Wednesday, November 4, 2015

Rahsia Awet Muda Cara Orang Dulu-Dulu.



Nak tahu kenapa orang kampung dahulu kulitnya mulus tak berjerawat, sihat tak banyak sakit dan panjang umur ? Rahsianya adalah mereka mengamalkan memakan ulam-ulaman termasuklah daun pegaga. Daun pegaga dijadikan ulam dan juga minum air rebus pegaga (jus pegaga). Masyarakat Melayu khususnya amat yakin pegaga berkhasiat untuk memanjangkan umur dan awet muda.

PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar. Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.  Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati

Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei

Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi dan ianya kaya dengan nutrien seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A, vitamin C, asid asiatik, kalsium, potsium, fosforus, beta karotin, tiamin, niasin, dan riboflavin..

Diantara khasiat pegaga adalah:

1. Serikan Wajah Anda. 
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

2. Kecutkan Peranakan 
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

3. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka  
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. 
Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

4. Mengubati Sakit Kepala 
Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

5.Mengubati penyakit sengal-sengal badan 
Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

6. Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid 
Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi. 

World Health Organization turut mengesahkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan  tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan  menolong badan dari bahan toksid.

Ternyata banyak khasiat pegaga di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguhpun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya. Selamat mencuba!

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive