Showing posts with label Vitamin B-Complex. Show all posts
Showing posts with label Vitamin B-Complex. Show all posts

Wednesday, December 9, 2015

BAGAIMANA OTAK KITA BERFUNGSI


Tentu anda pernah anda tengok iklan susu Anmum? Alaaah yang pasal "lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku" tu. Sel-sel otak kita berhubung macamana, nak tau tak?

Sel-sel otak kita ni dia tak bersambung direct, antara sel-sel otak (dipanggil neuron) ada satu ruang namanya synapse. Di synapse ni lah berlakunya pemindahan neurotransmitter dari satu neuron ke neuron yang lain.
Macamana kalau neurotransmitter ni tak boleh nak lepasi synapse tu ke neuron-neuron lain? Maka ia jadilah macam talian telefon atau internet terganggu. Haaa... kalau kita tengah bercakap di telefon tiba-tiba ada gangguan, sampai tak mesej kita kat orang sana? Tak kan? Dengar pun suara robot jer.

Macam tu lah bila ada gangguan terhadap aliran neurotransmitter kita. Bila sel otak tak berhubung, kita pun start lah jadi tak berapa betul.

Macamana nak pastikan aliran neurotransmitter kita lancar?
Mula-mula sekali kena istiqomah buat AMALAN ROHANI. kenapa? scientifically memanglah sistem badan kita ni berjalan sendiri tapi spritually, ada 'sesuatu' yg menjaga setiap milimiter badan kita. Ia adalah malaikat2 yg menjaga setiap degup jantung & aliran darah kita... nak taknak, kena buat amalan rohani barulah kita benar2 sihat.

Lepas tu, mesti bekalkan otak kita dengan nutrien! Makan bukan untuk perut jer tau tapi juga untuk otak! bukan makan Omega Guard jer kalau nak jaga otak tau. Antara Supplement penting yang perlu untuk menjaga kesihatan otak adalah:

1) Protein (ESP)
Protein membina neuron & neurotrnsmitter. ESP juga ada asid amino yg menjaga neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.

2) Vita-C 
Menjaga sel otak dari rosak. hehe. kalau otak rosak, ape nak jadi ni.

3) B Complex 
Menjaga kesihatan neurotransmitter

4) Lechitin
Mengandungi phosphatidylcholine yakni precursor utk neurotransmitter. dia bantu perpindahan neurotrasmitter ni dgn lebih mantap!

5) Omega Guard
Mengurangkan risiko otak mengecut. hehe, otak boleh kecut tau.

6) Performance Drink
Melancarkan lompatan neurotransmitter

Bila dah rasa otak macam weng2 sikit, cepat-cepat ambik produk-produk di atas (kalau belum), kalau dah,, boleh tambah dos. Mungkin kurang dos tu. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

Sunday, November 22, 2015

Psoriasis Penyakit Berjangkit Ke?

Masa saya belajar kat universiti dulu, saya ada seorang roomate yang menghidap sejenis penyakit kulit. Dia selalu menyikat rambutnya sebab gatal dan berkuping-kuping kelemumur yang keluar bersama dengan rambut. Saya yang tak tahu apa-apa pun tanya dia naper kelemumur dia lain macam sangat berkuping-kuping macam kulit yang mengelupas. Dia pun bagitau saya, yang ni bukan kelemumur tapi psoriasis. Terngaga saya apa tu???

Psoriasis sebenarnya adalah keadaan di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja. Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

psoriasis1

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. 

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Pesakit yang mengalami Psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu malahan mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Selain faktor genetik terdapat beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan:
  • Stress atau tekanan 
  • Jangkitan 
  • Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan 
  • Kecederaan pada kulit 
  • Cuaca 
  • Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol
Tips bagi pesakit psoriasis:
  1. Ubah tabiat pemakanan iaitu lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yang mengandungi carotenoid seperti tomato, mangga, lobak merah, dan sayuran hijau. 
  2. Tambah aktiviti senaman ke dalam jadual harian atau mingguan anda. 
  3. Elakkan tekanan. Tambahkan aaktiviti yang meningkatkan amalan kerohanian dan juga meningkatkan ketenangan diri. 
  4. Akupuntur. 
  5. Pengambilan suplemen yang bersesuaian.
Shaklee menyediakan suplemen kepada pesakit psoriasis, ianya ia bukanlah ubat, tetapi hanya suplemen yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Apakah set yang sesuai untuk penghidap psoriasis? Ini adalah sebagaimana cadangan Dr Weil dalam artikelnya Psoriasis:
 
1. Nutriferon untuk meningkatkan pertahanan badan seseorang.
2. Omega Guard bertindak sebagai terapi kepada penyakit autoimmune seperti SLE, psoriasis dan lain-lain.
3. GLA untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit. GLA juga terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah pada pesakit ekzema, psoriasis dan chronic inflammation. Ia juga dapat membantu memberikan kesihatan kepada kulit dan rambut.
4. Vita E untuk menentang radikal bebas yang merosakkan sel badan. Membantu memudarkan parut akibat psoriasis.
5. B Complex untuk anti stress
6. Vivix untuk memperbaiki sehingga ke tahap DNA badan yang telah rosak akibat daripada radikal bebas. 

Testimoni psoriasis – tiada lagi gatal dan kurang kulit kemerahan 

Testimoni psoriasis tiada lagi kulit bersisik
Saya nak kongsikan pengalaman seorang pesakit psoriasis iaitu Pn. Yusrinata. Bagaimana beliau mengawal psoriasis dan menghadapinya. Untuk Ketahuinya boleh baca di SINI. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

Monday, March 30, 2015

Kenapa Ibu Hamil Perlu Ambil Asid Folic?


Ramai wanita hamil tidak menyedari kepentingan asid folik sebelum hamil sedangkan ianya sangat penting untuk pertumbuhan janin yang bakal dikandung.
Kebanyakan wanita mengetahui tentang kewujudan suplemen asid folic hanya selepas disahkan hamil. Padahal pil berkenaan sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil. 

Apa itu Asid Folic?
Asid folik atau kadangkala disebut folat ataupun B9 sangat diperlukan utk membina sel2 baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA baru dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak dalam sel.

Kepentingan Asid Folic?
1. Mengurangkan risiko  kecacatan saraf tunjang ( nueral tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk ( anecephaly/ encephalocele). Hal ini kerana, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi. 
Untuk makluman anda, anecephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

2. Ia juga dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan kelahiran pramatang, serta kekurangan darah ( anemia). 

3. Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan suplemen asid folik dapat mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Dalam pada itu, kajian telah menunjukka bahawa kecacatan2 ini boleh dikurangkan di antata 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga.

Bilakah Asid Folic Perlu diambil?
Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu
pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
 
SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki
 
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren,
jagung, labu dan lain-lain

Jika anda ingin mendapatkan Asid Folic pilihan yang tepat untuk adalah B-complex shaklee
Bagaimana memilih B-Complex yang baik?
  • Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release)
 
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/b-complex.html 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.
- See more at: http://happyhealthylifeshop.blogspot.com/2013/08/pentingnya-asid-folik-untuk-kesuburan.html#sthash.aMI2T6Sf.dpuf
Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.
- See more at: http://happyhealthylifeshop.blogspot.com/2013/08/pentingnya-asid-folik-untuk-kesuburan.html#sthash.aMI2T6Sf.dpufvvv
Share:

Thursday, January 15, 2015

Ulser Mulut Bayi

Ulser Yang Menyakitkan Dalam Mulut
Oleh Dr Mary Marret, Pakar Runding Pediatrik

Apabila anak anda menjerit kesakitan ketika minum jus, mungkin terdapat ulser di dalam mulutnya. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk melegakan kesakitannya?
Ulser mulut adalah kudis kecil berbentuk bulat atau bujur dalam mulut yang menyakitkan. Ulser boleh muncul pada sebelah dalam pipi atau bibir, hujung lidah, atau pada pangkal gusi.
 
Ulser mulut secara amnya tidak berbahaya, tetapi boleh mengganggu keselesaan kanak-kanak, lebih-lebih lagi apabila ia menyebabkan kesukaran untuk makan, minum, bercakap dan juga tidur. Bagi sesetengah kanak-kanak, ia sungguh menyakitkan sehingga mereka enggan makan, minum atau menggosok gigi. Sesetengah kanak-kanak lebih kerap mengalami ulser mulut berbanding kanak-kanak lain.
Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Ulser Mulut 
Ada kanak-kanak lebih mudah mendapat ulser mulut yang berulang-ulang. Masalah ini ada kalanya diwarisi dalam keluarga. Ulser mulut selalunya kecil (kurang daripada 1 sm) berwarna kelabu atau kuning, dengan garisan tepi yang kemerah-merahan.
 
Ia mungkin disebabkan oleh:
  • trauma seperti luka atau lelas akibat tergigit lidah secara tidak sengaja, 
  • menggosok gigi terlalu kuat, 
  • hujung gigi yang kasar
  • pengambilan makanan atau minuman yang sangat panas.  
  • berpunca daripada tekanan, contohnya semasa peperiksaan sekolah. 
  • Kekurangan vitamin dan mineral seperti zat besi, folat dan beberapa jenis vitamin B
  • jangkitan virus seperti penyakit tangan, kaki dan mulut, atau cacar air.Ulser jenis ini mungkin mempunyai kaitan dengan demam dan juga ruam pada bahagian tubuh yang lain.
Anak anda mungkin mengadu mulutnya rasa berdenyut-denyut atau pedih satu atau dua hari sebelum ulser kelihatan. 
 
Apa yang Boleh Anda Lakukan 
Ulser mulut cepat sembuh, biasanya dalam tempoh satu atau dua minggu tanpa sebarang rawatan. Namun, jika anak anda amat terganggu dengan kesakitannya yang pedih, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan anak anda dan mempercepat penyembuhan. 
 
Pilihan makanan 
• Elakkan daripada memberi anak anda makanan yang keras, besar potongannya, makanan atau minuman yang sangat panas, makanan masin atau pedas, atau yang berasid (seperti jus oren).
• Beri makanan yang lembut (seperti yogurt, kastard) yang tidak menambah kesakitan.
• Pastikan si manja anda minum banyak air.

Melegakan kesakitan 
• Biarkan dia menghisap ais.
• Sapu gel mulut untuk melegakan kesakitan pada bahagian yang berulser. 
 
Untuk mencepatkan penyembuhan 
• Pujuk si manja supaya berkumur dengan air garam
• Galakkan dia tidur lebih.
• Galakkan anak anda makan seperti biasa. 
 
Bila Anda Perlu Bawa Anak Berjumpa Doktor 
Kadangkala ulser yang banyak bilangannya atau ulser yang tidak sembuh mungkin menunjukkan petanda masalah tersembunyi, seperti jangkitan virus. Bawa anak anda berjumpa doktor jika terdapat tanda berikut:
 • Apabila ulser mulut bertambah besar atau dalam.
• Apabila terdapat banyak ulser; ini mungkin petanda penyakit tangan, kaki dan mulut atau jangkitan virus herpes (virus lepuh sejuk).
• Apabila ulser tidak sembuh selepas 2 minggu.
• Apabila terdapat pendarahan yang banyak.
• Apabila ulser disertakan dengan demam atau cirit-birit. 
• Apabila anak anda terlalu sukar makan atau minum.

Jika berminat Untuk mendapatkan Produk Shaklee Anda bolehlah hubungi saya:
SMS/whatapps: 013-4505852 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Share:

Monday, January 5, 2015

Dah ambil Mutivitamin Kenapa Perlu Vitamin C Dan B Complex lagi???

Jika anda lihat kandungan multivitamin, vitamin B dan C telah pun terkandung dalam multivitamin. Tetapi kenapa masih perlu ambil extra Vitamin C dan Vitamin B complex jika semuanya boleh didapati dari Multivitamin atau VitaLea.
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/vita-lea-iron-formula.html
Multivitamin yang lengkap mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Inilah pada asasnya diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bagaimanapun kehidupan seharian yang kini telah banyak mempengaruhi cara pemakanan kita telah membuatkan keperluan vitamin C dan B complex semakin menjadi perhatian umum.

Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C?
Jawapannya adalah ya. 

Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin C dan B complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?
Ini kerana kandungan vitamin C dan B complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai… hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.

Sesungguhnya vitamin C dan B complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin C dan B complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia. Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Vitamin C sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.

VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/sustained-release-vita-ctm-500-mg.html 

Sebab-sebab kemusnahan vitamin C
1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.
2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.
3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) – physikal dan mental.
4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

 Bagaimana pula dengan vitamin B complex?


http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/b-complex.html

Sebab-sebab kemusnahan vitamin B Complex
• jenis larut air – perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress – tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.

FUNGSI B-COMPLEX
• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

Jika kita lihat pada kuantiti yang dibekalkan di dalam sebiji multivitamin, vitamin C yang disertakan rata2 dalam lingkungan 100g sedangkan minima keperluan tubuh kita ialah 500mg sehari untuk seorang yang sihat. Begitu juga kuantiti yang disertakan untuk 8 kumpulan B yang membentuk B complex, tidak mencukupi dengan keperluan tubuh kita.

Ada juga persoalan yang timbul….Bagaimana jika saya meningkatkan dos pengambilan multivitamin saya? Adakah ianya memadai? 
Jawapannya tidak kerana ini hanya akan meningkatkan pengambilan vitamin dan garam mineral lain yang mana ianya hanya akan disingkirkan oleh badan apabila melebihi dari keperluan yang sepatutnya. Ini boleh merugikan kos apa yang kita bayar.

Ingin juga saya selitkan tiada istilah pengambilan terlebih atau excessive dalam pengambilan supplement kecuali untuk vitamin A (atau lebih dikenali Beta Carotene) dan Vitamin E kerana kebanyakkan vitamin selain ini akan disingkirkan dalam sistem perkumuhan apabila tidak diperlukan oleh tubuh badan.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/ What apps: 013-4505852 



Share:

Tuesday, November 18, 2014

Perbezaan Lupa Dan Nyanyuk


DIMENTIA/Nyanyuk adalah sebahagian daripada proses penuaan. Setiap individu yang memasuki usia 20 tahun mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut. Lebih cepat sel-sel otak mati, maka lebih tinggi risiko mendedahkan seseorang kepada dimentia.  
 
LUPA dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa pula adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. 
Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya," kata Prof. Madya Dr. Raymond mengenai perbezaan antara keduanya bagi mengelakkan kekeliruan antara kedua-dua istilah ini.

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.

Dalam istilah perubatan dan psikologi, lupa juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Lupa paling kerap dialami individu ialah:

1. Lupa secara spontan
Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai.

2. Sindrom otak pasca traumatik
Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya.

3. Sindrom otak organik
Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak.

 
TANDA-TANDA 


1. Hilang daya ingatan/lupa 

Pesakit tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa yang baru berlaku (lost of recent memory). Contohnya seperti lupa menu sarapan pagi yang dimakannya dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka masih ingat peristiwa atau perkara lama seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya. Namun, ingatan ini juga lama-kelamaan akan hilang dari ingatannya.

2. Fungsi otak merosot


Kemudian satu persatu fungsi otak merosot menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan lemah di kaki, daya makan dan menelan turut terganggu. Pesakit juga tidak mampu lagi mengawal pundi kencing dan pembuangan air besar menyebabkan mereka membuang air di merata-rata tempat. Pengeluaran najis juga tidak dapat dikawal dan keluar tanpa pengetahuan pesakit.

3. Hilang rasa malu


Pesakit juga tidak merasa malu berbogel di khalayak ramai atau di kalangan ahli keluarga. Mereka juga tidak segan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh atau berbincang mengenai topik-topik yang memalukan.

4. Hilang kebolehan asas


Mereka juga mula hilang pengetahuan asas seperti mengira, pengetahuan am lain seperti tidak dapat mengenali ahli keluarga yang biasa dilihat atau selalu dilihatnya seperti anak, cucu dan saudara mara lain.

Percakapan juga menjadi semakin sukar dan tahap kefahaman juga amat lemah. Ini adalah sebahagian tanda-tanda nyanyuk di peringkat yang teruk. "Tanda-tanda sama ada seseorang individu itu mengalami dimentia atau hanya penyakit lupa yang biasa dapat dikesan melalui ujian psikologi yang dilakukan. Pesakit akan menjalani ujian fungsi korteks yang diseragamkan di seluruh dunia seperti mengatur kiub, ujian ingatan dan pemeriksaan mata. Pada peringkat awal, doktor akan menjalankan ujian tahap kecerdasan otak.

Ujian scan otak (CT) boleh mengenalpasti sama ada otak mula mengecut atau sebaliknya. Ujian EEG juga kadangkala dilakukan bagi merakam gelombang otak. Gelombang otak yang hilang menunjukkan tanda-tanda dimentia. Tahap vitamin B12 dalam darah juga diukur. Jika ia kurang, maka pesakit akan diberikan suntikan yang mengandungi vitamin ini agar mereka boleh mengingat semula.

PEMAKANAN UNTUK OTAK SIHAT
SEJUMLAH 5 hingga 15% individu berusia melampaui 65 tahun mengalami kekurangan vitamin B12 yang penting untuk otak. Kekurangan ini kerap ditemui dikalangan pengamal yang hanya makan sayur-sayuran sahaja. 

Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami membantu melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah merah di dalam tulang sum sum. 

Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan dengan kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh diatasi dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi menggalakkan penghasilan faktor anemia yang boleh menggalakkan proses penyerapan.

Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma tertentu dan dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur, keju dan bahan bijirin.

RAWATAN 
  
Bagi mengatasi masalah nyanyuk bergantung kepada punca terjadinya nyanyuk. Biasanya nyanyuk yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 boleh diatasi dengan pemberian vitamin ini. Bagaimanapun, ia hanya boleh diberi melalui suntikan memandangkan dos yang terdapat pada vitamin tambahan atau makanan tidak mencukupi untuk keperluan pesakit.

Begitu juga dengan nyanyuk akibat kekurangan hormon tiroid dan jangkitan otak boleh disembuhkan melalui rawatan memulihkan penyakit ini melalui pemberian hormon dan pembedahan otak. Bagaimanapun, punca nyanyuk akibat strok atau alzheimer tidak boleh disembuhkan dan pesakit terpaksa menghadapinya seumur hidup. Setakat ini belum ada lagi ubat untuk menyembuhkan nyanyuk. Sejenis ubat yang dikenali sebagai Tacrine digunakan bagi menghasilkan sejenis kimia dalam otak dikenali sebagai acetyl choline. Namun penggunaannya tidak begitu digalakkan.

Jika anda inginkan Supplement B-complex yang terbaik Shaklee adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Bagaimana memilih B-Complex yang baik?

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release) 
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sumber : Majalah SERI DEWI & KELUARGA

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels