Jika anda ingin menurunkan berat badan, ada cara mudah untuk
mengurangkan lemak yang degil. Anda boleh makan buah betik, yang kaya
akan gizi dan juga membantu untuk menurunkan berat badan dan lemak
berlebihan dari dalam tubuh.
Betik adalah buah yang kaya akan kalsium, vitamin, zat besi, dan
riboflavin. Betik juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah. Enzim
dalam betik, dapat membantu untuk melancarkan pencernaan lebih cepat dan
mengurangkan sembelit.
Rendah Kalori
Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori
atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga
7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat
badan. Hal ini sangat menyihatkan bukan?
Serat
Satu potongan kecil betik, dapat menyediakan 2.7 gram serat. Diet
cukup serat akan menetapkan pencernaan lebih baik, serta menyerap
karbohidrat. Di samping itu juga mencegah naiknya gula darah yang boleh
mencetuskan kenaikan berat badan.
Lemak
Sepotong betik, hanya mengandungi 0.41 gram lemak. Tubuh memerlukan
keperluan harian lemak untuk otak dan kesihatan jantung. Memakan betik
tidak akan menyebabkan peningkatan lemak. Berat badan pun lebih mudah
turun.
Air
Sepotong buah betik mengandungi 138 gram air atau 89 peratus dari
berat keseluruhannya. Pengambilan cecair akan membersihkan racun dari
tubuh dan melancarkan metabolisme.
Diet Betik Selama Seminggu
1. Mulakan untuk mengambil betik pada setiap pagi. Potong dadu dan jadikan salad untuk sarapan.
2. Selepas makan tengah hari, anda boleh amalkan minum 1 gelas jus betik tanpa gula. Lakukannya selama seminggu.
3. Tempatkan betik mentah pada suhu bilik agar cepat matang. Setelah
matang simpan dalam peti sejuk selama seminggu. Pengambilan segera atau
dalam beberapa hari.
Amalkan pengambilan betik dalam makanan harian anda, selain itu
sentiasa minum air putih, makan makanan kaya serat dan rutin bersenam.
Inshaallah, anda boleh dapatkan bentuk badan ideal.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment