Showing posts with label Kolestrol jahat LDL. Show all posts
Showing posts with label Kolestrol jahat LDL. Show all posts

Tuesday, September 6, 2016

Tips Pemakanan Tingkatkan Kolestrol Baik Dan Turunkan Kolestrol Jahat Pada Masa Yang Sama.

Apa itu Kolestrol Baik?

Ia biasanya dikenali sebagai Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (High Density Lipoproteins atau kependekannya – HDL). HDL merupakan salah satu pengaut (atau pengangkut) enapan kolesterol terbaik dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Mudah kata, HDL mengumpul kolesterol jahat untuk diuraikan di dalam hati.

Apa itu Kolestrol Jahat?

Kolesterol jahat di dalam tubuh anda pula dikenali sebagai LDL (Lipoprotein Ketumpatan Rendah). Ia cenderung mengangkut dan menghantar enapan kolesterol ke sel-sel tubuh untuk tujuan pertumbuhan dan pembaikan. Walau bagaimanapun, lebihan kolesterol akan terus beredar dan terenap di sepanjang dinding salur darah. Lama-kelamaan, salur darah ini akan menyempit dan menambahkan risiko serangan jantung dah strok.

Untuk  meningkatkan HDL dan menurunkan LDL secara semulajadi. Berikut ialah strategi-strategi yang boleh dilakukan oleh anda.
  • Berhenti merokok – kajian menunjukkan pertambahan HDL yang mendadak sejumlah 10% sebaik sahaja berhenti merokok.
  • Kurangkan berat badan – lebih banyak paun atau kilo yang anda hilangkan, HDL lebih meningkat banyak. Walaupun keputusannya tidak begitu ketara sepanjang tempoh pemeriksaan kesihatan anda dalam setahun, peningkatan terkumpulnya dalam masa beberapa tahun akan mendatangkan banyak manfaat. Mayo Clinic menjangkakan peningkatan 0.03 mmol/L HDL dengan setiap 2.7kg yang hilang. 
  • Bergeraklah – mula bersenam aerobik. Pakailah kasut dan mula berjalan pantas atau jogging, berbasikal atau sertailah kelas menari. 
  • Pilih jenis-jenis lemak yang anda makan – mulakan tabiat membaca label nutrisi semasa membeli minyak masak atau marjerin untuk dilepa pada roti anda. Lupakan lemak tepu dan asid lemak trans. Jenis ini hanya menyemakkan salur darah anda dengan plak-plak kolesterol. Pilihlah lemak-lemak yang baik – lemak mono dan politaktepu yang ada dalam minyak zaitun dan kanola. 
  • Wain merah – telah dibuktikan bahawa wain merah dalam amaun sederhana membantu melonjakkan tahap HDL, walaupun dalam kadar sederhana. Namun ada carian-carian yang menunjukkan fakta bercanggah yang menolak peranan wain merah sebagai faktor dalam mengurangkan penyakit-penyakit kardiovaskular. 
P/S: Bagi yang beragama islam pengambilan wain/arak hukumnya adalah haram. Sebagai alternatif bagi yang beragama islam boleh memilih Sirap Anggur Muscadine atau lebih dikenali dengan VIVIX untuk menurunkan kolestrol dengan sangat berkesan.

Makanan yang membantu meningkatkan HDL:

  • Kekacang – badam, walnut, macadamia dan pistachio (kacang cerdik) ialah antara snek terbaik yang sihat dimakan kerana mengandungi lemak baik.
  • Jus kranberi – meminum tiga hidangan seminggu telah menunjukkan peningkatan ketara HDL sebanyak 10% (yang menurunkan risiko kardivaskular sebanyak 40%) dan disabitkan dengan ciri antioksidan polifenol yang ampuh. 
  • Buah sitrus – Oren dan limau gedang menampakkan bukti yang berpotensi dalam menurunkan kolesterol jahat apabila diambil dalam jumlah sederhana. Ini disabitkan dengan komponen flavonoid yang memiliki keupayaan mengurangkan kolesterol. 
  • Coklat gelap – bukanlah pilihan semua. Tetapi, percaya atau tidak, ia mengandungi jumlah koko yang tinggi yang terbukti meningkatkan tahap HDL dalam badan. Ini tidak diperoleh dalam jenis-jenis coklat yang lain. Sekali lagi ia disebabkan kehadiran polifenol, yang berupaya menaikkan tahap HDL. 
  • Oat – dimakan polos atau dengan dengan serbuk koko halus setiap hari, anda pasti teruja dengan berapa banyak penurunan LDL anda. 
  • Bertukar dan sertakan lebih banyak minyak berasaskan sayuran atau tumbuhan ke dalam diet anda – contoh seperti protein soya, sterol tumbuhan dan makanan berserat tinggi telah diketahui ramai dan terbukti sebagai agen penurun kolesterol apabila digabungkan dengan perubahan gaya hidup seperti tersebut di atas. 
  • Ikan laut dalam seperti mackerel, kod, tuna dan salmon mengandungi amaun asid lemak politaktepu omega-3 yang membantu mengawal tahap lemak dalam peredaran darah yang membantu melindung daripada kecelakaan kardiovaskular atau strok.
Menggunakan strategi-strategi ini untuk mendapatkan perubahan bermanfaat akan mengambil masa dan yang terbaik ialah dengan berperingkat-peringkat. Tujuannya ialah untuk mencapai perubahan tabiat menerusi tempoh yang lama dan menerapkan gaya hidup sihat.

Tips  ini disyorkan oleh :
Dr. Chiam Keng Hoong seorang doktor pengubatan dalaman dan pemegang sijil MRCP. Sekarang beliau bertugas di Sabah. Artikel ini diterjemahkan daripada http://www.mmgazette.com/the-cholesterol-enigma-eat-now-think-later-dr-chiam-keng-hoong/ oleh Azizul Ismie.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
 
 

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     




Share:

Sunday, October 25, 2015

Shaklee Effect: Nak Rawat Penyakit Lain Tapi Dapat Kesan Yang Lain.

Perkara pelik macam ni dah selalu berlaku kepada sesiapa yang menggunakan dan mengamalkan produk Shaklee secara berterusan. Tidak terkecuali dengan diri saya sendiri. Tapi kali ini saya nak kongsikan pengalaman Puan Rahimah yang pelik dan luar biasa akibat #Shaklee effect ni dengan anda semua.

Pelik Dan Luar Biasa : Nak turunkan Kolestrol Tapi Jadi Kurus Tanpa Sedar
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Puan Rahimah yang kini sudah bergelar Master semasa mengikuti program Jejak Jutawan Shaklee.

Puan Rahimah mempunyai kegemukan secara genetik. Semua ahli keluarganya berbadan besar. Tetapi itu tidak merisaukan Puan Rahimah malahan Puan Rahimah tidak kisah pun hal tu. Tetapi apa yang membimbangkan Puan Rahimah bila mengetahui bacaan kolestrolnya yang tinggi. Katanya lagi umur dia masih muda dibandingkan seorang makcik yang berumur 50tahun semasa chek up tapi kadar kolestrol dia lebih tinggi dari makcik tu!!! 

Jadi dia pun bertanya kepada Dr. ada tak ubat yang boleh mengubati masalah kolestrol ni. Jawapan Dr. amat mengecewakan Puan Rahimah. Memang susah untuk dia ikuti saranan Dr. Nak tahu tak apa Dr kata? Hehe Dr tu kata takda ubat ler. Abis tu nak buat camna...makin runsing Puan Rahimah. Cara nak atasi dia mudah jer kata Dr. tersebut. Awak kena jaga pemakanan. Maunya histeria Puan Rahimah sebab dia seorang teramatlah suka makan.

Akibatnya dia tak boleh nak lelapkan mata asyik memikirkan masalah kolestrol tu.Kolestrol tinggi bukanlah penyakit tapi berpotensi menyebabkan berbagai penyakit. Diantaranya adalah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi alias tekanan darah tinggi.

Susulan daripada itu Puan Rahimah mula mencari Set untuk menurunkan kadar kolestrol. Bab kurus tu dia tak fikir sangat yang penting mesti sihat. Set yang di ambil oleh Puan Rahimah terdiri daripada ESP+Lecithin+Alfalfa+Herblax. 

Hasilnya memang mengejutkan dalam tempoh sebulan jer kolestrol Puan Rahimah turun dari 6.5 kepada 4.5. Dan yang luar biasanya beratnya juga menurun sebanyak 6kg. Wow siapa tak nak kuruskan. Inilah yang dikatakan "Nak Rawat Penyakit Lain Tapi Dapat Kesan Yang Lain".

Jom kita layan skit produk apa yang diambil oleh Puan Rahimah tu.
ESP (Energizing Soy Protein)
Merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.

Lecithin
Dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan 'melekat pada lemak'. Dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu 'terapung' dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Tahukah anda Lecithin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean!!

Alfalfa
Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi. Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman, kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Herblax 
Ada 9 jenis: alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.
  
Fungsi setiap bahan ini dalam usaha untuk kempiskan perut kita?
  • Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus. 
  • Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi. 
  • Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus. 
  • Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan. 
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
  • Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit. 
  • Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma. 
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati. 
Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti Puan Rahimah elok sangat lah anda dapatkan Set ini.
Bagi mendapatkan set ini, Anda boleh hubungi saya dan layak untuk menerima konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Saturday, December 7, 2013

Turunkan Kadar kolestrol

Apa itu Kolesterol?
Kolesterol adalah komponen lemak yang terdapat di dalam pembuluh darah. Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu Kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL).

Kebaikan Kolesterol/Kebaikan HDL (/High Density Lipoprotien/)

HDL atau kolesterol baik berguna untuk mengatasi masalah arteri tersumbat disebabkan saliran darah yang dibebani dengan pelbagai makanan berlemak dan berminyak. HDL tidak efektif apabila paras LDL terlalu tinggi (arteri akan terus tersumbat). Lebih parah sekiranya badan tidak mempunyai Omega-3 yang mencukupi untuk melancarkan perjalanan darah. Apakah akibat terburuk sekiranya perjalanan darah terhenti dek kerana salirannya tersumbat?

Keburukan Kolesterol/Keburukan LDL (/Low Density Lipoprotien/)

                                          
LDL juga dikenali sebagai kolesterol jahat yang menyebabkan arteri tersumbat dan masalah jantung. LDL semata-mata tidaklah terlalu merunsingkan. LDL tinggi, HDL tinggi belum menimbulkan masalah. Tetapi, kerunsingan kita patut berada di tahap tinggi hanya apabila paras LDL tinggi, HDL pula rendah. Ketidakseimbangan ini yang menjadi punca masalah serangan jantung dalam senyap.

Kolesterol baik dan kolesterol jahat boleh dianalogikan seperti laluan di persimpangan . Di sebuah simpang empat yang sesak, jumlah kenderaan yang banyak bukan masalah. Masalah timbul apabila lampu isyarat rosak! Lebih parah, tiada polis trafik yang mengawal lalu lintas. Kenderaan diibaratkan sebagai LDL, lampu isyarat sebagai HDL dan polis trafik sebagai Omega-3.

Golongan yang bermasalah dengan paras kolestrol
 
Ramai yang beranggapan, orang gemuk, orang tua sahaja menghadapi masalah kolesterol tinggi. Namun, statistik pemeriksaan kesihatan menunjukkan, orang yang kurus, orang muda juga tidak terlepas dari masalah paras kolesterol tinggi. Jarang-jarang sekali orang yang menjalani pemeriksaan
kesihatan melalui ujian darah lulus kesemua ujian. Ramai yang tersangkut, terutama di bahagian kolesterol. Setelah menjalani ujian darah, seorang penasihat akan menerangkan keputusan yang diperoleh beserta nasihat-nasihat yang perlu untuk mengatasi kekurangan/masalah kesihatan berkaitan.

Nasihat pakar untuk menurunkan kolesterol

1. Bersenam
2. Banyakkan makan makanan berserat tinggi/buah-buahan/sayur-sayuran
3. mengamalkan supplemen yang sesuai

Walaubagaimanapun kolesterol ada kebaikannya jika ia tidak berlebihan. Antara fungsi-fungsi kolesterol adalah;
  • Sebagai sumber tenaga
  • Melindungi jaringan saraf
  • Melindungi selaput sel
  • Bahan dasar dalam pembentukan hormon steroid
  • Pelarut bagi Vitamin A, D, E dan K
  • Membantu perkembangan jaringan otak anak
Punca Kolesterol Tinggi di dalam Badan
  • Mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan lemak
  • Obesiti/ Kegemukan
  • Kurang melakukan aktiviti fizikal
  • Keturunan
  • Penggunaan ubatan tertentu
Antara penyakit di sebabkan oleh Kolesterol Tinggi
  • Jantung Koroner
  • Hypertensi
  • Gangguan Fungsi Hati
  • Obesiti
  • Diabetes
 Cara Mengatasi Kolesterol Tinggi
  • Pilih pemakanan yang sihat iaitu kurang lemak dan tinggi serat
  • Hindari makanan yang mempunyai nilai kolesterol yang tinggi, contohnya daging, organ dalaman
  • Makan sumber makanan yang mempunyai omega 3 yang tinggi, yang mana ia boleh menurunkan paras kolesterol dan dapat mempertahankan kesihatan jantung. Antara makanan yang mempunyai omega 3 adalah ikan salmon, tuna, kod dan OmegaGuard Shaklee
  • Jauhi rokok dan alkohol
  • Bersenam
Berikut adalah Supplemen Shaklee yang boleh menurunkan paras kolesterol di dalam badan
OmegaGuard Shaklee turunkan kadar kolestrol
 Omegaguard - Pengambilan minyak ikan (Omega-3) mampu menurunkan paras triglyceride
apabila ia mencecah paras tertinggi yakni melebihi paras normal. Ia akan
menurunkan paras kedua-dua LDL dan HDL.

Garlic Shaklee turunkan kadar kolestrol
Garlic - Pengambilan Garlic bersama Omega-3 akan menurunkan paras triglyceride
DAN menurunkan paras LDL.

 GLA-Sesetengah pengkaji percaya pengambilan GLA (Omega-6) juga mampu
menurunkan paras LDL sekiranya diambil dalam dos 3 g sehari.
 

Untuk mendapatkan Set Turunkan Kolestrol ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852



Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels