Showing posts with label set penyusuan 3m. Show all posts
Showing posts with label set penyusuan 3m. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Rahsia Susu Ibu Melimpah Ruah

Semua ibu inginkan yang terbaik untuk bayi mereka. Susu ibu adalah yang terbaik buat bayi kesayangan kita. Namun ramai juga yang merungut apabila susu yang ingin diberikan kepada bayi tidak mencukupi, susu makin berkurang jadi untuk membanyakan susu ibu pelbagai petua, supplement milk booster dicuba oleh para ibu demi bayi kesayangan.

Tetapi hakikat sebenarnya pengambilan supplement/milk booster/ ini sebenarnya perlu seiring dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) ibu kerana ia sangat perlu/penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan? 

Analogi kisah Masak dan Penyusuan.
Secara logiknya la sebagai contoh, kalau hari ini kita memasak, dan kemudian anak dan hubby makan hanya sedikit aje. Kemudian kita masak lagi, masak sikit jer sebab lauk semalam ada lagi. Kemudian hal ni berlarutan selama seminggu,.Hubby dan anak hanya makan sikit setiap kali kita masak dan panaskan balance lauk semalam. Kemudian cukup seminggu kita pun dah malas nak masak lagi sebab lauk semalam banyak lagi. Kita hanya panaskan lauk balance semalam dan hubby/anak dah tak nak makan-makan lagi dah sebab kita hanya hidangkan lauk yang dipanaskan tu. Akhirnya kita dah completely malas nak masak dan hanya beli la makanan kat restoran makanan segera sebagai ganti.Buat apa nak masak ek kalau dah tak de orang nak makan? Nampak tak kesannya? 

Begitu jugalah badan kita berfungsi.Jika susu tu dikeluarkan sepenuhnya, maka breast kita akan produce susu lain. Tapi kalau tak dikeluarkan sepenuhnya, buat apa nak hasilkan susu yang lain sebab balance susu masih ada dalam breast, kan? Lagipun no space untuk simpan susu dalam breast sebab susu balance ada. Penyudahnya, breast kita dah bagi signal kat otak, tak payah la susah payah nak hasilkan susu sebab keperluan dan permintaan tak banyak( dalam breast masih ada susu). Akhirnya susu kurang/ kering dan kita kena la beli susu segera dalam tin atau kotak kat pasaraya. Nampak tak persamaan dengan contoh diatas tadi?

Satu lagi kesan akibat kurangnya pengosongan breast (samada menyusu bayi atau pam), air susu badan ibu akan lebih cair kerana mengandungi lebihan air dalam kandungan susu tadi.Ramai yang mengeluh kerana susu cair dan anak cepat lapar bila diberi susu ibu. Ramai yang tidak perasan dan sedar akan kesan yang satu ini. Petuanya senang saja, kalau nak susu nampak pekat, kerapkan pengosongan payudara tadi. Anak pun kenyang dapat susu pekat. 

Berikut adalah RAHSIA untuk membina/me-maintain bekalan susu if you ended up with pumping: 
1. Breastpump

Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. Saya petik kata-kata yang pernah saya dengar 'a pump should never hurts!' 

2. Ketetapan waktu mengepam

Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. Kerana saya juga begitu :) oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang awal sangat penting. Saya juga mengepam pada waktu tengah malam. Boleh dikatakan tanpa henti!. Apabila pengeluaran tenusu saya sudah stabil, saya mula mengadjust sedikit waktu pengepaman dimana saya tidak lagi mengepam di waktu tengah2 malam dan tidak lagi mengepam setiap 2 jam sekali tetapi selang 2.5 jam atau 3 jam. 

3. Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi

Sebenarnya kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam. Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sebanyak 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well! jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita PERLU untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan.

PERINGATAN! 
1 hari = 24jam untuk semua ibu yang menyusu. Tiada ibu yang dapat 25jam dalam sehari. Jadi kalau ibu lain boleh, beritahu diri kita, SAYA BOLEH!. Tak sempat, letih mahupun, tak cukup tidur bukan alasan untuk kita tidak pam susu. Ibu lain juga rasa apa yang anda rasa. Ibu lain boleh bangun malam untuk pam, saya juga boleh! 


UNTUK ANAK SAYA, SAYA SANGGUP!


 
Anda juga boleh mencuba SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE ini dengan harga yang berpatutan. Ia lengkap dengan sumber protein dan nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia sebagai supplement semulajadi dalam membantu anda banyakkan susu untuk anak bertuah anda! Kenyang anak bertuah anda... memang bertuah! 

Jom tengok testimoni pengguna yang sangat berpuashati dengan set penyusuan Shaklee ini.

 Testimoni 1: Set Bajet ESP dan Alfalfa

 Testimoni 2: Set Berpantang 3M

Testimoni 3: Set Berpantang 3M
 
Untuk mendapatkan Set 3M ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 

Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Tuesday, January 21, 2014

Amalan Si Ibu Punca Susu Berkurang

Ramai ibu apabila susu mula berkurang akan cepat melatah. Apa sahaja milk booster yang di rekomen akan menjadi pilihan namun yang paling sedih apabila si ibu mengharapkan kesan magic yang segera.Walhal tanpa kita sedari susu merundum bukanlah berlaku secara mendadak. Ia berlaku secara perlahan-lahan atas tindakan ibu itu sendiri.

Antara punca penghasilan susu ibu merosot adalah kerana:

1. Si ibu TIDAK mengepam dengan konsisten setiap 2-3 jam. Hakikatnya jika si ibu tidak mampu untuk mengepam setiap 2-3 jam, si ibu perlu berusaha menyediakan waktu pada malam hari untuk melakukan power pumping.

2. Pengambilan air yang tidak dipantau serta makanan dicatu kerana khuatir gemuk. Sedangkan ibu menyusu perlu mendapat cukup kalori serta banyak air untuk bekalan tubuh ibu serta untuk penghasilan susuibu.

3. Ibu sering mengalami keletihan dan mood yang tidak stabil maka ini mengganggu penghasilan hormon oksitosin dirembeskan. Keletihan, tekanan akan menyebabkan lebih banyak vitamin seperti B com dan Vitamin C yang sedia ada dalam tubuh dimusnahkan kerana dua vitamin ini adalah 'fragile'dan kerana ia vitamin larut air. Ibu yang menyusu sangat perlu dan penting untuk pengambilan Vitamin B Complex dan Vitamin C yang mencukupi agar ibu boleh mengawal stress.

4. Si ibu tidak mengendahkan keperluan pengambilan kalsium dan protien dalam diet harian. Komposisi utama dalam susuibu adalah protien , kalsium dan vitamin lain. Kekurangan protien, kalsium dan zat vitamin akan menyebabkan penghasilan susu semakin menurun.

dan ada beberapa lagi faktor yang ibu tidak sedari, namun hakikatnya susu mula menurun disebabkan faktor yang berpunca dari amalan harian si ibu.
Maka jika hari ini anda mempunyai susu yang lumayan, beringatlah untuk masa akan datang....jangan sesekali menjadikan amalan2 penting penyusuan itu 'last resort' tetapi jadikan ia satu usaha yang istiqamah.

Apa yang kita perolehi hari ini adalah apa yang kita lakukan atau usahakan sebelum ini....maka untuk bersenang di masa akan datang kita perlu bersusah dari sekarang.

Set 3M memang sesuai untuk ibu yang menyusu dan mempunyai masalah susu semakin berkurang dan ibu yang mempunyai masalah penyusuan. Namun tak salah jika anda mahukan yang lebih baik untuk si manja walau tidak punyai masalah penyusuan namun set ini sangat bagus untuk meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Walaupun demikian, jangan lupa rezeki ini datang dari ALLAH jua, maka sebagai hambaNYA yang kerdil kita perlu usaha untuk mendekatkan diri kepadaNYA kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki dengan kasih sayang dan rahmatNYA. Teruskan usaha, doa dan tawakal...insyaALLAH takkan kecewa.
Saya menyediakan jadual pam, panduan makan dan konsultasi untuk penyusuan bagi yang mendapatkan produk ini dari saya.  

Untuk mendapatkan Set 3M ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels