Sunday, January 11, 2015

Punca Dan Cara Atasi Gemuk Air


Pelbagai jenis ‘gemuk’ yang dapat dikenalpasti. Antara masalah kegemukan yang sering melanda masyarakat di Malaysia ialah gemuk air. Apakah itu gemuk air? Adakah ia berpunca kerana anda meminum air terlalu banyak?

Punca Gemuk Air
  1. Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi  apabila otak mendapati empunya badan  jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.
  2. Terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila  seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.
Cara Mengatasi Gemuk Air 

1.   Minum Banyak Air Kosong
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.
Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.

2.   Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera. 

3.    Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.
Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

4.   Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.
Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.

5.    Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.
Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.

Berminat untuk mendapatkan supplement Shaklee ?
Hubungi saya dan dapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 



Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive