KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan,Sentiasa Mesra Alam

PELUANG BERSAMA SHAKLEE

Kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa jua.

SET KURUS TERHEBAT

Kurus, sihat dan cantik bersama shaklee.

SET KULIT CANTIK HALUS DAN GEBU

Sebaik-baik kecantikan dan seelok-elok keindahan ialah akhlak yang mulia.

SET BERSALIN IDAMAN IBU-IBU

Hubungi saya segera dan dapatkan set hebat ini dengan harga yang istimewa

Tuesday, June 20, 2017

Ubat FARMASEUTIKAL 62,000 kali lebih berkemungkinan MEMBUNUH dari suplimen dan herba - ANH International

Bismillah,

Betul ke pengambilan suplimen dan herba merbahaya? Cuba baca dulu ye....

Alliance for Natural Health International (ANH-Intl),kumpulan antarabangsa yang berpusat di UK, baru baru ini mendedahkan paparan data-data yang membandingkan dengan suplimen atau makanan tambahan seseorang individu:

Data menunjukkan bahawa tindak balas negatif kepada ubat farmaseutikal:

  • Ubat farmaseutikal 62,000 kali lebih berkemungkinan membunuh daripada suplimen(makanan tambahan)
  • 7,750 kali lebih berkemungkinan membunuh daripada ubat herba.Selain itu data juga menunjukkan perkara lain yang boleh menyebabkan kematian berbanding suplimen
  • 900 kali lebih berkemungkinan mati akibat keracunan makanan
  • Hampir 300,000 kali lebih berkemungkinan mati akibat kecederaan yang sepatutnya boleh dicegah semasa ditahan di wad hospital UK.Setanding dengan risiko seseorang individu tentera yang aktif mati dalam perang di Iraq atau Afghanistan

Data-data dari sumber rasmi di UK dan EU, menunjukkan bahawa suplimen dan ubat herba berada dalam kategori 'super safe ' dari risiko kemungkinan membawa kematian,ini bermaksud dari penggunaan keduanya,kematian hanya 1 dalam 10 juta dicatatkan.

Selain ubat dan kecederaan di hospital, kemungkinan mati akibat dipanah petir atau tenggelam dalam tab mandi juga lebih tinggi daripada tindak balas suplimen atau herba.
Menurut artikel pilihan di NewHope360.com

Eksekutif Anh Intl dan pengarah saintifiknya, Robert Verkerk PhD, mengatakan bahawa ini adalah suatu petunjuk baru tentang soal keselamatan suplimen dan herba.

"Angka-angka ini meletakkan perspektif sebenar risiko kematian yang ditimbulkan oleh makanan tambahan dan ubat herba pada saat ketika kerajaan mewar-warkan ianya merbahaya kepada kesihatan umum.

Menurut Dr Verkerk lagi, bukti baru ini bakal membantu kami untuk memberi tekanan di UK dan pihak-pihak berkuasa Eropah supaya mengurangkan regulasi yang ketat dan membebankan untuk produk-produk kesihatan semula jadi."
Semoga Bermanfaat

Sunday, June 18, 2017

Cara Paling Mudah Dan Berkesan Melancarkan Haid




Bagi yang ada masalah period tak datang berbulan boleh lah ikthiar dgn GLA Complex Shaklee ni yer. Yang ni testimoni dari customer saya sendiri. 4 bulan dia tak datang period. Saya ada syorkan vivix untuk dia, tapi atas kekangan bajet dia nak cuba dengan Gla complex dulu. Alhamdulillah lepas abis sebotol akhirnya datang period dia.

Saya nak bagitau Gla complex bukan ubat yer tapi supplement. Walau bagaimana pun alhamdulillah kesannya dapat menstabilkan hormon dan haid kembali teratur.

Kalo anda ada masalah yg sama boleh lah cuba consume Gla complex ni pulak k.


GLA Complex Shaklee Membantu Melancarkan Haid

Kebanyakan produk GLA dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Tapi GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage yang mana kelebihannya ialah mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO.

Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO! GLA Shaklee digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E supaya lebih berkesan.

GLA Complex 3 kali ganda lebih berkesan berbanding supplement EPO.

Kebaikan Dan Manfaat GLA Complex

Bagaimana GLA Complex membantu memperbaiki dan melancarkan haid? GLA Complex kaya dengan asid lemak Omega 6. Asid lemak ini adalah apa yang diperlukan oleh tubuh wanita untuk merawat masalah haid ini. Antara fungsi utama GLA Complex ialah:

1. Mengawal selia estrogen dan testosteron

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti abdominal cramp, mood swing, payudara sakit dan berdenyut.

2. Melambatkan menopause

Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, tekanan. Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan, membantu mengetatkan uterus, mengekalkan bentuk uterus dan kulit kelihatan lebih muda.

Selain itu, faedah lain yang boleh didapati dengan mengamalkan GLA Complex ialah:

  • Memperbaiki masalah prostatomegaly 
  • Menentang pertumbuhan sel tumor dan kanser  
  • Menghalang komplikasi diabetes  
  • Membantu pelangsingan dan mengelakkan pertambahan berat badan  
  • Menghalang tekanan darah tinggi  
  • Memperbaiki tekstur rambut  
  • Memperbaiki inflamasi kulit 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Thursday, June 15, 2017

Cara Atasi Masalah Anemia Dikalangan Kanak-Kanak



Cerita Supplemen - Anak Low HB - Anemia.

Bukan ibu hamil sahaja yang boleh low HB, anak anak kita pun boleh.

Begitu jugalah yang terjadi pada #akmalfaiz ketika berusia 10 bulan. HB nya sangat rendah iaitu 8.1 sahaja. Pemeriksaan darah ini dibuat kerana Akmal dijangkiti HFMD.

Semasa berusia 1 tahun, Dr memulakan pemberian sirap Zat Besi kepada Akmal. Selama 3 cycle Mek ila memberikan Akmal sirap ini iaitu kira kira 9 bulan.

Memandangkan peningkatan HB Akmal masih di tahap yang rendah akhirnya setelah berbincang dengan Pakar Nutrisi Shaklee, Mek ila memberikan Akmal #mealshakes.

Alhamdulillah 3 bulan pertama telah menunjukkan peningkatan yang mendadak, naik sehingga 10.7


3 bulan seterusnya HB Akmal telah normal. Syukur sangat kerana Akmal tidak lagi perlu menjalani pemeriksaan rutin yang memang menakutkan dirinya.

Pemberian mealshakes bukan magik tetapi ia mengandungi multivitamin lengkap semulajadi untuk pembesaran anak-anak. Selain mengandungi multivitamin termasuk Vitamin C, Mealshakes turut mengandungi iron dan Vitamin B12 yang penting untuk pembinaan sel-sel darah merah dan membantu mengelakkan masalah anemia di kalangan kanak-kanak.
Kerana itulah HB Akmal naik dan kembali normal. Alhamdulillah. Malah Doktor juga menyokong agar pemberian Mealshakes diteruskan selepas sirap iron sedia ada kurang berjaya dalam menaikkan HB Akmal.
Sumber: ElzaBaby Shop

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 

Atau   

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Benarkah Mealshakes Shaklee Tidak Selamat Penyebab Berak Berdarah?

Gambar sekadar hiasan

Lama saya berfikir sama ada nak buat posting atau tidak. Saya berkira-kira adakah bermanfaat atau tidak perkongsian saya nanti. Dan akhirnya saya memutuskan untuk menulis jua. Sekadar perkongsian pengalaman sendiri, tiada kena mengena dengan mana2 pihak.

Semua orang tahu, tiga bulan lepas anak saya, Hana Humaira telah dimasukkan ke hospital 50 hari lamanya. Saat pertama dia dikejarkan ke hospital, keadaannya sangat mencemaskan. Hampir-hampir kehilangan nyawa. Malam pertama masuk icu, esok paginya saya dipanggil oleh doktor untuk memberi penjelasan. Saya boleh ingat dengan jelas,

'Puan, keadaan anak puan sekarang sangat-sangat kritikal. Anak puan berak berdarah tak berhenti.' Doktor mulakan penerangan.

'Sehingga sekarang kita tak tahu apa punca. Boleh kami tahu sama ada puan ada bagi apa2 ubat pada anak?'

Seminggu sebelum masuk hospital Humaira sudah batuk-batuk. Berpanjangan. Beberapa buah klinik sudah dibawa untuk mendapatkan rawatan. Ubat-ubatan itulah yang saya bagi pada anak.

'Cuba puan ingat betul-betul. Bila puan mula bagi anak makan ubat? Ikut dos yang betul tak? Klinik mana puan pergi? Puan boleh sebut nama ubat-ubat tu semua?' Kata tuan doktor sambil matanya tak beralih dari komputer dihadapannya sambil menaip setiap butir maklumat yang saya berikan.

Bertubi-tubi soalan diberikan. Saya disoal bagai pesalah. Seolah-olah sayalah penyebab anak saya terlantar di sini.

'Macam ni lah doktor, petang ni saya bawa semua ubat yang saya beri pada anak.' Saya akhiri perbualan apabila saya sendiri tak dapat berikan secara detail nama-nama ubat.

Petang itu saya lambakkan segala ubat yang pernah diberi kepada Humaira.

'Doktor, ini semua ubat. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan ubat-ubat ni?' Saya aju soalan pada doktor.

'Ubat ni semua tidak mengakibatkan pendarahan. Untuk kes macam ni kita perlu hantar ke HKL. Sebab di sana ada kepakaran dan kelengkapan cukup,' kata doktor sepintas lalu.

Hanya selepas beberapa hari barulah saya teringat bahawa saya ada memberi Humaira makan Mealshake Shaklee. Betul-betul baru habis satu tong 2 3 hari sebelum masuk wad. Belum sempat saya order tong kedua, Humaira sudah pun masuk wad. Dah menggigil kaki tangan bila rasa yang saya dah letakkan anak dalam bahaya. Saya nekad untuk dapatkan penjelasan. Saya takkan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan aduan kepada kkm jika perlu. 


Saya usulkan perihal Mealshake Shaklee tersebut pada doktor. Mereka minta saya panjangkan ke HKL memandangkan kes Humaira akan diambil alih oleh pakar di sana. Saya juga hubungi saudara saya yang merupakan antara orang tertinggi dalam Shaklee Malaysia.

'Macam mana ni Kak Long? Doktor minta sample Mealshake Shaklee.'

'Takpe. Kita bagi kerjasama. Apa-apa yang doktor perlukan, kita ikut je. Kes ni dah dalam pengetahuan wakil Shaklee di U.S. Kalau perlu, wakil Shaklee dari U.S akan datang Malaysia untuk bagi kerjasama,' balasnya menerusi whatsapp.

Saya bawa Mealshake Shaklee kepada nutritionist di hospital. I passed it by hand. Hari berganti. Tong Mealshake Shaklee dipulangkan kembali pada saya.

'Macam mana doktor? Ada apa-apa yang tak kena ke?' Saya bertanya untuk mendapatkan kepastian.

'Takde apa-apa. Produk ni selamat. Takde apa-apa yang bahaya dengan Mealshake ni,' jawab nutritionist berkenaan.

'Maksudnya anak saya sakit bukan disebabkan mealshake ni kan?' Saya tanya lagi.

'Bukan. Penyakit ni kalau dia nak jadi, dia akan jadi.' Jawabnya.

'Jadi kalau saya nak continue consume produk ni, kira selamatlah kan?' Tambah saya lagi.

'Ya, takda masalah. Asalkan awak ikut saranan yang betul. Lagipun produk ni dah lama. Kalau bahaya, dah lama kita buat aduan kepada kkm dan saman syarikat ni,' panjang lebar doktor beri penerangan.

Lega sungguh hati bila nutritionist sendiri yang cakap macam tu. Dah macam-macam andaian dah saya fikir masa tu. Risau kalau-kalau anak sakit disebabkan kecuaian sendiri.

Begitu serba sedikit kisah saya dengan Mealshake Shaklee. Agak mengejutkan bila banyak dakwaan berkenaan Shaklee baru-baru ini. Sebab saya sendiri dah pun bawa dan serahkan Mealshake tersebut pada nutritionist. Kalaulah bahaya, confirm mereka dah ambil tindakan. 

Macam-macam kita dengar sekarang ni. Apapun tindakan, biarlah kita bertindak sewarasnya. Dapatkan dulu kepastian dan kesahihan. Tak perlu hentam guna emosi. Niat tak menghalalkan cara. Menegur jangan sampai menghina. Mengkritik jangan sampai mengaibkan.

Terima kasih sudi membaca. Saya percaya kita semua bijak belaka. Nilailah dengan akal. Jangan biar dikawal emosi. Kita semua tengah puasa ni..😊

Oh ya.. saya tak jual shaklee. 


Wednesday, June 14, 2017

Tips Penjagaan Rahim Yang Wajib Wanita Amalkan Untuk Elak Penyakit Rahim

SAYANGI RAHIM ANDA

Tumbuhan fibroid besar 8 cm pada wanita belum kahwin berumor 34 tahun
Fibroid dibelah dua untuk menunjukkan tisyu pejal fibrous. Tumbuhan ini ada selaput disekitar luar atau kapsiul. Dengan itu tumbuhan tidak banyak merosakkan otot rahim. Mudah dibedah buang mengikut sempadan kapsiul dan tisyu otot2 rahim dibaik pulih.

Adenomyosis pada wanita 45 tahun. Telah punya anak.Telah merosakkan keseluruhan rahim. Telah dibedah buang rahim.
Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umornya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak bolih berfungsi. Rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.

Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia bolih dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara-cara menjaga rahim.

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga - ibu, nenek, ibu saudara adik beradek perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampong kehamilan. Kahwin dan hamil awal dalam umor muda bolih mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. 
Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Lepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari tumhuban. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat2 dipengaruhi dengan dua hormon wanita - estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salurdarah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy). Kedua hormone perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.

Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen bolih menimbulkan bermacam2 penyakit dan gangguan. Diantaranya ;
  1. Tumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
  2. Tumbuhan adenoma dan kanser payudara.
  3. Kemandulan dan sukar hamil.
  4. Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovary, adrenal dan lemak badan. Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastic dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

MAKANAN2 YANG BERTINDAK SEBAGAI ANTI ESTROGEN

Makanan2 ini mengadungi aromatase inhibitor yang blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan2 lain saperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.

1. Buah delima/promagenate.
2. Sayur2 broccoli, kobis, califlour, bak choy, raddish.
3. Minyak zaiton.
4. Cendawan.
5. Anggor merah dan biji.
6. Oats
7. Teh hijau.
8. Buah2 citrous - lemon, limau nipis, grape fruits
9. Kacang2 almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.
10. Bawang merah.
11. Kunyit.
12. Spirulina, chorella
13. Sayur2 hijau , sawi, bayam, salad dll.
14. Minyak kelapa dara.
15. Bawang putih
16. Kucai dan celery
17. Berries - blue berries, black currant.
18. Maca
19. Fax seeds
20. Makanan2 fermented - yogat, tapai, kimchi. Bekalkan probiotik atau good bakteria.

4. Faktor2 yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor2 ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohaidret, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stress.

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umor kanak2. Sering anak2 perempuan dijangkiti kuman diluar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.

Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak2 perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen2 tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim. Ketahui Supplement Anak Sihat Dan Pintar

6. Kegemokkan perlu dikawal dari umor kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak2 terlalu minat makan junk dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang.

Remaja mula dilanda kegemokkan bila berlajar disekolah2, kolej2 dan universiti berasrama. Mereka makan terlalu banyak makan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.

Bermula disini gangguan haid berlaku - samada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul2 atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididek menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinahan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau 'datang kotor', 'datang bulan'. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid 'tumpah / melempah' kebelakang rahim. Fenomina tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.

Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan betakung dibelakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Olih sebab itu ketika haid wanita tidak bolih solat dan baca quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makanan2 yang membantu dalam jagaan rahim diantaranya nenas yang mengandungi enzim bromalin dan papaya yang mengadungi ezjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor dibelakang rahim.

Makanan2 tradisi sudah dilupakan. Keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.
  • Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan2 anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.
  • Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, karot, brokoli , taugeh dan lain2.
  • Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betek, buah naga dan lain2.
  • Makan pelbagai kacang saperti peanut, gajus, almond, walnut dan lain2. Baik juga dimakan bersama2 kismis dan korma.
  • Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain2.
  • Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit.
  • Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.


sumber: FB Dr Hamid Arshat

Friday, June 9, 2017

Diabetes Punca Kerosakan Saraf

Tahukah anda, hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi (pemotongan anggota badan) jika penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil? Sekiranya anda mengalami sebarang gejala kerosakan saraf yang biasa, jangan biarkannya kerana kesan pengabaian yang paling kejam boleh membabitkan pemotongan kaki.

Memahami neuropati diabetes

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian iaitu neuro yang merujuk kepada saraf dan pati iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang membabitkan saraf di luar sistem saraf pusat, terutama pada tangan dan kaki.

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik dari otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelak daripada bahaya dan jauh daripada benda yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Tanda-Tanda Neuropati Diabetes

Tahap keseriusan gejala kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit kepada seorang pesakit yang lain. 
  • berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan, 
  • Rasa terbakar 
  • Kehilangan rasa
  • Kesakitan yang tajam mencucuk, seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.
  • tekanan darah rendah
  • sembelit
  • pergerakan yang tidak dapat di kawal.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes membawa kepada amputasi?

Pemotongan ialah komplikasi neuropati yang boleh menjadi serius. Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar kecederaan yang dialami dan ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki.

Mereka juga menghadapi penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka, seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan. Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?

Langkah pertama dalam merawatnya ialah dengan memastikan tahap glukos dalam darah berada dalam julat normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya. Pemantauan tahap glukos dalam darah, pemakanan yang terancang dan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes atau insulin akan membantu mengawal tahap glukos dalam darah.

Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya gejala akan berkurangan apabila terdapat pengawalan glukos yang baik. Pengawalan glukos dalam darah juga boleh mencegah atau melambatkan permulaan masalah yang selanjutnya.

Suplemen Untuk Membantu Masalah Kebas Akibat Diabetes

1.Vivix

Kajian yang dijalankan akhirnya menunjukkan pengambilan suplemen mengandungi polifenol seperti resveratrol mempunyai kesan baik dalam mengurangkan rasa kebas dan sakit pada kaki dan tangan atau disebut sebagai neuropati diabetes. 

Polifenol adalah sejenis bahan kimia semulajadi dalam tumbuhan dan buah-buahan. Vivix dengan 1 sudu kecil anda akan dapat khasiat daripada 15 jenis polifenol dan resveratrol. Resveratrol adalah sejenis polifenol tumbuhan.
Vivix dengan kandungan resveratrol dan polifenol membantu masalah berkaitan kebas dan saraf dari segi:
  1. Mengandungi membantu mengurangkan keradangan saraf dan kesakitan secara keseluruhan
  2. Memperbaiki sel yang terdapat pada saraf.
  3. Membantu meningkatkan penghasilan tenaga pada sel saraf
  4. Menyekat pertimbunan AGE protein. AGE menyebabkan kemerosotan pelindung sel (myelin) dan memperlahan inpuls saraf.
  5. Menghalang pembentukan protein AGE. AGE juga menyebabkan sambungan silang protein kolagen di sekitar sendi menjadi kurang fleksibel dan tisu tulang menjadi rapuh

2. B Complex 

Kekurangan vitamin B12 juga antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Vitamin B12 melindungi pelindung saraf dan membersihkan badan anda daripada homocysteine iaitu sejenis sebatian berbahaya yang dikaitkan dengan strok dan penyakit kardiovaskular. Vitamin B1 pula memang terbukti membantu memperbaiki sistem saraf.

B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. B Complex juga menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi.

Testimoni Pesakit Diabetes

1. Bacaan Gula Turun



2. Luka Diabetes Cepat Pulih



3. Masalah Saraf Makin Pulih



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement

Wednesday, June 7, 2017

Tanda-Tanda Sakit Saraf Yang Ramai Tidak Ketahui



Pernah tak anda rasa sakit mencucuk-cucuk seperti tertusuk jarum pada waktu tengah malam atau mengalami sakit yang berterusan dan berulang-ulang yang seolah-olah takkan hilang? Jika ya, anda mungkin sedang mengalami sakit saraf.

Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedang mengalami kerosakan saraf. Bila masalah ini berlanjutan tanpa rawatan yang sepatutnya, ianya akan menjejaskan kualiti hidup.

Apakah itu Sakit Saraf ?

Apabila kaki kita ditusuk paku, kulit kaki kita akan tecedera. Terdapat saraf-saraf atau pun urat di kaki kita yang akan menghantar isyarat ke otak untuk menerbitkan rasa sakit pada kaki tersebut. Sekiranya saraf ini rosak, kita tidak akan merasai apa-apa lagi kesakitan dan sekiranya kaki kita bengkak dan berdarah, tiada rawatan susulan yang akan dibuat kerana kita tidak sedar akan perkara itu.

Terdapat juga keadaan apabila saraf memberikan signal yang salah seperti kesakitan yang lebih atau pun rasa sakit itu datang lambat (respon yang lambat).

Apakah yang menyebabkan sakit saraf?

Kebanyakkan sakit saraf berpunca dari kesan daripada penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, kanser dan penyakit kayap. Tetapi kadang- kadang sakit saraf juga bleh muncul akibat gaya hidup yang salah, seperti tidur dengan posisi yang tidak betul dan terkehel semasa senaman. Adalah penting untuk kita merawat penyakit ini kerana kesakitan saraf ini boleh menjadi lebih teruk dan boleh merebak ke saraf yang lain.

Simptom Sakit Saraf

Antara simptom yang paling ketara adalah pesakit saraf menghadapi kesukaran untuk tidur, hilang tumpuan, kebas-kebas dan sentiasa berada dalam keadan yang letih dan tidak bermaya. Kemurungan juga boleh berlaku kepada pesakit dan ini boleh menjejaskan aktiviti kehidupan mereka.

Sekiranya anda mengalami simptom-simpton di atas, segeralah berjumpa doktor dan terangkan dengan jelas akan kesakitan yang dialami kerana sehingga kini, tiada ujian diagnostik yang dapat membuktikan bahawa kesakitan itu wujud. Antara perkataan-perkataan yang boleh digunakan;
  • rasa pedih
  • menikam
  • mencucuk
  • berdenyut
  • kebas

Rawatan Bagi Pesakit Saraf 

Selalunya doktor akan memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Sekiranya pesakit sudah menghadapi kemurungan, ubat untuk mengurangkan kemurungan juga akan diberikan kepada pesakit.

Namun kajian pemakanan telah mendapati, vitamin B-12 merupakan vitamin yang baik untuk menjaga sistem saraf dan mengurangkan stress. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaraan darah dalam badan supaya bekalan oksigen sentiasa sampai ke seluruh sel. Vitamin B12 juga boleh merangsang rembesan hormon dopamine dan serotonin yang selalu dikaitkan dengan perasaan gembira. Sekiranya kita sentiasa tertekan, kekurangan vitamin B12 boleh menjadi punca tekanan ini.

Bagaimana Vitamin  Shaklee Membantu Pesakit Saraf?

1.Vivix

Amalan pengambilan 5ml jus Vivix setiap hari juga dapat membantu untuk badan mengekalkan kesihatan badan secara menyeluruh. Jus Vivix mempunyai 10 kali ganda resveratrol dan gabungan polifenol yang terbukti dapat meningkatkan taraf kesihatan dengan lebih baik.

2. Omega Guard

Selain itu, apabila badan kita penat, sebenarnya salur darah kita sedang membengkak. Ini membuatkan peredaran darah kita tidak lancar dan menyebabkan kita bertambah letih. Dengan mengamalkan Omega Guard, minyak ikan omega 3 Shaklee, dapat mengurangkan bengkak pada salur darah dan sakit saraf juga dapat dikurangkan.

3. B Complex

Recommended Dietary Allowance (RDA) menyarankan supaya kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B6, B12, asid folik dan biotin di ambil serentak untuk memastikan vitamin B diserap lebih baik di dalam badan. Vitamin B complex with folic acid Shaklee mengandungi kesemua vitamin B yang diperlukan oleh badan. Shaklee juga dibuat dari sumber alam semulajadi yang pastinya selamat dan berkesan. InsyaAllah.

Ikuti testimoni mereka;





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Sunday, June 4, 2017

Perlukah Pembedahan Mengeluarkan Darah Beku Dalam Otak?

 

RAMAI berpendapat, pembedahan satu-satunya jalan keluar bagi mengatasi masalah pendarahan otak atau darah beku yang berlaku dalam otak. Tetapi, bukan semua masalah ini boleh diselesaikan dengan jalan pembedahan.

Sebetulnya, dalam menangani masalah ini ia bergantung kepada saiz, lokasi, jenis dan tahap kesedaran pesakit.

Jika pendarahan yang dialami hanya mengakibatkan gangguan pada sesetengah fungsi otak seperti lemah separuh anggota badan dan pesakit dalam keadaan sedar, maka doktor akan memantau perkembangan pesakit dari semasa ke semasa.

Pembedahan hanya dilakukan apabila keadaan pesakit dianggap serius seperti koma.

``Bukan semua kes pendarahan otak akan dibedah, lebih-lebih lagi bagi kes-kes yang menyebabkan kesan setempat seperti pesakit tidak boleh menggerakkan tangan atau kaki.

``Ini kerana, pendarahan atau darah beku pada otak ini biasanya akan larut dan meresap dalam otak dengan sendirinya dalam tempoh dua atau tiga minggu,'' kata Ketua Jabatan Neurosurgeri dan Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf, Jabatan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Saffari Hj. Mohd. Haspani.

Pendarahan otak adalah satu keadaan terdapatnya darah atau darah beku pada mana-mana bahagian luar saluran darah dalam otak.

Keadaan ini berlaku sama ada berpunca daripada kecederaan akibat kemalangan atau secara spontan (semula jadi).

Menurut beliau, biasanya doktor sendiri dapat meramalkan peluang pesakit untuk hidup cerah atau sebaliknya apabila mereka dimasukkan ke wad.

Sehubungan itu, pembedahan akan dilakukan apabila pesakit berada dalam keadaan koma dan setelah ujian CT Scan dilakukan.

``Pembedahan juga dilakukan sekiranya saiz darah beku atau pendarahan lebih daripada tiga sentimeter.

``Selain itu, kriteria lain yang diambil kira jika ada kesan pembengkakan yang serius pada bahagian tisu otak di sekeliling darah beku tersebut,'' jelas beliau.

Otak diselaputi kulit, selaput otak dan dilindungi tengkorak. Ia mengandungi sejenis cecair otak yang dipanggil cerebrospinal fluid, darah dan tisu otak. Tisu ini terlalu lembut dan sensitif.

Mohd. Saffari menjelaskan, pesakit yang masih dalam keadaan sedar ketika dibawa berjumpa doktor, akan dipantau selama 48 jam.

Sekiranya tahap kesedarannya menurun dalam tempoh tersebut, ujian imbasan ke atas otak pesakit akan dilakukan bagi mengenal pasti masalah pesakit.

Beliau memberitahu, sebahagian besar kes pesakit pendarahan otak berpunca daripada tekanan darah tinggi atau hipertensi.

``Biasanya, ia berlaku di luar saluran darah otak misalnya pendarahan boleh terjadi dalam tisu otak yang dikenali Intra Cerebral Hematoma,'' jelas beliau.

Pendarahan jenis ini, berlaku di sebabkan oleh darah tinggi. Jelasnya, pendarahan juga boleh berlaku pada bahagian bawah selaput subaraknoid. Pendarahan jenis ini selalunya disebabkan aneurisme.

Aneurisme adalah pembengkakan yang terjadi pada saluran darah otak utama yang berbentuk seperti belon.

Ia disebabkan kelemahan dalam dinding pembuluh darah akibat penyakit atau kecacatan sejak individu itu dilahirkan.

Aliran darah dengan kelajuan tinggi menyebabkan terbentuknya belon pada dinding pembuluh darah tersebut.

Belon tersebut membesar dan boleh pecah yang menyebabkan pendarahan otak. Menurut Mohd. Saffari, berdasarkan kajian di Amerika Syarikat (AS), dianggarkan antara sembilan hingga 15 dalam 100,000 orang menghadapi masalah pendarahan otak setiap tahun.

Pada tahun 2002, Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebanyak 86 kes pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku telah dilakukan manakala pada tahun 2003 pula sebanyak 120 kes.

Di Malaysia, peratusan tertinggi dicatatkan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan otak terdiri daripada kalangan orang Melayu sejumlah 46 peratus, Cina, 30 peratus dan sembilan peratus India.

Secara etiologinya, 64 peratus pendarahan berpunca daripada darah tinggi, aneurisme 13 peratus dan 10 peratus kecacatan arteriovena (AVM).

Kadar kematian dalam tempoh 30 hari selepas pembedahan dianggarkan sebanyak 48 peratus.

Selain darah tinggi dan aneurisme, lain-lain punca yang mengakibatkan pendarahan otak ialah:
  • Kecacatan arteriovena (AVM)
  • Ketumbuhan otak 
  • Kelainan kecairan darah
Menurut Mohd. Saffari, mereka yang didiagnos mengalami pendarahan otak tergolong dalam kumpulan yang memerlukan rawatan kecemasan bergantung kepada keadaan semasa si pesakit.

Ini kerana, apabila pendarahan berlaku, darah yang membeku di sekeliling tisu otak atau di bahagian bawah selaput otak boleh menyebabkan tekanan dalam otak meningkat.

``Apabila tekanan meningkat, ia akan memberi kesan pada lokasi berlakunya pendarahan. Biasanya, pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi berlaku di bahagian basal ganglia,'' katanya.

``Pendarahan yang berlaku pada bahagian inilah yang boleh menyebabkan pesakit lumpuh pada sebelah tubuh, keadaan muka senget sebelah dan mengalami masalah pertuturan,'' jelasnya.

Lebih membahayakan, jika pendarahan yang berlaku pada saluran darah kecil. Ini kerana tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersebut pecah.

Sehubungan itu, Mohd. Saffari menegaskan supaya jangan mengambil mudah jika secara tiba-tiba anda mengalami sakit kepala yang teramat sangat.

Gejala ini merupakan salah satu daripada punca pendarahan otak dan ia sangat berbeza dengan sakit kepala seperti migrain.

Selain sakit kepala, pesakit akan muntah-muntah, pengsan atau tidak boleh menggerakkan anggota tubuh.

Dalam keadaan begini, kata Mohd. Saffari, pesakit memerlukan rawatan kecemasan. Keadaan ini boleh menyebabkan tahap kesedaran pesakit semakin menurun dan akhirnya mengakibatkan kematian.

Bagaimanapun, ada sesetengah kes seperti transient ischemic attack yang berlaku secara tiba-tiba, boleh juga menyebabkan keadaan pesakit semakin pulih.

``Sebaliknya, bagi keadaan pesakit yang tidak pulih lebih baik menjalani pemeriksaan rapi di hospital bagi memastikan tahap angin ahmar yang dialami,'' kata Mohd. Saffari.

Ini kerana, kemungkinan peluang untuk pesakit dipulihkan adalah cerah. Tetapi, jika dibiarkan, lama-kelamaan tisu otak akan rosak sekali gus akan menghilangkan fungsinya. Tekanan pada otak, boleh merosakkan `fungsinya' yang akhirnya mengakibatkan tahap kesihatan pesakit menurun.

Menurut Mohd. Saffari, pendarahan otak boleh dirawat jika pesakit segera dibawa berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

``Kes-kes seperti pesakit yang koma secara tiba-tiba mesti dibawa berjumpa doktor dengan segera. Kita akan mengesyaki kemungkinan pesakit mengalami pendarahan otak, tetapi kita tidak tahu setakat mana tahap keseriusan keadaannya.

``Kemungkinan, pendarahan yang dialami oleh pesakit berada pada tahap sedikit, sederhana atau serius,'' kata beliau.

Rawatan

Bergantung kepada keadaan pesakit. Jika pesakit yang mengalami pendarahan otak ini disebabkan hipertensi dan dalam keadaan koma, darah beku perlu dikeluarkan segera.

Selain pembedahan, rawatan fisioterapi dan terapi pertuturan amat penting untuk pemulihan bagi pesakit-pesakit yang mengalami pendarahan otak. Mengawal tekanan darah dengan mengambil ubat penting untuk mengelakkan berulangnya pendarahan otak. Sekiranya pendarahan berpunca daripada:
  • Aneurisme - pilihan rawatan yang biasa ialah dengan membuat pembedahan dan memasang clip pada leher aneurisme tersebut untuk menutup laluan darah dari- pada pembuluh darah utama.
  • Rawatan lain yang semakin banyak digunakan sekarang adalah coiling pada aneurisme terbabit. 
  • Kecacatan arteriovena (AVM) - ujian dilakukan de- ngan angiogram untuk memastikan keadaan ini.

Antara rawatan pilihan termasuklah:

  1. Pembedahan
  2. Pancaran radiasi bertenaga tinggi (Radiosurgery) untuk mengecutkan AVM 
  3. Rawatan Endovascular atau Embolization - menyekat aliran darah ke saluran darah AVM dengan sejenis ubat.
Selain itu, pesakit juga memerlukan pemulihan yang khusus bergantung kepada tahap kesihatan pesakit.

Komplikasi pembedahan

Seperti pembedahan lain, pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku juga boleh mengakibatkan pendarahan semula dan jangkitan kuman.

Pesakit juga boleh mendapat komplikasi serangan sawan tetapi boleh dikawal dan peratusnya juga rendah.

Tak Jadi Operate Kepala Selepas 14 Hari Minum Vivix 

Ikuti cerita Encik Sharif.

"Berdoa sambil berusaha. Semua penyakit ada ubatnya. Aku try satu produk ni. Memang berkesan.

Vivix Shaklee. Tadi doktor pakar kata bini aku dah tak payah operate kepala sebab darah beku dia tak merebak dan stabil. Darah pun tak beku sangat.

Ni bukan pasal nak jual produk atau apalah tapi lepas guna benda ni memang tekanan darah bini aku stabil dan banyak perubahan.

Sambil berdoa dan mengurut ni agak antara faktor dia tambah sihat.

Tq pada awan yang rekemen haritu.

Walaupun dia tak pulih sepenuhnya tapi berita ni pun antara berita yang menggembirakan sebagai seorang suami.

Suami mana yang tak sayang bini. Duit boleh cari bang. Nanti kalau ada perubahan lagi aku update dalam ni.

Ni testimonial pada isteri aku sendiri.

Apapun jangan anggap produk ni menyembuhkan, semuanya atas kuasa Allah.

Terima kasihpada semua kawan yang melawat dan mendoakan isteri aku. Jasamu hanya Allahyang dapat balas.

Kepada yang ada darah tinggi atau kolestrol tinggi boleh cuba.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement


Friday, June 2, 2017

Luka Czer Terbuka, badan Lemah. Doktor pun minum ini untuk luka Czer Cepat Lega. Dah 3 kali czer tau !



Luka bersalin normal dan bersalin secara czer adalah berbeza. Maka pastilah cara menjaga luka itu juga sangat berbeza. Kan?

Luka czer biasanya ada 2 jenis. Jenis melintang dan menegak. Biasanya doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.

Kebiasaanya, luka czer boleh pulih bahagian luarannya dalam tempoh 10-14 hari. Namun, yang lebih utama perlu dijaga ialah luka di bahagian dalam. Ada ibu yang luarannya nampak seperti sudah sembuh, namun dalamannya masih belum sembuh sepenuhnya. Ini kerana luka czer punya banyak lapisan.

Doktor Pun Makan VIVIX Untuk Luka Czer Cepat Sembuh





Hi, Assalamualaikum.. Saya Dr. Nadia Abdul Kadir, berumur 34 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah saya menghidap radang appendiks semasa hamil.

Semasa mengandungkan Baby A’isya (anak ke 4) saya 7 bulan lepas, saya mengalami 2 episod sakit pada bahagian kanan perut. Kali pertama dalam 32 minggu dan saya disahkan menghadapi Acute Appendicitis (keradangan pada appendik).

Disebabkan kandungan masih awal dan pembedahan membuang appendiks adalah berisiko kepada baby, saya membuat keputusan untuk hanya mengambil antibiotiks (setelah berbincang dengan suami saya, Dr Shazly yang merupakan seorang pakar bedah).

Pada masa yang sama, saya meneruskan pengambilan SET HAMIL SHAKLEE dan juga NUTRIFERON. Alhamdulillah, sakit beransur hilang selepas 2 hari. Namun, pada kandungan berusia 36 minggu, saya sekali lagi diserang sakit perut yang sama seperti sebelum ini.

Kali ini sangat sakit sampai saya terpaksa dimasukkan ke wad. Sekali lagi saya didiagnos sebagai Recurrent Appendicitis (Keradangan Appendiks yang berulang). Di wad saya diberi intravenous antibiotiks. Sekali lagi saya dan suami di dalam dilema untuk meneruskan pembedahan membuat appendiks atau tidak. Ini kerana, lagi 2 minggu saya dijadualkan untuk elektif cser (saya dah cser 3 kali).

Kami membuat keputusan untuk tunggu dan lihat. Sekiranya sakit berlarutan, saya akan menjalani pembedahan. Alhamdulillah, setelah 2-3 hari, sakit beransur hilang dan doktor pakar membuat keputusan untuk membuang appendiks semasa cser. Pada 38 minggu, setelah pakar O+G mengeluarkan Baby A’isya, suami saya sendiri mengambil alih untuk mengeluarkan appendiks saya pula! Orang kata, sakit selepas cser + appendicectomy (pembedahan membuang appendiks) adalah lagi sakit berbanding cser sahaja. Ini kerana trauma pada tisu itu lagi banyak.

Bimbang akan perkara ini, saya dah standby VIVIX awal-awal. Sebaik sahaja dibenarkan minum oleh jururawat, saya terus amik 1 SUDU BESAR VIVIX. Alhamdulillah dengan izinNya, petang sebelum maghrib saya dah boleh bangun sendiri dan berjalan ke tandas untuk mandi.

Malamnya pula saya boleh menjaga Baby A’isya sendirian (suami tidak dibenarkan menemani saya di wad). Setiap hari saya meneruskan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE bersama VIVIX dan NUTRIFERON. Dan pada hari ke 5, saya diceramah oleh jururawat di klinik (diorang sayang saya sebenarnya..hihi..) kerana memandu ke klinik untuk cek jaundice. (Suami di dalam dewan bedah dan tidak dapat keluar hantar kami ke klinik).

Apapun, pengalaman berpantang kali ini sangat berbeza berbanding 3 kali cser sebelum ini. SAKIT PADA BAHAGIAN CSER SANGAT MINIMAL, LUKA SANGAT CEPAT SEMBUH & SAYA SANGAT BERTENAGA. Saya dah alaminya sendiri, anda bila lagi?

Apa Lagi kata Ibu-Ibu Yang Mengambil Vivix Semasa Bersalin Pembedahan?

 



Jangan biarkan luka czer terbuka kembali, lambat sembuh dan anda makin lemah kurang bermaya dan bertenaga. Badan kita nak guna lama kannnn

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement