Showing posts with label Diet untuk penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Diet untuk penyusuan. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Waktu Terbaik Untuk Mengepam Susu Badan

Pernahkah anda terfikir bilakah waktu terbaik untuk anda mengepam susu? 
Secara idealnya, susu boleh dibuat stok setelah pengeluaran susu mula stabil. Susu mula stabil secara amnya selepas minggu ketiga selepas kelahiran. Namun nasihat biasa untuk mula membuat stok dalam masa 2-3 minggu sebelum kembali bekerja. Jadi ini terpulang kepada ibu, yang penting, stok susu SEPATUTNYA dibuat sebelum ibu kembali bekerja untuk mengelakkan sebarang hassles apabila bekerja nanti. 

Antara waktu pam susu yang terbaik adalah waktu tengah malam atau sebelum subuh. Ini kerana pada masa ini tubuh badan kita berada dalam keadaan tenang maka pengeluaran susu pun mudah dan lancar.

Waktu-waktu lain yang bagus untuk anda mengepam susu termasuklah: 
1. Pam susu sewaktu anak sedang menyusu.

 

Kaedah ni turut dipanggil tanderm nursing. Bila anak menyusu belah kanan, kita pam belah kiri. Sebabnya bila anak menyusu, bukan sebelah payudara saja terangsang untuk hasilkan susu, tapi kedua-dua belah. Kerap terjadi kepada saya, bila baby menyusu sebelah kanan, yg baju belah kiri mesti akan basah. Jadi untuk tidak membazir, elok lah kita pam sebelah lagi satu tu. Biasanya boleh di amalkan sebelum kita ke tempat kerja (bagi ibu bekerja).

2. Pam selepas anak selesai menyusu 
Bayi ni kadang menyusu asal kenyang je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda kalau payudara tak betul- betul kosong, maka susu pun tak berapa meriah. Jadi untuk pastikan payudara betul-betul kosong, lepas anak menyusu, kita pam. Kalau anak menyusu belah kanan, bila dia lepaskan, kita pam belah kanan tu dalam 5-10 minit. Bila payudara betul-betul kosong, baru tubuh dapat signal untuk cepat-cepat refill payudara. 

3. Pam semasa bayi tidur.
Tidak kiralah tidur waktu siang atau malam, anda boleh melakukan pengepaman susu tanpa gangguan. Lunjurkan kaki, bersandar, sambil membaca buku atau menonton televisyen, nikmatilah masa utk 'diri anda' 

4. Pam sebelum ibu tidur. 
Jangan risau kalau-kalau susu yang dipam tidak banyak. Itu BUKAN petanda susu anda tak banyak.. susu yang dipam tidak menandakan kuantiti sebenar susu yang dihasilkan. Terutama ketika masih bercuti, dan bayi masih direct feeding. Semestinya susu yang dipam tidak begitu banyak. 

Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali.Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan.
http://syokcariduit.blogspot.com/2014/05/rahsia-kurus-84kg-turun-58kg-hanya.html
Ingin dapatkan hasil susu terbaik pada yang sama mengembalikan berat badan ideal anda? Dapatkan set khas ini dari saya!  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Wednesday, May 7, 2014

Menyusukan Bayi Bantu Kuruskan Badan

ARKIB : 14/10/2012
 
Dr, apakah cara yang terbaik menurunkan berat badan. Saya juga ingin bertanya, benarkah berat badan seorang ibu akan turun apabila menyusukan anak dan akan bertambah selepas berhenti menyusukan anak? 
Nor, Shah Alam  

Jawapan  
Soalan yang diutarakan amat praktikal sekali. Masalah berat badan ini amat sensitif dalam kalangan wanita. Saya tahu ramai wanita di luar sana yang mencuba pelbagai produk pelangsing yang ditawarkan dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk masalah ini. Sudah menjadi lumrah, sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

Kesabaran Menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang diberi kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. 

Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Aktiviti fizikal,Banyakkan aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.
Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.

Puan juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
Share:

Sunday, February 9, 2014

Susu Ibu Kaya Dengan DHA Semulajadi

Jika anda pergi ke pasar raya untuk mencari susu formula bayi, anda akan lihat kebanyakan jenama mempunyai perkataan 'DHA' tertulis pada pelekatnya. Kemudian jika anda berjalan beberapa langkah lagi anda dapat lihat kotak-kotak yang mengandungi telur ayam pun mempunyai perkataan yang sama tercetak padanya. Anda hairan mengapa DHA dimasukkan ke dalam makanan ini. Jawapannya wajar diperhatikan terutama sekali bagi wanita yang mengandung.
Apa Itu DHA
DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!
Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.
Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra-lahir yang mereka ambil.
 
Manfaat Kepada Bayi dan Kanak-kanak
Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.
Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi. Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi :
* Penyelarasan mata dengan tangan
* Kemahiran gerakan bermotor
* Jangka tumpuan yang lebih panjang
* Markah IQ yang lebih tinggi 

Sumber DHA
  • Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHA-nya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA 
  • Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut 
  • Daging organ, seperti hati 
  • Sejumlah kecil boleh didapati dalam kuning telur
 
DHA Daripada Susu Ibu vs Minyak Ikan
Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi kedua-dua DHA dan EPA (asid eikosapentaenoik). Meskipun demikian, suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak besar dan sebaliknya mengandungi DHA sekadar sederhana sahaja.
Bagi orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadamkan serta diserapkan. Bagi bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalam membran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf.
Dalam susu ibu, jumlah DHA adalah 4 kali lebih tinggi daripada jumlah EPA. Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik. 


Memastikan diet yang sihat dan seimbang semasa mengandung dan menyusu adalah amat penting bagi kedua-dua ibu dan bayi. Selain daripada mengambil dos-dos DHA harian, ibu mengandung dan menyusu seharusnya juga mengambil suplemen pra-lahir  yang mengandungi lebih tinggi kalsium, zat besi dan asid folik untuk menampung keperluan yang sedang meningkat pada saat-saat penting ini, maka dengan itu memberikan bayi anda asas yang baik untuk memulakan hidupnya kelak. 

Jika anda mempunyai masalah susu merudum anda juga boleh mencuba SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE ini dengan harga yang berpatutan. Ia lengkap dengan sumber protein dan nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia sebagai supplement semulajadi dalam membantu anda banyakkan susu untuk anak bertuah anda! 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels