Hari Jumaat kita disunatkan untuk memotong kuku. Sedang saya memotong kuku tangan anak lelaki saya minta saya potongkan kuku tangannya sekali. Selesai memotong kuku anak saya ajukan satu soalan "ummi pasaipa kuku tangan abg miyun cepat panjang dari kuku kaki?
Pernahkah anda tertanya kenapa ini berlaku?
Anda sebenarnya tak keseorangan. Soalan yang sama pernah bermain di
fikiran saya. Dan juga Dr William Bean, ahli fizik di Walter Reed Army
Medical Center, Amerika Syarikat. Beliau mula mengkaji perkara ini pada
umurnya 32 tahun.
Mulanya, dia calarkan sedikit kukunya di bahagian “cuticle” pada
setiap awal bulan. Dan beliau lakukannya secara konsisten selama 20
tahun. Semata-mata kerana ingin melihat pertumbuhan kukunya. Wow.
Bukan itu saja. Untuk kajian lebih tepat, dia juga sanggup buat tatu di pangkal kukunya. Hasilnya, beliau dapati kuku beliau semakin lama semakin lambat
tumbuh. Sehinggakan kukunya tumbuh lewat sebulan berbanding pada
tahun-tahun awal kajiannya.
Jadi, beliau simpulkan, pertumbuhan kuku berkait rapat dengan aliran
darah dan kadar metabolisma badan. Semakin anda tua, semakin perlahan
peredaran darah dan kadar metabolisma badan. Maka, semakin perlahanlah
kuku anda untuk tumbuh.
Patutlah kuku anak lebih cepat panjang dari saya. Dan lebih kerap saya memotong kukunya berbanding kuku saya sendiri.
Selain itu, para penyelidik juga mendapati sesuatu. Sekiranya anda
kidal, maka kuku jari kiri anda lebih cepat panjang berbanding kuku jari
kanan. Begitu jugalah sebaliknya untuk mereka yang tidak kidal.
Jadi, penyelidik pun simpulkanlah beberapa jawapan kepada persoalan asal kita tadi.
1) Oleh kerana jari tangan lebih dekat dengan jantung berbanding jari
kaki, maka peredaran darah lebih banyak di tangan berbanding kaki.
Jadi, lagi cepatlah kuku jari tangan menjadi panjang berbanding kuku
jari kaki.
2) Oleh kerana kita lebih banyak gerakkan jari tangan daripada jari
kaki, maka kuku jari tangan jadi lebih cepat panjang berbanding kuku
jari kaki. Tambah lagi pula zaman gajet. Jari tangan lagilah asyik menaip saja kan.
Tahukah Anda?
Kuku
jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding
kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan. Ini bermakna, kuku
tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya
menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara
12-18 bulan.
Lepas ni kalau anak anda tanya soalan sama, kongsikan saja jawapan di atas.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/Whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment