Sunday, November 22, 2015

Psoriasis : Bagaimana saya menghadapinya?

Pengalaman seorang pesakit psoriasis iaitu Pn. Yusrinata. Bagaimana beliau mengawal psoriasis dan menghadapinya.

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri.

Ada yang tahu saya menghidap psoriasis. Namun ada juga yg belum tahu. Jadi, di sini saya nak buat pengumuman. Ya, saya seorang pesakit psoriasis. Menjadi pesakit psoriasis bukan mudah. Saya telah didiagnos pada tahun 2001. Masa itu, baru sahaja memulakan kuliah di UKM. Tetapi, rasanya sakit itu sudah saya dapat sejak dari matrikulasi lagi.

Semasa di matrikulasi, ada satu peta di pipi saya. Nasib baik saya ni bukan jenis penyegan sangat. Jadi saya buat tidak tahu sahaja bila ada yang asyik melihat peta di muka. Yang lebih mencabar, peta itu bukan satu warna. Ada 3 lingkaran warna padanya. Yang paling dalam berwarna kemerahan seperti terbakar. Ramai yang mengatakan ia panau. Saya hanya mengiyakannya. Malas nak layan.

Mak mana yang tidak risau dengan keadaan anaknya. Sudahla anak dara, muka tidak cantik pula. Dibawanya saya ke mana sahaja untuk mendapatkan rawatan. Sampai sekarang, masih juga bergitu niatnya. Tetapi disebabkan saya berdegil tidak mahu, dipendamkan sahaja hasrat hatinya itu. Bukan apa, bukan setakat ke klinik kulit, bahkan ke dukun mana, pawang mana tah dibawanya. Saya bukan tidak percaya pada alam ghaib. Tapi setiap kali berjumpa dengan 'doktor-doktor pakar' ni, diagnosis penyakit saya pasti berbeza!

Saya pernah berpantang selama satu semester di matrikulasi. Ia telah menyebabkan berat badan saya turun sebanyak 5kg. Syukur ia tidak mengganggu pembelajaran saya. Ya lah, saya hanya mendapat sumber protein dari sayuran dan karbohidrat dari nasi. Vitamin pula dari buah-buahan. Masa itu, manalah pikir cukupkah, tak cukupkan keperluan nutrisi dalam badan saya. Saya hanya fikir untuk cantikkan muka! hahahaha

Selepas mengenali Shaklee pada tahun 2008, keadaan psoriasis saya masih terkawal. Saya masih lagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Namun sejak dari 2001, rawatan yang  diberikan ialah lotion dan ointment dari steroid. Walaupun kita hanya apply sedikit sahaja pada badan, tapi kalau dah hari-hari letak, lama-kelamaan ia akan memudaratkan. Jadi sejak dari tahun lepas, saya sudah berhenti berjumpa doktor. Pada masa itu saya hanya menyapu lotion yang mengandungi Vitamin E pada badan saya.saya masih belum betul-betul mengamalkan Shaklee untuk keadaan psoriasis saya. Hanya selepas melahirkan Azrie pada tahun 2010. 

Kenapa selepas itu? Selepas melahirkan Azrie, keadaan kulit saya begitu teruk! Sesuai dengan keadaan yang baru melahirkan, hormon dalam badan macam roller coaster gamaknya. Dari atas ke bawah, depan ke belakang, keadaan kulit saya memang teruk. Nak menyusukan pun payah. Jadi, untuk mengurangkan rasa sakit, rasa ketidakselesaan, saya makan Nutriferon setiap hari. Biasanya saya ambil Nutriferon bila saya mengalami selsema teruk.  Alhamdulillah ada nampak kurang. Tapi ia tak bertahan. Sebabnya, psoriasis ialah penyakit auto-imun. Jadi, saya perlu buat pendekatan lain.

Antaranya ialah :
1. Saya cuba untuk kurangkan stress. Tidak terlalu memikir mengenai kesihatan saya. 
2. Memastikan diri saya sentiasa tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah
3. Minum air secukupnya.

Selain Nutrifeon, saya masih terus mengambil ESP. ESP mengandungi protein yang merupakan bahan asas dalam tubuh. Jadi yang basic jangan ditinggalkan. Bahan asas lain seperti VitaLea, Vit C dan Bcomplex masih tetap di ambil seperti biasa. Yang paling banyak ialah Vit C dan Bcomplex.

Vit C - mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas.
Bcomplex membantu untuk mengurangkan rasa stress dalam badan. Kadangkala, saya ambil 2 biji bagi membantu saya untuk lebih tenang.
Performance Drink - untuk mengekalkan hidrolit dalam badan. Kadang-kadang jenuh juga nak minum air banyak2. Kalau ingat, ok la. Kalau tak ingat. Jadi ini tugas PD! hehehe

Selain dari pemulihan dalaman, saya turut menggunakan Basic H sebagai mandian saya. Hee.. Kalau orang lain, hanya perlu 2-3 titis ke dalam baldi. Saya buat Basic H macam shampoo badan. Letak di tapak tangan dan lumur ke badan. Selepas mandi, lega sungguh rasanya. Basic H membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi.

Saya gunakan juga Herbal Cream. Produk ini saya belum ceritakan lagi dalam blog ni. Nanti saya akan update mengenai ia. Herbal Cream disapu pada bahagian kulit yang tak berapa comel tu. Nak bagi ia kurang kering. Sekarang, saya tambah GLA complex pula.

Alhamdulillah, atas usaha yang dibuat sedikit sebanyak membantu juga. Perlu diingat, psoriasis tidak dapat sembuh sepenuhnya. Tapi usaha ini adalah untuk membantu untuk mengawal dari ia berlaku lebih teruk. Ada penyakit berkait lain yang pesakit psoriasis akan dapat sekiranya ia mengawalnya seperti arthitis, heart problem dan multiple sclerosis.

Usaha akhir ialah bertawakal dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Saya menganggap penyakit ini adalah hadiah dariNya. Bahawa saya sentiasa dalam peliharaanNya. InsyaAllah. Alhamdulillah, suami juga tiada masalah mengenai ini.
 
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive