Friday, July 10, 2015

5 Petua Termudah Cantikan Kulit Dengan Tomato

Khasiat tomato yang pelbagai memang tidak dapat dinafikan lagi. Tahukah anda buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene merupakan salah satu antioksida yang dapat menghentikan proses penuaan yang di sebabkan oleh sinaran matahari.

Tomato juga berfungsi sebagai antioksida yang mampu mengekalkan keremajaan kulit wajah jika anda sering menggunakan dan memakannya.

5 Petua Mudah Kulit Cantik Dengan Tomato.

1. Mengecilkan Liang Roma 
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka. 

2. Menghaluskan Kulit
 Sediakan sebiji tomato dan 1  sudu gula pasir. Tomato dibelah 2. Simpan sebelah di dalam peti ais. sebelah lagi ditekapkan di atas gula. (letak gula dalam piring). Kemudian gosokkan tomato kesuluruh wajah selama 2,3 minit. Biarkan selama 20 minit kemudian cuci dengan air bersih.

3. Merawat Jerawat 
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang. 

4. Membersihkan Kulit Muka 
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

5. Menyejukkan Kulit Yang Rosak 

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.


Ketahui Rahsia Kulit Bebas Jerawat Di SINI
Saksikan bagaimana wanita ini menyelesaikan masalah kulit beliau selepas menderita selama 7 tahun

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!
Berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-                           
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/  
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852   
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive