Monday, January 12, 2015

Jenis-Jenis Kegemukan.

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu:

1- Jenis Gemuk Air

Gemuk air kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

2- Jenis Gemuk Angin
Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut.  Kategori  ini juga agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.

3- Jenis Gemuk Lemak
Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
Bentuk Epal vs. Bentuk Pear

4- Jenis Gemuk Daging
Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.
Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!
Dengan ini saya sertakan sekali link untuk anda yang berminat nak tahu pengalaman saya menurunkan berat badan daripada 84kg kepada 58kg dengan penggunaan Set Kurus Shaklee. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Sharing is caring kan…:-)

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 











Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive