Showing posts with label tips kuruskan badan. Show all posts
Showing posts with label tips kuruskan badan. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

Punca Dan Cara Atasi Gemuk Air


Pelbagai jenis ‘gemuk’ yang dapat dikenalpasti. Antara masalah kegemukan yang sering melanda masyarakat di Malaysia ialah gemuk air. Apakah itu gemuk air? Adakah ia berpunca kerana anda meminum air terlalu banyak?

Punca Gemuk Air
  1. Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi  apabila otak mendapati empunya badan  jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.
  2. Terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila  seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.
Cara Mengatasi Gemuk Air 

1.   Minum Banyak Air Kosong
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.
Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.

2.   Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera. 

3.    Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.
Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

4.   Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.
Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.

5.    Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.
Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.

Berminat untuk mendapatkan supplement Shaklee ?
Hubungi saya dan dapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 



Share:

Tuesday, October 28, 2014

7 Cara Bijak Sedia Makanan Berkhasiat

 
Amalan pemakanan yang tidak seimbang menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan. Pengambilan makanan berkalori lebih daripada keperluan badan juga penyebab utama masalah ini.Tenaga ataupun kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh akan bertukar menjadi lemak.

Masalah kegemukan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti lebih mudah menghidap penyakit berbahaya yang tergolong dalam penyebab utama kematian.

7 cara bijak dalam penyediaan makanan yang boleh membuatkan sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:

1. Buang lemak pada daging dan kulit ayam dapat mengurangkan kadar lemak dan minyak yang tinggi. Seelok-eloknya kurangkan pengambilan daging dan lebihkan pengambilan ikan dan sayur-sayuran. Mengubah cara memasak daripada menggoreng kepada mengukus, memanggang dan merebus adalah cara terbaik yang boleh menggurangkan penggunaan minyak serta membantu mengurangkan kolestrol dalam badan. 

2.Pastikan membasuh dahulu sayur-sayuran atau buah-buahan yang digunakan sebelum memotongnya untuk dimakan. Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
                                           
3.Dalam menyediakan sayuran, tidak perlu menggoreng atau merebusnya dalam jangka masa yang lama hingga sayur itu layu dan tidak segar. Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur kerana ini boleh menghilangkan khasiat makanan itu, dan ketika memasak tutup sayuran itu agar zatnya tidak hilang.

4. Untuk mengekalkan khasiat ubi kentang dan keledek, masak bersama-sama kulitnya.

5. Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.

6. Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam masakan anda. 

7. Jangan gunakan minyak masak berulang kali sehingga warna asal minyak berubah.

Selain itu, rancang juga jadual makan anda iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jangan sekali-kali abaikan sarapan kerana sarapan sangat penting untuk memberi tenaga terutama kepada anda yang bekerja dan pelajar. Sarapan juga membantu anda agar tidak terlalu lapar pada waktu tengah hari dan sekali gus menyekat anda daripada makan tengah hari berlebihan.


Ingin tahu Rahsia Kurus 84kg Turun 58kg Hanya 3 bulan?
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852



 
Share:

Monday, October 20, 2014

Kenapa Masih Tak Kurus Setelah Ambil Set Kurus Shaklee?

Ramai yang bertanya kepada saya kenapa saya boleh kurus hanya dengan mengambil set Kurus Penyusuan Shaklee sedangkan mereka tidak dapat hasil yang diinginkan. Disebabkan keluhan dan kekecewaan mereka ini menyebabkan saya rasa terpanggil nak share something dengan semua tentang perkara ni. Ramai di antara mereka, dan mungkin juga anda yang membaca ni, dah berhabis ratusan ringgit membeli Set Kurus Shaklee. Beli Set Kurus Optimum lagi, bukannya setakat set budjet. Kemudian, dah makan ikut saranan dan jadual yang pengedar berikan. Tapi, kecewa… dan terus kecewa… Berat tetap tak turun…Jarum penimbang masih lagi duduk di takuk yang sama. Badan tak kurus-kurus juga.. Malah, badan macam makin dipam-pam besarnya. Kenapa agaknya jadi macam ni kan???

AArrrggggghhhhh....Stress nya berat tak turun-turun!
Adakah silap Set Kurus Shaklee yang memang dah sedia kala kita tahu keberkesananya? Ataupun salah diri kita sendiri, yang mungkin terlepas pandang beberapa perkara untuk berjaya dalam misi menguruskan badan?

Kali ni saya nak kongsikan 7 perkara yang nampak mudah, tapi sangat besar impaknya kepada kesan penurunan berat badan kita. Kepada yang dah ambil Set Kurus Shaklee, tapi berat tetap tak turun-turun, badan tetap tak kurus-kurus, sila semak semula 7 point penting ni ye. Supaya anda tahu apa punca diet anda dengan Set Slimming Shaklee kurang berjaya.

1.Elak Waktu Makan.
Ramai yang beranggapan, dengan ‘skip’ waktu makan adalah cara yang terbaik untuk cepat kurus. Namun, tahukah anda bahawa, jika kita biarkan perut kita kosong tanpa diisi apabila tiba waktu makan, ia akan membuatkan kadar metabolisme turun dan akan menggalakkan kita makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya? Inilah yang menyebabkan badan makin gemuk… Oh…sangat scary kan??
Jangan "skip' Waktu Makan
Jangan “skip’ Waktu Makan
Seeloknya, setiap kali tiba waktu makan, isilah perut kita dengan an yang seimbang dan berkhasiat. Seperti contoh, jangan sekali-kali tinggalkan waktu breakfast. Isilah perut dengan sumber makanan yang membekalkan tenaga ke pada kita untuk memulakan hari dengan baik. Takdelah lemau je nanti kan? Saranan terbaik daripada saya, boleh ambil Cinch Shake Shaklee ataupun ESP untuk sarapan pagi yang sangat berkhasiat untuk anda. Ingat ye, jangan sekali-kali biarkan perut kita kosong!

2.Malas Nak Bersenam
Malasnya nak bersenam!
Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam atau mengeluarkan peluh. Tahukah anda, bila kita mengeluarkan peluh, kita akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Jadi pembakaran lemak akan lebih cepat berlaku. Lebih mudah badan kita nak kurus. Sangat simple kan? Kalau takde masa nak pergi bersenam, amalkan senaman ringkas seperti parking kereta jauh sedikt daripada pejabat, dan jalanlah kaki. Sambil-sambil keluar peluh, boleh dapat kaki yang cantik tau! Tak pun naik tangga dan bukannya lif. Jadikan ianya MUDAH…barulah kita tak rasa tertekan bila buat. Dan kalau nak membantu badan kita untuk lebih cepat berpeluh, boleh amalkan minum Cinch Tea Mix setiap hari. Badan kita akan mudah berpeluh dan rasa ringan jek..
Cinch Tea Mix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.
Cinch Tea Mix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

3.Tak Nak Ambil Kalori
Setiap hari badan kita perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak, mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar.
Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;
Lelaki ~ 2000-2500 kalori setiap hari
Wanita ~ 1600-2000 kalori setiap hari
Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA. Jadi, walaupun kita sedang dalam fasa menurunkan berat badan, kena ingat.. Tetap kena makan.. Tapi kawal kalori yang anda ambil.. Bukan tak makan langsung.. Kita nak kuruskan badan secara sihat kan?

4.Hanya Makan Buah dan Sayur
Ramai antara kita yang beranggapan, kalau makan nasi berat lagi cepat naik dan takkan turun. Dan kadang-kadang sanggup menahan lapar dan memberi seribu alasan bila diajak makan. Kita tidak perlu takut dengan sumber karbohidrat. Sebaliknya pilihlah makanan yang rendah karbohidrat seperti roti mil penuh. Ataupun boleh juga gantikan dengan pasta. Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi. Terdapat jugak ‘whole wheat’ pasta yang mengandungi serat yang tinggi. Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih sihat.
Dan… kalau nak lebih mudah, amalkan pengambilan Cinch Shake Shaklee dan boleh ditambah bersama ESP untuk ibu-ibu menyusu.

5.Suka Salad Mayonis
Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung. Gerenti berat badan anda takkan turun. Lebih baik ambil salad tanpa mayonis. Kan lebih sihat menunya… Ye tak?
                                           nyum...nyum...nyum...
6.Tak Minum Susu Langsung
Tahukah anda bahawa susu dapat membantu mengekalkan berat badan? Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya. Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas. Jadi rajin-rajinlah amalkan pengambilan susu rendah lemak ye.. Ingat…bukan susu pekat manis tau!

7.Cara Pengambilan Set Kurus Shaklee yang Tidak Tepat
Ramai di antara mereka yang whatsapp saya, kebanyakan mereka bertanyakan bagaimana jadual saya mengambil Set Kurus Penyusuan Shaklee sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 26kg.
Anda boleh baca testimoni saya sendiri di Rahsia Kurus 84kg Turun 58kg Hanya 3Bulan.
Ramai antara anda yang kurang berjaya turunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee mungkin disebabkan:
  • cara pengambilan yang tidak sesuai dengan badan sendiri.
  • kurangnya pengambilan air putih
  • mengambil kafein sebelum atau selepas pengambilan supplement
Jika anda mahu menurunkan berat badan secara sihat dengan Shaklee mengikut cara saya, atau ingin mendapatkan jadual makan serta consultation yang exclusive daripada saya sebagai pengedar pilihan anda,Hubungi saya segera, sebelum masalah berat badan ini semakin menyelubungi anda…

Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum , anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852





Share:

Tuesday, June 24, 2014

Buah Untuk Diet

Menurut pendapat umum, antara makanan yang berkhasiat ialah dari kategori buah-buahan. Buah-buahan bagus dimakan mentah atau dibuat jus kerana dikatakan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Bahkan, ada yang gemar makan buah kerana rasanya yang sedap semata-mata. Tetapi dalam banyak-banyak buah tentu sahaja ada beberapa jenis buah tertentu yang sesuai dan membantu dalam usaha mengurangkan berat badan.

Di sini dikongsikan enam jenis buah untuk diet yang boleh membantu:
Buah-Buahan Untuk Mengurangkan Berat Badan
 
1. Limau
                                                 buah oren untuk diet
Jika dibandingkan antara banyak-banyak buah, limau dipercayai mengandungi serat paling tinggi. Yang menariknya juga, serat yang terdapat di dalam buah limau adalah serat yang larut di dalam air
sekaligus membantu mengurangkan keinginan seseorang untuk makan.
 
2. Tembikai
                                           buah tembikai untuk kurus 
Buah ini penuh dengan air sehingga mencapai 92 peratus daripada isi kandungan. Buah tembikai mampu mengenyangkan dan sekaligus membantu mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan. Elok juga sebelum makan nasi, cuba amalkan makan buah dahulu seperti buah tembikai.

3.Grapefruit
                                                        grapefruit untuk diet
Grapefruit dikatakan mempunyai kandungan asam yang dapat menyingkirkan kalori, lemak yang terdapat dalam makanan yang diambil.

4. Berry
                                         BTK5A6 A variety of berries in a plastic carton and loose on a white napkin 
Blackberry, blueberry, raspberry dan strawberi adalah sumber makanan yang paling kaya dengan kandungan antioksidan yang dapat mengimbangi metabolisme tubuh.

5. Anggur
                                     buah anggur bantu diet 
Kandungan antioksidan dalam anggur juga dikatakan dapat membantu mencegah pembentukan lemak dalam perut.

6. Epal
                                            buah epal untuk diet 
Berdasarkan kajian, berat badan seseorang mampu diturunkan sehingga 33 peratus daripada berat sebelumnya sekiranya sering mengamalkan makan epal sebelum mula menjamah makanan berat lain.

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya! 
Hubungi saya untuk mendapatkan  Set Kurus Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Thursday, April 24, 2014

Tips Kuruskan Badan Untuk Ibu Menyusu


Sebagai ibu menyusu saya memahami hasrat ibu-ibu yang mahu kekal langsing tanpa mengurangkan penghasilan susu ibu.  Lazimnya kita dengar komen ‘ tak payah susah-susah nak berdiet, awak tu menyusu anak, nanti tak pasal pula susu menyusut’.  Benarkah ibu menyusu tak boleh berdiet? Atau bolehkah ibu menyusu berdiet? Jika boleh, apakah cara diet yang sesuai untuk ibu menyusu?

Hakikatnya, ibu-ibu menyusu akan membakar lebih kurang 200-500 kalori sehari melalui proses penyusuan. Fakta ini disokong dari laman kellymom.com :
Breastfeeding your baby, on average, burns 200-500 calories per day (above what you needed to maintain your pre-pregnancy weight) — so keep in mind that even without a weight loss program you are burning extra calories.

Namun, proses pembakaran kalori ini juga membuatkan si ibu cepat lapar. Jadi, sebaagian ibu-ibu menyusu menjadikan ini tiket untuk mereka makan banyak, adakala melebihi dari cadangan pengambilan kalori harian.

Ibu-ibu menyusu disarankan untuk ambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori setiap hari, tetapi ibu-ibu tetap perlu kawal pemakanan dengan elakkan makan terlalu banyak dan kurangkan makanan berlemak/berminyak/berkolesterol tinggi/makanan segera setiap kali perut berasa lapar!
Jadi, bagaimana ibu-ibu menyusu boleh membakar lebihan lemak dan kolesterol, di samping boleh mengekalkan pengeluaran susu ibu dan membantu si ibu berasa kenyang lebih lama?

5 tips kuruskan badan khusus untuk ibu menyusu:
  1. Jangan skip waktu makan utama (breakfast, lunch, dinner) terutama sarapan pagi.
  2. Ambil healthy snack(snek sihat) di antara waktu makan utama seperti buah-buahan.
  3. Banyakkan pengambilan air masak di antara waktu makan terutama bila terasa sedikit lapar. Pengambilan segelas air masak 30 minit sebelum makan juga membantu anda untuk tidak makan terlalu banyak.
  4. Lakukan senaman ringan setiap hari. seminggu sekali/berkala. Paling minima, gunakan tangga sebagai alternatif kepada lif.
  5. Kerapkan penyusuan/mengepam susu untuk menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih banyak disamping membakar 200-500 kalori sehari.
Adakah supplemen yang membantu penurunan berat badan secara sihat?
Ya, jika ada memilih supplemen Shaklee, kami mencadangkan 3 vitamin utama ini berasaskan konsep 3B = Bakar, Buang dan Bina, dalam masa yang sama tidak mengganggu penyusuan si manja anda. Malah, ia turut bertindak sebagai penggalak susu!
 untuk membakar lemak & kolesterol. Sumber kolina dan pengemulsi lemak. Juga dicadangkan kepada ibu menyusu yang kerap mengalami duktus tersumbat (clogged duct) yang berulang.
lecithin 
sumber serat untuk menyerap pecahan lemak & kolesterol yang dipecahkan oleh lecithin dan mengangkut keluar dari badan. Melawaskan sistem penghadaman dan terkenal sebagai penggalak susu sejak dari zaman dahulu!
alfalfa
(3) ESP Soy Protein Isolate Powder(bina)
sumber protein untuk memelihara otot dalam proses penurunan berat badan. Protein juga terkenal sebagai penggalak susu selain memberi si ibu rasa kenyang lebih lama dan berpanjangan.
ESP
Mudah bukan? Jadi bolehlah ibu-ibu menyusu kekal langsing tanpa menjejaskan penghasilan susu. Nak tahu tips lain bagi menggalakkan penghasilan susu?

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-    
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com ; SMS: 013-4505852  
Share:

Thursday, March 13, 2014

Tips Kuruskan Badan Dan 10 Kebaikan Jus Limau

 
Jus limau memang enak untuk diminum terutamanya jus yang diperbuat daripada buah yang segar. Dan kemudian dihidangkan secara sejuk, memang hilang rasa dahaga terutamanya di minum ketika cuaca panas . Buah limau mempunyai 5% asid sitrat dan kaya dengan Vitamin C. Dan ia juga amat sesuai untuk kita amalkan sebagai tips kuruskan badan kita.

Limau juga mempunyai banyak vitamin-vitamin lain seperti Vitamin-vitamin B, Vitamin Riboflavin dan mineral-mineral seperti mineral kalsium,mineral magnesium, mineral fosfor; ia juga terdapat khasiat protein dan karbohidrat.

Amalan minum jus limau sebagai tips kuruskan badan telah diamalkan sejak dulu lagi,dengan mengamalkan minum minuman yang berasaskan limau, mempunyai banyak faedah kesihatan yang boleh kita perolehi. Diantaranya ialah:
 
1. Bagus Untuk Pencernaan Perut
Jus limau bila dicampurkan dengan air panas, boleh bantu kurangkan masalah pencernaan perut kita. Diantaranya ialah rasa mual, perut memulas dan parasit. Selain itu ia juga sesuai sebagai amalan tips
kuruskan badan kita.
Perut kita dibantu untuk membuang kekotoran secara lebih berkesan, jika kita minum jus limau secara teratur. Ia juga bertindak sebagai agen pembersih dan pencuci darah dalam tubuh badan kita.
Amalan mengambil jus limau juga boleh mampu sembuhkan sembelit. Serta berfungsi sebagai tonik hati dan bantu kita mencerna makanan dengan lebih baik dan bantu hati menghasilkan lebih hempedu dalam tubuh badan kita.
 
2. Rawatan Kulit
Limau boleh jadi ubat antiseptik yang semulajadi, iaitu ia membantu untuk menyembuhkan masalah berkaitan dengan kulit.Disebabkan limau berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan
kedutan, pengambilan air limau setiap hari dapat berikan perubahan besar pada kulit kita. Jika limau ditempelkan pada parut luka akibat terbakar, ia akan pudar dengan cepat dan kurangkan kesan parut tadi.

3. Rawatan Gigi
Adakah kita tahu bahawa air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus limau segar yang ditempelkan pada gigi boleh bantu singkirkan rasa sakit pada gigi.Dan perahan jus limau pula dapat bantu menghentikan perdarahan gusi.Cara ini dapat mencegah bau busuk dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi kita.
 
4. Sembuhkan Jangkitan Tekak
Buah limau adalah buah yang amat baik dalam membantu dan perangi masalah yang punyai kaitan dengan jangkitan tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Kita boleh kumur dengan setengah gelas jus limau, untuk atasi masalah-masalah tersebut.
 
5. Kawal Tekanan Darah Tinggi
Terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jantung, air limau berfungsi bagaikan ramuan ajaib buat mereka kerana kandungan kalium yang tinggi di dalam air limau.Diet yang tinggi kalium juga dipercayai boleh membantu kawal tekanan darah tinggi, rasa pening, mual, rehatkan fikiran, kurangkan stres mental serta depresi seseorang itu.
 
6. Turunkan Berat Badan
Tips kuruskan badan dengan amalan rutin minum air limau, dapat membantu untuk turunkan berat badan dengan lebih cepat lagi. Kesan yang serupa boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air hangat dan madu. Jom amalkan tips kuruskan badan ni.
 
7. Bantu Sembuhkan Masalah Gangguan Pernafasan
Jus limau juga boleh bantu dalam penyembuhan masalah pernafasan, terutamanya pada mereka yang menghidap asma.
 
8. Ubat Reumatik
Limau mempunyai sifat diuretik dan ini dapat bantu mengubati reumatik serta radang sendi. Ianya dilakukan dengan cara mengeluarkan bakteria dan racun dari tubuh tubuh badan.
 
9. Kurangkan Demam
Jus limau dapat mengubati mereka yang di serang flu atau demam, dengan tingkatkan penghasilan peluh.

10. Pembersih Darah
Penyakit seperti penyakit kolera atau penyakit malaria dapat juga diubati dengan air limau kerana ia punyai fungsi sebagai membersihkan darah dalam tubuh badan kita.

Berapa banyak jus limau yang harus kita minum?
                                                       
Tips kuruskan badan bagi mereka yang ingin turunkan berat badan mereka. Jika tahap kesihatan kita baik dan berat badan di antara 70 kg atau kurang, adalah disyorkan untuk kita amalkan sebagai tips kuruskan badan kita dan perah setengah biji buah limau dan campurkannya ke dalam satu gelas air. Minumlah 2 kali sehari.

Tapi jika kita punyai berat badan lebih daripada 70 kg, sebagai tips kuruskan badan, kita boleh perahkan sebiji limau ke dalam segelas air. Untuk dapatkan kesan yang maksimum, minumlah 2 kali sehari.

Selain manfaat khasiat jus limau yang terdapat di atas, sebagai tips kuruskan badan, jus limau juga boleh membantu kita menghapuskan lemak-lemak berlebihan di dalam tubuh badan kita.

Tapi seperti tips kuruskan badan yang lain, kita haruslah amalkannya secara rutin dan tetap, barulah  akan dapat hasil yang kita inginkan.


Shaklee juga ada menawarkan Set Kurus untuk mereka yang mengalami masalah berat badan.
 
Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Tuesday, February 4, 2014

Tips Merangsang Metabolisma Badan


Kadang kita hairan melihat seseorang yang kuat makan tapi badanya tetap kurus dan maintain jer. Bila kita tanya, dia kata mungkin kadar metabolisma badan dia tinggi. Bagaimana nak tingkatkan kadar metabolisma badan? Disini disenaraikan beberapa cara untuk meningkatkan metabolisme badan anda. 

1- Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2 - Tidur yang cukup.
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari. 

3 - Makan lebih protein
Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang boleh menimbulkan rasa lapar. Para penyelidik sekarang mengesyorkan jumlah antara 0.8 dan 1 gram per paun berat badan. Amalkan susu soya, tauhu dan kacang soya dalam pemakanan harian. Ia mengandungi oestrogen yang membantu menyeimbangkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan kelaparan.

4 - Amalkan makan kekacang 
Makan antara makan tengah hari dan minum petang. Badam boleh merangsang kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang berkualiti dan cantik selain membantu mengawal berat badan.

5 - Bangunlah, berdiri
Dalam satu kajian mendapati bahawa tidak aktif (selama 4 jam atau lebih) menyebabkan 'shutdown' dalam enzim yang mengawal metabolisme lemak dan kolesterol. Untuk menjaga enzim ini aktif dan meningkatkan pembakaran lemak anda, pecahkan waktu lama 'downtime' dengan berdiri, contohnya ketika berbicara di telefon.

6 - Minum air sejuk
Penyelidik di Jerman mendapati bahawa minum 6 cawan air sejuk sehari (48 aun) dapat meningkatkan metabolisme istirehat sekitar 50 kalori setiap hari - cukup untuk membuang 5 paun dalam setahun.
Air juga dapat mengurangkan selera makan anda secara semulajadi.Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Nak tahu lebih lanjut kelebihan minum air boleh baca di SINI

7 - Makan pedas
Menambah cili atau mustard dalam makanan akan membantu membakar sehingga 12 peratus kalori. Ternyata bahawa capsicum, sebatian yang memberikan cili mulut-membakar, juga boleh meningkatkan metabolisme. Makan sekitar 1 sudu makan cabai merah atau hijau cincang meningkatkan pengeluaran panas tubuh anda dan aktiviti sistem saraf simpatik anda (bertanggung jawab untuk respon 'melawan-atau-mengalah' kita), menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional Science and Vitaminology.

8 - Isi perut waktu pagi
Makan sarapan pagi akan melompat-mula metabolisme dan menjaga tenaga yang tinggi sepanjang hari. Bukan kebetulan bahawa mereka yang melewatkan makan ini adalah 4 1/2 kali lebih cenderung menjadi gemuk. Dan makan pertama anda yang bersungguh adalah lebih baik. 

9 - Minum kopi atau teh
Kafein adalah stimulasi sistem saraf pusat, dan  boleh meningkatkan metabolisme anda 5 hingga 8 peratus - sekitar 98-174 kalori per hari. Secangkir teh dapat meningkatkan metabolisme anda dengan 12 peratus, menurut satu kajian di Jepun.

10 - Perangi lemak dengan serat (fiber)
Serat boleh meningkatkan pembakaran lemak anda sebanyak 30 peratus. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan paling banyak serat ialah yang paling sedikit berat dari masa ke masa. Sasarkan sekitar 25 gram sehari - dalam jumlah tiga hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.

11 - Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi
Zat besi sangat penting untuk membawa oksigen yang diperlukan oleh otot anda untuk membakar lemak.Kerang, daging tanpa lemak, kacang-kacangan, bijirin, dan bayam merupakan sumber yang sangat baik. 

12 - Dapatkan lebih banyak Vitamin D
Vitamin D sangat penting untuk mengekalkan rangkaian otot metabolisme-meningkat. Dapatkan 90 peratus daripada nilai yang disarankan harian (400 IU) dalam menyediakan 3.5 aun salmon. Sumber lain yang bagus ialah tuna, susu dan bijirin yang dikuatkan, dan telur.

13 - Jangan lupa suplemen kalsium
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil. 
Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan; tuna, salmon, kekacang dan ayam untuk makan tengah hari; daging merah tipis atau produk berasaskan soya bagi makan malam.

14- C untuk cergas. 
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

15 - Makan tembikai 
Asid amino arginine, yang banyak dalam tembikai, boleh membantu mengurangkan berat badan, menurut satu kajian baru dalam Journal of Nutrition.

16 - Bina otot
Gunakan Pemberat untuk membina otot kerana otot boleh meningkatkan metabolisme berbanding dengan lemak terutamanya ketika berehat. Senaman pemberat adalah contoh senaman yang boleh membina otot.

17- Bersenam
Lapangkan masa untuk bersenam atau berjogging.

Produk Shaklee juga ada menyediakan 3 cara mudah untuk menurunkan berat badan anda:
1) Membakar
2) Mendetox atau membuang
3) Membina

Nak tahu lebih lanjut jom tengok SET KURUS Shaklee
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels