Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak
adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak
mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara
berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah
isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem
peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di
dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air
yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda.
Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang
mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip
tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda
adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali
sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli
anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang
banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah
pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah
pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum
terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan
cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak
mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh
mengakibatkan kematian.
Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk
menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic yang lain yang
mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.
Minuman Isotonik Shaklee pilihan terbaik pilihan Anda. |
Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?
Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing
termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa
yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk
menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh,
urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 –
10 gelas setiap hari.
Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah
air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh
yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah
sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.
Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam
masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya,
jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda
perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.
Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu
berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang
panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan
makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh.
Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda
masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.
Rasa haus sebagai penunjuk!
Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk
yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah
disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus
dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka
yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan
keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang
kehausan.
Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada
seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda
jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala
warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk
sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa
tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.
Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam
sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa
haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain
air, anda juga boleh mendapat bekalan air untuk sistem badan daripada
beberapa jenis makanan.
Untuk mendapatkan produk Performance ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment