Tuesday, January 6, 2015

Waktu Terbaik Untuk Mengepam Susu Badan

Pernahkah anda terfikir bilakah waktu terbaik untuk anda mengepam susu? 
Secara idealnya, susu boleh dibuat stok setelah pengeluaran susu mula stabil. Susu mula stabil secara amnya selepas minggu ketiga selepas kelahiran. Namun nasihat biasa untuk mula membuat stok dalam masa 2-3 minggu sebelum kembali bekerja. Jadi ini terpulang kepada ibu, yang penting, stok susu SEPATUTNYA dibuat sebelum ibu kembali bekerja untuk mengelakkan sebarang hassles apabila bekerja nanti. 

Antara waktu pam susu yang terbaik adalah waktu tengah malam atau sebelum subuh. Ini kerana pada masa ini tubuh badan kita berada dalam keadaan tenang maka pengeluaran susu pun mudah dan lancar.

Waktu-waktu lain yang bagus untuk anda mengepam susu termasuklah: 
1. Pam susu sewaktu anak sedang menyusu.

 

Kaedah ni turut dipanggil tanderm nursing. Bila anak menyusu belah kanan, kita pam belah kiri. Sebabnya bila anak menyusu, bukan sebelah payudara saja terangsang untuk hasilkan susu, tapi kedua-dua belah. Kerap terjadi kepada saya, bila baby menyusu sebelah kanan, yg baju belah kiri mesti akan basah. Jadi untuk tidak membazir, elok lah kita pam sebelah lagi satu tu. Biasanya boleh di amalkan sebelum kita ke tempat kerja (bagi ibu bekerja).

2. Pam selepas anak selesai menyusu 
Bayi ni kadang menyusu asal kenyang je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda kalau payudara tak betul- betul kosong, maka susu pun tak berapa meriah. Jadi untuk pastikan payudara betul-betul kosong, lepas anak menyusu, kita pam. Kalau anak menyusu belah kanan, bila dia lepaskan, kita pam belah kanan tu dalam 5-10 minit. Bila payudara betul-betul kosong, baru tubuh dapat signal untuk cepat-cepat refill payudara. 

3. Pam semasa bayi tidur.
Tidak kiralah tidur waktu siang atau malam, anda boleh melakukan pengepaman susu tanpa gangguan. Lunjurkan kaki, bersandar, sambil membaca buku atau menonton televisyen, nikmatilah masa utk 'diri anda' 

4. Pam sebelum ibu tidur. 
Jangan risau kalau-kalau susu yang dipam tidak banyak. Itu BUKAN petanda susu anda tak banyak.. susu yang dipam tidak menandakan kuantiti sebenar susu yang dihasilkan. Terutama ketika masih bercuti, dan bayi masih direct feeding. Semestinya susu yang dipam tidak begitu banyak. 

Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali.Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan.
http://syokcariduit.blogspot.com/2014/05/rahsia-kurus-84kg-turun-58kg-hanya.html
Ingin dapatkan hasil susu terbaik pada yang sama mengembalikan berat badan ideal anda? Dapatkan set khas ini dari saya!  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

0 comments:

Post a Comment