Wednesday, April 22, 2015

Amalan Doa Dan Zikir Untuk Meningkatkan Susu Badan


Sebagai umat Islam, kita sedia ketahui bahawa rezeki  adalah milik Allah S.W.T. Begitu juga dengan rezeki anak-anak, dan dalam hal ini adalah rezeki dari segi susu. Sememangnya bukan mudah untuk melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun ini. Ada masanya, susu memang akan merudum, terutamanya pada waktu-waktu seperti datang bulan, stress, demam dan sebagainya. 

Namun, kita digalakkan berdoa dan meminta kepada-Nya. Jadi pada waktu-waktu yang sebegini, kita tidak seharusnya merasa down mahupun berputus asa, sebaliknya teruskan berdoa dan berzikir memohon rahmat dan kasih-sayang dari-Nya. Berikut adalah beberapa tips dan doa khas untuk para ibu yang menyusukan bayi.

1- Berzikir Ya Matin (Maha Teguh) sebanyak 70x setiap hari. 
Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga dibacakan zikir tersebut dan ditiupkan ke dalam segelas air lalu diminum oleh ibu.

2- Berselawat dan berdoa 
Setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi, dan ucapkan Alhamdulillah setiap kali selepas menyusukan mahupun mengepam susu.

3- Baca doa untuk para ibu,
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan...", Amin...

4- Amalkan membaca  surah Ar-ad, ayat 8-9.
breastfeeding doa

5- Amalkan ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60 
Sambil meletakkan tangan pada payudara, diusapkan dan berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan dan menambahkan rezeki anak kita dan kita mampu menghasilkan susu bagi menampung penyusuan bayi kita sekurangnya selama 2 tahun.
doa ketika menyusukan bayi
 Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman :"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Selamat mengamalkannya dan semoga anda semua dapat menyusukan bayi anda secara eksklusif dengan susu ibu sahaja sehingga bayi berumur 2 tahun...InsyaAllah. 

Ingin tahu teknik mengepam membanyakan susu badan. Klik Sini 
Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda. 
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive