Showing posts with label set kurus. Show all posts
Showing posts with label set kurus. Show all posts

Friday, September 16, 2016

Kulit Gatal Sampai Berdarah DiSebabkan Set Kurus Shaklee

Task 35 : Kesan "Healing Crisis" Semasa Mengambil Supplement


Selepas melahirkan Wafa Imani Saya teruja sangat nak mencuba set kurus Shaklee. Sebab nya mengikut pengalaman melahirkan anak yang pertama hingga ke 3, selepas bersalin berat saya akan naik hampir 10kg. Kali ni kalo saya biarkan mesti boleh jadi 80kg...ngerinya. Bayangkan sebelum kawin 50kg jer.

Pada mulanya tidak ada perubahan yang ganjil berlaku kepada saya. Tapi bila sudah masuk minggu ketiga kulit saya mula terasa gatal-gatal. Makin digaru makin sedap pulak sampai berdarah. Lepas tu kulit mejadi bengkak-bengkak satu badan seperti sopak garam. Tak tahu saya puncanya dan nak buat camna, kebetulan ada bedak sejuk jadi saya lumurkan bedak sejuk. Rasa sejuk tu dapat kurangkan rasa gatal yang teramat sangat.

Saya mula terfikir ni kesan ambil supplement Shaklee kot, tak pernah jadi macam ni. So saya pun tanya dengan sahabat saya yang juga pengguna Shaklee. Masa tu baru saya tahu rupa-rupanya saya sedang mengalami "HEALING CRISIS".

Hampir sebulan tau saya alami proses penyembuhan ni. Pastu alhamdulillah dah takda dah gatal2 tu...yang bestnya berat saya turun 18kg.


Ketahui Kisah Saya turun 84kg kepada 58kg diSINI

Apakah itu Healing Crisis?

Proses pemulihan atau proses penyembuhan dimana badan kita sedang bekerja keras membuang sakit dan toksin lama sebelum fasa cergas dan sihat muncul.

Oleh kerana sakit sudah lama bertapak tanpa kita sedari, badan perlukan masa untuk menyingkirkan. Akibatnya badan akan rasa lebih sakit pada peringkat awal.

Penyelesaiannya ialah teruskan supplemen shaklee dan minum air kosong dengan banyak. Supaya proses penyingkiran sakit lebih mudah, lancar dan cepat berakhir. Selepas itu, badan yang lebih sihat akan dapat dirasai!

Jadi jika anda mengalami simptom2 tertentu lepas ambik supplement tu, jangan panik yer kerana anda sedang menuju ke arah yang lebih sihat. Bersabar dan minum air putih bagi banyak k. 


Pengedar Shaklee Sungai Petani
soffiah shariff
013-4505852

#tsunamishaklee
#tsteam3

  
Share:

Sunday, October 25, 2015

Shaklee Effect: Nak Rawat Penyakit Lain Tapi Dapat Kesan Yang Lain.

Perkara pelik macam ni dah selalu berlaku kepada sesiapa yang menggunakan dan mengamalkan produk Shaklee secara berterusan. Tidak terkecuali dengan diri saya sendiri. Tapi kali ini saya nak kongsikan pengalaman Puan Rahimah yang pelik dan luar biasa akibat #Shaklee effect ni dengan anda semua.

Pelik Dan Luar Biasa : Nak turunkan Kolestrol Tapi Jadi Kurus Tanpa Sedar
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Puan Rahimah yang kini sudah bergelar Master semasa mengikuti program Jejak Jutawan Shaklee.

Puan Rahimah mempunyai kegemukan secara genetik. Semua ahli keluarganya berbadan besar. Tetapi itu tidak merisaukan Puan Rahimah malahan Puan Rahimah tidak kisah pun hal tu. Tetapi apa yang membimbangkan Puan Rahimah bila mengetahui bacaan kolestrolnya yang tinggi. Katanya lagi umur dia masih muda dibandingkan seorang makcik yang berumur 50tahun semasa chek up tapi kadar kolestrol dia lebih tinggi dari makcik tu!!! 

Jadi dia pun bertanya kepada Dr. ada tak ubat yang boleh mengubati masalah kolestrol ni. Jawapan Dr. amat mengecewakan Puan Rahimah. Memang susah untuk dia ikuti saranan Dr. Nak tahu tak apa Dr kata? Hehe Dr tu kata takda ubat ler. Abis tu nak buat camna...makin runsing Puan Rahimah. Cara nak atasi dia mudah jer kata Dr. tersebut. Awak kena jaga pemakanan. Maunya histeria Puan Rahimah sebab dia seorang teramatlah suka makan.

Akibatnya dia tak boleh nak lelapkan mata asyik memikirkan masalah kolestrol tu.Kolestrol tinggi bukanlah penyakit tapi berpotensi menyebabkan berbagai penyakit. Diantaranya adalah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi alias tekanan darah tinggi.

Susulan daripada itu Puan Rahimah mula mencari Set untuk menurunkan kadar kolestrol. Bab kurus tu dia tak fikir sangat yang penting mesti sihat. Set yang di ambil oleh Puan Rahimah terdiri daripada ESP+Lecithin+Alfalfa+Herblax. 

Hasilnya memang mengejutkan dalam tempoh sebulan jer kolestrol Puan Rahimah turun dari 6.5 kepada 4.5. Dan yang luar biasanya beratnya juga menurun sebanyak 6kg. Wow siapa tak nak kuruskan. Inilah yang dikatakan "Nak Rawat Penyakit Lain Tapi Dapat Kesan Yang Lain".

Jom kita layan skit produk apa yang diambil oleh Puan Rahimah tu.
ESP (Energizing Soy Protein)
Merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.

Lecithin
Dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan 'melekat pada lemak'. Dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu 'terapung' dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Tahukah anda Lecithin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean!!

Alfalfa
Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi. Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman, kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Herblax 
Ada 9 jenis: alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.
  
Fungsi setiap bahan ini dalam usaha untuk kempiskan perut kita?
  • Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus. 
  • Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi. 
  • Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus. 
  • Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan. 
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
  • Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit. 
  • Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma. 
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati. 
Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti Puan Rahimah elok sangat lah anda dapatkan Set ini.
Bagi mendapatkan set ini, Anda boleh hubungi saya dan layak untuk menerima konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Friday, August 14, 2015

Cara Mudah Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu Dengan Betik

 Image result for betik
Jika anda ingin menurunkan berat badan, ada cara mudah untuk mengurangkan lemak yang degil. Anda boleh makan buah betik, yang kaya akan gizi dan juga membantu untuk menurunkan berat badan dan lemak berlebihan dari dalam tubuh.

Betik adalah buah yang kaya akan kalsium, vitamin, zat besi, dan riboflavin. Betik juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah. Enzim dalam betik, dapat membantu untuk melancarkan pencernaan lebih cepat dan mengurangkan sembelit. 

Rendah Kalori
Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan. Hal ini sangat menyihatkan bukan? 

Serat
Satu potongan kecil betik, dapat menyediakan 2.7 gram serat. Diet cukup serat akan menetapkan pencernaan lebih baik, serta menyerap karbohidrat. Di samping itu juga mencegah naiknya gula darah yang boleh mencetuskan kenaikan berat badan. 

Lemak
Sepotong betik, hanya mengandungi 0.41 gram lemak. Tubuh memerlukan keperluan harian lemak untuk otak dan kesihatan jantung. Memakan betik tidak akan menyebabkan peningkatan lemak. Berat badan pun lebih mudah turun. 

Air
Sepotong buah betik mengandungi 138 gram air atau 89 peratus dari berat keseluruhannya. Pengambilan cecair akan membersihkan racun dari tubuh dan melancarkan metabolisme. 

Diet Betik Selama Seminggu 

1. Mulakan untuk mengambil betik pada setiap pagi. Potong dadu dan jadikan salad untuk sarapan.
2. Selepas makan tengah hari, anda boleh amalkan minum 1 gelas jus betik tanpa gula. Lakukannya selama seminggu.
3. Tempatkan betik mentah pada suhu bilik agar cepat matang. Setelah matang simpan dalam peti sejuk selama seminggu. Pengambilan segera atau dalam beberapa hari.

Amalkan pengambilan betik dalam makanan harian anda, selain itu sentiasa minum air putih, makan makanan kaya serat dan rutin bersenam. Inshaallah, anda boleh dapatkan bentuk badan ideal.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Friday, May 1, 2015

Penyediaan Minuman untuk Kurus dan Detoks Secara Semulajadi

Mahu kurus dengan cepat? Penyelesaiannya mudah iaitu senaman. Menerusi senaman secara konsisten dan menjaga pemakanan, metabolisme tubuh akan lebih proaktif dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan proses penurunan berat badan. 
Namun tidak seronok pula bersenam tanpa diselang-selikan dengan pe­ngambilan makanan yang dapat membantu mempercepatkan lagi proses itu. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai cara menyediakan minuman Infusion (Infused water / infusion drink) yang sangat bagus untuk kurus dan detoks secara semulajadi. 
 
Di negara Barat ketika ini, pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Sejak diperkenalkan oleh pelatih selebriti, Kim Lyons dalam program kecergasan The Biggest Loser musim ketiga, minuman ini menjadi antara pilihan alternatif bintang Hollywood dalam usaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, minuman diet ini dipercayai pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi bukunya, Two-Week Fat Flush yang diterbit­kan 25 tahun lalu.
 
Minuman ini menggunakan buah-buahan kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga manakala timun membuatkan kita rasa kenyang lalu mengurangkan pe­ngambilan makananMenurut pelatih kecergasan TRX dan kettlebell, Mohamed Azlan Zain Mohamed, minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh. 
“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan."

“Selain membekalkan vitamin C, tambahan daun pudina membantu melancarkan penghadaman manakala limau gedang pula mengandungi antioksidan flavonoid yang meningkat­kan lagi sensitiviti insulin." 

“Jadi ia bukan saja baik untuk dalaman badan, malah pada kulit dan penampilan luaran tubuh,” katanya.
Macam mana resipi minuman ini tersebut??
Bahannya:
Botol minuman bersaiz sederhana 
1 limau gedang ­(potong nipis) 
1 limau nipis (potong nipis) 
1 lemon (potong nipis) 
1 oren (potong nipis) 
1 timun (potong separuh dan nipis) 
Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam) 
Ais 
Air kosong 
Cara-caranya:

 1. SEDIAKAN bahan. 

 
2. HIRIS nipis semua buah-buahan. Susunkan ke dalam botol.

 
3. CAMPURKAN setengah sudu kecil madu.


 
4. PENUHKAN bahagian atas botol dengan ais.

 
5. TAMBAHKAN air kosong dan isikan botol hingga hampir penuh.

 
6. SIMPAN seketika dalam peti sejuk antara satu hingga dua jam. Sedia dinikmati.

Walaubagaimanapun adalah penting untuk menyeimbangkan senaman dan diet dalam aktiviti harian. 
“Mereka yang ingin menurunkan berat badan tidak boleh bergantung kepada minuman ini semata-mata. Senaman amat penting dan paling efektif dalam membakar lemak.  

“Pada masa sama, minum banyak air kosong kerana pengambilan minuman ini saja tidak membekalkan air yang diperlukan tubuh. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan berpunca daripada kurang minum air kerana wujudnya mitos kegemukan air.   

“Hakikatnya, air banyak menyumbang kepada kelancaran fungsi dalaman tubuh. Apabila semua perkara ini digabungkan, ia akan memudahkan proses penurunan berat badan,” ujarnya. 

WOW! sangat mudah dan nampak sungguh YUMMY kan? 
JOMLAH cuba! saya pun rasa mcm nak cuba juga ni..  :).kan

 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  


Share:

Monday, January 12, 2015

Jenis-Jenis Kegemukan.

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu:

1- Jenis Gemuk Air

Gemuk air kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

2- Jenis Gemuk Angin
Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut.  Kategori  ini juga agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.

3- Jenis Gemuk Lemak
Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
Bentuk Epal vs. Bentuk Pear

4- Jenis Gemuk Daging
Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.
Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!
Dengan ini saya sertakan sekali link untuk anda yang berminat nak tahu pengalaman saya menurunkan berat badan daripada 84kg kepada 58kg dengan penggunaan Set Kurus Shaklee. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Sharing is caring kan…:-)

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 











Share:

Thursday, November 6, 2014

Waktu Terbaik Untuk Bersenam Dan Membakar Lemak

 
Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.
 
Awal mentari pagi
Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu :
  •  Mencerdaskan minda dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian 
  • Meningkatkan metabolisma  badan serta membakar kalori pada awal pagi.
  • Membantu otot bergerak lebih baik kerana regangan telah dilakukan sejak awal pagi 
  • Bagi sesiapa yang sudah terbiasa melakukan senaman pada awal pagi, jadual senaman mereka akan menjadi lebih konsisten kerana kurangnya gangguan pada waktu pagi.
Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain. 

Petang, malam
Realitinya  tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:
  •   Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan. 
  • Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam. 
  • Lebih manfaat  buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.
Lakukan senaman anda mengikut waktu yang dirasakan sesuai. Jangan pula memilih waktu yang tidak sesuai akhirnya senaman yang dilakukan tidak mampu diteruskan dek kerana tiada masa. Semuanya terpulang kepada anda untuk bertindak! Ingatlah, kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.
Bagi Membantu anda mempercepatkan pembakaran lemak  anda boleh mendapatkan Set Kurus Optimum ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Tuesday, October 28, 2014

7 Cara Bijak Sedia Makanan Berkhasiat

 
Amalan pemakanan yang tidak seimbang menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan. Pengambilan makanan berkalori lebih daripada keperluan badan juga penyebab utama masalah ini.Tenaga ataupun kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh akan bertukar menjadi lemak.

Masalah kegemukan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti lebih mudah menghidap penyakit berbahaya yang tergolong dalam penyebab utama kematian.

7 cara bijak dalam penyediaan makanan yang boleh membuatkan sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:

1. Buang lemak pada daging dan kulit ayam dapat mengurangkan kadar lemak dan minyak yang tinggi. Seelok-eloknya kurangkan pengambilan daging dan lebihkan pengambilan ikan dan sayur-sayuran. Mengubah cara memasak daripada menggoreng kepada mengukus, memanggang dan merebus adalah cara terbaik yang boleh menggurangkan penggunaan minyak serta membantu mengurangkan kolestrol dalam badan. 

2.Pastikan membasuh dahulu sayur-sayuran atau buah-buahan yang digunakan sebelum memotongnya untuk dimakan. Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
                                           
3.Dalam menyediakan sayuran, tidak perlu menggoreng atau merebusnya dalam jangka masa yang lama hingga sayur itu layu dan tidak segar. Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur kerana ini boleh menghilangkan khasiat makanan itu, dan ketika memasak tutup sayuran itu agar zatnya tidak hilang.

4. Untuk mengekalkan khasiat ubi kentang dan keledek, masak bersama-sama kulitnya.

5. Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.

6. Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam masakan anda. 

7. Jangan gunakan minyak masak berulang kali sehingga warna asal minyak berubah.

Selain itu, rancang juga jadual makan anda iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jangan sekali-kali abaikan sarapan kerana sarapan sangat penting untuk memberi tenaga terutama kepada anda yang bekerja dan pelajar. Sarapan juga membantu anda agar tidak terlalu lapar pada waktu tengah hari dan sekali gus menyekat anda daripada makan tengah hari berlebihan.


Ingin tahu Rahsia Kurus 84kg Turun 58kg Hanya 3 bulan?
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852



 
Share:

Monday, October 20, 2014

Kenapa Masih Tak Kurus Setelah Ambil Set Kurus Shaklee?

Ramai yang bertanya kepada saya kenapa saya boleh kurus hanya dengan mengambil set Kurus Penyusuan Shaklee sedangkan mereka tidak dapat hasil yang diinginkan. Disebabkan keluhan dan kekecewaan mereka ini menyebabkan saya rasa terpanggil nak share something dengan semua tentang perkara ni. Ramai di antara mereka, dan mungkin juga anda yang membaca ni, dah berhabis ratusan ringgit membeli Set Kurus Shaklee. Beli Set Kurus Optimum lagi, bukannya setakat set budjet. Kemudian, dah makan ikut saranan dan jadual yang pengedar berikan. Tapi, kecewa… dan terus kecewa… Berat tetap tak turun…Jarum penimbang masih lagi duduk di takuk yang sama. Badan tak kurus-kurus juga.. Malah, badan macam makin dipam-pam besarnya. Kenapa agaknya jadi macam ni kan???

AArrrggggghhhhh....Stress nya berat tak turun-turun!
Adakah silap Set Kurus Shaklee yang memang dah sedia kala kita tahu keberkesananya? Ataupun salah diri kita sendiri, yang mungkin terlepas pandang beberapa perkara untuk berjaya dalam misi menguruskan badan?

Kali ni saya nak kongsikan 7 perkara yang nampak mudah, tapi sangat besar impaknya kepada kesan penurunan berat badan kita. Kepada yang dah ambil Set Kurus Shaklee, tapi berat tetap tak turun-turun, badan tetap tak kurus-kurus, sila semak semula 7 point penting ni ye. Supaya anda tahu apa punca diet anda dengan Set Slimming Shaklee kurang berjaya.

1.Elak Waktu Makan.
Ramai yang beranggapan, dengan ‘skip’ waktu makan adalah cara yang terbaik untuk cepat kurus. Namun, tahukah anda bahawa, jika kita biarkan perut kita kosong tanpa diisi apabila tiba waktu makan, ia akan membuatkan kadar metabolisme turun dan akan menggalakkan kita makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya? Inilah yang menyebabkan badan makin gemuk… Oh…sangat scary kan??
Jangan "skip' Waktu Makan
Jangan “skip’ Waktu Makan
Seeloknya, setiap kali tiba waktu makan, isilah perut kita dengan an yang seimbang dan berkhasiat. Seperti contoh, jangan sekali-kali tinggalkan waktu breakfast. Isilah perut dengan sumber makanan yang membekalkan tenaga ke pada kita untuk memulakan hari dengan baik. Takdelah lemau je nanti kan? Saranan terbaik daripada saya, boleh ambil Cinch Shake Shaklee ataupun ESP untuk sarapan pagi yang sangat berkhasiat untuk anda. Ingat ye, jangan sekali-kali biarkan perut kita kosong!

2.Malas Nak Bersenam
Malasnya nak bersenam!
Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam atau mengeluarkan peluh. Tahukah anda, bila kita mengeluarkan peluh, kita akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Jadi pembakaran lemak akan lebih cepat berlaku. Lebih mudah badan kita nak kurus. Sangat simple kan? Kalau takde masa nak pergi bersenam, amalkan senaman ringkas seperti parking kereta jauh sedikt daripada pejabat, dan jalanlah kaki. Sambil-sambil keluar peluh, boleh dapat kaki yang cantik tau! Tak pun naik tangga dan bukannya lif. Jadikan ianya MUDAH…barulah kita tak rasa tertekan bila buat. Dan kalau nak membantu badan kita untuk lebih cepat berpeluh, boleh amalkan minum Cinch Tea Mix setiap hari. Badan kita akan mudah berpeluh dan rasa ringan jek..
Cinch Tea Mix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.
Cinch Tea Mix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

3.Tak Nak Ambil Kalori
Setiap hari badan kita perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak, mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar.
Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;
Lelaki ~ 2000-2500 kalori setiap hari
Wanita ~ 1600-2000 kalori setiap hari
Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA. Jadi, walaupun kita sedang dalam fasa menurunkan berat badan, kena ingat.. Tetap kena makan.. Tapi kawal kalori yang anda ambil.. Bukan tak makan langsung.. Kita nak kuruskan badan secara sihat kan?

4.Hanya Makan Buah dan Sayur
Ramai antara kita yang beranggapan, kalau makan nasi berat lagi cepat naik dan takkan turun. Dan kadang-kadang sanggup menahan lapar dan memberi seribu alasan bila diajak makan. Kita tidak perlu takut dengan sumber karbohidrat. Sebaliknya pilihlah makanan yang rendah karbohidrat seperti roti mil penuh. Ataupun boleh juga gantikan dengan pasta. Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi. Terdapat jugak ‘whole wheat’ pasta yang mengandungi serat yang tinggi. Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih sihat.
Dan… kalau nak lebih mudah, amalkan pengambilan Cinch Shake Shaklee dan boleh ditambah bersama ESP untuk ibu-ibu menyusu.

5.Suka Salad Mayonis
Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung. Gerenti berat badan anda takkan turun. Lebih baik ambil salad tanpa mayonis. Kan lebih sihat menunya… Ye tak?
                                           nyum...nyum...nyum...
6.Tak Minum Susu Langsung
Tahukah anda bahawa susu dapat membantu mengekalkan berat badan? Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya. Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas. Jadi rajin-rajinlah amalkan pengambilan susu rendah lemak ye.. Ingat…bukan susu pekat manis tau!

7.Cara Pengambilan Set Kurus Shaklee yang Tidak Tepat
Ramai di antara mereka yang whatsapp saya, kebanyakan mereka bertanyakan bagaimana jadual saya mengambil Set Kurus Penyusuan Shaklee sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 26kg.
Anda boleh baca testimoni saya sendiri di Rahsia Kurus 84kg Turun 58kg Hanya 3Bulan.
Ramai antara anda yang kurang berjaya turunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee mungkin disebabkan:
  • cara pengambilan yang tidak sesuai dengan badan sendiri.
  • kurangnya pengambilan air putih
  • mengambil kafein sebelum atau selepas pengambilan supplement
Jika anda mahu menurunkan berat badan secara sihat dengan Shaklee mengikut cara saya, atau ingin mendapatkan jadual makan serta consultation yang exclusive daripada saya sebagai pengedar pilihan anda,Hubungi saya segera, sebelum masalah berat badan ini semakin menyelubungi anda…

Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum , anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852





Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels