Tuesday, November 3, 2015

Anda Sakit Belakang, Adakah Angkara "Slipped Disc"?

Seorang sahabat saya memberitahu dia mengalami sakit dibahagian belakang disekitar pinggangnya. Katanya lagi dia mengalami masalah "slipped disc". Bagi mengatasi masalah kesakitan nya dia telah menjalani pembedahan.

Sebenarnya saya pun tak berapa nak faham masalah penyakit tu dan apa puncanya. Tapi yang merisaukan saya ialah saya sendiri dah lama mempunyai masalah seperti yang diceritakan oleh sahabat saya tu. Disaat saya menulis blog ini kesakitan di bahagian sekitar pinggang saya terasa berdenyut2. Jadi saya pun tanya Encik Google, jap jer Encik Google ni bagi  artikel yang sangat bagus untuk saya sendiri pelajari dan suka untuk saya kongsikan bersama dengan anda semua.

APA ITU ‘SLIPPED DISC’?

back_slip_disc
Tulang belakang kita terdiri dari 26 tulang (vertebra ) yang ditampung oleh cakera . Cakera atau disc ini melindungi tulang dengan menyerap kejutan atau hentakan daripada aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing . Dalam kata mudah, ianya seperti kusyen yang menyerap hentakan dan mengelakkan dari kecederaan.

Setiap cakera mempunyai dua bahagian iaitu, bahagian dalaman yang lembut seperti agar-agar dan bahagian luar yang keras. Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar. Inilah yang dikenali sebagai ‘slipped disc’ atau ‘herniated dics’. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. 
Jika cakera ini menekan salah satu saraf tulang belakang, anda mungkin mengalami rasa kebas dan sakit di sepanjang saraf tersebut. Dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau memulihkan ‘slipped disc’ tersebut.
SLIP DISC                               

Punca berlaku Slip Disc

Di bawah ni saya kongsikan beberapa punca berlakunya Slip Disc. Jadi, kita boleh pantau  diri kita dan insan tersayang  untuk jauhi punca ini bagi mengelakkan terkena Slip Disc.

1. Angkat benda berat dan besar

Jika kita melakukan satu-satu pekerjaan, kita mesti menitikberatkan posisi kita semasa mengangkat benda yang berat dan besar. Contohnya ketika sedang berpusing atau ketika mengangkat dan mengalihkan objek berat. Apabila kita mengangkat objek berat dan besar, kita meletakkan satu tekanan atau beban pada tulang belakang kita dan ini boleh menyebabkan kecederaan.

cara angkat benda berat
cara angkat benda berat yang betul

2. Berat Badan Berlebihan

Tulang belakang menyokong berat badan kita. Cakera secara khususnya sememangnya akan terkesan seandainya berat badan berlebihan. Jadi, kena jaga berat badan kita supaya berada dalam berat yang ideal.

Terlebih berat badan

3. Usia 35 hingga 45 tahun

Cakera kita akan alami kekurangan bendalir perlindungan apabila usia meningkat. Terutamanya mereka yang berusia antara 35 hingga 45 tahun. Slip Disc lebih kerap dan mudah berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita.

4. Aktiviti Lasak

Mereka yang sering terlibat dengan aktiviti lasak atau mempunyai pekerjaan yang sangat mencabar kekuatan fizikal juga mungkin berisiko tinggi untuk mendapat ‘slipped disc’.

APAKAH SIMPTOM ‘SLIPPED DICS’?

slip disc 6

Simptom slipped disc termasuk : 
  • kesakitan dan kebas, paling biasa pada satu bahagian badan
  • kesakitan yang meliputi lengan dan / atau kaki
  • kesakitan yang lebih teruk pada waktu malam
  • sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
  • sakit apabila berjalan jarak dekat
  • kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
  • kesemutan, sakit , atau radang di kawasan yang terjejas

CARA MENCEGAH ‘SLIPPED DICS’

Berikut adalah perkara yang boleh diamalkan untuk mencegah kecederaan tulang belakang:
  • Senaman yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot.
  • Senaman tulang belakang dibahagian yang lebih rendah terutamanya adalah penting untuk mengelakkan kecederaan berulang kembali .
  • Gunakan teknik yang betul semasa melakukan senaman berat dan kerja berat, termasuk mengangkat dan mengalihkan barang.
  • Elakkan mengangkat berat sambil berbongkok dan berpusing secara serentak. Penggunaan pendakap tulang belakang atau korset semasa mengangkat berat adalah dinasihatkan. Ini penting bagi memastikan tubuh dan tulang belakang kita berada dalam posisi yang betul semasa mengangkat barang. Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang betul.   

    slip disc 7 

slip disc 3 slip disc 5   
slip disc 4

CARA RAWATAN YANG SESUAI?

  1. Rawatan Thermal – bertujuan untuk mengurangkan sakit
  2. Steroid – suntikan steroid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa
  3. Fisioterapi –  Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.
  4. Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang

Supplement Vivix  Shaklee Membantu Masalah Slip Disc  

Vivix adalah ramuan botanikal semulajadi dari:
  • Anggur muscadine
  • Elderberry Eropah
  • Lobak ungu
  • Knotweed Jepun
Vivix mengandungi resveratrol beberapa lagi gabungan polifenol lain, antara yang terbaik dalam membantu meningkatkan kesihatan pada tahap sel.Terdapat dalam kajian di luar negara yang dibuat ke atas tikus, mendapati bahawa, resveratrol mampu memberikan kesan anti-inflammation @“pain-killer” hampir sama seperti morphine, sejenis dadah yang biasa digunakan untuk merawat kesakitan yang dialami pesakit kronik.

Saintis-saintis mengkaji kehadiran resveratrol ini banyak terdapat dalam wine merah kerana pada kulit anggur mengandungi resveratrol.

Selain membantu atasi kesakitan, resveratrol juga didapati terbaik dalam ant-aging atau melambatkan proses penuaan.

Berbanding pengambilan painkiller dari dadah, Vivix adalah pilihan yang lebih baik,selamat digunakan terutama untuk kesan jangka panjang.

Apa Kata Pengguna Vivix  Dalam Membantu Atasi Slipped Disc?





Ketahui Maklumat lanjut Vivix di SINI 


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order   Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau  

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan 
dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive