Semua wanita akan teruja
bila dia disahkan hamil lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru berkahwin
dan inginkan cahayamata. Tetapi ada sesetengah dikalangan wanita akan
mengalami masaalah pendarahan di awal kehamilan atau berkemungkinan
besar akan mengalami keguguran. Pendarahan di awal kehamilan tidak
semestinya anda mengalami keguguran sebab ada situasi di mana pendarahan
di awal kehamilan adalah sesuatu yang normal.
Pendarahan di awal kehamilan biasanya berlaku disebabkan satu faktor iaitu disebabkan oleh fenomena “implantation bleeding”. Ia bermaksud apabila sperma dan ovum disenyawakan, janin terbentuk dan ia akan bergerak ke rahim untuk di tanam.
Ketika rahim ditanam di dalam rahim
iaitu ketika memasuki lapisan endometrium, berlakulah pendarahan yang
sedikit. Kebiasaannya anda akan lalui perkara tersebut selama satu atau
dua hari, tetapi ada dikalangan ibu hamil yang mengalami situasi
tersebut selama 3 atau 4 hari.
Pendarahan di awal kehamilan memang
normal berlaku dikalangan wanita akan tetapi jika pendarahan berlaku
disertakan rasa tidak selesa dibahagian abdomen, mungkin ibu hamil
tersebut sedang mengalami proses keguguran atau dalam istilah lain
disebut ‘threatened abortion’.
‘Threatened abortion’ adalah keadaan di
mana ibu hamil tersebut mengalami proses keguguran dan keguguran
tersebut belum sempurna berlaku tetapi ada tanda-tanda yang keguguran
akan berlaku.
Bila bercakap soal keguguran, ibu hamil
akan rasa kecewa lebih-lebih bagi mereka yang sangat-sangat teringin
menimbang cahayamata. Sebenarnya bila wanita hamil mengalami keguguran,
terdapat faktor yang mempengaruhi seeorang itu mengalami masaalah
tersebut, antaranya:
1) Pembentukan Janin yang Lemah
Ia berlaku kerana kerana pembentukan janin yang lemah akibat persenyawaan antara ovum dan sperma yang tidak berkualiti. Apabila keadaan ini berlaku, wanita yang mengalami keguguran tidak pelu terlalu kecewa kerana jika ditakdirkan janin tersebut survive, berkemungkinan besar akan mengalami kecacatan yang besar.
2) Kromosom yang Tidak Normal
Kajian perubatan menunjukkan bahawa 60% penyebab keguguran adalah berpunca dari kromosom yang tidak normal. Kromosom ni adalah unsur kecil dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik. Apabila sperma dan ovum bertemu, kadang-kadang salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang mengakibatkan keguguran.
3) Kecacatan Pada Sistem Peranakan
Tidak semua wanita dilahirkan dengan rahim yang sihat dan normal. Ada sesetengah wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak sihat atau tidak normal. Apabila wanita mempunya rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang telah bersenyawa akan gagal ditanam dengan sempurna di dalam rahim
Selain itu, pangkal rahim yang longgar
juga penyebab kepada keguguran dan ia kerap berlalu di awal trimester
kedua. Apabila janin semakin membesar, ia meninggikan tekanan dalam
rahim. Jika pangkal rahim longgar, rahim tidak dapat menampung berat
janin tersebut dan akan menyebabkan pangkal rahim terbuka serta
mengalami keguguran.
4) Masalah Cyst atau Fibroid
Kebanyakan dari wanita mengaami masaalah cyst dan fibroid. Masaalah cyst atau fibroid boleh menganggu sistem peranakan wanita dengan menghalang implantasi yang berkesan.
Ketidakseimbangan hormon akan menyebabkan ovulasi menajdi tidak teratur dan haid tidak menentu. Cyst menyebabkan pesakit terdedah kepada risikokencing manis dan kebal kepada insulin.
Keadaan ini akan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Menikut kajian, 10-20% wanita kerap gugur disebabkan mengalami masaalah cyst.
5) Masalah immunologi
Ia merupakan masaalah perubatan dimana wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan boleh meyebabkan keguguran berlaku. Masaalah ini terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma di anggap sebagaai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil tersebut. Jadi tubuh wantita tersebut akan membentuk antboi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.
6) Penyakit yang Tidak Terkawal
Jangan pandang mudah dengan penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang atau penyakit kronik yang tidak terkawal. Keadaan ini dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sihat bagi janin untuk hidup dengan sempurna dan akan memabawa kepada risiko keguguran.
7) Gaya Hidup yang Tidak Sihat
Merokok, pengambilan alkohol, dadah dan
jug toksin alam sekitar jugq penyebab kepada masaalah keguguran yang
berlaku dikalangan wanita. Nikotin yang disedut dari rokok dapat
mengalir di dalam darah dan mampu menembusi uri seterusnya menganggu
bekalan darah serta pertumbuhan janin. Pengambilan alkohol yang
melampaui juga boleh membaa kepada risiko keguguran.
Inilah antara punca kenapa terjadinya
masaalah keguguran di kalangan ibu hamil. Keadaan sedemikin dapat
dielakkan dan dirawat. Ibu hamil perlulan menjaga kandungan dan
mengelakkan dari unsur-unsur yang boleh menyebabkan berlakunya
keguguran. Ibu hamil juga memerlukan nutrisi seimbang ketika hamil kerana dengan pengambilan nutrisi seimbang, janin akan kekal sihat dan sempurna.
Jika
anda ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, anda boleh terus klik
link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- Facebook: /Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment