Showing posts with label Non.GMO soya. Show all posts
Showing posts with label Non.GMO soya. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Ketahui 10 Makanan Penyebab Kanser

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan tercetusnya kanser. Dan salah satu penyebabnya adalah melalui pemilihan makanan yan kita ambil setiap hari. Ketahui 10 makanan yang menyumbang kepada berlakunya kanser.

1. GMO (Genetically Modified Organisms)

Makanan ubahsuai genetik (GMO) ini memang sudah diperkatakan berulangkali akan potensi nya untuk mengakibatkan penyakit. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, hampir kebanyakan makanan seperti soya, dan jagung juga dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Sebagai alternatif, jika anda pengguna tegar bahan-bahan tadi, boleh lah beralih kepada tanaman asli, organik dan yang diperakui akan hasilnya.
Tahukah Anda Soya ESP Shaklee merupakan soya NON-GMO

2. Daging Proses


Kebanyakan daging proses sama ada daging dalam tin, sosej atau hot dog, mengandungi bahan pengawet untuk membantu mengekalkan rupa segar daging tersebut. Tetapi dalam masa yang sama juga boleh menyebabkan kanser! Sebagai alternatif, pastikan daging pilihan anda jenis yang tidak dirawat menggunakan nitrat ataupun datang segar dari ladang.

3. Microwave Popcorn


US Environmental Protection Agency (EPA) telah mengenalpasti bahawa asid perfluorooctanoik (PFOA) yang terkandung dalam beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu bahan kimia yang terkandung dalam popcorn itu sendiri juga boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru dan juga kanser.

4. Minuman berkarbonat


Menurut kajian yang telah diterbitkan dalam American Journal of Nutrition, penggemar minuman berkarbonat atau soda yang minum lebih daripada satu tin sehari mempunyai risiko stroke yang lebih tinggi daripada orang yang tidak minum minuman berkarbonat langsung. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman berkarbonat menjadikannya punca kalori kosong (empty calories) yang menyebabkan kegemukan atau obesiti. Selain itu, dengan kandungan pewarna dan perisa tiruan seperti 4-methylimidazole (4-MI), tidak hairanlah jika minuman berkarbonat atau bergas ini telah terbukti sebagai penyebab kanser.

5. Makanan/Minuman "Diet"


Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

6. Tepung Putih Halus


Satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan berterusan karbohidrat halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita.

7. Gula Halus


Gula halus juga dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus secara tak langsung dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel kanser.

8. Buah-Buahan Bukan Organik


Pengambilan buah-buahan yang tidak organik juga mendedahkan seseorang kepada risiko kanser. Ini kerana buah-buahan tersebut telah dicemari oleh baja dan racun serangga yang berlebihan, sehingga memindahkan kandungan toksin yang banyak ke dalam tubuh si pemakan.

9. Salmon Yang Diternak


Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.

10. Minyak Hydrogenated

Selalunya minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet bagi membuatkan makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

Tahukah Anda RESVERATROL dapat menghalang KANSER dari terus membiak? Dan Resveratrol ini boleh didapati didalam VIVIX.
 
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 


Share:

Sunday, September 20, 2015

Definisi GMO dan Bahayakah Ia?

Pernahkah anda melihat label “non-gmo” atau mendengar istilah GMO's? Jika anda tidak pernah melihat label ini biar saya tunjukan kepada anda.

Bagi saya dan mereka yang mengamalkan pemakanan kesihatan makanan tambahan SHAKLEE pasti pernah mendengarnya. 

Apa itu GMO? 
GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki. 

Apakah Tujuan Teknologi GMO's? 
Tujuannya adalah supaya spesis yang terhasil melalui sains kejuruteraan makanan ini baik, kukuh, kuat dan tahan rintangan penyakit juga untuk mendapatkan hasil pulangan yang tinggi dari segi kuantiti dan kualiti. 

Bagaimana Sains Kejuruteraan Makanan ini Berfungsi?

Pengubahsuaian organisma secara genetik ini adalah satu kaedah yang mana mengambil atau mengeluarkan satu atau lebih gen dari organisma hidup yang lain dan digabungkan ke pada gen DNA organisma yang ingin diubahsuai. 

Contohnya, Ahli sains dari Mosanto melalui kejuruteraan genetik memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Thuringiensis atau singkatannya Bt ke dalam DNA jagung yang ingin diubahsuai, maka terbentuklah satu variasi gen jagung yang baharu kuat dan tahan serangan penyakit. 
Apabila pokok ini ditanam di ladang atau kebun. Gen Bt sebagai satu novel protein dengan cepat bertindak membunuh serangga yang memakan buah jagung tersebut dengan membebaskan kimia racun sendiri pada dirinya. Dengan itu, pokok jagung sihat tanpa gangguan makhluk perosak. Bukan itu sahaja, serangga pendebunga seperti lebah juga terkesan sama.

Satu masalah besar mengenai pengubahsuaian genetik ini adalah dalam proses memasukkan gen ke dalam DNA tanaman secara rawak, para saintis tidak mengetahui ke mana gen-gen itu pergi atau tidak diketahui jejaknya. Ini boleh menjejaskan fungsi kepada gen yang lain dan mencipta novel protein yang tidak wujud sebelum ini dalam tanaman. Ia juga menghasilkan toksik penyebab alergik dalam makanan.

Kita juga sangat mustahil mengetahui apakah item-item atau bahan-bahan yang digabungkan ke dalam gen tumbuhan yang ingin diubahsuai. Tidak ada spesifikasi jelas yang boleh dijadikan ukuran tentang penggabungan gen-gen yang berbeza ini.  

Apakah Tumbuhan atau Tanaman Yang Sering Diwujudkan Melalui GMO's?
Antara tanaman yang diwujudkan melalui kejuruteraan genetik ini ialah:
  • Kacang soya
  • Jagung manis
  • Alfalfa
  • Canola 
  • Kapas
  • tomato
  • squash
  • Kentang
  • pokok padi (Filipina)
  • Terung
  • Dan sebagainya 
Apakah Kesan produk GMO ini?
Berdasarkan kajian, sifat produk GMO yang tidak stabil dan melanggar fitrah berpotensi mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang. 
  • Meningkatkan risiko kanser dengan meningkatkan potensi pertumbuhan sel pra-kanser
  • Sistem imun yang rendah
  • Otak, hati dan organ reproduksi yang lebih kecil
  • Sel nukleus yang tidak normal
  • Kadar kematian yang lebih tinggi
  • Pencemaran herbisid yang lebih tinggi kerana kebanyakan tanaman GMO lebih tahan kepada racun serangga, oleh itu lebih banyak racun perosak yang digunakan. Kadar penggunaan racun serangga yang lebih tinggi mencemarkan persekitaran
  • Meningkatkan kes alahan, autism, masalah penghadaman kerana sebahagian produk ini boleh berada di dalam tubuh kita sepanjang hayat dan mengakibatkan kesan buruk dalam jangkamasa panjang.
Kanak-kanak paling terdedah kepada bahaya jika mereka mengambil produk GMO kerana:
  • Tubuh mereka yang muda dan cepat membesar
  • Mereka paling mudah menghadapi masalah dengan susu
  • Mereka paling mudah terdedah kepada masalah nutrisi 
  • Mereka paling mudah terdedah kepada bahaya akibat rintangan antibiotik
Tiada kajian jangkamasa panjang terhadap manusia dilakukan, kerana adanya kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang tamak untuk mengaut  keuntungan. Paling menakutkan, kesan terhadap manusia jika telah berlaku tidak dapat ditarik balik kerana ianya telah ada dalam tubuh manusia.

Percaya atau tidak terlalu banyak makanan di pasaran yang GMO. Produk GMO berleluasa di pasaraya sehingga kita sendiri sudah lali dengannya. Adalah penting untuk kita mengetahui bahawa kuasa membeli di tangan kita, Jika permintaan terhadap produk GMO adalah rendah, kita boleh elakkan produk ini daripada berleluasa di pasaraya kita. Secara tidak langsung, jika kita membeli produk organik atau non-GMO, kita dapat membantu mereka meningkatkan produksi, mengurangkan kos operasi dan seterusnya mengurangkan harga makanan organik. 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Wednesday, February 12, 2014

Perbezaan Air Soya Dengan ESP Shaklee



ESP ialah protein. Kenapa protein penting?
Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru. Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru. 

Keistimewaan ESP?

  • merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, 
  • Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif
  • shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenalai sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada perubahan genetik daripada benih sehingga penyimpanannya anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramua-ramuan semulajadi dan berkualiti.    
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. 
  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. 
  • tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
Kelebihan ESP

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, 
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka, 
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, 
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, 
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  • ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat. 
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.
 

7 KRITERIA PEMILIHAN SOYA YANG BAIK   

1.Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic 
Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni. 

2.Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic) 
Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan 

3.Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu 
Ni ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped. 

4.Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol 
Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang 

5.Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan
Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat. 

6.Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan 
Amino acids sangat sensitive dengan suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result 

7.Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur calcium..kenapa? 
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium 

Untuk mendapatkan ESP, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels