Showing posts with label cara kawal kencing manis. Show all posts
Showing posts with label cara kawal kencing manis. Show all posts

Monday, October 17, 2016

Penyebab Luka Pesakit Diabetes Lambat Sembuh



Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Kita selalu panggil sebagai penyakit kencing manis.

Kita selalu dengar pesakit diabetis luka lambat sembuh dan penjagaan yang tidak rapi membuatkan luka berbau bukan ? Mengapa pesakit lambat sembuh jika luka ?

Mengapa luka pesakit diabetes sukar sembuh?

Proses penyembuhan secara semulajadi dalam keadaan normal
Diabetes itu adalah dikaitkan dengan gula dalam darah yang tinggi dan gula itu bersifat diuresis atau menarik air. Kandungan utama plasma darah adalah air, jika terdapat gula di dalam darah, plasma akan diserap oleh gula. Darah pula akan mengental.

Jika terjadi luka, faktor pembekuan darah (trombosit,fibrinogen) akan berperanan dan ia sebahagian komponen dalam darah. Namun kerana aliran darah tersumbat (darah mengental) pada penderita diabetes, faktor pembekuan darah menjadi sukar untuk menutupi luka. Inilah yang mengakibatkan luka menjadi lambat sembuh. 



Perbezaan luka yang lambat sembuh dan luka yang sembuh secara normal
Antara sebab lain pula, apabila bacaan gula dalam darah terlalu tinggi, arteri akan menjadi keras dan menyebabkan salur darah menyempit. Salur darah yang sempit akan menghalang zat dan nutrisi yang penting ini untuk sampai ke bahagian yang berlakunya luka, maka proses penyembuhan akan menjadi lambat .

Sel darah putih pun jadi tak banyak di kawasan luka. Sel darah putih ni fungsinya bertindak untuk melawan jangkitan kuman. Bila sel darah putih tak efektif, susahlah luka nak sembuh.

Selain itu, gula di dalam darah juga menjadi penggalak bagi pertumbuhan bakteria. Jadi selain sukar sembuh, penderita diabetes juga kerap kali mengalami infeksi yang mengarah ke gangren. Jika gangren parah, kaki pesakit terpaksa pula dipotong. 

Penderita diabetes juga mudah mengalami kerosakan saraf terutama pada saraf kaki. Inilah yang menyebabkan penderita diabetes seringkali merasa kebas-kebas atau semut-semut pada kakinya.

Vivix - Alternatif untuk pesakit diabetes

Kajian saintifik mendapati pengambilan RESVERATROL(terdapat dalam Vivix) mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.


Apa itu Vivix?

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel. Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.

Kebaikan Vivix kepada pesakit kencing manis

  • Menurunkan kepekatan gula di dalam darah. Pengambilan karbohidrat yang tinggi juga boleh meningkatkan kandungan gula. Polifenol yang terdapat dalam anggur muscadine berfungsi melambatkan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya menghalang kepekatan gula dalam darah semakin meningkat.
  • Mencegah ‘insulin resistence’. Kegagalan sel badan memberi respon terhadap insulin merupakan punca utama diabetes. Di sini, resveraterol memainkan peranan dalam meningkatkan sensitiviti badan kepada insulin. Semakin tulen resveraterol, semakit tinggi sensitiviti. Bagusnya, vivix mencapai 98% tahap ketulenan resveraterol dan ia 10x ganda lebih baik dari resveraterol di dalam minuman yang lain.
  • Membantu mengurangkan kompilasi diabetes yang lain seperti mata kabur dan kebas saraf. 
  • Vivix juga membantu menghasilkan semula tisu yang sihat dan memperbaiki sistem saraf yang rosak yang mengganggu pengaliran darah untuk merawat luka. Sebab tu Vivix ni sangat membantu untuk merawat luka especially bagi mereka yang menghidap pesakit diabetes ni. 

Testimoni Vivix Menyembuhkan Luka dengan Cepat dan Turunkan Paras Gula

" Sue, sal amik vivix tu, nampak sangat positif nya, luka kat kaki dah makin sembuh, sebelah kiri dah betul2 sembuh, sebelah kanan yang operate buang kuku tu, ada sikit lagi untuk sembuh, tu pun luka lama. Luka jahitan dah cantik sangat, dah elok Doktor cakap.

Kalau before consume vivix dulu,luka kat kedua2 ibu jari tak mahu sembuh, isi baru yg tumbuh pun jadi macam mati,putih, then kena kikis dengan MA untuk bagi tumbuh isi baru. Tapi sejak consume vivix, terus tumbuh isi yang cantik,merah n makin tutup luka tu"
 
" Ha...satu lagi, paras gula pun dah ok" Latest check up, Doktor puji sebab luka dah makin baik, Tinggal skit ja lagi nak betul-betul baik.
Vivix bukan ubat kencing manis. Tetapi Vivix merupakan sejenis supplemen yang dapat membantu mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. So, jangan buang masa lagi. Dapatkan Vivix untuk yang tersayang.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Thursday, October 6, 2016

Kencing Manis Sampai Potong Kaki Akibat Gangrene


Sejujurnya,saya sangat susah nak bercerita tentang penyakit kencing manis. Sebab setiap kali saya membicarakannya, pasti saya akan terbayangkan saat-saat akhir ketika menjaga arwah mak saya yang menderita akibat penyakit ini. Selama lebih dari 10 tahun arwah mak berpegang kepada insulin dan ubat kencing manis sehinggalah kemuncaknya pada 9 April 2012, bacaan gulanya terlampau tinggi (sehingga tak dapat dibaca!) dan akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri. Suratan atau kebetulan, arwah mak dan abah pada masa itu memang sedang berada di rumah saya dan dari rumah saya inilah arwah mak dikejarkan ke Hospital Ampang dengan ambulans.

Di hospital, para doktor melakukan usaha dengan sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan arwah mak. Nadi mak tersangat lemah. Tekanan darahnya terlampau rendah. Selama 3 hari mak tidak sedarkan diri dan
selama lebih kurang seminggu arwah mak tinggal di wad ICU. Doktor terpaksa memberikan ubat yang paling kuat bagi menaikkan tekanan darahnya – agar darah dapat dipam ke seluruh anggota badan. Tapi, ia bukan satu kerja yang mudah.

Darah seorang pesakit diabetes adalah sangat likat akibat kandungan gula yang sangat tinggi. Salur darahnya sempit kerana terdapat rintangan insulin yang menyebabkan glukosa tidak dapat diangkut ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga. Dan disebabkan oleh salur darah yang sempit, maka adalah amat sukar bagi jantung melakukan tugas mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrisi yang secukupnya sehingga ke hujung anggota badan seperti di jari-jari kaki dan tangan.

Apabila oksigen dan nutrisi tidak sampai ke kawasan tersebut, lama-kelamaan sel-sel dan tisu-tisu di situ pun mati. Itulah yang terjadi kepada arwah mak. Apa yang berlaku terlalu cepat. Dalam masa kurang 24 jam, saya menyaksikan sendiri bagaimana jari-jemari tangan yang sentiasa membelai saya menjadi hitam… begitu juga dengan jari jemari kakinya.

"Ini bukan tangan arwah mak saya - tapi macam nilah tangannya selepas diberi ubat untuk naikkan tekanan darah"
Tapi, Alhamdulillah… pada hari keempat di hospital, arwah mak mula sedarkan diri. Jari jemari yang hitam semakin kering dan mula mereput. Itulah yang doktor kenalkan sebagai ‘dry gangrene’ ataupun gangrene kering. Tapiii.. cerah yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dua minggu selepas mak sedarkan diri, gangrene di sebelah kaki kiri arwah mak terkena jangkitan dan ia semakin merebak ke atas. Jadi, mahu tidak mahu sebahagian dari tapak kaki mak terpaksa dipotong!

Kaki kiri arwah mak juga dipotong lebih kurang saiz ini
Potong kaki akibat kencing manis?? Tak pernah sekalipun dalam fikiran kami adik beradik, mak akan terpaksa melalui proses itu! Tapi, siapalah kami nak menolak ketentuan Ilahi. Arwah mak sendiri redha maka kami semua harus kuat demi insan yang sangat kami cintai.

Selama sebulan arwah di bawah penjagaan hospital sebelum kami memutuskan untuk membawanya pulang ke rumah saya dan menjaganya sendiri. Setiap pagi sebelum subuh, saya bangun mencuci luka kakinya, luka bed sore nya, membersihkannya, memasak lauk untuknya sebelum dia ditinggalkan bersama abah sementara saya pergi kerja. Di hujung minggu, giliran adik-beradik yang lain pula. Semuanya di rumah saya, di depan mata saya sendiri.

Jadi, saya sangat-sangat memahami kalau ada sesiapa yang berada di situasi ini. Kerisauan menjaga ibu yang selama ini menjaga kita. Ibu yang selama ini kita nampak sentiasa ceria dan bertenaga, menyembunyikan segala masalah dan duka, tiba-tiba terlantar tidak berdaya.

Bagi membantu mempercepatkan proses pemulihannya, saya bukan sahaja memastikan makan makanan yang berkhasiat setiap hari, tetapi juga memberikannya supplement bagi melengkapkan nutrisi. Ya! Supplement adalah sangat penting kerana khasiat yang dia dapat dari makanan adalah terlalu sedikit dan tidak mampu menampung keperluan sel dan tubuh badannya.

Jika tidak mendapat nutrisi yang cukup, bukan sahaja proses pemulihan menjadi lambat, malah gangrene di kawasan lain mungkin akan merebak dan berisiko untuk dipotong juga! Jadi, kalau ada yang bertanya, kalau pernah kena potong kaki akibat kencing manis, adakah cara untuk mengelakkan anggota lain
dipotong juga?

Jawapan saya, ya!

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan atas usaha kami memantau pemakanan arwah mak dan memberikan nutrisi penting yang secukupnya, luka kesan amputation di kaki kirinya sembuh dengan sempurna dan gangrene ditempat lain juga tidak merebak ke atas.

Cara mengelakkan kaki dipotong akibat kencing manis

Apa yang telah kami berikan kepada arwah mak?

Selain menjaga pemakanan (no fast food!), saya juga telah memberikan supplement-supplement ini kepada arwah mak:
Susu soya ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah yang dapat membantu mengawal paras gula. Ia tidak mempunyai kanji dan membekalkan protein yang penting dalam proses pertumbuhan sel dan tisu-tisu baru. ESP juga mengandungi kalsium dan bersifat alkali yang membantu mengurangkan keasidan dalam darah.
Zinc adalah khasiat mineral yang terkandung dalam ikan haruan yang sangat bagus dalam membantu pemulihan dan mengeringkan luka. Pesakit diabetes yang mempunyai luka (tak kira akibat amputation atau apa sahaja) mempunyai kesukaran untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Jadi, jika anda mahu luka anda sembuh dan kering dengan cepat, pastikan anda mendapat khasiat zinc dalam pemakanan seharian.
Pesakit kencing manis kebiasaannya akan mudah letih kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga akibat rintangan insulin. Jadi, pengambilan vitamin b-complex adalah sangat penting bagi membantu melancarkan peredaran darah dan menukarkan glukosa kepada tenaga
Bagi menyerap khasiat dari pemakanan secara optimum, kami juga memberikan mak vitamin C. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan sistem imun, tetapi juga mengukuhkan kapilari dan salur darah serta menyembuhkan luka dengan cantik.
Dan sudah tentu saya memberikannya Vivix. Vivix mengandungi resveratrol dan polyphenols dari tumbuhan yang mempunyai paras antioksidan yang sangat tinggi. Terdapat kajian yang menunjukkan resveratrol yang
boleh membantu mengurangkan rintangan insulin dalam diabetes.

Alhamdulillah.. dengan supplement yang diberikan, arwah mak menjalani saat-saat akhir hayatnya dengan lebih bertenaga. Dalam masa beberapa bulan sahaja, luka kakinya sembuh sepenuhnya dan isi dan kulit tumbuh dengan baik. Dari Kuala Lumpur, arwah mak akhirnya dapat mencapai hasratnya untuk pulang ke rumahnya sendiri di Temerloh. Tetapi, Allah SWT lebih menyayanginya.. Sebulan setengah kemudian, pada 13 September 2012, mak kembali ke rahmatullah mengadap Yang Maha Pencipta.

Tetapi, sebagai anak saya bersyukur kerana sempat berkhidmat sepenuhnya di saat-saat akhir hayat arwah mak. Dan saya juga harap, anda yang mempunyai ibu bapa begitu juga. Sayangilah mereka dan berbaktilah
kepada mereka selagi hayat mereka masih ada.

Nasihat saya, berikanlah nutrisi yang secukupnya kepada orang kesayangan kita…kerana dengan nutrisi yang cukup, barulah sel badan dapat menjadi sihat dengan sempurna. Pilihan saya adalah Shaklee, anda bagaimana?

Kisah ini dipetik dari kisah Fara Fadzil juga merupakan Pengedar Shaklee. Semoga ianya memberi manfaat buat semua.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels