Showing posts with label Set Kehamilan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kehamilan Shaklee. Show all posts

Thursday, August 25, 2016

Set Kehamilan Shaklee Pilihan Atlet Olimpik


Jamie Corkish adalah atlit menembak USA yg memenangi pingat emas dalam Olimpik London 2012. Dan juga anggota pasukan Shaklee Pure Performance.

Tahun ni Jamie dalam pantang masa Rio 2016 hehe. Of course beliau menggunakan set kehamilan Shaklee semasa mengandungkan baby Shaklee-nya, Tristan Scott.

Ibu2 kalau nak rasa best macam gold medalist kita ni, (Olimpik tau, bukan wakil sekolah) amalkan set kehamilan Shaklee ye.

B Complex  
Vita-C  
Ostematrix  
ESP  
Vita-Lea

Bagus ke set Shaklee ni? Atlit Olimpik pun guna, mestilah wow!



Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Kehamilan, Set Berpantang, Set Penyusuan Dan Set Kurus Selepas Bersalin Shaklee, anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  


Share:

Bahaya Mee Segera Untuk Ibu Hamil


Tahukah anda akan bahaya mee segera kepada badan dan kesannya kepada kesihatan kita?

Anda suka makan mee segera atau selalu makan mee segera tak?Mee segera memang menjadi antara makanan yang paling ramai dimakan oleh orang disebabkan senang untuk dimasak dan harganya yang murah. Mee segera ini boleh dikatakan menjadi makanan wajib oleh majoriti besar pelajar di sekolah terutama mereka yang tinggal di asrama sekolah dan juga termasuk pelajar IPT yang selalu berhadapaan dengan masalah kewangan yang tidak mencukupi.

Bukan itu saja, malahan  ibu hamil pon kadang-kadang tak terlepas dari mengidam nak makan mee segera ni. Tapi bahaya atau tidak ibu hamil makan mee segera? Macam tak berkhasiat je kan maggi tu. Kenapa ibu hamil tak elok ambil maggi? 

Jom kita tengok beberapa sebab kenapa ibu hamil perlu elakkan Maggi.

  1. Maggi menghalang penyerapan nutrien kepada janin di dalam kandungan.
  2. Bahan dalam Mee Mggi merupakan ejen yang menyebabkan kanser. Bahan tersebut dikenali sebagai “Styrofoam”.
  3. Maggi boleh memberi kesan kepada perkembangan janin dan boleh menyebabkan keguguran.
  4. Mee Maggi memang tinggi karbohidrat, akan tetapi tiada vitamin, serat dan mineral. Sebab tu Mee Maggi ni orang panggil makanan ringan.
  5. Mee segera tinggi kandungan natrium dan ia boleh membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan.
  6. MSG ( Monosodium Glutamat) digunakan sebagai perisa di dalam Mee segera. Kesan pengambilan MSG akan menyebabkan sakit kepala.
  7. Salah satu pun obesiti adalah disebabkan pengambilan Mee segera. Ibu hamil perluk elak daripada mengalami obesiti.
  8. Mee segera juga tidak bagus untuk sistem penghadaman. Siapa yang perut sensitif kalau makan mi segera mesti kembung perut sebab sistem penghadaman terganggu.
  9. Bahan dalam Maggi dipanggil Gilikol Propylene bertindak mengekalkan kelembapan Mee. Bahan ini boleh melemahkan sistem imun badan. Ia juga mudah berkumpul di dalam buah pinggang, jantung dan hati dan boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian tersebut.
  10. Pengambilan Mee segera juga boleh menjejaskan metabolisme badan, kerana terdapat nya bahan-bahan kimia seperti pewarna dan bahan pengawet.

Memang sangat ngeri kalau baca 10 sebab kenapa Maggi perlu di elakkan. Maggi ni memang bahaya kalau selalu makan, bahaya untuk semua orang apetah lagi ibu hamil. Jangan terlampau layan rasa mengidap sampai hari-hari makan Mee segera tau. Tapi kalau nak makan juga, ikuti tips kat bawah ni:
Bahaya Maggi Untuk Ibu Hamil
  1. Jangan makan hari-hari. Sekali sekala boleh la.
  2. Elakkan gunakan perasa Maggi. Try buat perencah sendiri. Lagi sedap tau. Kalau nak jugak perasa tu, ambil separuh je campurkan dalam perencah sendiri.
  3. Jangan makan Maggi kosong je sebab tak ada zat dan vitamin pon. Tambah la telur, sayur-sayuran, ayam, udang, ketam supaya seimbang kandungan zat dan nutrisi.
  4. Mee segera tu rebus dalam air dan toskan. Jangan guna air yang pertama yang kita rebus mee tu sebab dalam air rebusan tu ada lilin yang merbahaya. Lepas tos kan, rebus lagi air kali kedua sehingga mendidih dan masukan semula mee.
So bagi ibu hamil, kalau rasa boleh elak, elakkan lah makan Maggi. Tapi kalau dah teringin sangat, cuba tips di atas ye. Ingat anak dalam kandungan tu sama. Jangan ambil berlebihan. Ingat tu ibu-ibu.

Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Berpantang, Set Penyusuan Dan Set Kurus Selepas Bersalin Shaklee, anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
 
Share:

Thursday, August 11, 2016

Tips Menggunakan Alat Ujian Kehamilan Dengan Betul Agar dapat Keputusan Yang Tepat!




Sedang merancang untuk hamil? Selain daripada pengambilan asid folik, wanita yang bakal bergelar ibu juga mestilah tahu menggunakan alat ujian kehamilan (urine pregnancy test-UPT). Saya yakin wanita yang trying to conceive mesti dah biasa dengan alat ujian kehamilan ini. Ada yang tiap-tiap bulan cek ( yer memang ada) sebab excited nak tahu. Siapa tak happy kalau tiba-tiba terkeluar double lines. Jika terdapat dua jalur merah ini menunjukan anda telah HAMIL. Ingat ,walaupun jalur tu tak terang, ianya tetap bermaksud anda HAMIL.   

Anyway, tahu tak sebenarnya nak guna alat UPT ni ada kaedahnya juga. Tak boleh main check sahaja sebab bila salah teknik keputusan yang kita dapat mungkin tak valid. Tak ke bahaya kalau keputusan sebenar mengandung tapi kita duk ingatkan negatif. Bahaya sebab kita mungkin dah melakukan aktiviti yang membahayakan janin dalam kandungan seperti bersukan atau apa- apa aktiviti yang lasak kerana tak tahu sedang hamil.

Alat UPT ni boleh didapati dengan mudah di farmasi dan pusat kesihatan. Ada yang mahal ada yang murah. Anda boleh buat sendiri ujian menggunakan alat UPT ini di rumah. UPT ni bertindak dengan cara mengukur kadar hCG ( human chorionic godotrophin) di dalam urine. 

Ia adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta dan akan meningkat pada awal kehamilan. Jadi bila kita lakukan ujian kehamilan pada waktu ini dan alat UPT tadi menunjukkan dua garis bewarna merah, maka secara automatiknya ia menunjukkan ada hormon hCG dalam urine anda, atau dengan kata lain anda sedang hamil.  
TETAPI menurut satu kajian yang telah dijalankan, walaupun kaedah pemakaian alat UPT telah diikuti dengan betul, masih terdapat kemungkinan alat UPT ini memberi keputusan tidak betul.

Ini kerana proses penempelan embrio ke dinding rahim berbeza bagi setiap wanita. Kebiasaanya proses penempelan embrio terjadi pada hari ke-6 hingga hari ke-12 selepas hari pertama menstruasi (haid) terakhir terjadi. Akan tetapi, ada juga beberapa situasi di mana penempelan embrio sudah berlaku hanya 1 hari selepas haid terakhir. Inilah yang menyebabkan berlakunya perbezaan pada setiap wanita yang menyebabkan adanya ujian UPT menunjukkan tanda negatif sedangkan proses kehamilan telah berlaku.

Tips menggunakan alat ujian kehamilan supaya dapat keputusan yang tepat!

  1. Sebaiknya lakukan ujian kehamilan 3-4 hari setelah lewat datang haid. Kalau masih menunjukkan keputusan negatif ulangi ujian selepas seminggu lewat period. Ini kerana keputusan boleh jadi negatif jika dilakukan terlalu awal. Kebiasaanya jalur pada alat ujian kehamilan akan menunjukkan warna yang lebih terang jika ujian dilakukan selepas 4 hari. 

  2. Lihat tarikh semasa melakukan ujian kehamilan. 

  3. Jangan simpan alat ujian kehamilan yang digunakan di tempat yang lembap (contohnya bilik mandi). 

  4. Baca arahan penggunaan yang telah disertakan bersama paket alat ujian kehamilan. 

  5. Ujian ini paling baik dilakukan dengan menggunakan urine pertama (sebaik sahaja bangun dari tidur di waktu pagi) kerana nilai hCG tinggi pada waktu ini. Untuk dapat keputusan yang lebih tepat kumpul urine pada pertengahan proses membuang air kecil. 

  6. Baca keputusan ujian kehamilan selepas test strip UPT direndamkan selama 30 saat ataupun sehingga jalur warna muncul. Baca keputusan dalam masa 5- 20 minit kerana keputusan hanya sah dalam tempoh ini.
Ujian kehamilan UPT ni mempunyai ketepatan sehingga 97% jika digunakan dengan teknik yang betul. Tapi kalau masih ragu-ragu bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan. Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengesan kuantiti HCG atau ujian ultrasound untuk memastikan kewujudan janin dalam rahim.

Tahniah Anda Hamil. Jom dapatkan Set Kehamilan Terbaik ini

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Share:

Friday, May 6, 2016

Kos In Vitro Fertilisation (IVF) di Malaysia Kenapa Mahal?


Kebanyakan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan berpendapat bahawa rawatan IVF adalah mahal.Tambahan pula, rawatan IVF juga bukanlah 100% yang akan berjaya. Ini menyebabkan ramai pasangan yang menolak rawatan IVF.
Secara amnya, kos IVF di mana-mana hospital atau pusat fertiliti adalah mahal.

Secara puratanya harga keseluruhan IVF adalah dalam anggaran RM5,000 – RM20,000

Ini menyebabkan setengah-tengah pasangan tidak mampu untuk melakukan rawatan tersebut dan terpaksa mengumpul duit terlebih dahulu. 

Kadang-kala mereka mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan wang tersebut. Tanpa disedari, semakin lama umur pasangan wanita itu juga akan meningkat. Umur wanita adalah salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan rawatan IVF.   

Di samping itu, duit untuk rawatan kesuburan perlu dikaut dari poket sendiri dan tidak dapat di’claim’ dari insurans kesihatan ataupun menggunakan ‘guarantee letter’ bagi yang bekerja dengan kerajaan. Buat masa ini, duit EPF juga tidak boleh digunakan untuk membayar kos perbelanjaan untuk rawatan kesuburan.

Kenapakah kos IVF mahal?

a) Kos ubat-ubatan yang terlibat di dalam rawatan IVF

  • Ubat-ubatan yang digunakan unyuk meransangkan telur adalah dalam bentuk suntikan yang perlu diberikan setiap hari. Kebanyakan adalah sensitif kepada haba dan tidak tahan lama.
  • Ubat-ubatan ini adalah diimpot dari luar negara
  • Ubat-ubatan juga diperlukan selepas ’embrio transfer’ untuk menguatkan rahim

b) Rawatan IVF memerlukan pemantauan yang teliti semasa rangsangan telur dan prosedur-prosedur perlu dilakukan 

  • Imbasan scan kerap perlu dilakukan untuk memantau pembentukan folikel-folikel di dalam telur
  • Suntikan ubat-ubatan ubat rangsangan oleh jururawat kadang-kala perlu dibuat
  • Prosedur pengambilan telur dilakukan di dalam dewan bedah dan kadang kala memerlukan bantu pakar bius
  • Prosedur pemindahan telur
IVF2

c) Kos Makmal IVF

  • Peralatan yang diperlukan di dalam makmal IVF adalah penting bagi memastikan embrio yang terhasil berkualiti tinggi. Ini memerlukan teknologi yang canggih dan mahal.
  • Peralatan yang kerap digunakan juga adalah ‘pakai buang’ bagi setiap pesakit untuk memastikan tiada kontaminasi berlaku.
  • Bahan media yang diperlukan adalah diimport dan tidak tahan lama.
  • Pembekuan embrio juga memerlukan penyelenggaraan makmal yang ketat

d) Kepakaran dari pakar perubatan dan embriologis

  • Kepakaran dan pengalaman khusus dalam bidang kesuburan diperlukan dan ini mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi
  • Pelaburan tenaga sumber manusia penting bagi memastikan kadar kejayaan sesuatu pusat fertiliti sentiasa berada di tahap yang tinggi

Adakah Anda Mencari Tips Cepat Hamil

Kalau kita google, kita akan jumpa bermacam-macam petua cepat hamil. Tapi adakah petua-petua tersebut terbukti selamat dan berkesan ? Bagaimana pasangan ini berjaya hamil tanpa melakukan IVF dan jimat sehingga puluhan ribu ringgit

VIVIX untuk KESUBURAN

Rasa bersalah pulak bila tak kongsi mengenai produk promo bulan ni iaitu > VIVIX
Vivix ni antara supplement Shaklee yang jadi fav nana forever and ever,. Sebabnya ofcourse Vivix dah banyak beri kesan pada kesihatan nana dan keluarga.
Buat diri nana sendiri, seperti semua sedia maklum, nana sendiri sudah berkahwin hampir 3 tahun tetapi belum dikumiakan zuriat.. Dan nana diberi satu tips oleh seorang rakan dalam Shaklee untuk amalkan Vivix secara konsisten dengan dose tertentu untuk tujuan memperbaiki sel tubuh badan supaya bila sel badan sihat, organ sihat (rahim sihat) dan seterusnya InshaAllah mudah untuk conceive.
Dan Alhamdulillah, setelah beberapa lama amalkan Vivix secara konsisten,ahirnya sampai jugak rezeki kami suami isteri.
Thats why untuk customer nana yang sedang cuba untuk hamil, nana sentiasa kongsikan akan kebaikan Vivix ini untuk kesuburan..
Kerana ianya bertindak untuk memperbaiki sel dan DNA badan kita. Bila sel sihat, organ pun sihat.. Dan InshaAllah lebih tinggi peluang untuk hamil..
Bagi nana, ikhtiar dengan Vivix jauh lebih murah berbanding rawatan kesuburan seperti IUI, IVF dan sebagainya.
Biarlah kjta usaha yang terbaik untuk mendapat zuriat sebagai tanda kita sendlri bersedia menerima tanggungjawab dan amanah Allah ni..
Untuk mereka yang masih menanti kehadiran zuriat, cubalah ikhtiar dengan Vivix..InshaAllah dengan izin Allah, tak lama lagi anda juga bakal terima khabar gembira ini.. InshaAllah aminn.

Antara testimoni lain mereka yang telah berjaya hamil dengan Vivix.



Berminat Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!        
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Friday, March 4, 2016

Tingkatkan peluang anda untuk Hamil dengan Vivix

Mungkin ada dikalangan kita yang kurang bernasib baik, walaupun telah bertahun-tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahayamata. Pastinya sedih dan terkilan jika ada saudara mara ataupun mertua seringkali menyindir mengatakan diri anda mandul dan kurang subur.  

Janganlah anda bersedih dan berduka lara, pastinya Allah swt telah merencanakan pelbagai rezeki lain buat anda atau DIA hanya mahu menguji 'sedikit' pada diri anda bagaimana menghadapi dan berikhtiar. 

Anda pernah mendengar Set Kesuburan Shaklee sebelum ini ?
Mungkin pernah atau mungkin ini pertama kali anda mendengarnya. Okay tak mengapa, kebiasaanya vitamin yang terdapat didalam set kesuburan terdiri daripada B-Complex lengkap dengan asid folik, GLA Complex, Vitamin C, ESP, Alfalfa, Vitamin E, dan Zinc. 

Sebenarnya, satu lagi vitamin yang boleh anda ambil untuk meningkatkan dan memperbaiki masalah kesuburan ialah dengan mengamalkan Vivix! Ehh..betul ke Vivix bantu kesuburan ? Hehe... betullah tu, takkan saya nak kongsi perkara tak betul pulak.

Bagaimana Vivix memperbaiki masalah KESUBURAN ? 

Apa yang penting untuk anda tahu, ialah kenali apa itu vivix. Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.  

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKANVivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal. 

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.



Berminat Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!        
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6  

Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852   
Share:

Monday, December 21, 2015

Kaki Bengkak Ketika Hamil. Apa Perlu Dibuat?


Biasanya masalah bengkak kaki ni berlaku di sebabkan lebihan air di dalam badan kita, yang mana keadaan ni biasanya berlaku bila dah masuk ke Trimester ketiga.Tapi, ada juga sesetengah wanita hamil yang telah melalui masalah ini ketika penghujung Trimester kedua.Masalah ini biasanya akan hilang dengan sendiri nya bila tiba saat bersalin.

Bengkak pada kaki biasanya membuatkan ibu berasa kurang selesa. Bengkak ini juga mungkin mengakibatkan ibu terpaksa menukar kasut. Ketahui kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengurangkannya.

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?
Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.

Bengkak ini akan surut selepas kelahiran anak. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:
  • Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan. 
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan. 
  • Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin. 
  • Rendam kaki dalam air sejuk. 
  • Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama. 
  • Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan. 
  • Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki 
  • Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat. 
  • Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas. 
  • Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan. 
  • Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
p/s: Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.

Berhati-hati 
Bengkak ringan adalah perkara biasa semasa mengandung. Jika mengalami bengkak di tangan dan muka secara tiba-tiba ataupun sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang sebelah lagi, ia boleh menjadi tanda pre- eclampsia. Penting untuk menemui doktor dengan segera.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Thursday, July 30, 2015

Boleh Ke Menyusukan Anak Bila Hamil?

 
Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?
Ramai ibu yang hamil walaupun masih lagi menyusukan bayi mereka yang masih kecil. Insya Allah mereka akan melahirkan anak yang sihat tanpa masalah. Penyusuan sebegini tidak perlu dihentikan asalkan ibu mendapat rehat dan nutrisi yang cukup.

Secara amnya jika seseorang wanita yang baru melahirkan anak, dan telah kedatangan darah haid, maka beliau telah memasuki fasa kesuburan semula. Jadi janganlah hairan jika seorang wanita hamil semula setelah mula melakukan jima’ bersama suami. Apabila wanita itu mengalami kelewatan haid, maka segeralah melakukan ujian UPT atau ultrasound untuk mengesahkan kehamilan.

Namun ada juga wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak tetap, selepas melahirkan anak. Jika berasa letih, sakit pada payudara, rasa loya dan muntah, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

Selain itu ibu yang menyusukan mungkin juga mengalami tanda kehamilan apabila mengalami kekeringan dan sakit pada puting payudara secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun ia bukanlah tanda kehamilan yang pasti.

Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.

Bayangkan menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak dari tubuh wanita itu. Dicampur dengan kehamilan pula, yang mana setiap makanan yang diambil oleh ibu akan dikongsikan bersama anak dalam rahem. Anak kecil pula sedang aktif dan perlu dipantau aktivitinya menyebabkan wanita ini kepenatan. Ditambah lagi dengan kepenatan akibat pekerjaan di tempat kerja. Sungguh mujahadah wanita-wanita ini.

Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahem (uterine contractions) namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormone oxytocin ketika menyusukan bayi, bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahem mengecut. Namun rahem hanya akan mengecut sepenuhnya oleh hormone oxytocin selepas umur kehamilan 37 minggu. 

Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan.

Doktor tidak menggalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :
  • mengalami sakit perut yang terlalu kuat atau terdapat pendarahan dari vagina 
  • pernah mengalami kelahiran anak pra matang 
  • pernah mengalami keguguran ketika hamil
Ini kerana wanita ini mempunyai rahem yang sangat sensitif terhadap hormone oxytocin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormone itu akan dikeluarkan dan merangsang rahem untuk mengecut.

Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu payu dara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan. Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolustrum agak berlainan, ramai anak-anak yang menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. Pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.

Nasihat Pemakanan
Bagi ibu yang bekerja dan terpaksa menjaga anak yang sedang membesar, mungkin berasa penat ketika pulang ke rumah. Kepenatan sebegini akan mengurangkan pengeluaran susu. Mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja, dan melayan anak yang sedang membesar ketika pulang dari rumah. Selain itu mereka juga memerlukan lebih tenaga untuk pengeluaran susu dan membesarkan anak yang berada dalam rahem.

Wanita yang hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahem dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan dalam sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi
daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran. Jika tidak, wanita itu akan berasa lemah kerana mereka baru saja menghabiskan nutrient yang disimpan semasa kehamilan yang lalu dan terpaksa menghabiskan lagi baki simpanan nutrient untuk kehamilan seterusnya di samping untuk penghasilan susu.

Benarkah Kehamilan Kerap Menjejaskan Tulang???
Pemakanan mereka harus kaya dengan zat besi, folic acid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam rahem dan pengeluaran susu. Jika tidak, mereka harus mengambil supplemen berbentuk pil bagi menampung keperluan ini.

Tahukah Anda Kepentingan Asid Folic kepada Wanita Hamil?
Pastikan cukup rehat ketika kehamilan berusia beberapa bulan pertama dan beberapa bulan terakhir, sebelum melahirkan. Kalau mampu mintalahbantuan jiran atau saudara bagi menjaga anak kecil yang aktif untuk beberapa jam agar dapat berehat.

Wallahu a’lam.
kredit to :
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (270811)

Perkara yang IBU HAMIL WAJIB tahu!!!
 
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE, boleh hubungi saya SMS/whatapps: 013-4505852  , ibu-ibu layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Share:

Wednesday, July 1, 2015

Serik Dah Beranak Sebab Sembelit?

Sembelit semasa berpantang adalah masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakan kaum-kaum ibu yang baru melahirkan anak. Sembelit semasa berpantang membuatkan kita rasa takut dan fobia untuk meneruskan hajat yang terbuku di hati tu kan? Dan ada juga ibu yang menjadi fobia dan serik untuk bersalin lagi hanya semata-mata mengalami pengalaman sembelit yang teruk semasa berpantang.

Ada ibu-ibu yang mengalami sembelit yang agak teruk sehingga terpaksa bertapa dan duduk di dalam bilik air selama sejam semata-mata hanya untuk melepaskan hajat yang “besar” itu. Ada kalanya sampai najis bercampur dengan darah fresh kerana terlalu keras dan dikeluarkan dengan paksaan yang amat sangat. Buat ibu-ibu diluar sana pasti akan rasa tertekan dengan masalah sembelit pada waktu itu sehinggakan ada juga yang buat keputusan untuk tidak buang air besar semasa awal berpantang. 
yelah…mana tak nya..dalam keadaan ibu-ibu baru lepas bersalin secara normal, sembelit lagi..seriau kan? Takut pulak jahitan tu terbuka. Scary sangat-sangat! Disebabkan menahan daripada membuang keadaan akan menjadi lebih parah ibu-ibu akan mengalami sembelit yang amat teruk sehingga berdarah dan sangat-sangat terseksa dibuatnya. Memang serik nak beranak lagi perit, berpeluh menahan panas di dalam tandas memang memberikan tekanan kepada para ibu.

Saya sendiri melalui semua detik2 sembelit untuk ketiga-tiga orang anak kecuali anak yang ke-empat. Kenapa anak yang ke-empat saya tidak mengalaminya? Ini kerana saya telah ditemukan dengan Ostematrix yang terdapat dalam set kehamilan Shaklee. Sebenarnya masalah sembelit ini bukan hanya selepas bersalin merunsingkan para ibu tetapi sejak dari kehamilan sudah menghantui para ibu terutama apabila dihujung-hujung kehamilan. Saya yakin para ibu yang pernah mengandung tentu amat memahaminya. 
 
Selepas mengamalkan ostematrix 4 biji setiap malam sebelum tidur selama seminggu, saya tak sangka masalah sembelit saya hilang. Dan saya dapat melepaskan hajat dengan sangat tenang tanpa sebarang masalah dan lancar perjalanannya. Dan Ostematrix adalah salah satu vitamin wajib saya dari dalam pantang hinggalah sekarang. Sebab saya dah merasa kebaikannya dalam membantu saya mengatasi sembelit, sebab tu saya sukakanya.

Bagi anda yang memang mengalami masalah sembelit ketika berpantang ataupun sembelit semasa hamil, saya sarankan amalkanlah ostematrix 4 biji sebelum tidur untuk membantu proses pembuangan anda menjadi lebih lancar dan selesa.

Terlalu ramai pengguna-pengguna Shaklee yang berpuas hati dengan Ostematrix sebagai “ubat” untuk mengelakkan sembelit semasa mereka berpantang.
Sangat mudah kan? Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi Ostematrix akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga dan bebas daripada sembelit!

Anda masih ragu-ragu lagi dengan kehebatan Ostematrix dan Set Berpantang Shaklee? Masih mahukan bukti testimoni yang lebih meyakinkan? Jemput tonton video salah seorang pengguna Set Berpantang Shaklee, yang sangat teruja dengan kesannya!
Jom kita tengok apa yang buat dia teruja sangat tu?


Berpantang dengan badan yang cergas dan tanpa sebarang masalah sembelit adalah idaman setiap wanita. Kenapa perlu belenggu diri dan bebankan badan anda dengan masalah sembelit yang menyeksakan. Ikuti tip-tips yang telah saya berikan dan amalkan Set Berpantang Shaklee serta Ostematrix sebagai rakan baik anda semasa berpantang. Anda tak perlu ragu-ragu lagi keberkesanan produk Shaklee. Dan saya yakin anda juga akan berpuas hati seperti ibu-ibu yang lain dan dah tak serik nak beranak lagi..:-) 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Thursday, April 9, 2015

Waktu Terbaik Melakukan Ujian Kehamilan?

Buat pasangan yang baru berkahwin, anda mungkin kurang pengetahuan asas tentang perkara ini kerana masih lagi belum berpengalaman. Jom baca sedikit info tentang ujian kehamilan yang harus anda ambil tahu bagi anda yang merancang untuk mendapatkan anak.
 
Salah satu tanda bagi wanita yang hamil adalah lewat datang haid pada waktu yang sepatutnya. Jadi, waktu yang terbaik bagi anda untuk mengetahui samada anda hamil atau tidak adalah dengan menunggu dalam 2 minggu dari tarikh sebenar anda sepatutnya datang haid. Itu adalah waktu terbaik berbanding dengan melakukan ujian kehamilan selepas 2-3 hari. Jika dalam masa 2 minggu masih juga belum didatangi haid, anda bolehlah melakukan ujian air kencing UPT samada di rumah atau melakukan ultrasound di klinik.
 
Jika melakukan ujian UPT, bagaimanakah ianya membantu bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik? 
Secara normalnya, badan kita akan menghasilkan hormon hCG atau human chorionic gonadotrophin di mana ianya dihasilkan apabila plasenta terbentuk. Keadaan ini berlaku apabila ovum atau telur telah disenyawakan dan pada masa ini, ujian air kencing yang digunakan untuk mengesan kehamilan dapat mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah ovulasi berlaku. Hormon hCG ini dihasilkan untuk merangsang korpus luteum pada ovari untuk menghasilkan progesteron.

Penggunaan test kit UPT sememangnya dicipta untuk mengesan kehadiran kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh mengesan hCG di dalam urin pada masa sehari selepas anda lewat datang haid yang sepatutnya. Tetapi, anda harus memastikan bahawa haid anda adalah normal dan teratur. Ianya akan memudahkan lagi proses mengesan kehamilan anda. Jika haid anda adalah tidak teratur, mungkin keadaan akan lebih sulit sedikit. Anda perlu merujuk pada kitaran haid yang paling panjang di mana anda perlu gunakan angka itu sebagai pengukur. Ujian seeloknya dilakukan sehari selepas tarikh anda sepatutnya datang haid merujuk kepada kitaran haid yang paling panjang. Jika kesannya masih negatif dan anda masih kurang jelas, ujian boleh dilakukan sekali lagi seminggu selepas  ujian pertama.

Jika anda melakukan ujian UPT di rumah, pastikan anda melakukannya pada awal pagi kerana pada masa ini, kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin dan ini akan memberikan hasil yang lebih jelas dan tepat lagi. Namun begitu, jika anda kurang kesempatan melakukannya pada awal pagi selepas bangun tidur, anda masih lagi boleh melakukannya pada waktu lain asalkan anda tidak membuang air kecil 4 jam sebelum melakukan ujian UPT. 

Di samping itu, antara keadaan terbaik semasa melakukan ujian kehamilan UPT adalah dengan memastikan bahawa anda tidak minum banyak air. Ini kerana dikhuatiri kandungan hCG menjadi cair dan akan turut memberi kesan kepada hasil ujian UPT.

Ini adalah antara tips dan waktu sesuai untuk anda melakukan ujian kehamilan anda di rumah. Jika ujian UPT adalah positif, anda masih perlu merujuk kepada doktor untuk mengesahkan lagi bahawa anda hamil. Begitu juga jika keputusan adalah negatif. Jika anda masih tidak berpuas hati dan ragu-ragu dengan ujian UPT sedangkan janin sudahpun berada pada rahim, anda boleh terus rujuk pada doktor untuk melakukan ujian ultrasound.
  
Positif UPT tidak bermakna hamil jika:
Wanita yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon hCG seperti /Profasi, Pregnyl /atau/Novarel/ haruslah menunggu 7-14 hari selepas disuntik. Hormon yang disuntik itu tentunya akan diproses dan akan dikeluarkan semula melalui air kencing.

Jika mereka melakukan ujian UPT terlalu awal, hormon hCG yang dibekalkan melalui suntikan itu yang akan dikesan, bukannya yang dikeluarkan dari uri janin dalam rahem. Ujian UPT akan memberikan keputusan false positif, iaitu ujian itu menunjukkan keputusan positif, padahal wanita itu tidak hamil.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, dinasihatkan agar tunggulah sedikit masa. Tanyakan kepada doktor yang memberikan suntikan tentang ubat suntikan itu dan dosnya. Ini kerana ada ubat kesuburan yang mengandungi hormone hCG dan mengganggu ujian UPT, dan ada juga ubat kesuburan yang tidak memberi kesan pada ujian itu.

Untuk suntikan yang mengandungi hCG 10 000 mIU, harus menungu selama 14 hari, sementara suntikan yang mengandungi 5,000 IU, harus menunggu 10 hari dan bagi 2,500 IU harus menunggu 7 hari. Jadi janganlah terlalu ’/excited/’ dengan terus membuat ujian UPT apabila /missed period/.
 
Jika anda disahkan Hamil dan ingin mendapatkan Supplement Set Kehamilan yang terbaik,  anda boleh terus klik link di bawah dan order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Sunday, September 21, 2014

9 Perubahan Yang Berlaku Kepada Wanita Hamil

Bagi wanita yang kali pertama mengandung mungkin akan tertanya-tanya normal kah perubahan yang berlaku pada tubuh dan fisiologi badannya. Sesetengah wanita mengalami pelbagai perubahan dan ada sesetengahnya merasakan seperti biasa.
                                    
9 perkara yang berlaku kepada wanita hamil 
Masalah mual atau muntah pada pagi hari sewaktu hamil, tentu sudah banyak yang tahu. Bagaimana dengan perkara lain yang berlaku, pasti ramai yang tidak tahu. Berikut adalah masalah yang dialami ketika wanita mengandung:
 
1. Masalah penglihatan
Pertambahan hormon menyebabkan mata kering, gatal dan tidak selesa bagi perempuan yang menggunakan kanta lekap. Ini disebabkan penumpukan cairan yang menyebabkan kornea menjadi bengkak. Supaya lebih selesa, kurangkan waktu bekerja di depan komputer dan cuci mata dengan lebih kerap.
   

2. Payudara ngilu
Ini mungkin masalah pertama yang akan dialami oleh wanita mengandung, bahkan sebelum menstruasi berhenti. Payudara akan bersiap lebih awal untuk kelahiran anak dan mungkin terasa lembut jika disentuh. Belahan dada juga akan terlihat lebih lebar saat mengandung.
 
3. Rambut lebih lebat  
Banyak wanita hamil rambutnya akan berkilau dan lebih lebat. Tidak hanya pada rambut kepala, rambut di seluruh tubuh juga lebih lebat. Namun jangan khuatir, rambut yang tumbuh banyak di tubuh saat mengandung akan gugur dengan sendirinya setelah melahirkan anak.
 
4. Gusi berdarah  
Gusi berdarah sering terjadi sewaktu kehamilan. Sangat penting untuk menjaga kebersihan mulut sewaktu mengandung.
 
5. Lupa
Masalah ini hanya sementara sahaja tapi ada sesetengah kes masalah ini berkekalan. Gejala mengulang pembicaraan dan lupa akhir kata sendiri merupakan salah satu masalah yang mungkin dialami.
 
6. Kulit hitam  
Ketika mengandung dan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari, wanita tersebut mungkin mengalami bercak gelap di dahi atau di bahagian tubuh lain. Masalah ini dikenali sebagai chloasma atau melasma dan sering disebut sebagai 'topeng kehamilan' dan disebabkan oleh hormon yang mengacau pigmentasi kulit. Hal ini memang tidak berbahaya tetapi mungkin akan mengubah penampilan diri.
 
7. Tangan kejang
Masalah lain yang terjadi sewaktu hamil adalah mengalami kejang tangan sewaktu bangun tidur. Hal ini terjadi disebabkan nadi yang tertekan sehingga terasa seperti ditusuk jarum dan kebas. Ada sesetengah kes kaki juga akan mengalami masalah kejang baik ketika tidut mahupun ketika bangun tidur. Walaupun perkara ini menyebabkan ketidakselesaan namun sama seperti masalah lain, lasalah ini akan hilang setelah melahirkan bayi.
 
8. Perut terasa panas  
Perut terasa panas adalah derita umum bagi setiap wanita mengandung, terutama pada akhir-akhir bulan kehamilan. Hal ini sering terjadi kerana makan atau minum sebelum tidur.
 
9. Sembelit  
Masalah sembelit sering dialami oleh wanita yang mengandung. Banyakkan makan makanan berserat dan minum air putih yang banyak. Jika tidak berhasil, anda boleh mencuba mengambil supplement ostematix shaklee.

Jika anda ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels