untuk pembentukan, pertumbuhan, dan perbaikan tulang dan untuk penyerapan kalsium normal. Vitamin D mengatur penyerapan kalsium dan fosforus ke dalam tulang dan meningkatkan aliran kalsium ke dalam aliran darah. Tanpa vitamin D, kalsium tidak akan diserap ke dalam tubuh.

Vitamin D sangat penting untuk pertumbuhan dan menjaga kesihatan tulang serta fungsi organ lainnya. Kekurangan vitamin D dapat menyebabkan banyak masalah kesihatan, diantaranya penyakit jantung, arthritis, diabetes, tekanan darah tinggi, dan sebagainya, dan bahkan kanser pun dikaitkan dengan kekurangan vitamin D.

Selain itu, kajian terbaru menunjukkan bahawa vitamin D mungkin memainkan peranan kepada Ibu hamil untuk berisiko lebih besar terhadap kekurangan nutrisi, sehingga perlu memastikan kecukupan dan pengambilan vitamin D mereka. Terbukti bahawa ibu hamil dengan pengambilan vitamin D yang rendah melahirkan anak-anak dengan kepadatan tulang yang rendah. Kekurangan ekstrem vitamin D ketika kanak-kanak dapat menyebabkan rakhitis (tulang mudah bengkok).

Kenapa harus ada Magnesium pada suplemen kalsium?
Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.
Ia juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok! Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.

Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium. Antara lain ia amat penting dalam menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.

Ramai tidak tahu ia adalah mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot. Paras magnesium dalam sel adalah lebih tinggi berbanding di luar sel ketika tekanan darah normal dan otot dalam keadaan rehat. Pada masa sama paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel.
Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.

Maka Ostematrix adalah produk yang bertepatan untuk suplemen kalsium kerana ianya bukan sahaja mengandungi vitamin D dan magnesium, malah turut ada boron, mangan, kuprum dan zink.

Menurut Dr Bruce Miller, beliau menyokong suplemen Shaklee kerana:
  • Produk Shaklee sentiasa berharmoni dengan alam Semulajadi. 
  • Produk-produk yang di cipta menggunakan sumber alam SEMULAJADI dan disempurnakan oleh SAINS. 
  • Produk-produk larut dalam masa yang mencukupi untuk tujuan penyerapan. 
  • Kecemerlangan Perbadanan Shaklee diiktiraf secara global. 
  • Penyerapan produk yang lebih baik terbukti menerusi kajian klinikal 
  • Kajian Shaklee telah di terima untuk penerbitan didalam Jurnal Saintifik yang terpilih.
Jom lihat testimoni daripada ramai  pengguna  yang mendapat kesan daripada pengambilan Ostematrix.
 
 
 
 
 
 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Monday, November 25, 2013

Sakit Tapak Kaki dan Tumit

 Sakit tumit kaki
Sakit di bahagian tumit atau tapak kaki sering berlaku.
Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki 
   -Berat badan berlebihan
   -Ibu hamil (Pertambahan berat badan menyebabkan tekanan dan sakit tumit kaki)
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak
Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.

Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.
 
Bagaimana mencegahnya ? 
  • Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai. 
  • Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Caranya dengan balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . 
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
  • Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics
  • Pengambilan Kalsium dan magnesium tambahan untuk sakit tumit. Ostematrix mempunyai kedua-dua ini.
    ostematrix dan sakit tumit kaki
  Jom tengok testimoni mereka yang telah menggunakan produk Ostematrix


 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels