Thursday, April 9, 2015

Waktu Terbaik Melakukan Ujian Kehamilan?

Buat pasangan yang baru berkahwin, anda mungkin kurang pengetahuan asas tentang perkara ini kerana masih lagi belum berpengalaman. Jom baca sedikit info tentang ujian kehamilan yang harus anda ambil tahu bagi anda yang merancang untuk mendapatkan anak.
 
Salah satu tanda bagi wanita yang hamil adalah lewat datang haid pada waktu yang sepatutnya. Jadi, waktu yang terbaik bagi anda untuk mengetahui samada anda hamil atau tidak adalah dengan menunggu dalam 2 minggu dari tarikh sebenar anda sepatutnya datang haid. Itu adalah waktu terbaik berbanding dengan melakukan ujian kehamilan selepas 2-3 hari. Jika dalam masa 2 minggu masih juga belum didatangi haid, anda bolehlah melakukan ujian air kencing UPT samada di rumah atau melakukan ultrasound di klinik.
 
Jika melakukan ujian UPT, bagaimanakah ianya membantu bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik? 
Secara normalnya, badan kita akan menghasilkan hormon hCG atau human chorionic gonadotrophin di mana ianya dihasilkan apabila plasenta terbentuk. Keadaan ini berlaku apabila ovum atau telur telah disenyawakan dan pada masa ini, ujian air kencing yang digunakan untuk mengesan kehamilan dapat mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah ovulasi berlaku. Hormon hCG ini dihasilkan untuk merangsang korpus luteum pada ovari untuk menghasilkan progesteron.

Penggunaan test kit UPT sememangnya dicipta untuk mengesan kehadiran kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh mengesan hCG di dalam urin pada masa sehari selepas anda lewat datang haid yang sepatutnya. Tetapi, anda harus memastikan bahawa haid anda adalah normal dan teratur. Ianya akan memudahkan lagi proses mengesan kehamilan anda. Jika haid anda adalah tidak teratur, mungkin keadaan akan lebih sulit sedikit. Anda perlu merujuk pada kitaran haid yang paling panjang di mana anda perlu gunakan angka itu sebagai pengukur. Ujian seeloknya dilakukan sehari selepas tarikh anda sepatutnya datang haid merujuk kepada kitaran haid yang paling panjang. Jika kesannya masih negatif dan anda masih kurang jelas, ujian boleh dilakukan sekali lagi seminggu selepas  ujian pertama.

Jika anda melakukan ujian UPT di rumah, pastikan anda melakukannya pada awal pagi kerana pada masa ini, kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin dan ini akan memberikan hasil yang lebih jelas dan tepat lagi. Namun begitu, jika anda kurang kesempatan melakukannya pada awal pagi selepas bangun tidur, anda masih lagi boleh melakukannya pada waktu lain asalkan anda tidak membuang air kecil 4 jam sebelum melakukan ujian UPT. 

Di samping itu, antara keadaan terbaik semasa melakukan ujian kehamilan UPT adalah dengan memastikan bahawa anda tidak minum banyak air. Ini kerana dikhuatiri kandungan hCG menjadi cair dan akan turut memberi kesan kepada hasil ujian UPT.

Ini adalah antara tips dan waktu sesuai untuk anda melakukan ujian kehamilan anda di rumah. Jika ujian UPT adalah positif, anda masih perlu merujuk kepada doktor untuk mengesahkan lagi bahawa anda hamil. Begitu juga jika keputusan adalah negatif. Jika anda masih tidak berpuas hati dan ragu-ragu dengan ujian UPT sedangkan janin sudahpun berada pada rahim, anda boleh terus rujuk pada doktor untuk melakukan ujian ultrasound.
  
Positif UPT tidak bermakna hamil jika:
Wanita yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon hCG seperti /Profasi, Pregnyl /atau/Novarel/ haruslah menunggu 7-14 hari selepas disuntik. Hormon yang disuntik itu tentunya akan diproses dan akan dikeluarkan semula melalui air kencing.

Jika mereka melakukan ujian UPT terlalu awal, hormon hCG yang dibekalkan melalui suntikan itu yang akan dikesan, bukannya yang dikeluarkan dari uri janin dalam rahem. Ujian UPT akan memberikan keputusan false positif, iaitu ujian itu menunjukkan keputusan positif, padahal wanita itu tidak hamil.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, dinasihatkan agar tunggulah sedikit masa. Tanyakan kepada doktor yang memberikan suntikan tentang ubat suntikan itu dan dosnya. Ini kerana ada ubat kesuburan yang mengandungi hormone hCG dan mengganggu ujian UPT, dan ada juga ubat kesuburan yang tidak memberi kesan pada ujian itu.

Untuk suntikan yang mengandungi hCG 10 000 mIU, harus menungu selama 14 hari, sementara suntikan yang mengandungi 5,000 IU, harus menunggu 10 hari dan bagi 2,500 IU harus menunggu 7 hari. Jadi janganlah terlalu ’/excited/’ dengan terus membuat ujian UPT apabila /missed period/.
 
Jika anda disahkan Hamil dan ingin mendapatkan Supplement Set Kehamilan yang terbaik,  anda boleh terus klik link di bawah dan order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive