Pernahkah anda terfikir bilakah waktu terbaik untuk anda mengepam susu?
Secara
idealnya, susu boleh dibuat stok setelah pengeluaran susu mula stabil. Susu
mula stabil secara amnya selepas minggu ketiga selepas kelahiran. Namun nasihat
biasa untuk mula membuat stok dalam masa 2-3 minggu sebelum kembali bekerja.
Jadi ini terpulang kepada ibu, yang penting, stok susu SEPATUTNYA dibuat
sebelum ibu kembali bekerja untuk mengelakkan sebarang hassles apabila bekerja
nanti.
Antara waktu pam susu yang terbaik adalah waktu tengah malam atau sebelum subuh. Ini kerana pada masa ini tubuh badan kita berada dalam keadaan tenang maka pengeluaran susu pun mudah dan lancar.
Waktu-waktu lain yang bagus untuk anda mengepam susu termasuklah:
1. Pam susu sewaktu anak sedang menyusu.
2. Pam selepas anak selesai menyusu
Bayi ni kadang menyusu asal kenyang
je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda
kalau payudara tak betul- betul kosong, maka susu pun tak berapa meriah. Jadi
untuk pastikan payudara betul-betul kosong, lepas anak menyusu, kita pam. Kalau
anak menyusu belah kanan, bila dia lepaskan, kita pam belah kanan tu dalam 5-10
minit. Bila payudara betul-betul kosong,
baru tubuh dapat signal untuk cepat-cepat refill payudara.
3. Pam semasa bayi tidur.
Tidak kiralah tidur waktu siang atau malam, anda boleh melakukan
pengepaman susu tanpa gangguan. Lunjurkan kaki, bersandar, sambil membaca buku
atau menonton televisyen, nikmatilah masa utk 'diri anda'
4. Pam sebelum ibu tidur.
Jangan risau kalau-kalau susu yang dipam tidak banyak. Itu BUKAN petanda susu anda tak banyak.. susu yang dipam tidak menandakan kuantiti sebenar susu yang dihasilkan. Terutama ketika masih bercuti, dan bayi masih direct feeding. Semestinya susu yang dipam tidak begitu banyak.
Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali.Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan.
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment