Showing posts with label Omega Guard Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard Shaklee. Show all posts

Thursday, April 21, 2016

Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa


Kadang-kadang kita sering terlupa dengan sesuatu perkara walaupun ianya masih baru namun kita sudah terlupa.Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku antara salah satu darinya ialah faktor permakanan. 

Perkara ini perlu diberi perhatian terutamanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaaan. 
Mari kita tengok senarai di bawah ini apakah makanan yang perlu dielakkan:
 
  1. Banyak makan epal yang sudah masam 
  2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan 
  3. Banyak makan bawang besar.
  4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering 
  5. Memakan kepala ikan dipercayai kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam) 
  6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan. 
  7. Makan sehingga terlalu kenyang. 
  8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus. 
  9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
  10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Masalah pelupa atau kurangnya daya ingatan ini juga boleh dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan Alzheimer dan Dimensia. Terdapat supplement yang dapat membantu masalah ini. Antara supplement yang disarankan ialah:
  • Vivix 


Satu ciri penyakit Alzheimer ialah pengumpulan plak di dalam otak. Plak ini terjadi disebabkan oleh apa yang dikenali sebagai “amyloid-beta peptides.” 
Satu kajian makmal menunjukkan dengan memasukkan Resveratrol ke dalam sel-sel akan mengurangkan perembesannya dan juga menurunkan jumlah amyloid-beta peptides di peringkat sel. 
Resveratrol tidak menyekat pengeluaran amyloid-beta, tetapi sebaliknya menggalakkan kehancurannya dalam sel-sel. Penemuan ini menyarankan wujud peranan potensi bagi Resveratrol untuk menentang pengumpulan plak amyloid-beta dalam otak para penghidap penyakit Alzheimer.
  • Omega Guard


Sebahagian besar daripada otak terbina dari lemak 'baik' yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan Omega-3boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. 
Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap positif dan membantu menigkatkan daya ingatan ketika mereka tua kelak. Bagi ibu yang sedang hamil trimester II & III sangat di galakkan mengamalkan Omega bagi perkembangan awal otak bayi dalam kandungan. 
  • Lecithin 

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . 

Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang:
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapss: 013-4505852 

Share:

Monday, January 18, 2016

Kalsium Mendap Dalam Salur Darah

Di dalam salur darah kita, selain kolesterol yang boleh melekat di dinding salur darah terdapat satu lagi unsur yang boleh melekat didinding salur darah kita. Unsur itu ialah kalsium. 

Bila kalsium termendap, ia dinamakan calcification. Kesan calcification ini, menyebabkan bahagian yang termendap dengan kalsium tersebut menjadi mengeras. Banyak tempat ia boleh termendap selain daripada salur darah seperti otak, breast, sendi & buah pinggang. Itulah  yang menjadi penyebab kepada terjadinya penyakit batu karang.

Adakah benda ni terjadi sebab kalsium berlebihan? TIDAK.

Mengikut kajian dari Universiti Harvard, pengambilan kalsium tidak mempunyai kaitan dengan batu karang dan apa-apa saja penyakit kesan dari calcification ni. Makan kalsium ke tak makan ke, sama je risikonya.

Punca utama yang dikenalpasti adalah kecederaan dalaman, jangkitan, genetik, masalah auto-imune, & pernah jalani pembedahan.

Jadi anda tidak perlu takut untuk mengambil kalsium kerana bimbang terkena batu karang ianya tidak berkaitan sama sekali.
Adakah ia boleh dirawat?
 
Menurut International Journal of Molecular Sciences, mereka ada buat test untuk mengkaji penyebab calcification... Kalsium bukan penyebab. Tapi....

- pengawet makanan
- makanan diproses
- lemak trans
- gula

Jika anda benar-benar ingin mencegah berlakunya calcification ini, anda dinasihatkan untuk mengurangkan  atau tidak mengambil sama sekali  makanan yang dinyatakan di atas.

Bagi membantu mengatasi masalah ini dalam report yang sama mencadangkan pengambilan suplemen yang mengandungi:


Jagalah pemakanan sesungguhnya apa yang anda makan, itulah yang menjadikan diri anda.
Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Sunday, January 10, 2016

Makanan Untuk Otak Bijak dan Minda Cerdas.


PERKEMBANGAN kanak-kanak berbeza mengikut tahap kecerdasan mereka. Ada kanak-kanak pada usia setahun sudah boleh bercakap dan berjalan malah ada juga belum menunjukkan sebarang petanda. Ramai pakar kanak-kanak berpendapat kecergasan kanak-kanak bergantung kepada perkembangan otak mereka. Dalam erti kata lain, perkembangan otak pula bergantung kepada zat makanan yang diambil oleh ibu mengandung serta dalam tempoh tumbesaran mereka.

Kanak-kanak yang kekurangan zat makanan dalam tempoh tumbesaran akan menunjukkan kadar atau tahap pembelajaran yang lebih lambat, lambat bertutur serta lemah perkembangan motor. Justeru, ibu bapa harus memastikan anak mereka dibekalkan dengan zat makanan penting agar perkembangan otak anak mereka berada dalam keadaan yang aktif.
anak2
Berikut adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak:
  • Zat besi 
  • Zink  
  • Asid folik  
  • DHA 
  • Protein
Menurut Ketua Jaminan Kualiti dan Pensyarah, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Norimah A Karim, asid docosahexaenoic atau DHA adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3 yang secara semula jadi boleh didapati dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola. 

DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata.
 

“Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA):
  • keperluan DHA kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun ialah 100 miligram manakala
  • mereka yang berumur dua tahun hingga 18 tahun memerlukan 250 miligram asid eicosapentaenoic (EPA) dan DHA untuk perkembangan otak mereka,” katanya.
Wujud perkaitan antara jumlah DHA yang diambil oleh ibu mengandung terutama ketika tiga bulan terakhir sehingga anak berusia dua tahun. Pada dasarnya, jumlah DHA yang diambil ibu akan mempengaruhi perkembangan otak anak.
 
“DHA adalah ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.“Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar,”  Dr Norimah.

Tambahnya, pemakanan yang kaya dengan DHA akan memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran mereka. Dalam erti kata lain kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar.

 

Secara umum DHA adalah kunci untuk perkembangan otak. Pengambilan optimum DHA pada awal usia kanak-kanak akan memberikan faedah pada fungsi kognitif untuk jangka masa yang panjang.
 

“Fungsi kognitif mempunyai hubung kait yang sangat jelas dengan pengambilan DHA. DHA bersama AA akan melengkapi fungsi otak serta sistem saraf kanak-kanak,” jelasnya.
 

Menurut Dr Norimah, DHA diperlukan untuk perkembangan otak. DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.
 

Kanak-kanak boleh memperoleh DHA daripada makanan seperti telur, ayam dan terutamanya ikan. Tetapi kebiasaannya, kebanyakan kanak-kanak menolak untuk makan ikan kerana bau yang hanyir.  Bagaimanapun, sekiranya cara penyediaan makanan ikan dilakukan dengan betul, anak-anak pasti akan gemar memakan ikan.
 

Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak.
 

Kajian daripada Perbadanan Keselamatan Makanan Eropah juga mengesyorkan kanak-kanak untuk mengambil 100 miligram DHA setiap hari. 

Ketahui Set Anak Sihat Dan Pintar Di Sini 

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
 

Share:

Wednesday, December 9, 2015

BAGAIMANA OTAK KITA BERFUNGSI


Tentu anda pernah anda tengok iklan susu Anmum? Alaaah yang pasal "lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku" tu. Sel-sel otak kita berhubung macamana, nak tau tak?

Sel-sel otak kita ni dia tak bersambung direct, antara sel-sel otak (dipanggil neuron) ada satu ruang namanya synapse. Di synapse ni lah berlakunya pemindahan neurotransmitter dari satu neuron ke neuron yang lain.
Macamana kalau neurotransmitter ni tak boleh nak lepasi synapse tu ke neuron-neuron lain? Maka ia jadilah macam talian telefon atau internet terganggu. Haaa... kalau kita tengah bercakap di telefon tiba-tiba ada gangguan, sampai tak mesej kita kat orang sana? Tak kan? Dengar pun suara robot jer.

Macam tu lah bila ada gangguan terhadap aliran neurotransmitter kita. Bila sel otak tak berhubung, kita pun start lah jadi tak berapa betul.

Macamana nak pastikan aliran neurotransmitter kita lancar?
Mula-mula sekali kena istiqomah buat AMALAN ROHANI. kenapa? scientifically memanglah sistem badan kita ni berjalan sendiri tapi spritually, ada 'sesuatu' yg menjaga setiap milimiter badan kita. Ia adalah malaikat2 yg menjaga setiap degup jantung & aliran darah kita... nak taknak, kena buat amalan rohani barulah kita benar2 sihat.

Lepas tu, mesti bekalkan otak kita dengan nutrien! Makan bukan untuk perut jer tau tapi juga untuk otak! bukan makan Omega Guard jer kalau nak jaga otak tau. Antara Supplement penting yang perlu untuk menjaga kesihatan otak adalah:

1) Protein (ESP)
Protein membina neuron & neurotrnsmitter. ESP juga ada asid amino yg menjaga neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.

2) Vita-C 
Menjaga sel otak dari rosak. hehe. kalau otak rosak, ape nak jadi ni.

3) B Complex 
Menjaga kesihatan neurotransmitter

4) Lechitin
Mengandungi phosphatidylcholine yakni precursor utk neurotransmitter. dia bantu perpindahan neurotrasmitter ni dgn lebih mantap!

5) Omega Guard
Mengurangkan risiko otak mengecut. hehe, otak boleh kecut tau.

6) Performance Drink
Melancarkan lompatan neurotransmitter

Bila dah rasa otak macam weng2 sikit, cepat-cepat ambik produk-produk di atas (kalau belum), kalau dah,, boleh tambah dos. Mungkin kurang dos tu. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

Sunday, November 22, 2015

Psoriasis Penyakit Berjangkit Ke?

Masa saya belajar kat universiti dulu, saya ada seorang roomate yang menghidap sejenis penyakit kulit. Dia selalu menyikat rambutnya sebab gatal dan berkuping-kuping kelemumur yang keluar bersama dengan rambut. Saya yang tak tahu apa-apa pun tanya dia naper kelemumur dia lain macam sangat berkuping-kuping macam kulit yang mengelupas. Dia pun bagitau saya, yang ni bukan kelemumur tapi psoriasis. Terngaga saya apa tu???

Psoriasis sebenarnya adalah keadaan di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja. Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

psoriasis1

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. 

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Pesakit yang mengalami Psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu malahan mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Selain faktor genetik terdapat beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan:
  • Stress atau tekanan 
  • Jangkitan 
  • Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan 
  • Kecederaan pada kulit 
  • Cuaca 
  • Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol
Tips bagi pesakit psoriasis:
  1. Ubah tabiat pemakanan iaitu lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yang mengandungi carotenoid seperti tomato, mangga, lobak merah, dan sayuran hijau. 
  2. Tambah aktiviti senaman ke dalam jadual harian atau mingguan anda. 
  3. Elakkan tekanan. Tambahkan aaktiviti yang meningkatkan amalan kerohanian dan juga meningkatkan ketenangan diri. 
  4. Akupuntur. 
  5. Pengambilan suplemen yang bersesuaian.
Shaklee menyediakan suplemen kepada pesakit psoriasis, ianya ia bukanlah ubat, tetapi hanya suplemen yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Apakah set yang sesuai untuk penghidap psoriasis? Ini adalah sebagaimana cadangan Dr Weil dalam artikelnya Psoriasis:
 
1. Nutriferon untuk meningkatkan pertahanan badan seseorang.
2. Omega Guard bertindak sebagai terapi kepada penyakit autoimmune seperti SLE, psoriasis dan lain-lain.
3. GLA untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit. GLA juga terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah pada pesakit ekzema, psoriasis dan chronic inflammation. Ia juga dapat membantu memberikan kesihatan kepada kulit dan rambut.
4. Vita E untuk menentang radikal bebas yang merosakkan sel badan. Membantu memudarkan parut akibat psoriasis.
5. B Complex untuk anti stress
6. Vivix untuk memperbaiki sehingga ke tahap DNA badan yang telah rosak akibat daripada radikal bebas. 

Testimoni psoriasis – tiada lagi gatal dan kurang kulit kemerahan 

Testimoni psoriasis tiada lagi kulit bersisik
Saya nak kongsikan pengalaman seorang pesakit psoriasis iaitu Pn. Yusrinata. Bagaimana beliau mengawal psoriasis dan menghadapinya. Untuk Ketahuinya boleh baca di SINI. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

Sunday, October 25, 2015

Kenapa Perlu Pakai Inner Anti Tembam?

gambar ini sekadar hiasan
Pernah anda dengar inner anti tembam? Sekarang ni sudah menjadi satu trend bagi wanita bertudung memakai inner anti temban. Selain dapat menutup aurat ia juga dapat menutup ketembaman muka anda. Hebatkan bila pakai inner ni, pipi anda yang babam tu tetiba jadi bujur sirih bak pauh dilayang. Jadi nak berselfie pun rasa konpiden gitu.

Tapi mampu ke anda nak menyembunyikan size badan anda yang babam jugak tu??? Jadi anda hanya menipu diri sendiri jer kan. Kalo rakan-rakan anda ajak buat reunion agaknya anda nak bagi alasan apa yer tak dapat pergi dek rasa segan silu kat gambar dalam Fb nampak lain tapi kat luar nampak tersangat lain.

Jadi untuk mengembalikan keyakinan anda tu apakata anda mengambil set slimming Shaklee. Dah ramai yang berjaya menurunkan berat badan mereka. Pasni tak perlu lagi pakai inner anti tembam lagi.










Nak tahu tak apa akak2 ni ambil untuk dapat kurus tip top macam ni. Tentulah mereka memilih produk kurus Shaklee. Shaklee mengamalkan 3 peringkat untuk kurus iaitu:

1) Membakar
Pemecahan lemak dan kolestrol. Proses pemecahan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard.  Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak
2) Mendetox atau membuang 
Membuang lemak dan toksin dalam badan. Proses mendetox dan membuang adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambil Alfalfa, dan yang mengalami masalah sembelit, boleh ambil Herb-Lax.. Herb-Lax tidak sesuai untuk ibu yang menyusu kerana ia akan menyebabkan bayi cirit-birit.
3) Membina
Untuk membina otot dan mengelakkan dari kulit menggeleber. Proses membina otot dengan protein. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak.

Untuk protein yang terbaik, disyorkan kawan-kawan mengambil Cinch Shake Mix tetapi bagi ibu yang menyusu  disyorkan mengambil ESP / Mealshakes..(ESP juga membantu dalam membanyakkan susu badan).
Kenapa mesti mengambil protein?
Ini kerana apabila lemak diurai dari badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.

Anda mesti tertanya-tanya mengapa mesti begitu banyak yang perlu diambil dalam set kurus Shaklee.
Ini adalah kerana Set Shaklee tidak seperti Set Kurus jenama lain yang memberikan kesan dengan cepat dan tidak kekal. Selain itu, set lain memerlukan anda untuk berpantang. Mesti anda tidak mahu seperti itu. Tapi ini bukan bermakna anda tidak perlu pantang jika mengambil Set Shaklee. Cuma anda perlu mengurangkan LEMAK dan perlulah juga bersenam dan MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER supaya proses pengurusan berjalan dengan lebih berkesan.

Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
 
Shaklee ID: 1027990 Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Tuesday, May 26, 2015

Tips pengambilan Minyak Ikan Dengan Kesan Yang Segera

 Image result for sumber makanan omega 3 dan 6
Tahukah anda berapa banyak dos Minyak Ikan yang kita perlu ambil setiap hari? Menurut cadangan dari Dr Low Dog penulis buku Healthy at Home mencadangkan pengambilan berdasarkan tahap keperluan.  

Dos Minyak Ikan mengikut tahap keperluan kesihatan.

1. Untuk kesihatan berpanjangan 
Makan ikan 2 atau 3 kali seminggu ataupun ambil supplement minyak ikan 500 to 600mg EPA dan 200 to 400mg DHA setiap hari.

2. Kesihatan Kulit Cantik
Pengambilan sama seperti no 1. Jika anda hidapi penyakit psoriasis, anda kena ambil 1,000 to 1,500mg EPA dan 600 to 1,200mg DHA setiap hari.

3. Kesihatan Mata
Ambil supplement 500mg DHA setiap hari.

4. Kesihatan semasa mengandung
Ambil supplement 200 to 350mg DHA setiap hari.

5. Mengalami sakit jantung
Ambil supplement 600 to 800mg EPA dan 300 to 500mg DHA setiap hari.

6. Alami triglycerides tinggi
Ambil supplement 1,200 to 1,800mg EPA dan 800 to 1,400mg DHA setiap hari. Dapatkan nasihat doktor untuk ambil dos tinggi.

7. Alami kemurungan
Ambil supplement sebanyak 1,000mg EPA dan 400 to 600mg DHA setiap hari

8. Alami senggugut dan cramps
Ambil supplement minyak ikan 500 to 600mg EPA dan 200 to 400mg DHA setiap hari.

Shaklee mempunyai supplement Minyak Ikan iaitu OMEGA GUARD.
 
Setiap sebiji Omega Shaklee mengandung:
– DHA 120mg
– EPA 180mg
– Omega 3 fatty acid 330mg
Ikannya diambil dari laut dalam di Jepun dan menjalani 3 proses penyulingan untuk pastikan tiada pencemaran kimia minyak ikan! 

Apa kata mereka tentang Omega Guard Shaklee

 1. Membantu masalah Alergic

2. Membantu masalah Ekzema
  
 3. Membantu masalah Kahak
  
 4. Membantu menurunkan berat badan dan asma
  
 5. Membantu masalah selesema dan batuk

6. Membantu menurunkan paras kolestrol
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Thursday, May 21, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Omega Guard.

Omega ni salah satu nutrien yang sangat penting tapi sering diabaikan oleh ramai orang. Sebelum ni saya sendiri tak pernah ambil tahu tentang omega ni. Main makan ikan je tapi sebenarnya kita perlu ambil dalam jumlah yang betul, dari sumber semulajadi dan berterusan. Anda rasa anda tak perlukan omega-3? Cuba tengok 5 sebab dibawah, mungkin anda perlu sebenarnya.
1.BANTU ANDA KEKAL FOKUS 
Omega diketahui sebagai ‘vitamin cerdik atau vitamin IQ’. Ada sebabnya ia dipanggil begitu ya. Omega dapat meningkatkan kesihatan dan fungsi otak dari kita kecil hingga tua.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Cerebral Cortex pada bulan Jun 2013, prestasi kognitif dan kadar pemikiran kompleks orang dewasa meningkat apabila diberi 2.2 gram omega -3 ( EPA / DHA ) sehari . Omegas -3 meningkatkan kesihatan otak dengan membantu untuk mengekalkan aliran darah yang baik ( aliran darah ke otak ) dan menyediakan struktur dan integriti untuk membran sel-sel di dalam otak anda.
 
 2. BANTU ANDA KEKAL LANGSING 
Ini salah satu sebab kenapa ramai orang mengamalkan omega dalam diet mereka. Dalam satu kajian daripada 124 orang dewasa , mereka yang mempunyai kandungan Omega yang rendah mempunyai BMI dan ukuran pinggang dan pinggul lebih tinggi berbanding orang dewasa dengan kandungan omega -3 yang lebih tinggi . 
Omega-3 dapat memberi kelebihan metabolik dan merangsang hormon yang membantu anda mengawal jumlah makanan yang dimakan dan membolehkan badan untuk membakar lemak sebagai tenaga . Omega -3 juga boleh mengurangkan hormon kelaparan dan membantu meningkatkan hormon yang berkaitan dengan perasaan kenyang supaya anda kenyang lebih lama.
  

3. MEMBERIKAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT 
Semua orang mahukan kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian mendapati bahawa asid lemak omega-3 membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan UV akibat terdedah kepada cahaya matahari . Penyelidikan yang diterbitkan dalam Experimental Dermatology pada tahun 2011 melaporkan bahawa omega -3 dapat membantu dalam mengurangkan ‘photosensitivity’, mengurangkan tindak balas imun berikutan pendedahan matahari , serta pengurangan ‘photoaging’ dan tekanan oksidatif akibat daripada pendedahan cahaya matahari. Omega -3 juga memainkan peranan dalam membantu mencegah kanser kulit. Dengan iklim khatulistiwa di Malaysia ni omega sudah pasti menjadi satu suplemen terpenting.

4. OMEGA MENURUNKAN KOLESTROL JAHAT DAN MENINGKATKAN KOLESTROL BAIK 
Ini satu lagi masalah terbesar orang di Malaysia. Malaysia kaya dengan menu yang pelbagai dan kita semua suka makan kan? Tapi akibatnya lebih 60% rakyat malaysia mengalami obesiti dan kolesterol tinggi
Diet dengan pengambilan omega -3 dapat membantu menurunkan kadar ‘kolesterol jahat’ (LDL) dan meningkatkan kadar ‘kolesterol baik’ (HDL). Itulah sebabnya Persatuan Jantung Amerika menyarankan orang dewasa yang sihat untuk makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan ( ikan sebaik-baiknya berminyak dari perairan sejuk) setiap minggu untuk mendapatkan kira-kira 500mg – 1g omega-3 sehari.
 

5. BANTU MENGURANGKAN ASMA 
Asma atau lelah adalah penyakit lazim di negara kita. Dengan udara yang tercemar dan kotor, sesiapa pun berisiko untuk mendapat asma. 
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang menghidap asma mempunyai tahap omega-3 yang lebih rendah berbanding mereka yang tiada asma. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan omega-3 meningkatkan tahap kesihatan penghidap asma. Satu kajian yang disiarkan dalam Perubatan Respiratori , melaporkan peningkatan fungsi paru-paru sebanyak 59 % dan mengurangkan keradangan saluran udara selepas mereka mengambil omega-3.

  
Terdapat banyak lagi kelebihan dan kepentingan omega yang kita perlu tahu. 

Omega Guard Shaklee
Ini adalah rupa paras OmegaGuard! InsyaAllah telah banyak membantu ramai orang dengan manfaat yang disediakan.
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels