Buat pasangan yang baru berkahwin, anda mungkin kurang pengetahuan asas
tentang perkara ini kerana masih lagi belum berpengalaman. Jom baca
sedikit info tentang ujian kehamilan yang harus anda ambil tahu bagi
anda yang merancang untuk mendapatkan anak.
Salah satu tanda bagi wanita yang hamil adalah lewat datang haid pada
waktu yang sepatutnya. Jadi, waktu yang terbaik bagi anda untuk
mengetahui samada anda hamil atau tidak adalah dengan menunggu dalam 2
minggu dari tarikh sebenar anda sepatutnya datang haid. Itu adalah waktu
terbaik berbanding dengan melakukan ujian kehamilan selepas 2-3 hari.
Jika dalam masa 2 minggu masih juga belum didatangi haid, anda bolehlah
melakukan ujian air kencing UPT samada di rumah atau melakukan
ultrasound di klinik.
Secara normalnya, badan kita akan menghasilkan hormon hCG atau human chorionic gonadotrophin di
mana ianya dihasilkan apabila plasenta terbentuk. Keadaan ini berlaku
apabila ovum atau telur telah disenyawakan dan pada masa ini, ujian air
kencing yang digunakan untuk mengesan kehamilan dapat mengesan kehadiran
hCG seawal 8 atau 9 hari setelah ovulasi berlaku. Hormon hCG ini
dihasilkan untuk merangsang korpus luteum pada ovari untuk menghasilkan
progesteron.
Penggunaan test kit UPT sememangnya dicipta untuk mengesan kehadiran
kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh mengesan hCG di dalam urin pada
masa sehari selepas anda lewat datang haid yang sepatutnya. Tetapi, anda
harus memastikan bahawa haid anda adalah normal dan teratur. Ianya akan
memudahkan lagi proses mengesan kehamilan anda. Jika haid anda adalah
tidak teratur, mungkin keadaan akan lebih sulit sedikit. Anda perlu
merujuk pada kitaran haid yang paling panjang di mana anda perlu gunakan
angka itu sebagai pengukur. Ujian seeloknya dilakukan sehari selepas
tarikh anda sepatutnya datang haid merujuk kepada kitaran haid yang
paling panjang. Jika kesannya masih negatif dan anda masih kurang jelas,
ujian boleh dilakukan sekali lagi seminggu selepas ujian pertama.
Jika anda melakukan ujian UPT di rumah, pastikan anda melakukannya pada
awal pagi kerana pada masa ini, kandungan hCG adalah sangat tinggi di
dalam urin dan ini akan memberikan hasil yang lebih jelas dan tepat
lagi. Namun begitu, jika anda kurang kesempatan melakukannya pada awal
pagi selepas bangun tidur, anda masih lagi boleh melakukannya pada waktu
lain asalkan anda tidak membuang air kecil 4 jam sebelum melakukan
ujian UPT.
Di samping itu, antara keadaan terbaik semasa melakukan ujian kehamilan
UPT adalah dengan memastikan bahawa anda tidak minum banyak air. Ini
kerana dikhuatiri kandungan hCG menjadi cair dan akan turut memberi
kesan kepada hasil ujian UPT.
Ini adalah antara tips dan waktu sesuai untuk anda melakukan ujian
kehamilan anda di rumah. Jika ujian UPT adalah positif, anda masih perlu
merujuk kepada doktor untuk mengesahkan lagi bahawa anda hamil. Begitu
juga jika keputusan adalah negatif. Jika anda masih tidak berpuas hati
dan ragu-ragu dengan ujian UPT sedangkan janin sudahpun berada pada
rahim, anda boleh terus rujuk pada doktor untuk melakukan ujian
ultrasound.
Positif UPT tidak bermakna hamil jika:
Wanita yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon hCG seperti /Profasi, Pregnyl /atau/Novarel/ haruslah menunggu 7-14 hari selepas disuntik. Hormon yang disuntik itu tentunya akan diproses dan akan dikeluarkan semula melalui air kencing.
Jika mereka melakukan ujian UPT terlalu awal, hormon hCG yang dibekalkan melalui suntikan itu yang akan dikesan, bukannya yang dikeluarkan dari uri janin dalam rahem. Ujian UPT akan memberikan keputusan false positif, iaitu ujian itu menunjukkan keputusan positif, padahal wanita itu tidak hamil.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, dinasihatkan agar tunggulah sedikit masa. Tanyakan kepada doktor yang memberikan suntikan tentang ubat suntikan itu dan dosnya. Ini kerana ada ubat kesuburan yang mengandungi hormone hCG dan mengganggu ujian UPT, dan ada juga ubat kesuburan yang tidak memberi kesan pada ujian itu.
Untuk suntikan yang mengandungi hCG 10 000 mIU, harus menungu selama 14 hari, sementara suntikan yang mengandungi 5,000 IU, harus menunggu 10 hari dan bagi 2,500 IU harus menunggu 7 hari. Jadi janganlah terlalu ’/excited/’ dengan terus membuat ujian UPT apabila /missed period/.

Jika anda disahkan Hamil dan ingin mendapatkan Supplement Set Kehamilan yang terbaik, anda boleh terus klik link di bawah dan order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment