Thursday, April 23, 2015

Saya Menyusukan Anak Angkat Saya

Image result for penyusuan anak angkat
Bila terbaca kisah ini, ianya benar-benar menyentuh perasaan dan naluri keibuan hingga mengalirkan air mata. Ketabahan dan kegigihan seorang wanita untuk menyusukan bayi yang bukan anaknya sendiri. Tetapi akhirnya berkat usaha dan kegigihan ibu ini, akhirnya dia berjaya menyusukan bayi angkatnya. Jom kita jadikan inspirasi.

Saya Menyusukan Anak Angkat Saya

Bunyinya kedengaran pelik, tetapi sebenarnya tidak.
Selepas dua tahun mengalami keguguran dan gagal mengandung melalui kaedah persenyawaan tabung uji, sedangkan anak perempuan saya tidak sabar untuk mempunyai seorang adik dan kami sendiri inginkan seorang lagi anak, kami memulakan proses pengambilan anak angkat.

Memandangkan pengajian kami hampir tamat, kami pun mula mencari seorang bayi di Ontario, melalui Internet dan di Amerika Syarikat. Seminggu sebelum kami sepatutnya mendaftar, kakak ipar saya berjumpa dengan doktornya. Walaupun sedang mengandung, perutnya tidak kelihatan, dan dia bertanya kepada doktor bagaimana perkara itu boleh berlaku. Doktor memberitahu bahawa itu adalah perkara biasa. Dia sendiri mempunyai seorang pesakit yang sedang mengandung 36 minggu tetapi tiada siapa yang perasan. Doktor ini seterusnya memberitahu bahawa wanita muda ini sedang mencari seseorang untuk mengambil bayinya sebagai anak angkat.

Kakak ipar saya menghubungi saya dan kami berdua menangis di telefon. Selepas mengalami keguguran selama beberapa tahun, saya merasakan bahawa hidup saya yang malap dan sunyi akan ceria kembali. Saya berjumpa dengan doktor tersebut dan memberikannya “surat kelahiran” kami, iaitu surat kepada ibu-ibu kandung menyatakan siapa kami dan mengapa keluarga kami sesuai menjadi keluarga angkat kepada bayi mereka. Doktor tersebut mengemukakan beberapa pucuk surat kelahiran kepada wanita itu. Dia memilih kami dan kami mengaturkan satu pertemuan. Kami berjumpa di pejabat peguam dan berbual-bual panjang dengan mesra. Kami bercerita mengenai impian masing-masing – dia dengan pengajiannya di universiti dan kami dengan impian untuk mempunyai seorang lagi anak. Kami berterus terang mengenai keinginan kami untuk mengambil anak angkat.

Kami semua menunggu kelahiran bayi itu. Penantian selama 2 minggu menjadi 4 minggu. Tempoh 4 minggu ini ialah apa yang saya perlu untuk merangsang pengeluaran susu. Sebaik sahaja mendapat tahu bahawa kami boleh mengambil bayi ini, saya telah menghubungi pakar laktasi, Dr. Jack Newman. Dia menasihatkan saya supaya mengepam buah dada saya setiap 3 jam dengan pam elektrik. Ia adalah kaedah yang baik untuk melambatkan pergerakan saya dan merangsang naluri keibuan seperti seorang yang mengandung 9 bulan. 

Dr. Newman memberikan ubat yang dipanggil domperidone, iaitu sejenis ubat yang mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan kebocoran buah dada. Selepas 10 hari, saya dapat merasa beberapa titik cecair keluar dan selama beberapa hari dapat melihat cecair yang berharga itu. Saya menghasilkan satu sudu susu dari kedua-dua belah buah dada sebelum bayi itu lahir.

Ibu kandung bayi itu tegar dengan keputusannya untuk memberikan anaknya. Memandangkan dia tidak mahu bayi itu berada di bilik kanak-kanak seorang diri selepas dilahirkan, dia mahu kami berada di hospital sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. Saya dan suami menunggu dengan bapa wanita itu di bilik menunggu, sementara ibunya berulang-alik ke bilik bersalin. Apabila bayi itu dilahirkan, kami dipanggil ke bilik bersalin. Nenek kandung bayi itu meletakkan anak kecil itu di pangkuan saya dan doktor membawa kami ke bilik kami di hospital tersebut. Saya lantas menyuakan buah dada saya kepada bayi itu dan dia menyusu sepanjang malam. Kegembiraan saya tidak tergambar pada waktu itu. Keesokan harinya, kami semua meluangkan masa bersama – bayi itu, ibu kandungnya, neneknya, anak perempuan saya, suami dan saya sendiri. Kemudian ibu kandung bayi itu membenarkan kami pulang untuk memulakan proses ikatan.

Pada mulanya, kadar pertambahan berat badan bayi itu agak perlahan. Dr. Newman dan jururawatnya menggalakkan saya untuk mengkompres (mengepam menggunakan tangan) buah dada saya semasa menyusukan. Ini membolehkan susu keluar dengan lebih cepat. Kami mencuba 6 jenis teh herba yang dikatakan boleh membantu pengeluaran susu dan susu saya bertambah dua kali ganda. Pada lawatan seterusnya, mereka menyuruh saya mencuba kapsul biji benih Fenugreek yang mana seperti domperidone juga menambah pengeluaran susu. Susu saya bertambah dua kali ganda lagi, dan berat badan bayi saya bertambah dengan cepat dan dia terus membesar.

Saya berharap saya boleh menyusukan bayi saya tanpa bantuan susu tepung, tetapi saya tidak boleh membiarkan dia kelaparan demi memuaskan hati saya. Dr. Newman dan pembantu-pembantunya yang baik hati menunjukkan kepada saya bagaimana mendapatkan lebih susu melalui cara perubatan, penggunaan herba dan secara manual. Mereka benar-benar memberikan sokongan terhadap penyusuan bayi secara amnya serta penyusuan anak angkat.

Kaedah yang dikenali sebagai “penyusuan basah” ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia dianggap suatu pekerjaan yang mulia bagi seorang wanita hingga pertengahan abad yang lepas. Ibu susu ialah wanita yang menyusukan anak orang lain. Menyusukan anak angkat tidak sama dengan penyusuan basah kerana wanita seperti saya menyusukan bayi yang merupakan anak kami sendiri dari segi perundangan dan juga emosi, dan bukannya sekadar suatu tugas. Walaupun penyusuan basah tidak banyak dipraktikkan di Amerika Utara pada hari ini, ia memainkan peranan yang penting bagi wanita dan kanak-kanak di negara-negara yang dilanda bencana alam dan peperangan.
Terdapat ramai wanita yang tidak boleh atau memilih untuk tidak menyusukan, dan bayi mereka masih membesar dengan sihat. Penyusuan bukanlah satu-satunya cara untuk membentuk ikatan, tetapi ia merupakan satu cara untuk saya membentuk keakraban dari segi fizikal dengan anak angkat saya.

Selepas 12 bulan, saya masih lagi menyusukan anak saya, dan ia akan berterusan selama beberapa waktu, walaupun saya terpaksa kerap mengambil pil dan teh herba.
Penyusuan tidak dapat mengubah hakikat bahawa anak saya telah kehilangan keluarga kandungnya. Tetapi kami percaya bahawa dengan bersikap terbuka dan dengan memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepadanya, anak angkat kami akan berjaya melalui suka duka kehidupannya.

RAWATAN PERMULAAN DAN RAWATAN HARIAN: 
Inilah cara rawatan sebenar yang saya ikuti. Ianya bukan untuk mereka yang lemah semangat dan tiada jaminan bahawa ianya berkesan bagi setiap orang. Saya benar-benar berharap saya mempunyai panduan untuk diikuti semasa saya mula-mula menjalaninya supaya saya tidak berasa begitu khuatir. Sila hantarkan maklumbalas mengenai pengalaman dan pendapat anda berhubung perkara berikut:

PENGEPAMAN: 
Selama 4 minggu saya menggunakan pam elektrik setiap 3 jam selama 20 minit setiap kali. Saya bahagikan setiap sesi kepada 6-7 minit pusingan dengan pengepaman rendah, sederhana dan kemudian tinggi. Saya tidak mengepam pada waktu malam, tetapi saya melakukannya hingga pukul 11.00 malam, iaitu ia bermakna saya mengepam sebanyak 5-6 kali sehari.

UBAT: 
Saya mulakan dengan mengambil ubat yang dipanggil “domperidone maleate” yang ditentukan oleh pakar kesuburan pada 30mg/hari. Pakar laktasi pula menaikkan dos kepada 80mg/hari. Ubat ini adalah dalam bentuk pil 10mg.

TEH HERBA: 
Komfrei, rasberi, jelatang, klover merah, daun alfalfa dan adas. Saya masih lagi mengambil 6 cawan teh setiap hari, setiap jenis herba, ditambah dengan satu uncang teh fenugreek.

KAPSUL HERBA: 
Kapsul Blessed Thistle dan Fenugreek. Fenugreek,  seperti juga domperidone, mudah dihadam dan ia juga menambah penghasilan susu.

RAWATAN HARIAN:  
Saya mengambil pil/herba berikut empat kali sehari dengan secawan teh dan kemudian secawan lagi teh pada masa di antaranya (jumlah teh 6-7/hari)

Rawatan pil 4 x sehari pada pukul 7:30 pagi /11:30 pagi / 3:00 petang / 7:30 petang
1) 2 x Domperidone - (jumlah 20 mg)
2) 2 x Kapsul Fenugreek - (jumlah 1410 mg)
3) 2 x Blessed Thistle - (jumlah 870 mg)
4) 1 cawan teh dengan 2 uncang, Fenugreek campur salah satu daripada 6 herba di atas
5) dan secawan teh lagi seperti di atas selang di antara pil
6) Saya sering mengepam menggunakan tangan semasa menyusukan (terutamanya dalam masa 6 minggu yang pertama).


Saya mempunyai cukup susu walaupun tidak sebanyak seperti semasa anak perempuan saya dilahirkan. Sewaktu menyusukannya, saya sering mengalami percikan dan kebocoran. Sekarang, kadang kala saya mengalami kebocoran, tetapi tiada lagi percikan. Kadang kala apabila bayi saya terlalu lapar, saya merasakan saya tidak punya susu yang cukup, tetapi itu ialah perkara biasa bagi ibu-ibu yang menyusukan.

Yang tersebut di atas adalah jadual dan cara rawatan saya sekarang. Saya tidak tahu berapa ramai wanita yag berminat dengan kaedah yang memenatkan ini kerana anda terpaksa kerap memeriksa diri dan terpaksa mengambil pelbagai jenis makanan, pil dan teh. Kadang kala hingga sekarang pun jika susu saya berkurangan, saya terpaksa menambah pengambilan teh sebanyakk tiga kali ganda atau menambah jumlah kapsul fenugreek. Saya faham dan selesa deengan keadaan badan saya, jadi ianya tidaklah terlalu sukar, tetapi bagi sesetengah wanita, ia mungkin  terlalu membebankan.
Badan kita memang menakjubkan kerana ia sangat responsif terhadap persekitarannya. Saya merasakan bahawa kami memang ditakdirkan untuk mengambil anak angkat. Kami sungguh  bertuah kerana mendapat seeorang anak sepertinya.
sumber:www.ehomemakers.net 

Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda. 
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  



0 comments:

Post a Comment