Friday, July 31, 2015

Kebaikan Cuka Untuk Pembersihan

Tahukah anda selain sebagai satu lagi rencah dalam hidangan seperti acar, jeruk dan sebagainya cuka juga boleh digunakan dalam mencuci segalanya dalam rumah kita. Kalau dibuat campuran dengan lain-lain bahan seperti garam, ianya merupakan bahan pencuci terbaik dan selamat. 
Image result for cuka tamin 
Cuka boleh bertahan lama kerana bersifat asid semulajadi. Jadi kalau beli setong besar tu jangan risau le rosak ke apa sebab tempoh hayatnya panjanggggg. Kalau ada perubahan warna ke apa jangan risau sebab ianya bersifat estetik dan boleh guna tanpa was-was.

Mencuci menggunakan cuka adalah cara yang baik dan dianggap bijak bagi mengelakkan dari penggunaan bahan kimia yang merbahaya dan cuka juga adalah bahan yang mesra alam dan sangat menjimatkan. Petua yang saya ingin kongsikan kali ini walaupun ringkas dan mudah, tetapi ianya sangat berkesan. Ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana bahan yang digunakan iaitu Cuka Putih (white distilled vinegar) boleh diperolehi di kebanyakan isi rumah. 

Image result for cuka untuk cucian
Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai dan berkesan untuk membunuh kulat, bakteria, kuman, gris dan minyak. Berikut adalah petua-petuanya:- 

1.Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur 
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar garam dan 1 sudu kecil cuka.

2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula 
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat. 

3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai 
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas. 

4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah 
Tuangkan sehingga rata ½ cawan serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas. 

5. Cuci Microwave oven 
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih. 

6. Mersihkan rak dan dinding dalam peti ais 
Image result for cuka untuk cucian
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa. 

7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais 
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain. 

8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak 
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span. 

9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar 
Image result for cuka untuk cucian
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas. 

10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan 
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik. 

11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik 
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka. 

12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan 
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman. 

13. Menghilangkan daki daripada ‘Coffee Maker’ 
Isikan tangki air ‘coffe maker’ tersebut dengan 1 cawan atau lebih cairan cuka putih dan buka suis pemanas. Biarkannya beroperasi selama sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air biasa untuk membalas. 

14. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain 
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu. 

15. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari. 

16. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas 
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal. 

17. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin 
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai. 

18. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven 
 Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih. 

19. Untuk menyegarkan bilik air 

Image result for hilangkan kotoran karpet
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air. 

20. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet

Image result for hilangkan kotoran karpet 
Campurkan 2 sudu kecil cuka, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya. (Nota: Sentiasa lakukan percubaan pada bahagian karpet yang terselindung dahulu sebelum menggunakan bahan campuran ini pada bahagian lain). 

21. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.) 
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

 22. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam 
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering. 

23. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar 
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut. 

24. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium 
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal. 

25. Menghindarkan semut 
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut. 

26. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan 
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman 

Semoga Petua ini memberi manfaat kepada anda.
Tahukah anda terdapat pencuci "Basic H" yang Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi serta sangat menjimatkan? 

Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive