Thursday, November 2, 2017

Ubat Kolestrol Statin Penyebab Diabetes Jenis 2

Oleh: Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) terbit dalam akhbar Sinar Harian (edisi KL/Selangor) pada April 2, 2012.


Statin ialah ubat yang direka khas oleh beberapa pengeluar bagi membantu menurunkan paras kolesterol tinggi. Mereka yang mengambilnya didakwa mengalami perubahan positif dari segi penjagaan kesihatan jantung.

Bagaimana statin berfungsi dalam menurunkan paras kolesterol? 

Semua jenis statin menghalang enzim dikenali sebagai 3-hydroxy-3-methylglutaryl-coenzyme (HMG-CoA) reductase dari berfungsi. HMG-CoA ialah enzim yang bertanggung-jawap membentuk kolesterol dalam hati.

Pengambilan statin dapat mengurangkan LDL (dikenali oleh ramai sebagai kolesterol jahat) yang dibawa ke sel-sel. Pada masa sama ia juga dikatakan meningkatkan HDL. Kebanyakan orang termasuk saintis bijak pandai dan doktor menganggap LDL (lipoprotein ketumpatan rendah) dan HDL (lipoprotein ketumpatan tinggi) sebagai kolesterol. Sebenarnya kedua-duanya bukan kolesterol tetapi gabungan lipid dan protein.

Kolesterol ialah sejenis lipid dan ia tidak larut dalam plasma. Jadi, oleh sebab protein larut dalam air maka ALLAH gabungkan kolesterol dengan protein agar ia boleh diangkut melalui darah ke mana sahaja menuju sel-sel seluruh tubuh.

Pembaca yang biasa mengikuti tulisan penulis samada dalam bentuk artikel atau membaca buku penulis berjudul Serangan Jantung (terbitan Alaf 21) akan mendapati bahawa penulis membawakan pandangan yang berbeza mengenai pembentukan plak berlemak dalam arteri. Dengan beberapa alasan tertentu termasuk memaparkan hujah-hujah ramai pakar, penulis tidak bersetuju dengan teori yang mengaitkan paras kolesterol tinggi dengan pembentukan plak berlemak dalam arteri.

Pelbagai jenis

Beberapa jenis ubatan statin yang terdapat di pasaran ialah rosuvastatin (jenama Crestor keluaran AstraZeneca), atorvastatin (jenama Lipitor keluaran Pfizer), simvastatin (jenama Zocor keluaran Merk and Co), pravastatin (jenama Pravachol/Pravigard keluaran Bristol-Meyers Squibb), fluvastatin (jenama Lescol/Lescol XL, keluaran Norvartis), dan lovastatin (jenama Mevacor, Advicor atau Altoprev keluaran Merck and Co). Lovastatin, simvastatin dan pravastatin dihasilkan dari kulat. Fluvastatin, atorvastatin dan rosuvasatin pula adalah 100% sintetik.

Artikel-artikel yang disiarkan dalam media cetak atau kenyataan demi kenyataan yang anda dengar melalui media elektronik biasa mengagungkan keupayaan statin. Kenyataan utama yang biasa dihebahkan ialah statin mencegah seseorang dari mengalami serangan jantung kerana fungsinya mengawal paras kolesterol.

Keburukan statin dalam bentuk kesan sampingan jarang dibincangkan dan biasanya ditepis oleh para doktor dengan alasan statin telah menjalani kajian saintifik sebelum mendapat kelulusan untuk diedarkan. Hakikatnya kajian-kajian sains menunjukkan statin dikaitkan dengan lebih tiga ratus jenis kesan sampingan yang buruk. Memang terdapat bukti-bukti termasuk dalam bentuk bukti dari kajian-kajian sains yang telah dilaporkan dalam pelbagai jurnal terkemuka.

Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan pengambilan statin dengan pembentukan diabetes jenis 2. Apakah yang dimaksudkan dengan diabetes jenis 2? Ia merupakan sejenis masalah kesihatan yang memiliki tanda-tanda seperti paras insulin tinggi dan paras glukos tinggi dalam darah.

Sebahagian besar masyarakat termasuk sebahagian doktor dan pakar pemakanan moden percaya bahawa diabetes jenis 2 terbentuk kerana pankreas kurang merembis insulin. Ilmu terkini menunjukkan sebaliknya. Penghidap diabetes jenis 2 sebenarnya mengalami paras insulin yang tinggi disamping paras glukos yang tinggi dalam darah.

Insulin ialah enzim yang bertanggung-jawap melekap pada reseptor insulin yang terletak pada membran sel. Pada keadaan normal (tanpa diabetes atau hiperinsulinemia), setelah insulin berlabuh sel akan membina GLUT 4 iaitu sejenis pengangkut yang akan melekat pada membran sel. GLUT 4 akan menerima dan membawa glukos masuk ke dalam sel menuju mitokondria.

Teori menyergah minda

Terdapat beberapa teori yang digunakan untuk menerangkan bagaimana statin boleh menyebabkan diabetes. Penulis sendiri percaya statin menyebabkan paras kalsium sentiasa tinggi dalam beta sel pankreas. Kalsium merupakan elemen utama yang diperlukan oleh sel beta pankreas bagi membina insulin. Pada keadaan normal setiap kali selepas makan makanan berkarbohidrat, insulin akan dirembis pada jumlah yang tinggi bertujuan membantu menurunkan paras glukos darah.

Namun, pengambilan statin mungkin menyebabkan laluan kalsium yang terdapat pada membran sel beta rosak. Laluan kalsium yang telah rosak menyebabkan kalsium boleh masuk tetapi tidak boleh keluar dari sel beta. Beberapa kemungkinan dapat difikirkan. Antara lain metabolit statin (produk hasil tindak-balas) mungkin secara langsung merosakkan laluan kalsium.

Salah satu fungsi kolesterol ialah membaikpulih membran sel yang rosak berpunca dari komponen lipid yang teroksida. Kekurangan kolesterol berpunca dari pengambilan statin akan mengganggu kekukuhan stuktur membran beta sel (ia juga berlaku pada membran sel-sel lain yang terdapat reseptor insulin padanya). Ini ialah kemungkinan kedua.

Kemungkinan ketiga pula ialah kemungkinan pertama dan kedua berlaku secara serentak. Hasilnya insulin sentiasa dirembis pada paras tinggi walau pun seseorang tidak makan makanan berkarbohidrat pada kadar yang boleh mencetus hiperglisemia!

Pada sel-sel biasa pula paras insulin yang sentiasa tinggi akibat pengambilan statin secara berterusan menyebabkan reseptor insulin tidak sentisitif terhadap kehadiran insulin. Maksudnya ia tidak membenarkan insulin untuk berlabuh padanya lalu membentuk kekebalan insulin.

Alasan

Setelah anda memahami mekanisme yang penulis terangkan barulah anda faham mengapa sebahagain orang yang mengambil statin secara berterusan mudah menghidap diabetes jenis 2! Jika anda bertanya kepada doktor bagaimana statin yang anda baru ambil boleh menyebabkan diabetes mungkin mereka akan jawap perkara-perkara lain yang tiada kaitan dengan statin. Anda tidak bersenam, usia tua, perut buncit, badan berlemak, sindrom metabolik, genetik dan pelbagai alasan lain.

Adakah doktor anda tahu mengenai kaitan antara statin dan diabetes? Mungkin mereka tahu tetapi apa pilihan mereka untuk menggantikan statin? Mereka juga mungkin tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Adakah mereka akan syorkan cuka epal, cuka tamar, vitamin C, asid alfa lipoic, co-enzyme Q10, buah-buahan kaya bioflavonoids dan beberapa jenis suplemen lain sebagai alternatif? Ia tidak mungkin berlaku.

Untuk lebih lanjut sila baca antara lain laporan kajian terkini berjudul Statin Use and Risk of Diabetes Mellitus in Postmenopausal Women in the Women's Health Initiative yang terbit dalam Journal of The American Medical Associations (JAMA). Baca juga rencana berjudul FDA adds diabetes, memory loss warnings to statins di www.reuters.com.

Hakcipta Terpelihara 
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) 
www.gayahidupholistik.blogspot.com
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive