Friday, March 18, 2016

Penyakit Tiroid Dan Kesannya Kepada Anda.

Hari ni saya terpanggil untuk menulis tentang thyroid sebab ada  sorang customer saya suaminya mengalami masalah thyroid.

Apa itu Tiroid?


Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 
Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 

Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. 

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.
  • TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. 
  • TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. 
  • TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. 
  • Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid

Antara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
  • Perempuan
  • Genetik 
  • Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain 
  • Usia lebih 60 tahun 
  • Merokok

Jenis penyakit thyroid

Ada 2 jenis sakit thyroid yang utama : 

1.Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave’s disease. 
Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan. Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya. Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar 
  • bad mood
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang) 
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. 
  • Kulit lembap 
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut rontok
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik 
  • Lemah 
2.Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism 
  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman, 
  • Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet. 
  • Kemurungan atau kegelisahan 
  • Cepat berasa letih 
  • Faktor Genetik
  •  Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period 
  • Masalah sembelit yang teruk 
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. 
  • Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping 
  • Sakit otot dan sendi. 
  • Masalah capal dan tendonitis.

Cara rawatan

Pesakit hipotiroidisme lebih mudah dirawat tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat mungkin perlu diubah secara berkala bergantung kepada paras hormon tiroid dalam badan.

Pesakit hipertiroidisme pula perlu diberikan iodin beradioaktif untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid yang terlebih itu. Pembedahan juga adalah alternatif kepada rawatan hiper ini.

jika anda ibu menyusu & mempunyai masalah tiroid samaada hypertiroid atau hypotiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda

Suplemen Shaklee berikut boleh diambil:

Untuk hipertiroidisme: 
  • Vivix - ni boleh perbaiki sehingga ke tahap DNA dan sel tubuh.
  • B Complex -untuk memperbaiki sistem imun dan kelenjar tiroid.
  • Vitalea-untuk memperbaiki keadaan metabolik yang hiper
  • Omega Guard-untuk menjana fungsi kelenjar yang betul disamping mengurangkan bengkak kelenjar yang dialami.
Bagi mendapatkan Set  hipertiroidisme anda boleh klik link di bawah dan terus order!!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6

Untuk hipotiroidisme: 
  • Vivix ni boleh perbaiki sehingga ke tahap DNA dan sel tubuh. 
  • Vita E meningkatkan anti oksida di dalam tubuh (penghidap hipotiroidisme) mengalami tahap antioksidan yang rendah (anti oksidan penting untuk tubuh melawan radikal bebas). 
  • Vita C untuk menguatkan imun badan dan mengurangkan stress. 
  • Ostematrix untuk mengurangkan kebas-kebas, menggalakkan tidur lena dan selesa, mengatasi sembelit dan mengurangkan stress.
Bagi mendapatkan Set  hipotiroidisme anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
  
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Alhamdulillah tiada apa yang lebih menggembirakan daripada ahli keluarga kita sihat kan. Amalkanlah produk semulajadi dan selamat.

Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

#blogvivix2016
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive