Showing posts with label rawatan asma. Show all posts
Showing posts with label rawatan asma. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Bagaimana Shaklee Membantu Pesakit Asthma

Pesakit asthma tegar selama 15 tahun kini sudah makin jarang diserang asthma


Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas.. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.

Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.

Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.

Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin teruk dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.

Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.

Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami.. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.

Saya sangat teruja.. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.

Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.

Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka.. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah..

Terima Kasih Shaklee.. Kami sayang Shaklee.

Bagaimana Shaklee Membantu Melegakan Asthma/Lelah


Produk shaklee yang mudah ditelan, tapi memang terbaik sampai masuk ke dalam sel. Kajian yang menunjukkan resveratrol di dalam vivix membantu pesakit asthma

Penyelidik menulis dalam Jurnal Pemakanan Klinikal Eropah berkenaan penyelidikan yang melibatkan Penyakit Asthma Dan Omega-3 menyatakan ,  
" suplemen minyak ikan boleh bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembukaan saluran udara." 

Dan penyelidikan antarabangsa didalam Jurnal Tuberculosis dan Penyakit paru-paru mendapati peningkatan penggunaan ikan dan pengambilan Omega-3 secara umum ( berkait dengan pro -radang Omega - 6 ini ) mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat asthma.

Tahukah anda bahawa pengambilan rendah Vitamin C daripada makanan atau makanan tambahan boleh membawa kepada peningkatan risiko untuk asthma..?? Satu kajian 2005 yang dilakukan oleh penyelidik dari Institut Penyelidikan Asthma Dan Alahan di Australia mendapati kepekatan vitamin C dalam darah penghidap asthma adalah jelas lebih rendah.  

Satu artikel kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition membuat kesimpulan, " tanda-tanda asthma yang berterusan di kalangan orang dewasa menunjukkan peningkatan kerana terdedah kepada udara alam sekitar dan penurunan Vitamin C."
 
Jadi pesakit asthma memerlukan Vitamin C  yang lebih tinggi daripada orang biasa. 1 hingga 2gram Vitamin C amat berguna melalui kajian yang telah dijalankan. Tahap ini juga berguna untuk mereka yang mengalami alahan atau lebihan pengeluaran histamin.

Mahukah anda melihat anak , pasangan anda bergantung pada ubat, inhaler selamanya?

Mari kita berusaha untuk melegakan asthma supaya mereka dapat melakukan aktiviti seperti biasa tanpa gangguan. 

Untuk mendapatkan Set Asthma ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Wednesday, February 24, 2016

Bolehkan Penyakit Asthma Diubati?

Asthma / Asma bila menyerang, hanya bantuan inhealer sahaja yang mampu meredakan tapi sejauh mana keberkesanan inhealer untuk membantu pesakit asthma / asma pulih 100 % ? Nampak macam tiada jalan penyelesaiankan ? Jawabnya, seumur hidulah berkepit dengan inhealer.

Apa itu Asma? 

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu. 

Di antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan termasuklah :
  • pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Ini dinamakan "wiz" yang kedengaran secara berulang-ulang. 
  • batuk terutamanya di waktu malam atau selepas melakukan latihan fizikal. 
  • sesak nafas
  • ketat dada. 
  • lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan.

Ada beberapa factor pencetus asma seperti:

  1. Asap rokok
  2. Haiwan peliharaan (bulu anjing atau kucing)
  3. Lipas
  4. Habuk pada permaidani, katil, bantal, patung berbulu
  5. Ekzos kereta, sesetengah minyak wangi, ba usesetengah sabun pembersih
  6. Debunga (‘pollens’) dari pokok, bunga, rumput
  7. Cuaca atau angin sejuk, atau kadang-kadang cuaca panas dan hujan
  8. Selsema atau lain-lain jangkitan
  9. Aktiviti-aktiviti seperti berlari, bermain, bersukan.
Setiap individu yang mengidap asma adalah berlainan. Bukan setiap pesakit asma akan alah kepada semua factor-faktor pencetus di atas.

Bagaimana doctor mengenalpasti pesakit asma?

Diagnosa asma didapati melalui ciri-ciri dan latar belakang (‘history’) dan pemeriksaan fizikal. Berdasarkan tanda-tanda yang dialami seseorang pesakit, penyakit asma boleh diklasifikasikan mengikut tahap keseriusan penyakit.

Bagaimanakah asma dirawat ? 

Secara amnya, ada 2 jenis kumpulan ubat pam asma.

 
 
1. Ubat pam (inhaler) sebagai pelega cepat (‘quick reliever’) 
Apabila asma menyerang, ubat ini digunakan untuk melegakan pernafasan dan memberhentikan serangan asma. Ubat ini juga boleh digunakkan sebelum anak melakukan aktiviti bersukan sekiranya aktiviti bersukan merupakan salah satu factor pencetus asma. Ini dapat mengurangkan kemungkinan serangan asma untuk berlaku. Ubat ini berfungsi dengan meluaskan otot-otot saluran pernafasan dan melegakan pernafasan.
 
Contoh: Salbutamol
 
2. Ubat pam (inhaler) steroid sebagai pengawal and pencegah asma 
Ubat pam steroid akan dimulakan untuk pesakit asma di mana penyakitnya tidak terkawal dan serius.
Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan bengkak dan radang di saluran pernafasan dan seterusnya mencegah serangan asma. Ubat ini tiada fungsi pelega cepat. Ini bermaksud ia tidak sesuai digunakan waktu serangan asma sedang berlaku. Ia juga mengambil masa yang lebih panjang untuk menampakkan kesan postitif. Ubat ini perlu digunakan SETIAP HARI untuk suatu jangka masa yang lebih panjang untuk menampakkan keberkesanannya.

Setelah asma menjadi terkawal dengan ubat pam steroid, doctor akan mengurangkan pengunaan ubat secara perlahan-lahan dan berkala, dan seterusnya memberhentikan penggunaan ubat tersebut. 

Tempoh penggunaannya bergantung kepada individu dan tahap keseriusan asma. Ini bergantung kepada keadaan dan kawalan asmanya. Kanak-kanak yang mengidap asma dan memerlukan ubat pencegahan perlulah dipantau oleh pakar kanak-kanak.

Contoh: Budesonide, Fluticasone.

Adakah ubat pam (inhaler) asma selamat??

Ubat asma adalah selamat, jika pengambilan dan pengunaannya adalah mengikut arahan doktor. Ubat yang diambil melalui ínhaler’ juga hanya bertindak dan diserap di salur pernafasan dan tidak melalui penyerapan darah. Ini mengurangkan kadar kesan sampingan kepada pengguna.

Ada sesetengah ibu bapa/ pesakit risau tentang pergantungan atau ‘dependent’ pada ubatan ini. Ini adalah tidak benar dan ia tidak akan berlaku.

Ada juga ibubapa yang risau pengambilan ubatan ini lama-kelamaan tidak berkesan lagi sekiranya ia diambil untuk jangkamasa yang panjang namun ini juga tidak benar.

Asma dan pergantungan kepada ubat seumur hidup?

Kebanyakan keadaan asma semakin baik dan terkawal apabila usia budak semakin meningkat. Lebih kurang 60% pesakit asma tiada tanda-tanda lagi selepas umur 6 tahun. Tetapi segelintir akan mengalami masalah asma sehingga ke dewasa.

Mengapa perlu rawat asma sekiranya asma dengan semulajadinya akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat?

Walaupun kita mengetahui yang asma secara semulajadinya akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat, kita masih perlu mengawal asma apabila terdapat tanda-tanda yang dialami oleh sesorang budak asma yang menunjukkan asmanya tidak terkawal.

Ini adalah kerana asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan serangan asma yang teruk, sehingga boleh meragut nyawa. Apabila asma tidak terkawal untuk jangka masa yang lama, pertumbuhan juga terjejas, berat badan susah bertambah dan perkembangan otak turut terbantut.

Dalam menentukan rawatan yang sesuai, perlu diingatkan bahawa asma merupakan suatu penyakit cepat berubah dan mungkin akan menjadi lebih buruk dengan perubahan persekitaran, seperti perubahan cuaca atau musim, atau dengan jangkitan virus. Dalam hal demikian, setiap pesakit asma dianggap unik dan rawatan yang diterima mungkin berbagai-bagai bergantung kepada keadaan masing- masing. 

Jom layan video di bawah..
Seorang pesakit asthma / asma kronik yang telah menjadikan hospital sebagai rumah kedua dan inhaler sebagai kawan baik ; kini mampu tersenyum bangga..

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels