Friday, May 1, 2015

Penyediaan Minuman untuk Kurus dan Detoks Secara Semulajadi

Mahu kurus dengan cepat? Penyelesaiannya mudah iaitu senaman. Menerusi senaman secara konsisten dan menjaga pemakanan, metabolisme tubuh akan lebih proaktif dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan proses penurunan berat badan. 
Namun tidak seronok pula bersenam tanpa diselang-selikan dengan pe­ngambilan makanan yang dapat membantu mempercepatkan lagi proses itu. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai cara menyediakan minuman Infusion (Infused water / infusion drink) yang sangat bagus untuk kurus dan detoks secara semulajadi. 
 
Di negara Barat ketika ini, pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Sejak diperkenalkan oleh pelatih selebriti, Kim Lyons dalam program kecergasan The Biggest Loser musim ketiga, minuman ini menjadi antara pilihan alternatif bintang Hollywood dalam usaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, minuman diet ini dipercayai pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi bukunya, Two-Week Fat Flush yang diterbit­kan 25 tahun lalu.
 
Minuman ini menggunakan buah-buahan kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga manakala timun membuatkan kita rasa kenyang lalu mengurangkan pe­ngambilan makananMenurut pelatih kecergasan TRX dan kettlebell, Mohamed Azlan Zain Mohamed, minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh. 
“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan."

“Selain membekalkan vitamin C, tambahan daun pudina membantu melancarkan penghadaman manakala limau gedang pula mengandungi antioksidan flavonoid yang meningkat­kan lagi sensitiviti insulin." 

“Jadi ia bukan saja baik untuk dalaman badan, malah pada kulit dan penampilan luaran tubuh,” katanya.
Macam mana resipi minuman ini tersebut??
Bahannya:
Botol minuman bersaiz sederhana 
1 limau gedang ­(potong nipis) 
1 limau nipis (potong nipis) 
1 lemon (potong nipis) 
1 oren (potong nipis) 
1 timun (potong separuh dan nipis) 
Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam) 
Ais 
Air kosong 
Cara-caranya:

 1. SEDIAKAN bahan. 

 
2. HIRIS nipis semua buah-buahan. Susunkan ke dalam botol.

 
3. CAMPURKAN setengah sudu kecil madu.


 
4. PENUHKAN bahagian atas botol dengan ais.

 
5. TAMBAHKAN air kosong dan isikan botol hingga hampir penuh.

 
6. SIMPAN seketika dalam peti sejuk antara satu hingga dua jam. Sedia dinikmati.

Walaubagaimanapun adalah penting untuk menyeimbangkan senaman dan diet dalam aktiviti harian. 
“Mereka yang ingin menurunkan berat badan tidak boleh bergantung kepada minuman ini semata-mata. Senaman amat penting dan paling efektif dalam membakar lemak.  

“Pada masa sama, minum banyak air kosong kerana pengambilan minuman ini saja tidak membekalkan air yang diperlukan tubuh. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan berpunca daripada kurang minum air kerana wujudnya mitos kegemukan air.   

“Hakikatnya, air banyak menyumbang kepada kelancaran fungsi dalaman tubuh. Apabila semua perkara ini digabungkan, ia akan memudahkan proses penurunan berat badan,” ujarnya. 

WOW! sangat mudah dan nampak sungguh YUMMY kan? 
JOMLAH cuba! saya pun rasa mcm nak cuba juga ni..  :).kan

 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  


Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive