Sebagai seorang suri rumah yang berkerjaya (buat biz online) tugas mengurus rumah, dan anak-anak menjadi rutin harian. Namun begitu bab menguruskan pakaian boleh jadi suatu perkara yang amat mengambil masa
dan memenatkan jika tidak diurus dengan betul dan konsisten.
Melihat 3
bakul baju yang belum dilipat boleh membuatkan ibu-ibu terutama yang berkerjaya belum hilang penat
pulang dari tempat kerja terus tersungkur lesu.
Sebenarnya tidak susah mengurus pakaian, dan boleh jadi menyeronokkan
jika tahu caranya. Cubalah tips di bawah untuk pengalaman mengurus
pakaian yang lebih menyeronokkan!
1) Jika anda menyimpan baju di dalam laci, susun baju menegak begini.
Mudah untuk anak anda mengambilnya ketika mahu dipakai nanti kerana tidak akan menyepahkan baju lain. Boleh menjimatkan ruang juga!
2) Tuala.
Bagaimana kalau cuba gulung tuala dan letakkan di dalam
bakul begini? Tuala biasa nya akan memakan banyak ruang di dalam almari
kerana ia tebal. Cara ini lebih kreatif dan menarik! Tapi pastikan ia
disimpan di tempat selamat atau anak-anak akan jadikan tuala sebagai
satu permainan pula!
3) Penggantung berpoket
Alatan ini anda boleh dapati dengan harga yang sangat
murah di Mr. DIY atau Daiso.Tak perlu peningkan kepala mencari stokin dan
panties lagi. Anda juga boleh labelkan mengikut nama Tuan punya supaya
tidak bertukar-tukar pula!
4) Baju Yang Tidak Dipakai.
Satu perkara yang kita mungkin tidak perasan adalah kita sering
mengurus dan menyimpan baju yang kita langsung tidak pakai! Pakaian
tersebut kekal tersimpan di ceruk almari pakaian kita dan tiada siapa
mahu memakainya lagi. Ini akan mengurangkan ruang almari dan
menyemakkan! Apa kata sediakan kotak begini, yang mana sudah tidak mahu
dipakai dimasukkan ke dalam kotak ini dan apabila penuh, susun kembali
untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan. Mudah, kemas dan tidak
perlu pening-pening lagi!
5) Asingkan Pakaian Seragam Sekolah
Bagi memudahkan anak anda bersiap kesekolah, ada lah lebih mudah pakaian sekolah, baju mengaji kelas agama diwaktu petang digantung dalam satu almari khas. Segala pakaian sukan, Pakaian seragam beruniform dan stokin sekolah juga ditempatkan dalam almari khas tersebut. Jadi ini akan memudahkan anda serta anak anda dan ia juga boleh menjimatkan masa.
6) Kopiah Dan Tudung
Selalu saya kepeningan apabila suami bertanya tentang kopiah nya
sebelum ke masjid untuk berjemaah. Saya telah gunakan penggantung
berpoket ini untuk menyimpan kopiah nya dan soalan itu tidak kedengaran
lagi!
Ini juga merupakan satu masalah jugak tudung sudah
terlalu banyak. Selain membeli penggantung bulat-bulat yang biasa kita
dapati sekarang, cara ini juga adalah penyelesaian yang efisyen!
7) Pening mencari cadar dan sarung bantal secorak?
Apa kata selepas
kita melipat sarung bantal, selimut dan cadar, kita masukkan semuanya ke
dalam salah satu sarung bantal untuk corak itu. Mudah! Ketika mahu
menggunakannya, ambil dan keluarkan semua isi dalamnya (cadar/sarung
bantal lain).
Semoga tips ini dapat mebantu anda. Selamat mencuba yer para ibu!!!
Berminat untuk mendapatkan produk shaklee? Anda boleh hubungi saya dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment