Showing posts with label ubat sakit buah pinggang tahap 4. Show all posts
Showing posts with label ubat sakit buah pinggang tahap 4. Show all posts

Tuesday, August 8, 2017

Cara Elak Buah Pinggang Kecut Dari Dialisis


Saya mendapat whatapps dari seorang lelaki pada 25/5/2017 lebih kurang jam 11.00 malam. Masa tu baru balik dari solat terawih dalam bulan Ramadhan. Kata lelaki ni, mak dia ada masalah buah pinggang kecut dan doktor plan untuk buat dialisis sekiranya bacaan kreatinin mak dia naik hingga 700. Dia berminat nak cuba vivix untuk sembuhkan penyakit buah pinggang mak dia.

Esoknya dia beli 2 botol vivix untuk maknya. Saya call mak dia citer cara makan semua dan pantang larang yang perlu makcik ni ikut. 2 minggu lepas tu saya call bercakap dengan makcik ni nak tahu keadaan nya macam mana. Alhamdulillah kata makcik ni kaki dia yang bengkak sebab gout dah surut, dah tak sakit, jalan pun tak perlu dah nak pakai tongkat.

Saya minta anak lelaki makcik ni informkan saya setiap kali mak dia ada check up. Alhamdulillah bila anak dia whatapps kat saya dan tunjuk result mak dia saya tumpang gembira sebab ada perkembangan yang positif setiap kali follow up.



Bacaan sebelum makan vivix 12/5 dan  25/5 fungsi buah pinggang semakin merosot dari 326 - 443. Bacaan kreatinin makin tinggi.

Setelah minum vivix:

12/6 Bacaan kreatinin sudah mula berkurang dari 443 - 387


14/7 Bacaan kreatinin makin menurun dari 387-320

Follow up seterusnya pada bulan september nanti.  Semoga kesihatan makcik ni akan bertambah baik, insyaAllah.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  



Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Share:

Tuesday, May 16, 2017

Pantang Larang Makanan Pesakit Buah Pinggang


Sakit buah pinggang bukanlah perkara yang remeh, yang boleh di pandang ringan. Jika pesakit buah pinggang melanggar pantang-larang ini, silap-silap boleh mengundang maut. Sebagai ahli keluarga yang ada mengalami masalah ini, kita perlu memberi sokongan kepada mereka, agar mereka tidak terasa terabai.

Jom kita sama-sama tengok pantang-larang pesakit buah pinggang, semoga ia dapat membantu kita dalam memahami keperluan dalam menjaga kesihatan mereka.

1. Kawal pengambilan air

Pesakit buah pinggang harus mengawal pengambilan air atau cecair mereka dengan menghadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari sebanyak 500ml sahaja. Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari.

Pengambilan air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan pembengkakkan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.

Cecair berlebihan juga boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras. Bentuk air dan cecair yang perlu dikawal termasuklah apabila memakan aiskrim, tembikai, dan makanan berair.

2. Elakkan Makanan Yang Tinggi Protein

Seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam. Makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah. Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.

3. Pengambilan garam perlu dikawal

Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan. Walaubagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal. Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan.

Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis.

Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin.

4. Mengurangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi Kalium

Seperti bayam, kailan, brokoli, sawi hijau, petai dan ubi keledek, anggur, nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma. Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh, epal, jambu batu, pir atau nenas.

Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.

Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg sahaja sehari. Bagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 biji kerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg.  

5. Pesakit buah pinggang juga perlu mengawal kandungan fosfat

Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah. Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang. Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah.

Contoh minuman yang tinggi fosfat ialah teh tarik dan kopi susu. Manakala minuman yang rendah fosfat ialah air tebu, sirap ros dan teh cina.

Makanan yang tinggi fosfat pula seperti roti canai, mee segera, makaroni, kacang dhal, soya, dan daging atau ayam.

Manakala makanan yang rendah kandungan fosfatnya adalah seperti putih telur, bihun, kuew tiow atau laksa.

6. Makan pada waktu tetap

Memandangkan selera makan pesakit ginjal selalunya agak kurang, penting bagi pesakit untuk cuba makan pada waktu yang tetap. Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.

“Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan. 
Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat,” 
Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.

Share:

Thursday, March 23, 2017

Ingin Menunaikan Haji? Pastikan Buah Pinggang Anda Sihat


Sebagaimana yang kita sedia maklum, syarat-syarat wajib haji bagi seseorang yang hendak menunaikan ibadah haji mestilah sihat tubuh badan.

Justeru, peranan pemeriksaan kesihatan dalam urusan ibadat haji amatlah dituntut untuk memastikan setiap bakal haji berada dalam tahap kesihatan fizikal mahupun mental yang optimum.

Dengan cara ini sahaja mereka dapat melaksanakan fardu haji di tanah suci dengan sempurna, tanpa menghadapi sebarang komplikasi kesihatan yang boleh menghalang mereka daripada melakukan semua rukun dan wajib haji.

Bolehkah Pesakit Buah Pinggang Yang Menjalani Dialisis Menunaikan Haji?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 telah membincangkan Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji;

2. Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji (upah haji) sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan

3. Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

Kebiasaannya mereka yang menjalani rawatan hemodialisis merupakan pesakit yang mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh sepenuhnya.

Berdasarkan kes-kes yang berlaku sebelum ini, jemaah haji yang mempunyai penyakit kronik seperti mereka yang menjalani rawatan hemodialisis ini akan menghadapi banyak masalah lebih-lebih lagi semasa wukuf dan ramai di antara mereka yang meninggal dunia.

Kerajaan Arab Saudi juga tidak mampu menyediakan peralatan hemodialisis yang banyak kepada semua jemaah haji.

Kebanyakan ulama’ berpandangan bahawa mereka yang menghadapi penyakit kronik dan terikat kepada rawatan tidak wajib menunaikan haji kerana situasi mereka dianggap sebagai darurat.

Rujukan : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menunaikan-haji-bagi-pesakit-yang-menjalani-rawatan-hemodialisis

6 Cara Bagaimana Vivix Bantu Pesakit Buah Pinggang.




Bahan aktif dalam vivix yang menjadikan Vivix antioksidan terunggul adalah resveratrol. Mengikut kajian, resveratrol membantu pesakit buah pinggang melalui cara:
  1. Antioksidan; Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang & mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  2. Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.
  3. Mengurangkan pengumpalan platlet pada buah pinggang.
  4. Mengembangkan salur darah pada buah pinggang.
  5. Mengurangkan proses lipid peroksida.
  6. Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.
Kepada sesiapa yang ada masalah seperti diatas, ketahuilah kesemua itu kita boleh elakkan. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat dan jagalah kesihatan buah pinggang masing-masing. Kita ada 2 sahaja buah pinggang setiap orang. Kalau rosak 1, mungkin 1 lagi boleh ambil alih. Kalau 1 lagi pun rosak, mesin nak ambil alih? Jadi, jaga kesihatan buah pinggang, semoga kita tergolong dalam golongan yang berpeluang menunaikan ibadah haji.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Thursday, March 9, 2017

Paras Kreatinin Petunjuk Tahap Kesihatan Buah Pinggang Anda


Kreatinin adalah molekul sisa kimia yang dihasilkan daripada metabolisme otot. Kreatinin dihasilkan daripada creatine, molekul utama yang penting untuk pengeluaran tenaga dalam otot. Kira-kira 2% daripada creatine badan ditukarkan kepada kreatinin setiap hari.

Kreatinin diangkut melalui saluran darah ke buah pinggang. Buah pinggang menapis kebanyakan kreatinin dan membuangnya melalui air kencing. Oleh kerana jisim otot dalam badan yang sama dari hari ke hari, pengeluaran kreatinin biasanya kekal dan tidak berubah setiap hari.

Tahap kreatinin yang normal ialah antara 110 hingga 130 milimol/liter iaitu 110 milimol/liter bagi wanita dan 130 milimol/liter (lelaki). Seseorang itu perlu menjalani dialisis jika paras kreatinin berada antara 800 hingga 900 milimol/liter. Jika paras kreatinin melebihi 130 milimol/liter, bermakna dua pertiga (67 peratus) fungsi buah pinggang sudah rosak.

Buah pinggang mengekalkan kreatinin darah dalam julat yang normal. Kreatinin telah didapati menjadi satu petunjuk yang boleh dipercayai pada fungsi buah pinggang. Tahap kreatinin tinggi menandakan fungsi buah pinggang terjejas atau penyakit buah pinggang.

Oleh kerana buah pinggang boleh terjejas atas beberapa sebab tertentu, tahap kreatinin dalam darah akan meningkat disebabkan oleh kelemahan pengeluaran kreatinin oleh buah pinggang. Bacaan luar biasa tahap kreatinin memberi amaran kepada kemungkinan kerosakan atau kegagalan buah pinggang. Oleh itu rutin ujian darah perlu dibuat bagi menyemak jumlah kreatinin dalam darah.

Bagaimana Paras kreatinin Boleh Meningkat?

Secara semula jadi, fungsi buah pinggang merosot dengan peningkatan umur. Maknanya semakin tua, paras kreatinin bertambah.

Kemerosotan buah pinggang adalah perkara serius kerana peningkatan paras kreatinin daripada 130 ke 800 milimol/liter boleh berlaku dalam masa singkat. Tanpa penjagaan rapi, dalam masa beberapa tahun kerosakan buah pinggang sepenuhnya boleh berlaku.

Dua punca yang paling biasa penyebab penyakit buah pinggang (kronik) di kalangan orang dewasa adalah tekanan darah tinggi dan diabetes. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri.

Share:

Wednesday, February 8, 2017

Awas Penyakit Darah Tinggi Dan Kencing Manis Punca Buah Pinggang Rosak



Ginjal atau dikenali sebagai buah pinggang adalah organ yang berfungsi sebagai penapis bahan – bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh yang dikeluarkan dalam bentuk air kencing seperti air dan garam yang berlebihan. 

Setiap manusia mempunyai dua ginjal atau buah pingang. Terdapat unit yang paling kecil di dalam ginjal yang menjalankan fungsi ginjal iaitu nefron. Nefron terdiri daripada glomerus dan beberapa buah tiub. Kedua-dua buah pinggang tersebut menerima darah dari renal salur darah dari jantung. Darah yang masuk ke dalam ginjal akan ditapis oleh glomerulus.

PENYEBAB KEROSAKAN BUAH PINGGANG

Kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah punca utama chronic kidney disease (CKD). Oleh kerana CKD biasanya berlaku secara perlahan, anda mungkin tidak mempunyai apa-apa gejala sehingga buah pinggang berhenti berfungsi.

Apabila seseorang itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang atau penyakit lain yang memberi kesan kepada buah pinggang (seperti diabetes atau tekanan darah tinggi), nefron akan menjadi rosak dari masa ke masa dan kehilangan keupayaan untuk menapis. Buah pinggang boleh menjadi berparut atau mengecut saiznya.

Terdapat dua penyakit biasa yang boleh membawa kepada CKD: kencing manis (diabetes) dan tekanan darah tinggi (hipertensi).

1 ) Diabetes adalah penyakit di mana badan tidak menghasilkan insulin yang cukup untuk memecahkan gula dari makanan yang kita makan. Gula yang berlebihan (juga dikenali sebagai glukosa) kekal dalam aliran darah. Tahap glukosa yang tinggi boleh merosakkan nefron dalam buah pinggang. Ini boleh membawa kepada keadaan yang dipanggil nefropati diabetes.

2) Dari masa ke masa, darah tinggi merosakkan saluran darah di dalam badan. Tekanan tinggi dan tekanan dari saluran darah di dalam buah pinggang juga boleh merosakkan nefron.

Punca kepada dua penyakit utama di atas adalah akibat dari paras kolesterol yang tinggi di dalam saluran darah. Kolesterol yang banyak ini akan melekat di dinding saluran darah. Jika proses ini berlaku dalam jangka masa yang lama, ia akan menjadi plak Aterosklerosis seterusnya berlaku penyumbatan saluran darah. Ia mengeraskan saluran darah dan saraf.

Penyumbatan saluran darah ke buah pinggang menyebabkan buah pinggang tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien akan menyebabkan buah pinggang mengecut seterusnya mengurangkan keupayaannya untuk menapis bendasing dari dalam darah.

TANDA-TANDA KEGAGALAN BUAH PINGGANG

  • Rasa lebih cepat penat dan kekurangan tenaga
  • Masalah menumpukan perhatian 
  • Hilang selera makan
  • Kejang otot terutamanya di waktu malam
  • Sukar tidur
  • Bengkak kaki dan tumit
  • Bengkak sekeliling mata terutamanya pagi
  • Kulit kering & gatal
  • Kencing lebih kerap terutamanya di waktu malam
  • Sakit tulang 
  • Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas 
  • Pucat 
  • Kencing yang berbuih 
  • Darah keluar bersama air kencing 
  • Jangkitan salur kencing berulang-ulang 
  • Pengeluaran kencing berkurangan 
  • Mengalami hypertensi pada usia muda

6 CARA VIVIX BANTU PESAKIT BUAH PINGGANG

Sebagaimana yang kita ketahu, bahan aktif di dalam vivix adalah resveraterol. Mengikut kajian saintifik, resveraterol membantu pesakit buah pinggang melalui cara:

1. Antioksidan
Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.

2.Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.

3.Mengurangkan pengumpulan platlet pada buah pinggang.

4.Mengembangkan salur darah pada buah pinggang.

5.Mengurangkan proses lipid peroksida.

6.Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.

Testimoni kali ni melibatkan 2 kes.

Bila hari-hari dapat feedback yang sangat positif kesan pengambilan vivix terutama untuk pesakit buah pinggang, diabetes dan SLE buah pinggang ni, terasa syukur sangat.

Semakin kuat keyakinan saya dengan keberkesanan vivix dalam memperbaiki taraf kesihatan pesakit yang menghadapi masalah ini.

Seorang Pesakit Diabetic dan Buah Pinggang manakala seorang lagi SLE dan Buah pinggang. Kedua-duanya menunjukan penurunan bacaan creatinin. tak sampai satu bulan minum vivix.

Pesakit SLE tuu dah tahap Dialisis, kena sawan lagi, sampai tahap kena rawatan intensif terpaksa on drugs ditidurkan agar tak di serang sawan.

Sekarang dah discharge, pottasium, creatinin dah ok, sampai doktor cakap "pesakit SLE yang paling cepat ada kemajuan"

Saya yakin sesapa pun tak sanggup tengokkan orang yang kita sayang sampai tahap kena sawan dan ditidurkan macam tu, sedih sangat kalo fikirkan.

Vivix memberi harapan baru buat pesakit diabetes, buah pinggang, SLE dan pelbagai penyakit kronik yang lain. Vivix boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif dalam memperbaiki taraf kesihatan semua orang untuk kehidupan yang lebih sihat.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels