Thursday, July 23, 2015

Tips atasi Uri DiBawah atau Placenta Previa

Masalah uri dibawah atau Placenta Previa adalah antara komplikasi kehamilan yang menganggu perjalanan kehamilan anda. Kedudukan uri yang berada dibawah boleh menyebabkan anda tidak dapat bersalin secara normal kerana jalan telah ditutup & ia juga menyebabkan kesakitan serta pendarahan.

Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu. 
Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan. Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan. 

Seorang ibu mengandung dikatakan mempunyai masalah uri dibawah atau Placenta Previa apabila uri berada  didalam keadaan rendah & berhampiran atau meliputi serviks, iaitu menutup sebahagian laluan peranakan atau pun secara keseluruhan. Jika masalah uri dibawah atau Placenta Previa berlaku diawal kehamilan, ia bukanlah satu masalah yang besar kerana masih ada masa untuk uri bergerak ke kedudukan yang betul. Masalah ini dianggap serius sekiranya uri masih berada dibawah semasa kandungan mencecah usia 28 minggu & keatas.
Masalah uri dibawah atau Placenta previa boleh menyebabkan komplikasi berikut:
 
1. Pendarahan
Kedudukan uri dibawah boleh menyebabkan berlakunya pendarahan tanpa rasa
sakit. Lazimnya pendarahan berlaku pada minggu ke20 dan keatas.

2. Kedudukan bayi tidak normal
Masalah uri dibawah atau Placenta previa boleh menyebabkan bayi berada dalam kedudukan melintang atau songsang didalam kandungan. Kedudukan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan kesukaran untuk bersalin secara normal.

3. Kelahiran bayi pra-matang
Masalah uri dibawah atau Placenta Previa boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang kerana pengecutan rahim sebelum waktunya. 1 dalam 5 ibu yang mempunyai masalah uri dibawah melahirkan bayi pra-matang.

4. Pembedahan
Kedudukan uri dibawah boleh menghalang laluan sekali gus menyebabkan anda tidak dapat bersalin secara normal.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah uri dibawah atau Placenta Previa ialah:
1. Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko berbanding wanita yang mengandung bayi pertama. 
2. Wanita yang pernah bersalin melalui pembedahan caesaraean.
3. Mereka yang pernah mengalami masalah uri dibawah atau Placenta Previa pada kehamilan yang lalu.
4. Mereka yang merokok.

Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara.

TIPS UNTUK MENAIKKAN URI
Jika anda tidak mengalami sebarang pendarahan, anda tidak perlu tinggal di hospital untuk pemantauan, tetapi dinasihatkan supaya banyak berehat & tidak melakukan kerja berat. Jika anda mengalami pendarahan, anda akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan sehingga pendarahan berhenti atau bayi dilahirkan.
Anda akan dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks sepanjang kehamilan kerana ianya akan menerukkan lagi perdarahan anda.

Anda boleh mengamalkan tips berikut untuk menaikkan uri ke kedudukan yang normal:

1. Mencangkung.

Mencangkung selama yang mampu, namun pastikan ada seseorang menemani anda.
 
2. Merangkak
Kekal dalam posisi merangkak selama yang anda mampu, dan goyangkan badan anda ke hadapan & kebelakang secara perlahan-lahan. Pastikan ada seseorang menemani anda.
 
3. Duduk diatas bola yoga.
 Bouncing secara perlahan-lahan. Pastikan ada seseorang menemani anda.
 
4.Baring dalam bentuk ‘L’
Senaman ini pula boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).
CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu.
Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.
Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

5. Berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. 
Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. 

6.Sujud
Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Ingin tahu Panduan Mudahkan Kelahiran?. Boleh baca SINI
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive