Bagi pasangan suami
isteri kebanyakan pernah merasai betapa susahnya menjaga anak yang
mengalami demam panas. Saat suhu badan anak melepasi paras 38 darjah
celcius selepas diukur dengan alat pengukur demam maka perasaan runsing
dan risau serta penuh pengharapan untuk melihat anak-anak mereka kembali
normal seperti hari yang sebelumnya.
Berdasarkan pengalaman, disaat suhu badan anak melebihi 39 darjah
celcius, maka ibubapa pasti akan membawa anak mereka ke wad kecemasan
dengan harapan usaha mereka akan dibantu para doktor yang pakar dalam
bidangnya. Tapi apa yang terjadi ialah, hanya jururawat yang terus
sahaja memandikan anak mereka dalam suasana yang biasa bagi mereka
dengan tujuan untuk mengelak suhu badan anak terus menjadi naik,ibubapa
yang runsing terpegun sambil berdoa agar anak mereka sembuh seperti
biasa. Akhirnya dengan izin Allah sembuhlah anak mereka menggunakan
kaedah tersebut.
DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr
4. Doa demam panas
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan
nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada
kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka”
KAEDAH RAWATAN
Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas
segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh
dilapkan dengan sebahagian air ini.
Sejukkannya dengan Air
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’
meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan
demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam
itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang
mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit
matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
Lalu berendam sebanyak tiga kali
selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum
sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh
hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi
s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan
legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat
Muslim no. 5889)
Begitu juga sebuah hadis daripada
Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada
bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no.
5882)
Jangan Mencela Demam
Di dalam kitab al-Sunan
daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang
membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang
lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang
bermaksud):
‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa
sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan
bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan
sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga
ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah
sendi-sendi tersebut dalam sehari.