Showing posts with label kolestrol. Show all posts
Showing posts with label kolestrol. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Omega Guard.

Omega ni salah satu nutrien yang sangat penting tapi sering diabaikan oleh ramai orang. Sebelum ni saya sendiri tak pernah ambil tahu tentang omega ni. Main makan ikan je tapi sebenarnya kita perlu ambil dalam jumlah yang betul, dari sumber semulajadi dan berterusan. Anda rasa anda tak perlukan omega-3? Cuba tengok 5 sebab dibawah, mungkin anda perlu sebenarnya.
1.BANTU ANDA KEKAL FOKUS 
Omega diketahui sebagai ‘vitamin cerdik atau vitamin IQ’. Ada sebabnya ia dipanggil begitu ya. Omega dapat meningkatkan kesihatan dan fungsi otak dari kita kecil hingga tua.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Cerebral Cortex pada bulan Jun 2013, prestasi kognitif dan kadar pemikiran kompleks orang dewasa meningkat apabila diberi 2.2 gram omega -3 ( EPA / DHA ) sehari . Omegas -3 meningkatkan kesihatan otak dengan membantu untuk mengekalkan aliran darah yang baik ( aliran darah ke otak ) dan menyediakan struktur dan integriti untuk membran sel-sel di dalam otak anda.
 
 2. BANTU ANDA KEKAL LANGSING 
Ini salah satu sebab kenapa ramai orang mengamalkan omega dalam diet mereka. Dalam satu kajian daripada 124 orang dewasa , mereka yang mempunyai kandungan Omega yang rendah mempunyai BMI dan ukuran pinggang dan pinggul lebih tinggi berbanding orang dewasa dengan kandungan omega -3 yang lebih tinggi . 
Omega-3 dapat memberi kelebihan metabolik dan merangsang hormon yang membantu anda mengawal jumlah makanan yang dimakan dan membolehkan badan untuk membakar lemak sebagai tenaga . Omega -3 juga boleh mengurangkan hormon kelaparan dan membantu meningkatkan hormon yang berkaitan dengan perasaan kenyang supaya anda kenyang lebih lama.
  

3. MEMBERIKAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT 
Semua orang mahukan kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian mendapati bahawa asid lemak omega-3 membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan UV akibat terdedah kepada cahaya matahari . Penyelidikan yang diterbitkan dalam Experimental Dermatology pada tahun 2011 melaporkan bahawa omega -3 dapat membantu dalam mengurangkan ‘photosensitivity’, mengurangkan tindak balas imun berikutan pendedahan matahari , serta pengurangan ‘photoaging’ dan tekanan oksidatif akibat daripada pendedahan cahaya matahari. Omega -3 juga memainkan peranan dalam membantu mencegah kanser kulit. Dengan iklim khatulistiwa di Malaysia ni omega sudah pasti menjadi satu suplemen terpenting.

4. OMEGA MENURUNKAN KOLESTROL JAHAT DAN MENINGKATKAN KOLESTROL BAIK 
Ini satu lagi masalah terbesar orang di Malaysia. Malaysia kaya dengan menu yang pelbagai dan kita semua suka makan kan? Tapi akibatnya lebih 60% rakyat malaysia mengalami obesiti dan kolesterol tinggi
Diet dengan pengambilan omega -3 dapat membantu menurunkan kadar ‘kolesterol jahat’ (LDL) dan meningkatkan kadar ‘kolesterol baik’ (HDL). Itulah sebabnya Persatuan Jantung Amerika menyarankan orang dewasa yang sihat untuk makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan ( ikan sebaik-baiknya berminyak dari perairan sejuk) setiap minggu untuk mendapatkan kira-kira 500mg – 1g omega-3 sehari.
 

5. BANTU MENGURANGKAN ASMA 
Asma atau lelah adalah penyakit lazim di negara kita. Dengan udara yang tercemar dan kotor, sesiapa pun berisiko untuk mendapat asma. 
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang menghidap asma mempunyai tahap omega-3 yang lebih rendah berbanding mereka yang tiada asma. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan omega-3 meningkatkan tahap kesihatan penghidap asma. Satu kajian yang disiarkan dalam Perubatan Respiratori , melaporkan peningkatan fungsi paru-paru sebanyak 59 % dan mengurangkan keradangan saluran udara selepas mereka mengambil omega-3.

  
Terdapat banyak lagi kelebihan dan kepentingan omega yang kita perlu tahu. 

Omega Guard Shaklee
Ini adalah rupa paras OmegaGuard! InsyaAllah telah banyak membantu ramai orang dengan manfaat yang disediakan.
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Monday, May 18, 2015

14 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan Anda


Bila kena stroke baru tahu ada masalah dengan jantung. Bila ada serangan jantung baru tahu ada masalah kolestrol tinggi. Memang kolesterol ni pembunuh dalam senyap kalau tak dirawat, jadi  bagaimana caranya untuk kita mengetahui badan kita tinggi kolestrol atau tidak selain melalui pemeriksaan darah? 

Disini dikongsikan 14 tanda yang badan anda mempunyai kolestrol yang tinggi. Jika anda mempunyai semua tanda-tanda ini cepat-cepat ler ubah cara hidup yang lebih sihat k. 

1.Sakit pada kaki

Gejala umum dari kolesterol sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut. Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.

2. Kram di malam hari

Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang dengan kolesterol tinggi mungkin merasakan kram di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan. Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara perlahan. Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.

3. Kuku berubah

Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong. 

4. Kulit ikut berubah

Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.

Pada awalnya, kaki akan berwanra putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki. Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran. 

5. Kaki menjadi sejuk

Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski tidak sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal).

Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan. Jika anda mengalami gejala yang satu ini, langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.

6. Proses pemulihan luka yang lambat

Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lama sembuhnya. Penurunan edaran menjadi penyebab luka lambat pulih, atau meski cepat tapi tidak langsung sembuh total.

7. Mati rasa

Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut adalah tanda tingginya zat purin penyebab asam urat. Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata mati rasa tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.

8. Diare

Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.

Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.

9. Lesu disertai migrain

Meski bukan gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari pemicunya iaitu terganggunnya proses metabolisme lemak tentu juga memberi kesan pada sistem pencernaan. Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan. Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana sebetulnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.

10. Mengganggu otak, mengundang emosi, dan penurunan kemampuan memori

Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, tidak bersungguhnya proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu. Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.

11. Perut kembung

Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan kelebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut. Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.

12. Berlebihan berat badan

Selain gas, tentu lemak juga ikut terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak. Dengan begitu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi terhadap obesiti.

13. Jantung terasa sakit atau mengalami palpitasi (berdebar-debar)

Berlebihnya kolesterol akan menghambat peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi. Kerana aktiviti tersebut akan memberikan isyarat ke jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal. Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan terkadang merasa berdebar-debar seperti orang panik.

14. Muncul lebam pada beberapa bahagian badan

Keadaan dimana terjadi penumpukan lemak mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara perubatan mendapat sebutan lipoma. Ketulan ini biasanya muncul di daerah leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.

KURANGKAN KOLESTEROL DENGAN SHAKLEE

Dengan menjaga permakanan serta amalkan nutrisi yang lengkap, kolesterol dalam badan dapat dikawal dengan mengambil set kolesterol shaklee. Mengandungi beberapa vitamin yang bagus dan sangat membantu, dari segi jantung dan tekanan darah.

  1. VIVIX - terkenal dengan antioksidan yang tinggi, Antioksidan dalam Vivix membantu dalam perlindungan sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah. Orang yang alami masalah kolestrol yang tinggi adalah disebabkan oleh plug atau kolestrol berlebihan dalam salur darah. Fungsi Vivix ini, ia melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan. Kolestrol tidak boleh menempel pada salur darah yang boleh menyebabkan kolesterol berlebihan. Resveraterol terbukti berkesan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat di saluran darah.

  2. PHYTOCOL-ST - Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. Ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolestrol yang diserap didalam badan! Anda juga berpeluang menurunkan paras kolestrol LDL anda dengan pengambilan fisoterol.

  3. OMEGA GUARD - Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3. Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL..Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. 

TESTIMONI SET KOLESTEROL TINGGI






Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.   
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau  

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan 
dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Share:

Monday, October 21, 2013

Kelebihan Halia

Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia.
Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Ada 10 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:
ginger 
1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
 
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofenol.

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
 
Untuk mendapatkan kebaikan yang optimum daripada khasiat halia ini, Shaklee ada membekalkan supplement Peppermint-Ginger Plus. Ianya sungguh nyaman dan melegakani. Semoga anda semua mendapat manfaat.  
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Sunday, October 20, 2013

Kebaikan Bawang Putih

Ada sesetengah orang tak sukakan bawang putih kerana baunya yang kuat. APAPUN bagi saya masakan kalau tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi, elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. Banyak sebenarnya khasiatnya. 

1. Mengurangkan risiko strok. 
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok. 

2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.


3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.



5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.


8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Jadi mari kita gunakan segala khasiat dan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Bagi yang tidak tahan dengan bau bawang putih, Shaklee ada membekalkan supplement Garlic spearmint & Rosemary.
Ramai yang masih tak sedar akan kelebihannya selama ini. Semoga anda semua mendapat manfaat.
Garlic spearmint & Rosemary Shaklee

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels