Saya mempunyai dua orang bapa saudara yang kedua-duanya meninggal dunia akibat serangan jantung. Dan berita kematian ini sangat menyedihkan terutama buat Pakndak saya kerana hanya tinggal 2 hari lagi sebelum umat islam menyambut Hari Raya. Serangan jantung ni berlaku ketika Pakndak saya memandu kereta hendak pulang kerumah selepas waktu kerja. Manakala Pakteh saya pula diserang sakit jantung semasa bercuti di kampung.
Masalah jantung
tidak dapat dikesan selain dengan melakukan pemeriksaan berkala. Masalah
jantung mungkin boleh memberi amaran seperti selalu sesak nafas,
bengkak kaki ataupun jantung berdebar-debar, namun dalam kebanyakan masa
serangan jantung boleh menyerang dengan tiba-tiba dan mungkin boleh
menjadi penyebab kita ‘ke sana’.
Ujian tahap kesihatan jantung.
Orang yang menjalani ujian ini akan dipasangkan ke mesin ECG dan
perlu berlari di atas threadmill selama 10 minit dengan kelajuan
berbeza. Mesin ECG akan merekod keadaan jantung semasa tekanan
diberikan.
Untuk yang tidak boleh berlari, adenosine atau dobutamin akan
diberikan kerana kedua-dua bahan ini memberi kesan yang sama seperti
bersenam.
Mungkin terdapat klinik atau hospital swasta yang menyediakan khidmat
ini kepada sesiapa sahaja. Untuk hospital kerajaan pula, setahu saya
seseorang akan dirujuk untuk melakukan ujian ini sekiranya disyaki
mempunyai masalah jantung.
Kita perlu sayangi jantung dan
jaga kesihatannya. Kita pun tentu tak mahu kan, ucapkan selamat tinggal dunia dalam
keadaan tak bersedia? Sebelum kita disahkan penghidap penyakit jantung, jangan kita
benarkan dia mendekati kita.
4 Langkah pencegahan untuk elakkan penyakit jantung
Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan penyakit
jantung. Langkah ini sepatutnya mudah saja, namun dalam keadaan kita
sekarang saya kurang pasti kalau kita ada kekuatan dan boleh komited.
1. Berhenti merokok dan jauhi rokok bagi yang belum mencuba.
Sekali hisapan rokok boleh memusnahkan 1 kumpulan alveoli. Bayangkan
kalau dah merokok lama, dan bayangkan juga ahli keluarga kita atau orang
sekeliling yang tidak merokok tapi terpaksa terima padah kerana asap
rokok kita, malahan kesan kepada mereka adalah lebih buruk.
Perokok-perokok ini kebanyakannya lelakilah, walaupun wanita tak
terkecuali. Kadang-kadang nak menitik air mata bila makan di kedai dan
ada orang merokok tanpa pedulikan kanak-kanak disekeliling, malah boleh
pula merokok depan anak-anak dia.
Cukuplah awak sorang dapat kesan buruknya. Jangan libatkan orang lain. Saya tahu ramai isteri yang tak setuju dan balik-balik menegur suami. Mungkin dah fed-up, maka isteri diam diri sahaja. Jangan risau isteri kerana ada cara yang mudah untuk ‘paksa’ suami berhenti merokok. Memang terpaksa berhenti.
2. Jaga pemakanan
Amalkan makan pelbagai jenis makanan, namun lebihkan yang berserat
dan banyakkan minum air masak. Makanan berkolesterol dan berlemak tu
tolak jauh-jauh.
Namun, agak sukar juga kan? Sebab kita sekarang sibuk, tiada masa
sediakan makanan. Paling senang, makanan segera. Murah pun murah, cepat
pun cepat.
Ataupun, kita makan di kedai makan biasa, tapi biasanya tukang masak
akan campur perasa tambahan untuk menambahkan selera atau masakan
disediakan terlebih lemak. Tak dapat juga jaga kesihatan.
3. Bersenam secukupnya
Pakar mencadangkan untuk mengekalkan kesihatan, seseorang memerlukan
senaman ringan dalam 20-30minit 3 kali seminggu. Namun mungkin susah
juga kalau sibuk bekerja kan? Jadi apa kata, parking lebih jauh daripada
tempat kerja lepas tu berjalan lah.
Tapi, saya percaya memang agak susahkan? Sebab saya sendiri pun,
kalau boleh nak park kereta betul-betul depan pintu ofis. Namun, demi
kesihatan kita, harapnya dapat buat sesuatu.
4. Rehat secukupnya.
Rehat yang cukup sebenarnya sangat subjektif. Ia bergantung kepada
diri seseorang individu. Namun rata-rata memerlukan 6-8jam tidur untuk
mendapatkan rehat secukupnya.
Namun, dalam keadaan dunia sekarang dengan masalah ekonomi, mungkin
ramai yang terpaksa bekerja siang malam untuk mencukupkan perbelanjaan
keluarga. Hakikatnya, tanpa tidur yang cukup jantung terpaksa melakukan
kerja dengan lebih kuat.
Cukuplah 4 langkah yang saya bagi, tapi kita tetap mempunyai banyak alasan untuk tidak melakukannya.
Jadi, apa yang terbaik untuk jantung?
Jika anda rasa susahnya nak melakukan 4 langkah diatas, izinkan saya mencadangkan suplemen terbaik untuk jantung, iaitu
Vivix
Vivix merupakan ramuan anti penuaan pertama di dunia yang merawat tubuh dari peringkat sel. Vivix membantu menghasilkan sel yang baik dan sudah tentu berfungsi dengan lebih baik.
Perlukah Anda mengambil Vivix ini?
Tiada masalah jika tak mahu makan suplemen jika anda boleh jaga 4
perkara yang kita dan bincang kat atas. Nenek moyang kita dulu pun tak
makan supelemen, umur panjang je.
Sebab saya tahu, saya sendiri pun sukarnya nak betul-betul disiplin tapi saya dan suami tidak merokok ye. Sebab itu saya cadangkan makanan tambahan untuk membantu mencukupkan nutrisi harian kita.
Jika anda fikir anda masih muda tak tak perlukan semua ini, saya minta anda fikirlah sekali lagi. Dengan gaya hidup yang dah berubah, risiko untuk mendapat penyakit bila-bila saja. Sebelum dapat penyakit, mari kita elakkan awal-awal.
Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
AtauSelamat Membeli belah bersama Shaklee!
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment