Showing posts with label amalan berpantang selepas bersalin. Show all posts
Showing posts with label amalan berpantang selepas bersalin. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

Tips Bertungku Sendiri DiRumah Dengan Cara Yang Betul

Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan, sakit ketika datang bulan dan boleh menjadi media menguruskan badan sebagai ganti sauna dan terapi kecerdasan diri.

Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Ini akan memudahkan perjalanan darah dan pemulihan tenaga.

Pelbagai Jenis Tungku 

Cara Memanaskan Tungku


Gunakan dapur gas memasak anda, dengan api yang perlahan... panaskan tungku

PERINGATAN :
Jangan gunakan api yang besar api yang besar menjadikan tungku cepat panas dan cepat juga sejuk. Tapi dengan api yang kecil, panas akan meresap ke dalam tungku dan panas akan tahan lama. Biar lebih kurang 5-20 minit (anggaran mengikut saiz tungku).

Jangan terlalu lama, kalau tak kain pun boleh terbakar. Setelah di bakar alas atas kain dengan daun sirih, mengkudu atau daun lengkuas sebelum meletakkan batu tungku. Biasanya kepanasan tungku tungku ini bertahan lebih kurang 1 jam.
 

 

 

 


Cara Bertungku Untuk Wanita Lepas Bersalin

Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih focus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim ke atas dan mengecilkannya. 

Caranya:

  1. Letak bahagian bucu batu (no.1) di atas ari ari dan tolak bahagian yang lebih kecil (no.2) ke atas. Buatlah berulang kali di setiap sudut bawah ari2 anda dengan menolak batu dari bawah ke atas. Bahagian batu yang besar (no.1) akan memanaskan rahim dan mengecutkannya. Bahagian yang kecil pula (no.2) akan membantu menolak rahim dengan lembut. kawasan yang perlu di tungku 
  2. Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat. Tungku juga di bahagian buah dada, bertungku di sekitar buah akan melancarkan pengaliran darah. 
  3. Bertungku baik dilakukan ketika berbaring. 

Peringatan : 

Jangan letak tungku di tengah perut. Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang.

Tips: 

Selalunya kain batik digunakan untuk membalut tungku, bloeh juga digantikan dengan kain cotton atau tuala kecik. Masa tungku masih panas, lapik perut anda dengan baju / apa2 kain sehingga anda yakin dengan suhu yang selesa. Ini bagi mengelakkan kecederaan pada kulit anda. Bila tungku makin sejuk, kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat gunakan dalam masa yang lama. Lepas habis bertungku, tungku yang masih panas boleh di letakkan di bawah pinggang, bahagian belakang pinggang, punggung dan kaki.

Bertungku memerlukan kerajinan bagi mendapatkan kesan yang optimal. 

Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Berpantang, Set Penyusuan Dan Set Kurus Selepas Bersalin Shaklee, anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Monday, January 11, 2016

Pantang Larang Dan Amalan Semasa Dalam Pantang

Penjagaan dalaman dan luaran selepas melahirkan anak adalah suatu perkara yang amat wajib dititik beratkan oleh para ibu. Ini bagi memastikan siibu kekal sihat bertenaga untuk meneruskan rutin harian menjaga bayi, menyusukan bayi dan berperanan sebagai seorang isteri selepas habis berpantang.

Tidak salah untuk kita berpantang secara moden dengan mengambil supplement tertentu tapi lebih baik jika amalan berpantang tradisional yang telah lama dilakukan oleh orang dahulu kita lakukan, ini kerana ternyata jika kita lihat mak...tok dan nenek kita walaupun dah tua tapi masih sihat dan cergas hasil amalan berpantang tradisional yang mereka amalkan.

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
  1.  Dilarang Tidur Tidak Berbantal

    Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. 
  2.  Memakai Sarung Kaki (Stokin)

    Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu. 
  3. Jangan Duduk Mencangkung

    Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah. 
  4. Mandi Duduk Di Bangku

    Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah. 
  5. Rapatkan Kaki Bila Tidur

    Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula. 
  6. Jangan Terlalu Aktif

    Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat. 
  7. Jangan Makan Ubi-Ubian

    Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak. 
  8. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

    Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari. 
  9. Jangan Tidur Waktu Senja

    Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila. 
  10. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

    Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua. 
  11. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

    Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya. 
  12. Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk

    Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah. Sebab itulah ibu berpantang dilarang untuk menyapu sampah bimbang ibu jari tersepak semasa menyapu.
  13. Pantang 100 Hari

    Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu. 
  14.  Cara Mandi

    • Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. 
    • Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang. 
    • Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. 
    • Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu. 
  15. Cara Berbaring / Tidur

    Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala. 
  16.  Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

    • Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh hari adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. 
    • Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik. 
    •  Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu-ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasuki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan. 
    • Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar. 
    • Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan. 
    • Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut. 
    • Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.
Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Berpantang, Penyusuan Dan Slimming ini, anda boleh
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Thursday, February 20, 2014

Kehamilan kerap jejas tulang?


MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya. Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh. Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa. Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu. Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Amalan Berpantang
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang. “Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin. 

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal. “Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya. Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah. 

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

Tahukah Anda Shaklee mempunyai Kalsium yang lengkap dengan Magnesiun, Zink, Vitamin D, Manganese dan Copper bagi memudahkan penyerapan di dalam tubuh badan anda.

KALSIUM AMAT PENTING SEMASA KEHAMILAN DAN PENYUSUAN

Berminta untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels