Sunday, March 30, 2014

Kebaikan Dan Keburukan Coklat

 
Antara kebaikan coklat ialah:
  1. COKLAT mengandungi theobromine dan kafein yang membantu membekalkan tenaga. Dikatakan 15 gram coklat mampu menyimpan tenaga bersamaan dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer. 
  2. KANDUNGAN anti pengoksidaan dalam coklat dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada teh hijau. Malah, coklat juga kaya dengan vitamin A, B1, C, D, E serta zat pemakanan seperti zat besi, kalium dan kalsium. 
  3. MAKAN coklat dikatakan dapat mengurangkan kesakitan semasa datang haid. Malah, menikmati sekeping coklat juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa lebih tenang dan gembira. 
  4. BAGI orang-orang yang sedang berdiet, coklat hitam adalah snek yang sesuai untuk korang kerana tidak mengandungi lemak tepu, kurang gula serta mempunyai jumlah kalori yang rendah. 
  5. KHASIAT sekeping coklat hitam dikatakan setanding dengan empat cawan teh hijau atau enam biji epal yang mana sangat sesuai bagi anda semua yang sedang berusaha mengurangkan berat badan. 
  6. Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.
  7. Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
  8. Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
  9. Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood. 
  10. Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria.
 Namun, coklat juga ada keburukannya..
  1. Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah). 
  2. Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
  3. Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan. 
  4. Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera. 
Share:

6 Kebaikan Coklat Untuk Kecantikan Kulit

Penggunaan coklat sebagai bahan kecantikan mungkin masih asing lagi dalam kalangan kita, namun terapi kecantikan itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat kepada kulit bukan saja pada wajah malah seluruh badan. Ini kerana coklat bersifat antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kesan kerosakan berpunca daripada pendedahan kepada matahari atau elemen persekitaran yang lain.
Berikut ini beberapa manfaat coklat untuk kecantikan kulit.

1. Scrub
Anda boleh menggunakan serbuk coklat dengan susu serta yoghurt untuk membuat scrub. Scrub ini dapat membersihkan dan mencerahkan kulit dan mengganti sel kulit mati. Aplikasikan scrub coklat ini pada wajah dan leher yang basah. Oleskan scrub searah jarum jam atau berlawanan selama 10 minit. Lalu biarkan selama 5 minit dan basuh dengan air dingin.

2. Anti-ageing
Kita semua tentu tak ingin ada garis halus terlihat pada wajah. Dan ternyata coklat juga bermanfaat untuk melawan penuaan kulit. Dark chocolate mengandung flavonoid yang meningkatkan keanjalan kulit dan mencegah penuaan. Lelehkan coklat dalam susu lalu sapukan pada kulit. Lakukan dua atau tiga kali dalam seminggu untuk mencegah munculnya garis-garis halus.

3. Pencerah kulit
Manfaat coklat bagi kecantikan yang paling dikenal yaitu untuk facial. Coklat yang lazat itu dapat mencerahkan kulit. Anda boleh mencampurkan serbuk coklat dengan susu, madu, dan oatmeal. Aplikasikan pada wajah dan leher. Lalu dibiarkan selama 15-20 minit. Basuh dengan air dingin untuk dapatkan kulit yang segar, bersih, dan cerah dalam beberapa minggu.

4. Detoksifikasi kulit
Coklat apabila dicampurkan dengan kafein akan menjadi produk kecantikan terbaik untuk detoksifikasi kulit. Sapukan kulit dengan campuran coklat dan kafein itu untuk membersihkan kulit yang berminyak dan kusam.

5. Penggelapan kulit
Kerosakan kulit sering kali terjadi akibat terpaan sinar matahari. Lindungi kulit dari sinar UV dengan mengaplikasikan coklat. Komposisi kecantikan ini mengandung flavonoid dan antioksidan yang melembutkan dan mencegah penggelapan kulit.

6.Gel mandian coklat juga boleh dihasilkan sendiri dengan cara mendidih gelatin kosong bersama syampu badan sehingga kedua-duanya sebati sebelum serbuk koko atau minyak koko ditambah ke dalam bahan tadi. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama empat jam sebelum digunakan.
Hah apa lagi selain lazat dimakan ia juga boleh bagi kulit cantik. Tapi ingat makan coklat jangan berlebihan takut nanti ada yang dapat penyakit lain plak.
Selamat mencuba!
Share:

Monday, March 24, 2014

6 Jenis Makanan Menguatkan Antibodi Badan Anda

Antibodi dihasilkan secara semulajadi didalam badan tubuh badan setiap manusia untuk melawan serangan jangkitan penyakit dan membunuh bakteria merbahaya. Bagaimanapun semakin berusia kita, penghasilan antibodi ini menjadi semakin berkurangan.Kekurangan antibodi menyebabkan tubuh kita tidak mampu melawan serangan jangkitan dengan berkesan lagi. Untuk menguatkan sistem imun, berikut langkah yang dapat menjadi panduan Anda.

1. Bawang Putih  


Bawang putih telah lama digunakan sebagai penguat sistem imun kerena kandungan nutrisinya, anti-kulat dan antiseptik. Penelitian menunjukkan, jika dimakan mentah, bawang putih mampu memberikan perlindungan terhadap penyakit pilek, batuk dan infeksi pada dada. Ini disebabkan bawang putih merupakan sumber tinggi vitamin (C, B1, dan B6), mineral (fosfat dan zat besi) dan sulfoksida yang diketahui akan kemampuan antibakterianya.


Asid lemak omega 3 yang boleh ditemui terutama pada ikan laut seperti salmon, tuna dan mackarel adalah penguat imunisasi penting yang membantu menjaga kekuatan tubuh secara keseluruhan. Disarankan pengambilan setidaknya tiga ons salmon tiga kali dalam seminggu. Makanan yang kaya asid lemak ini, meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk memusnahkan bakteria berbahaya yang ada di dalam tubuh. Selain itu ia juga memberikan perlindungan terhadap kerosakan yang disebabkan tindak balas akibat jangkitan bakteria itu.


Buah dan sayuran memiliki kandungan tinggi nutrisi penguat imunisasi seperti vitamin C dan bioflavonoid. Vitamin C meningkatkan produksi sel darah putih yang berfungsi sebagai pencegah infeksi dan antibodi. Kandungan ini mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik) sehingga menurunkan risiko serangan penyakit kardiovaskular. Selain itu, kandungan phytonutrient melindungi sel tubuh dari sejumlah polutan tubuh berbahaya.
Ianya sangat bermanfaat bagi fungsi jantung. Sementara kandungan vitamin E yang dimilikinya membantu meningkatkan tindak balas imun. Mekanisma utamanya adalah dengan menstimulasi penghasilan sel yang mampu menghilangkan sel kuman berbahaya dan sel kanser di dalam tubuh. Bergantung gaya hidup seseorang, dos harian nutrisi yang diperlukan adalah berbeza-beza. Orang dengan gaya hidup pasif dan tingginya pengambilan alkohol akan memerlukan lebih dari 100-400 miligram sehari.

5. Gandum/Bijirin


Beras merah, oats, barley dan jenis gandum lainnya tinggi akan kandungan serat, protein, dan antioksidan. Banyak ahli gizi menyatakan bahwa gandum memberi lebih banyak kandungan gizi penting dibandingkan beras olahan seperti tepung terigu. Oleh itu, disarankan untuk mengganti pengambilan segala bentuk beras olahan dengan gandum utuh untuk meningkatkan tingkat kekebalan tubuh.

6. Vivix


Ramuan Semulajadi di dalam Vivix Shaklee

1. Anggur Muskat

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2. Elderberi

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.

Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

3. Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrolmembantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

4.Lobak Ungu

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kebaikan dan Manfaat Vivix

Memelihara :
  • kesihatan jantung
  • kesihatan otak
  • kesihatan sistem imun
  • kesihatan sendi
  • perlindungan antioksidan
  • peningkatan tenaga
  • kesihatan badan yang optima
Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Sunday, March 23, 2014

Kebaikan Anti Oksidan Shaklee dan Radikal Bebas

Para penyelidik menggangarkan bahawa 80-90% daripada semua penyakit yang merosot,melibatkan RADIKAL BEBAS.  Manakala ANTIOKSIDAN mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Sebelum kita kenali apa itu ANTIOKSIDAN, jom kita kenali RADIKAL BEBAS dulu..

Radikal Bebas Radikal Bebas ialah molekul-molekul yang tidak lengkap dan tidak mantap. Molekul merupakan batu asas pembinaan dalam alam semulajadi seperti oksigen,asid lemak dan asid amino. Kerosakan akibat radikal bebas dikenali sebagai oksidasi dan ianya akan menggangu fungsi dan pembiakan sel yang sihat.
Tetapi tidak semua Radikal Bebas ini jahat,adakala badan kita memerlukan untuk mengoksidasikan glukosa dan lemak.  Manakala sistem imun akan menggunakan Radikal Bebas untuk menentang virus dan bakteria.

Asal Radikal Bebas Banyak punca Radikal Bebas boleh terperangkap dalam badan. Diantara faktor sekeliling seperti asap rokok,dadah,alkohol dan sinaran matahari. Dalam pada itu, apabila badan memerlukan lebih banyak oksigen, maka lebih banyak radikal bebas akan dikeluarkan.
Racun juga memainkan peranan seperti racun serangga,racun rumpai,baja-baja kimia dan kimia-kimia industri semuanya dihancurkan didalam badan.

Penyakit Berkaitan Radikal Bebas
1. Sakit jantung 2. Kanser 3. Penurunan sistem imun 4. Penuaan 5. Katarak 6. Masalah otak dan saraf

SHAKLEE ada menawarkan beberapa suplemen untuk ANTIOKSIDAN :-

1. Vitamic C

Ia adalah satu-satunya Antioksidan yang berkuasa,mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang T Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan Radikal Bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

2. Vitamin E Merupakam Antioksidan yang kuat. Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk Antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imin, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor,mengurangkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki oksidasi iaitu katarak dan masalah penglihatan.

3. Caratomax (Vitamin A)
Pengambilan kerap Beta Karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia juga mengurangkan Radikal Bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

4. Vivix
Salah satu ramuan utama dalam vivix ialah Anggur Muscadine. Anggur ni adalah anggur yang mempunyai kuasa antioksidan tertinggi di kalangan anggur-anggur didunia. (kuasa antioksidan 40kali ganda dari anggur biasa).
Ianya Mengandungi Resvestrol dan 15 Polifenol adalah 10kali ganda lebih hebat dari Resvestrol itu sahaja. Resvestrol merupakan agen anti penuaan yang paling kuat dari alam semulajadi. Kesan anti-inflamasi nya juga adalah 60kali lebih tinggi daripada Aspirin.

Tahukah anda, Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE( BETA KAROTENA,VITAMIN C DAN VITAMIN E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidan dalam melawan radikal bebas.
 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 

 
Share:

Saturday, March 15, 2014

ESP Shaklee dan Indeks Glisemik

Apa yang dimaksudkan dengan Indeks Glisemik ?

Indeks Glisemik (GI) ialah kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah. Makanan yg tergolong dlm GI rendah adalah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara lebih perlahan dan lebih bermanfaat untuk kesihatan berbanding makanan dlm kategori GI tinggi yang cepat mencerna dan memberi kesan sebaliknya.

GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan. 


Di antara kelebihan lain makanan yang mengandungi GI rendah adalah :

  • mengawal selera makan dan 
  • melambatkan rasa lapar. 

Siapa yg memerlukan index glisemik yang rendah?

  1. Pesakit diabetes
  2. Mereka yang ingin berdiet.
  3. Mereka yang mempunyai tahap kolestrol tinggi

Kebanyakan sayur-sayuran termasuk dalam kumpulan makanan berindeks glisemik rendah. Contohnya seperti brokoli, bayam, tomato, timun, kacang hijau, keledek dan beberapa lagi.

Pengambilan makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi seharusnya dikawal terutama sekali di kalangan penghidap diabetes. Di antara contoh makanan tersebut  adalah teh tarik, nasi putih, roti putih, mi goreng, kueh teow goreng, donut dan beberapa lagi.
 
  

Berikut ialah contoh makanan dan Indeks Glisemik (GI)

Tahukah anda berapa Indeks Glisemik ESP ?

Glisemik Indeks bagi ESP - 39 sahaja
Tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam darah secara perlahan. Mengekalkan tahap gula yang rendah dalam darah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sebab ni lah ramai orang yang berjaya kuruskan badan dengan ESP. Ini adalah fakta yang telah di buktikan oleh ujian klinikal oleh para saintis 

Maka, ESP ni amat sesuai bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan

Jom tengok apa kata pengguna ESP





Untuk mendapatkan ESP, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Thursday, March 13, 2014

Tips Kuruskan Badan Dan 10 Kebaikan Jus Limau

 
Jus limau memang enak untuk diminum terutamanya jus yang diperbuat daripada buah yang segar. Dan kemudian dihidangkan secara sejuk, memang hilang rasa dahaga terutamanya di minum ketika cuaca panas . Buah limau mempunyai 5% asid sitrat dan kaya dengan Vitamin C. Dan ia juga amat sesuai untuk kita amalkan sebagai tips kuruskan badan kita.

Limau juga mempunyai banyak vitamin-vitamin lain seperti Vitamin-vitamin B, Vitamin Riboflavin dan mineral-mineral seperti mineral kalsium,mineral magnesium, mineral fosfor; ia juga terdapat khasiat protein dan karbohidrat.

Amalan minum jus limau sebagai tips kuruskan badan telah diamalkan sejak dulu lagi,dengan mengamalkan minum minuman yang berasaskan limau, mempunyai banyak faedah kesihatan yang boleh kita perolehi. Diantaranya ialah:
 
1. Bagus Untuk Pencernaan Perut
Jus limau bila dicampurkan dengan air panas, boleh bantu kurangkan masalah pencernaan perut kita. Diantaranya ialah rasa mual, perut memulas dan parasit. Selain itu ia juga sesuai sebagai amalan tips
kuruskan badan kita.
Perut kita dibantu untuk membuang kekotoran secara lebih berkesan, jika kita minum jus limau secara teratur. Ia juga bertindak sebagai agen pembersih dan pencuci darah dalam tubuh badan kita.
Amalan mengambil jus limau juga boleh mampu sembuhkan sembelit. Serta berfungsi sebagai tonik hati dan bantu kita mencerna makanan dengan lebih baik dan bantu hati menghasilkan lebih hempedu dalam tubuh badan kita.
 
2. Rawatan Kulit
Limau boleh jadi ubat antiseptik yang semulajadi, iaitu ia membantu untuk menyembuhkan masalah berkaitan dengan kulit.Disebabkan limau berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan
kedutan, pengambilan air limau setiap hari dapat berikan perubahan besar pada kulit kita. Jika limau ditempelkan pada parut luka akibat terbakar, ia akan pudar dengan cepat dan kurangkan kesan parut tadi.

3. Rawatan Gigi
Adakah kita tahu bahawa air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus limau segar yang ditempelkan pada gigi boleh bantu singkirkan rasa sakit pada gigi.Dan perahan jus limau pula dapat bantu menghentikan perdarahan gusi.Cara ini dapat mencegah bau busuk dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi kita.
 
4. Sembuhkan Jangkitan Tekak
Buah limau adalah buah yang amat baik dalam membantu dan perangi masalah yang punyai kaitan dengan jangkitan tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Kita boleh kumur dengan setengah gelas jus limau, untuk atasi masalah-masalah tersebut.
 
5. Kawal Tekanan Darah Tinggi
Terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jantung, air limau berfungsi bagaikan ramuan ajaib buat mereka kerana kandungan kalium yang tinggi di dalam air limau.Diet yang tinggi kalium juga dipercayai boleh membantu kawal tekanan darah tinggi, rasa pening, mual, rehatkan fikiran, kurangkan stres mental serta depresi seseorang itu.
 
6. Turunkan Berat Badan
Tips kuruskan badan dengan amalan rutin minum air limau, dapat membantu untuk turunkan berat badan dengan lebih cepat lagi. Kesan yang serupa boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air hangat dan madu. Jom amalkan tips kuruskan badan ni.
 
7. Bantu Sembuhkan Masalah Gangguan Pernafasan
Jus limau juga boleh bantu dalam penyembuhan masalah pernafasan, terutamanya pada mereka yang menghidap asma.
 
8. Ubat Reumatik
Limau mempunyai sifat diuretik dan ini dapat bantu mengubati reumatik serta radang sendi. Ianya dilakukan dengan cara mengeluarkan bakteria dan racun dari tubuh tubuh badan.
 
9. Kurangkan Demam
Jus limau dapat mengubati mereka yang di serang flu atau demam, dengan tingkatkan penghasilan peluh.

10. Pembersih Darah
Penyakit seperti penyakit kolera atau penyakit malaria dapat juga diubati dengan air limau kerana ia punyai fungsi sebagai membersihkan darah dalam tubuh badan kita.

Berapa banyak jus limau yang harus kita minum?
                                                       
Tips kuruskan badan bagi mereka yang ingin turunkan berat badan mereka. Jika tahap kesihatan kita baik dan berat badan di antara 70 kg atau kurang, adalah disyorkan untuk kita amalkan sebagai tips kuruskan badan kita dan perah setengah biji buah limau dan campurkannya ke dalam satu gelas air. Minumlah 2 kali sehari.

Tapi jika kita punyai berat badan lebih daripada 70 kg, sebagai tips kuruskan badan, kita boleh perahkan sebiji limau ke dalam segelas air. Untuk dapatkan kesan yang maksimum, minumlah 2 kali sehari.

Selain manfaat khasiat jus limau yang terdapat di atas, sebagai tips kuruskan badan, jus limau juga boleh membantu kita menghapuskan lemak-lemak berlebihan di dalam tubuh badan kita.

Tapi seperti tips kuruskan badan yang lain, kita haruslah amalkannya secara rutin dan tetap, barulah  akan dapat hasil yang kita inginkan.


Shaklee juga ada menawarkan Set Kurus untuk mereka yang mengalami masalah berat badan.
 
Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Wednesday, March 12, 2014

Vitamin Untuk Kuku Yang Sihat Dan Cantik

Kuku adalah salah satu struktur tubuh manusia. Jika ia kelihatan tidak cantik bermakna ia  adalah tidak sihat.  Bagaimana untuk dapatkan kuku yang sihat dan cantik? Untuk mendapat kuku yang cantik dan sihat, tubuh memerlukan:

  1. Sumber vitamin B yang cukup terutamanya  Biotin yang mana berperanan untuk menguatkan   kuku. Antara sumber-sumber makanan yang mengandungi biotin ialah carrot, tomato, oatmeal dan kekacang. 
  2. Cuba lihat kuku anda, ada tak bahagian yang bewarna putih? Jika ada bermakna anda kekurangan zink. Salah satu makanan yang kaya dengan zink ialah biji labu.
  3. Sapu atau urutkan kuku anda dengan vitamin e.
  4. Tukarkan pembersih warna kuku dengan 'acetate based remover' untuk mengelakkan kuku menjadi kering. 
Untuk sumber vitamin yang lebih mudah dan tidak menyusahkan, Shaklee ada penyelesaiannya;
      Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
      Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
      Shaklee ID: 1027990
      Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
      SMS/Whatapps: 013-4505852
      Share:

      Tips Penjagaan Kuku

       
      Kenali Kuku Anda   
      Kuku adalah keratin protein yang juga boleh ditemui dalam kulit dan rambut. Kuku terbahagi kepada beberapa bahagian:
      1. Nail Plate (lapisan kuku paling atas) – Bahagian yang jelas dilihat pada kuku jari dan kaki.
      2. Nail Bed dan matrix – Kawasan di bawah kulit kuku (cuticle), bahagian kuku yang tersembunyi ketika proses pertumbuhan kuku.
      3. Lunula – Sebahagian daripada matrix dan ia berwarna putih. Berbentuk seperti bulan sabit di bahagian pangkal kuku dan jelas dilihat di ibu jari.
      4. Kulit kuku (cuticle) – Tisu yang bertindan antara lapisan pangkal dan bingkai kuku.
      5. Lekuk kuku (nail folds) – Lekuk kulit yang membingkai dan menyokong kuku dari tiga arah.
      Kuku Rosak 
      Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat.
      Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang ‘nail plate’ (lapisan kuku paling atas).
      Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:


      • Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih
      • Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh berwarna putih
      • Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
      • Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
      • Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
      • Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya

      Tip Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki

      • Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
      • Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
      • Makan banyak buah-buahan dan protein.
      • Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
      • Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki haris discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
      • Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
      • Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
      • Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
      • Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
      • Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
      • Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
      • Sapukan bedak khas untuk kaki.
      • Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya. 
      Untuk sumber vitamin yang lebih mudah dan tidak menyusahkan, Shaklee ada penyelesaiannya;


      Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
      Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
      Shaklee ID: 1027990
      Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
      SMS/whatapps: 013-4505852 


      Share:

      Sunday, March 9, 2014

      Bagaimana Omega-3 membakar lemak?

      Ramai yang tak tahu kebaikan Omega Guard dalam pengurusan berat badan kan? Maybe anda hanya nampak Lecithin saja sebagai produk Shaklee yang mampu membakar lemak anda. Tidak sama sekali. Shaklee ada banyak pilihan sebenarnya. Dan tahap keberkesanannya juga mungkin berbeza untuk orang yang berbeza..Jadi, tak salah kita mencuba kan?

      Apa yang membuatkan ia dikatakan boleh membakar lemak?

      Dalam minyak ikan itu sendiri terkandung asid lemak Omega yang mana ia mengandungi DHA dan EPA.
      " Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to loss weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids are found in in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them."

      www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/

      Bagaimana asid lemak boleh bakar lemak?

      Omega-3 membakar lemak dalam tubuh dengan bertindak balas pada hormon yang dipanggil Leptin. Leptin memberi signal kepada otak untuk mengurangkan selera makan kita dan dengan itu, kita akan makan dengan sedikit. Jadi dalam masa yang sama, kita boleh maintain dan kurangkan berat badan.


      Leptin dapat meningkatkan tahap metabolisme badan melalui peningkatan output hormon tiroid. Setiap sel dalam tubuh bergantung kepada hormon tiroid untuk mengawal metabolisme badan. Apabila metabolisme badan meningkat, mudah untuk kita menurunkan berat badan.

      Jika tindak balas badan dengan Leptin kurang lancar, sebaliknya pula berlaku di mana kita akan berasa lapar yang teramat dan akan menyebabkan kita sentiasa makan dan mengumpul lemak pada tubuh. Apa yang perlu, kita boleh amalkan pengambilan Omega-3 untuk membantu badan bertindak balas lebih lancar dengan Leptin. Untuk itu, metabolisme badan meningkat dan pembakaran lemak juga turut meningkat.
      3 cara Omega-3 membantu turunkan berat badan

      1) Omega-3 membantu mengawal lapar dengan mengawal kadar gula dalam darah.

      2) Kajian dari Australia menunjukkan mereka yang mengambil asid lemak omega-3 bersama exercise program boleh membakar lebih lemak berbanding mereka yang menjalani exercise program tanpa mengambil asid lemak omega-3. 

      3) Kajian di Jepun dan Republic Czech menunjukkan bahawa omega-3 mencegah pembentukan lemak-lemak hodoh atau yang membuatkan badan nampak menggelebeh. Kajian ini bersetuju bahawa omega-3 sememangnyya mampu membakar lemak.


      Terserlah betapa banyaknya khasiat Omega ni kan? Bukan setakat untuk otak tapi boleh bakar lemak dan turunkan paras kolesterol lagi..Sememangnya pengambilan yang konsisten dan disiplin memang sangat membantu anda untuk capai berat badan ideal dan bentuk badan yang menarik.


      Kalau anda berminat nak turunkan berat badan dan bakar lemak degil anda, hubungilah saya untuk dapatkan Omega Guard ni pada harga yang berpatutan. Serius tak rugi anda mencuba kerana 1 kesan yang anda inginkan, 10 kebaikan lagi yang bakal anda dapat!

      Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
      Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

      https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
      Atau    
      Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
      Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
      Shaklee ID: 1027990
      Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
      SMS/whatapps: 013-4505852 
      Share:

      Thursday, March 6, 2014

      Tokoh Besar Dan Artis Menggunakan Shaklee

      1.Tun Dr Mahathir 
       5 rahsia kekal sihat cara Tun Dr. Mahathir
      Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun. 

      Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan.

       Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?
      1 – Tidak menghisap rokok 
      2 – Tidak minum arak
      3 – Makan secara bersederhana
      4 – Makan Multivitamin
      Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.
      5 - Tidur secara mencukupi
      Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad
      Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997).

      2. Mizz Nina
      Siapa yang tidak kenal Mizz Nina, isteri kepada Noh, Vokalis Kumpulan Hujan. Tapi yang penting disini Mizz Nina juga salah seorang selebriti yang menggunakan produk SHAKLEE untuk kecantikan dan kecerdasan tubuh badan.

      http://www.mizznina.com/wp-content/uploads/2014/02/img-111145940-0001-660x836.jpg

      3. Ayu Raudhah
      Ayu Raudhah yang cantik jelita tu pun pengguna shaklee tau...ada yang tak kenal Ayu Raudhah? Ni ha...cantik kannn..kannn....
      berikut adalah tips kecantikan beliau untuk dikongsikan bersama...
      Tips kecantikan wajah
      - Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
      - menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
      - Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai 


      Tips kesihatan rambut
      - menggunakan daun bunga raya

      Tips kesihatan tubuh badan

      - menjaga pemakanan
      - melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
      - mengamalkan sirap Shaklee (Vivix) 

      VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

      Ini lah sedikit sebanyak petikan dari mereka yang mengamalkan produk shaklee.. anda yang belum cuba.. jom bermula sekarang..bermula untuk jaga kesihatan.. jaga badan sebelum sakit. kita berusaha menjaga amanah ALLAH...tak salah bukan..jadi anda semua tunggu apa lagi?nak sihat dan bertenaga macam Tun Dr Mahathir? nak cantik macam mizz nina n ayu raudhah?

      Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
      Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
      Shaklee ID: 1027990
      Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
      SMS: 013-4505852




      Share:

      Wednesday, March 5, 2014

      Tips Atasi Loya Dan Muntah Ketika Hamil

      Mabuk hamil juga dikenali sebagai morning sickness sering berlaku pada awal kehamilan. Ia boleh berlaku bila-bila masa. Kebanyakkan bermula seawal Minggu ke-6 pertama dan berakhir pada lewat Minggu ke-16. Punca utama disebabkan oleh kehadiran hormone dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan terutamanya hormone hCG. 

      Senarai di bawah menunjukkan 15 tips cara mengatasi muntah dan loya semasa hamil:
      1. Anda boleh makan craker ataupun makanan ringan kesukaan anda sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah. 
      2. Cuba makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari anda untuk memastikan perut anda tidak kosong dari mengisi asid mencetuskan loya.
      3. Jangan lupa snek sebelum tidur anda! Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah.
      4.  Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado; protein; keju; susu; yogurt; mentega, kacang disapu di craker dan roti; pasta dan lain-lain.
      5.  Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya, ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut.
      6. Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
      7.  Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan lain-lain.
      8. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
      9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan.
      10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.
      11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.
      12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah.
      13. Anda boleh cuba menarik nafas yang panjang.
      14. Tidur untuk mengelakkan keloyaan.
      15. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan pil mencegah muntah sekiranya keloyaan anda teruk.
      Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu hamil di luar sana.
      Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
      Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
      Shaklee ID: 1027990
      Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
      SMS: 013-4505852

      Share:

      Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

        Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

      Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

      VIVIX The Best Antiaging

      Search This Blog

      Powered by Blogger.

      Followers

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Free Auto Malaysia Backlinks
      My Ping in TotalPing.com

      Labels

      Blog Archive